AKSI - Mengajarkan Erti

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Burung helang terbangnya tinggi,
Hinggap sebentar di pohon kayu;
AKSI sememangnya begitu bererti,
Mengajarkanku tentang sesuatu.
____________________________________________________________________________________

AKSI - Aspirasi Kebajikan Siswa Kurshiah - takkan luput dari ingatan, memberi 1001 kenangan. Satu projek Kebajikan & Kemasyarakatan, dari Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya kesayangan. Projek AKSI ini terlalu banyak memberi pengalaman. Dibawah pimpinan Saudara Abdul Muiz Tamyes, Alhamdulillah, AKSI'17 kali ni berjaya dijalankan 

Bermula dari AKSI sesi lepas, a.k.a AKSI'16, Pengarah Projek AKSI waktu tu - Saudara Akhmal Azman pada mulanya, lepastu tuan pengarah stress kot huhu, maka bertukar jawatanlah beliau dengan Setiausaha Projek, Kak Syimah Marzuki. Kedua-dua AKSI sesi lepas & sesi kali ini sama je, ada 3 fasa berbeza, cuma yang lainnya ada di fasa 3 :

Fasa 1 - Feed The Homeless
Fasa 2 - Visit The Old Folks Home
Fasa 3 - Motivational Talk <---- Sesi lepas
Fasa 3 - Spread The Kindness <---- Sesi kali ni

Alhamdulillah. AKSI'17 berjaya ke ruangan akhbar Sinar Kampus. Actually 17, bukan 19. Tersilap sikit kat akhbar tu huhu 



Ok, back to the story. Kalau nak
diceritakan perjalanan program memang akan jadi panjang. Jadi, just nak sentuh sikit je beberapa perkara yang bagi saya, hidup di dunia ni kalau rasa kita dah susah, maka silaplah. Ingat, ada lagi orang yang lagi susah dari kita. Dan hidup di dunia ni kalau rasa kita je yang tak bernasib baik, maka tipulah. Sebab ramai lagi masyarakat2 yang di luar sana yang sememangnya nasib mereka tak seberapa 
____________________________________________________________________________________

Ok, first. Fasa 1 - Feed The Homeless bersama gelandangan2 di Puduraya, Kuala Lumpur. Untuk fasa first ni, kami bekerjasama dengan NGO Kindness Malaysia. Ok, ni kali kedua saya terlibat dengan aktiviti Feed The Homeless. Perasaan? Fuhh, jujur la first2 tu memang seram + takut. Bukan takut hantu ke ape, tapi suasana berhadapan dengan orang2 yang macam tu. Ditambah lagi dengan waktu malam yang buta & gelap gelita.

Tak de la nak kata diorang ni tak siuman ke apa, cuma mungkin cara diorang berpakaian tu, agak bercompang-camping & membuatkan iman saya turun sikit  Allah2, moga Allah jaga. Kalau sesi lepas, kami hanya sediakan 100 bungkusan je & antara yang ada dalam bungkusan tu - air minuman, roti, berus gigi, ubat gigi & barang2 keperluan harian lain. Maka kali ni kami up kan lagi sampai 240 bungkusan, disebabkan 100 bungkusan yang dulu memang tak cukup. Separuh jalan dah habis.

Siapa kata 240 bungkusan tu banyak? Gelandangan2 kat situ semakin hari semakin ramai. Jadi, sesi kali ni kami pergi pun still tak cukup. Banyak lagi gelandangan2 lain yang tak dapat. Kalau ditanya balik para gelandangan ni, diorang bukanlah tak ada pekerjaan. Ramai je yang ada. Cuma diorang tak ada tempat tinggal. Duit hasil gaji yang diorang dapat hanya cukup tampung keperluan2 diorang je. Waktu siang bekerja, then waktu malam nak tidur baru di kaki2 jalan. Kesian sangat huhu

Jadi, kat sini saya sangatlah bersyukur. Walaupun gaji mak paa tak ada la seberapa, but still dapat menanggung kami 4 beradik. Rumah tak ada la rumah kayu, still lagi rumah batu. Alhamdulillah. Tapi walau apapun, kita kena berusaha jugak mencari rezeki, sebab rezeki tu ada je Allah simpan. Cuma kita yang kena berusaha dulu mencari, baru Allah akan bagi. Dan janganlah terlalu mengharapkan orang lain untuk menghulur. Dan harapan saya adalah agar para2 gelandangan di Puduraya ni akan sentiasa dirahmati & dipelihara kesihatan olehNya. Amiin.

Geng2 AKSI beraksi
___________________________________________________________________________________

Baik, second. Fasa 2 - Visit The Old Folks Home bersama para ibu & ayah di rumah2 orang tua. Sesi lepas kami pergi ke Rumah Seri Kenangan, Cheras, Kuala Lumpur. Maka sesi kali ni kami pergi ke Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta, Perak. Ya, dua2 sama je, melibatkan orang2 tua sama ada ditinggalkan anak atau tak ada waris atau tak tahu asal usul & sebagainya. Untuk fasa ni kalau tak menitis air mata, tak tahu lah  Anak adalah amanah ibu bapa sewaktu kecil. Maka, tugas akan jadi sebaliknya bila anak dah besar.

Sewaktu di Cheras, saya berkesempatan meluangkan masa & mendengar cerita dari salah seorang mak disitu. Sebak & sedih, bila diminta untuk dibawa pulang. Siapalah kita nak menurut  Hanya mampu mendengar + menangis. Ditinggalkan anak jauh dari tempat tinggal. Allah2. Tak mampu nak cakap apa. Tak mampu nak berprasangka. Takut mengandaikan yang bukan2. Kita tak tahu disebalik kisah mak2 & ayah2 di situ. Apa yang mampu dibuat adalah mendengar semua rintihan di situ

Di Ulu Kinta, Perak pulak. Ok, ini kali kedua saya pergi situ. Sebab sebelum ni, saya pernah pergi waktu Form 3, lepas dah habis PMR. Banyak jugak perubahan2 yang berlaku. Ya lah kan, dah hampir 10 tahun tak jejak kaki ke sana. Sampai2 je kami terus disambut oleh salah seorang pengurus di situ. Dengar la segala taklimat yang ada. Dah habis taklimat, baru kami dibawa ke dorm2 mak2 & ayah2. Sama macam dekat Cheras, saya berkesempatan mendengar cerita salah seorang mak di sana. Pun benda sama berlaku. Permintaan yang sama masa dekat Cheras tu. Menitis lagi air mata berharga ni huhuhu

Jadi, kat sini banyak sangat ibrahnya. Walau siapa pun kita, selagi masih ada orang tua, jangan pernah lupakan asal usul kita. Jangan pernah mengabaikan kedua-dua orang kita. Ibu bapa kita dah bersusah payah melahirkan & membesarkan kita. Apa la salahnya kita jaga mereka andai mereka betul2 memerlukan penjagaan kita, instead of kita hantar mereka ke rumah orang2 tua? Pesan pada diri sendiri, jangan pernah sesekali tidak menghargai. Menghargai setiap pengorbanan, jiwa, raga bahkan harta ibu bapa. Sayangilah & kejarlah Syurga melalui mereka. Semoga Allah merahmati & menjaga ibu bapa kita semua, dunia & akhirat pastinya, amin.


Solat Dhuha di Rumah Seri Kenangan, Cheras, Kuala Lumpur
___________________________________________________________________________________

Last one, Fasa 3 bagi sesi lepas - Motivational Talk & sesi kali ni - Spread The Kindness  Kita pergi ke Motivational Talk dulu. Teringat meeting first, bila tuan pengarah bentangkan pada kami -geng2 AKSI, Motivational Talk ni akan diadakan di sekolah2 yang mana pelajar2 nya kurang diberikan perhatian oleh orang2 luar. Maksudnya, pelajar2 ni tak ada la nak kata tak pandai ke apa, cuma diorang mungkin kurang didedahkan dengan program2 luar atau program2 motivasi. Dan waktu dibentangkan pasal ni, saya rasa sangat menarik sekali idea tuan pengarah. Sebagai penggemar kepada masyarakat2 pelajar (sebab tu suka sangat jadi fasi program2 kat sekolah2)  Saya rasa wajar sangat Motivational Talk ni diadakan.

Sekolah yang kami pilih ialah SMK Rantau Panjang Bestari Jaya. Ok, sekolah ni bukan dekat Kelantan ya yang pasti. Sekolah ni dekat Kuala Selangor je. Alhamdulillah, ketibaan kami disambut baik oleh adik2 & para guru disana. Macam2 aktiviti & LDK yang kami adakan. Bina bangunan daripada straw & surat khabar laa.. slot motivasi laa. Slot itu, slot ini. Dan slot bermacam-macam lagi. Slot memperkenalkan Universiti Malaya pun turut diadakan. Cuma pelajar2 sekolah ni, bila diminta respons, tersangatlah krik2 huhu. Tapi takpe, faham je ~

Nah, salah satu hasil binaan bangunan adik2

Kreatif sangat adik2 ni kan
___________________________________________________________________________________

Ok, next, Spread The Kindn
ess. Ok jujur, yang ni memang first time dengar pasal kanak2 di bawah perintah mahkamah. Takde AKSI, memang sampai ke sudah la tak tahu kewujudan istilah tu apalagi rumah kanak2 tu huhu. Maaf adik2 semua. Rumah kanak2 di bawah perintah mahkamah ni menempatkan kanak2 yang kurang bernasib baik, sama ada ditinggalkan ibu bapa disebabkan kemiskinan, atau kanak2 yang sedang menunggu keputusan mahkamah untuk satu2 kes. Contoh, kes cerai mak ayah. Sementara nak tahu sama ada seseorang budak tu hak milik jagaan mak atau ayah, jadi budak tu akan ditempatkan di situ.

Rumah yang kami pilih adalah Rumah Kanak2 (RKK) Tengku Budriah, Cheras. Ok, mohon izin berkongsi sedikit rasa daripada pengalaman bersama adik2 kat sini. Ya, fasa ni adalah antara fasa2 yang terlalu banyak memberi pengajaran & ibrah, instead of semua fasa2 yang dah dinyatakan kat atas. Fasa yang terlalu menyentuh hati, terlalu luruh jiwa kalau difikirkan semula  Kalau nak dibandingkan dengan Fasa 2 - Visit The Old Folks Home, jujur tak terbanding dengan fasa yang ni. Kalau Fasa 2 menitis air mata, fasa yang ni memang mengalir tak henti.

Ya, budak2 yang nakal pada zahirnya, tapi disebalik kenakalan & keceriaan diorang, ada cerita tersendiri. Bila ditugaskan menjadi fasilitator kepada seorang adik ni - Alif Haikal namanya, tiba2 je Haikal cerita sesuatu pasal kisah dia. Sesuatu yang memang tak disangka & dijangka langsung. Siapa tahu, budak berumur dalam lingkungan 7 ke 8 tahun akan hadapi masalah tu. Bagi saya, kalau diri sendiri yang hadapi, seriusly tak sanggup ya Allah. Apa yang Haikal cerita? Biarlah Allah & kami berdua je yang tahu.

Tapi apa yang pasti, sebak sangat2 rasa tu. Bila Haikal cerita, memang terdiam terus. Air mata laju je mengalir. Serius, waktu tu memang rasa first time terkalah dengan air mata. Dalam umur yang kecik macam tu dah ditimpa ujian sebegitu  Allah2, kesiannya kau dik. Astaghfirullah. Sedih sangat. Haikal siap tanya lagi, "Kalau akak bawak saya balik rumah sekarang, boleh?" Ya Allah, terdiam ! Tak mampu nak jawab apa sebab takut sangat jawapan tu akan memberikan harapan palsu pada Haikal. Hanya mampu menangis & menasihat.

Adik Haikal sayang, tak mampu akak nak buat apa2. Hanya mampu doa & terus berdoa dari jauh, semoga Haikal berada di dalam jagaan Allah selalu. Semoga keluarga Haikal akan baik2 je. Doakan Haikal ya semua. Sampai sekarang masih teringat kat anak Syurga tu. Fuhh, tak mampu dah nak cerita panjang. Sebak & sedihnya sampai saat ni. Apa kabar la anak Syurga tu sekarang. Dah berbulan-bulan tak jumpa. Sungguh, kisah Haikal terlalu memberi satu pengajaran. Pengajaran bahawa tak ada walau SATU nikmat Allah pun yang mampu kita dustakan. Bersyukurlah kita semua yang lengkap & sempurna sebab ada lagi keluarga

Banyak ibrah yang saya dapat daripada kisah kanak2 kat sini. Serius, rasa bersyukur sangat punya mak ayah yang aman, tak gaduh2. Bersyukur sangat ada lagi yang nak menjaga diri yang tak terjaga ni. Bersyukur sangat punya adik-beradik yang setakat bagai dicincang takkan terputus, bukan terputus terus. Bersyukur sangat masih ada lagi orang yang prihatin andai diri dalam kesusahan. Bersyukur sangat atas segala nikmat kehidupan. Moga Allah pelihara & moga Allah jaga sebaiknya, amiin2.


Mereka anak2 Syurga
___________________________________________________________________________________

Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua team AKSI yang terlibat dalam kedua-dua sesi. Tahniah diucapkan kepada semua yang dah menjayakan sebuah projek yang bukan saja2 diadakan, & of coz bukan calang2, banyak sangat pengajaran & ibrah sepanjang perjalanan menjalankan tanggungjawab semasa berada dalam projek ni. Wajar projek ni diberikan anugerah sebagai projek terbaik Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah Universiti Malaya sesi 2016/2017. Tahniah semua ! Terima kasih atas segalanya. Semoga AKSI yang seterusnya dapat meneruskan legasi kecemerlangan dalam berkebajikan & berkemasyarakatan

BAKTI, RELASI, REFLEKSI !

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan# 
___________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa