Misteri Suatu Penantian

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Tingkah lakunya sentiasa memerhati,
Hadirnya pula di dalam mimpi,
Perpustakaan lama menjadi saksi,
Apakah ia sememangnya misteri?
____________________________________________________________________________________

Baiklah, mohon izin untuk mengupdate cerita yang pernah saya karangkan sewaktu Form 3 dulu (Tak silap la huhu) Dah lama rasanya meninggalkan zaman persekolahan, tapi banyak kenangan yang saya tinggalkan. Dan of coz antara kenangannnya adalah cerita ni lah  Teringat waktu tu ada seorang cikgu yang sangat admire dengan cerita saya yang satu ni. Alhamdulillah. Actually, banyak lagi cerita2 yang saya karang. Dan semuanya cerita2 misteri. Tak tahu kenapa dulu minat sangat dengan cerita2 misteri  Ok, jemput baca & ambillah iktibar ya. Moga bermanfaat.
____________________________________________________________________________________

MISTERI SUATU PENANTIAN

I - Prolog 
II - Hari itu
III - Imbas Kembali

I
Misteri? Ya! Memang misteri! Satu misteri yang sudah pun terungkap. Ramai orang yang bertanya kepadaku bagaimana aku boleh tahu semua itu terjadi. Mungkin ini adalah rahsia terbesar yang pernah aku simpan. Namun, jiwaku tidak tenteram selagi aku tidak meluahkan semuanya. Jadi, biarlah aku coretkan segalanya di atas kertas ini. Tapi sebelum itu, aku ingin memberi amaran kepada kalian. Amaran bahawa ceritaku ini agak panjang. Ya, memang panjang.

II
Pagi itu, manik-manik jernih mula membasahi bumi. Dari dalam kereta, aku dan ibu memerhatikan sahaja bangunan besar di hadapan kami. Bangunan itu betul-betul terletak di kawasan pedalaman. Tanpa membuang masa, ibu menarik tanganku keluar dari kereta kami. Aku dan ibu segera menuju ke pejabat sekolah. Sebagai pelajar baharu, aku dikehendaki untuk mendaftar namaku di situ. Kami terpaksa berlari ke sana untuk mengelakkan diri daripada basah kuyup. Setelah selesai urusan itu, aku terus dibawa oleh guru kelasku, Cikgu Hani ke kelas baruku.

Dalam perjalanan menuju ke kelasku, entah mengapa aku merasakan bahawa ada seseorang sedang memerhatikanku dari belakang. Aku segera menoleh. Tidak semena-menanya, aku ternampak seorang perempuan yang kelihatannya sebaya denganku. Dia memerhatikan aku betul-betul dari tempat dia berdiri, iaitu di hadapan pintu sebuah bangunan yang agak lama. Pakaiannya yang putih pula mempunyai tompokan warna merah. Merah seperti darah! Mukanya juga sarat dengan masalah. Namun, aku tidak berapa peduli dengan kehadirannya. Aku meneruskan perjalanan ke kelas bersama Cikgu Hani.

"Cikgu. Siapa budak perempuan tadi?" tanyaku kepada Cikgu Hani.  "Budak perempuan? Mana? Cikgu tak nampak pun," balasnya. Aku menunjukkan jari telunjukku ke arah perempuan itu. 
"Itu.. Eh, mana dia?" Ternyata, budak perempuan tersebut sudah lenyap dari pandangan kasarku. Cikgu Hani menggelengkan kepalanya.
 ''Awak jangan merepeklah Fatihah. Mana ada budak-budak sekolah ni berani pergi ke perpustakaan lama tu," jelasnya. Aku jadi kaget. Perpustakaan lama?

Sesampainya aku di kelas baru - 4 Cempaka, Cikgu Hani memperkenalkanku kepada rakan-rakan sekelasku. Setelah itu, Cikgu Hani menyuruhku mengambil tempatku. Meja dan kerusi yang bakal aku gunakan kelihatan terasing sekali daripada yang lain-lain. Meja dan kerusi itu terletak di tepi dan di belakang sekali. "Baca ayat kursi banyak-banyak tau." Tiba-tiba sahaja aku terdengar suara salah seorang rakan kelasku yang berkata sedemikian. Memang pelik dan aneh. Benak fikiranku pula sentiasa tertanya-tanya mengapa. Adakah kerusi dan meja ini.. Ah! Karut! Tidak mungkin!

Sebagai salah seorang pelajar tingkatan empat yang baru sahaja memasuki sekolah itu, aku berasa terasing sekali daripada rakan-rakanku yang lain. Aku cuba bersikap husnuzon terhadap mereka semua. Mungkin mereka masih belum biasa lagi dengan kehadiranku. Namun begitu, aku bersyukur kerana ada juga seorang pelajar yang sekelas denganku mahu berkawan denganku.
"Nama aku Mawar. Nama kau Fatihah, kan? Berapa result PMR kau dulu? Aku nak berkawan dengan kau boleh tak?" Itulah soalan-soalan yang ditanya Mawar kepadaku sewaktu mula-mula kami berkenalan dahulu.

I
Fatihah... Sekarang dia sedang berada di dalam penjara. Mengapa? Tidak mengapalah. Nanti kalian bakal tahu mengapa Fatihah di situ. Aku ingat lagi, pada waktu itu ialah waktu rehat. Aku mengajak Mawar rehat sekali denganku di kantin sekolah. Sebelum kami sampai di kantin tersebut, kami terpaksa melalui di hadapan perpustakaan lama sekolah, perpustakaan di mana aku ternampak seorang perempuan misteri semasa aku mula-mula lalu di situ. Pada hari itu juga, sekali lagi aku ternampak budak perempuan yang sama. Dia sedang memerhatikan tingkah lakuku.

II
"Mawar, sekejap. Siapa budak perempuan tu?" soalku.
"Hah? Budak perempuan? Mana? Aku tak nampak pun," kata Mawar kaget. Aku segera menunjukkan jari telunjukku ke arah budak perempuan itu. Namun, belum sempat lagi aku berbuat apa-apa, Mawar terlebih dahulu menepis tanganku.
"Oit , jangan tunjuk apa-apa kat situ. Hish kau ni!" Tegur Mawar kepadaku. Aku terkedu. Aku menoleh semula ke arah budak perempuan itu. Ghaib! Tanpa berkata apa-apa, aku meneruskan sahaja perjalananku menuju ke kantin sekolah bersama Mawar.

Selesai makan, aku menuju ke sinki untuk mencuci tangan. Semasa mencuci tanganku, diriku tersentak apabila terpandang akan perempuan tadi yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan sinki. Dia memerhatikan aku yang berada di hadapannya . Dengan keberanian juga tercalit sedikit ketakutan dalam diriku , aku bertanya kepadanya.

"Maaf... Kau ni siapa? Kenapa sejak hari tu lagi kau selalu perhatikan aku? Ada apa-apa yang boleh aku bantu ke?" Tiada sebarang respon daripadanya. Tanganku pula sudah mula menggigil. Menggigil ketakutan.
"Erm, boleh tak kalau.." belum sempat aku menghabiskan 
kata-kataku, Mawar terlebih dahulu menyergahku.
"Fatihah! Kau cakap dengan siapa tu?" Aku tersentak dan menoleh ke arah Mawar.

"Kau tak nampak ke aku tengah cakap dengan.." aku menoleh semula ke hadapan dan terdiam. Tiada sesiapa lagi di hadapanku.
"Erm, tak ada apalah. Abaikan," kataku menyedapkan hati.
"Dah la tu Fatihah. Kau ni kuat mengelamun la. Aku tunggu kau kat depan kantin tau," balas Mawar. Aku mengangguk tanda mengerti.

Saat itu, aku merasakan keadaan tersebut terlalu aneh dan pelik.
Di mana budak perempuan itu? Misteri! Memang misteri! Sangat misteri! Aku memandang pula ke dalam sinki. Tiba-tiba, aku ternampak satu helaian kertas kecil berwarna putih di dalamnya.
Basah! Lalu aku pun mengambilnya dengan berhati-hati. Jika sekali aku tersilap langkah, kertas itu pasti akan terkoyak. Aku membaca tulisan yang tertera di situ.


"Tolong?" monologku sendirian. Perkataan itu sentiasa menjadi tanda tanya buatku. Tanpa memikirkan apa-apa, aku pun mengambil helaian kertas basah tersebut. Kemudian , aku menyimpannya dengan berhati-hati.

Semenjak aku menyimpan helaian kertas tersebut, pelbagai perkara aneh yang telah berlaku di sekolah itu termasuklah kematian salah seorang pelajar tingkatan 5 yang bernama Syafiq. Dan aku? Aku semakin hari semakin dipinggirkan. Mawar juga melakukan perkara yang sama terhadapku. Tetapi mengapa? Apa yang telah berlaku sebenarnya? Setiap kali aku lalu di hadapan perpustakaan lama sekolah itu, pasti aku akan ternampak budak perempuan tersebut memerhatikan aku.

Ingin sekali aku menghampirinya untuk menanyakan siapa dia.
Namun, disebabkan desakan para guru supaya jangan pernah ada sesiapa pun yang berani mendekati perpustakaan lama itu, mahu atau tidak aku terpaksa mengikut arahan tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, aku bermimpi.

III
"Jangan!! Jangan buat aku macam ni!! Tolonglah jangan!!"
teriak seorang perempuan. Namun, teriakannya langsung tidak diendahkan oleh si lelaki. Dia tetap meneruskan juga perbuatan terkutuknya itu. Si perempuan menangis teresak-esak .
"Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa salah aku?!" bentaknya.
"Syahida.. Syahida.. Siapa suruh kau tak layan aku. Jadi, terpaksalah aku buat macam ni pada kau. Kau yang paksa aku sebenarnya. Ini adalah satu-satunya cara untuk aku dapatkan kau,"
kata lelaki itu.

"Binatang !! Syaitan !! Aku lebih rela mati daripada jadi hina macam ni! Aku lebih rela mati daripada hidup dengan lelaki binatang macam kau!" bentak si perempuan. Muka si lelaki mula berubah berwarna merah. Merah kerana marah! Tiba-tiba, si lelaki menarik si perempuan ke dalam sebuah bangunan lama. 'Perpustakaan SMK Dato Galoh', tulisan yang tertera di salah satu sudut bangunan itu. Kemudian, si lelaki membuka kunci pintu bangunan tersebut. Si perempuan pula dibawanya masuk ke dalam.

Setelah si lelaki memastikan bahawa misinya masih berjalan dengan lancar, dia segera mengeluarkan sebilah pisau dari poket kanannya.
"Kau cakap kau nak mati, kan? Dan kau cakap kau tak nak hidup dengan aku, kan? Ok fine! Aku akan tunaikan!" Kemudian, si lelaki terus menikam si perempuan. Si perempuan menjerit kesakitan. Dia memegang pisau yang tertusuk di perutnya. Setelah itu, si lelaki terus keluar dari situ.

I
Ya! Aku masih ingat lagi salah satu mimpi aku tentang kejadian itu. Sehingga ke saat ini, aku masih belum dapat melupakannya.
Ternyata, kotak ingatanku masih tidak mahu melepaskan mimpi itu pergi sehingga aku mencoretkan kisahku di atas kertas pada saat ini. Mungkin, mimpiku itu akan terus bersemadi. Sememangnya mimpiku itu suatu realiti!

II
Aku tersedar dari mimpiku."Astaghfirullah Al-Azim," ucapku banyak kali. Aku mengusap mukaku yang berpeluh. Ya Allah, adakah ini satu petanda dariMu? Jika ya, siapakah Syahida? Dan.. Siapa pula lelaki itu? Sepertinya, kedua-dua orang ini pernah aku kenal. Ya Rabbi! Syahida! Perempuan yang selama ini aku lihat di perpustakaan lama sekolah. Jadi selama ini, Syahida dibunuh?
Dan apa yang aku lihat sebelum ini adalah rohnya semata-mata?
Tetapi, si lelaki? Siapa pula lelaki itu? Aku rasa aku pernah melihatnya sebelum ini juga. Tetapi, siapa? Ah! Aku masih kabur lagi!

Pagi itu, aku ke sekolah seperti biasa. Aku ternampak Mawar dan terus memanggilnya. Namun, apabila dia terdengar sahaja namanya dipanggil olehku, dia terus lari daripadaku. Aneh! Cukup aneh! Apabila aku melalui sesuatu kawasan pula, pasti orang-orang di sekelilingku akan menjauhkan diri mereka dariku.
"Kenapa pulak diorang ni?" monologku sendiri. Apabila aku masuk ke kelas pula, semua rakanku akan memandangku dengan pandangan yang pelik sekali. Aku berjalan menuju ke tempat dudukku tanpa mengendahkan pandangan mereka semua.

Aku terus duduk di atas kerusiku. Namun , masih ada lagi mata-mata liar memandang ke arahku.
"Apa tengok-tengok hah?! Nak mati kena bunuh ke?! " Tiba-tiba sahaja kata-kata kesat itu keluar dari bibirku. Aku seolah-olah tidak sedar dengan apa yang telah aku katakan sebentar tadi. Astaghfirullah Al-Azim. Aku beristighfar banyak kali. Pada malam itu, aku bermimpi lagi.

III
Si lelaki kembali semula ke perpustakaan lama tersebut. Kali ini, dia membawa sarung tangan pula. Apabila masuk ke dalam, 
dia terus menyarungkan tangannya dengan sarung tangan tersebut.
Kemudian, dia menuju ke arah si perempuan. Si perempuan masih hidup tetapi hanya sekadar nyawa-nyawa ikan. Tubuhnya berlumuran dengan darah. Si lelaki segera mencapai kaki si perempuan. Dia menarik kakinya ke arah satu bilik kecil. Setelah meletakkan si perempuan di dalam bilik kecil itu, si lelaki terus keluar dari situ. Kemudian, dia mengunci bilik kecil itu .

II
Aku terus tersedar daripada mimpiku. Sepertinya lelaki itu adalah.. Ya! Lelaki itu adalah Syafiq! Syafiq, pelajar tingkatan 5 di sekolahku. Syafiq, pelajar yang mati secara misteri itu. Jadi, selama ini..

I
Izinkan aku untuk menyambung kembali coretan tentang kisahku ini kerana kisah ini masih panjang lagi. Aku yakin dan percaya bahawa sesiapa yang sudah membaca coretanku sebelum ini, pasti kalian sudah tahu serba sedikit tentang kisah ini. Tahu tentang siapa perempuan yang selalu aku lihat di perpustakaan sekolahku dulu. Tahu tentang kisahnya di sekolah lamaku. Adakah benar dan tepat sangkaanku terhadap kalian?

II
Pagi itu, aku datang awal ke sekolah. Aku pergi menemui Cikgu Hani di bilik guru. Aku memintanya menerangkan siapa Syahida.
Aku juga menceritakan apa yang telah terjadi kepadaku semenjak aku berada di sekolah itu. Pada mulanya, dia agak terkejut mendengar ceritaku. Tiba-tiba sahaja , Cikgu Hani menangis di hadapanku. Puas aku tanya kepadanya apa yang telah terjadi.
Setelah didesak-desak, akhirnya Cikgu Hani menceritakan semuanya kepadaku.

III
Pada awal persekolahan, Cikgu Hani membawa seorang budak perempuan baru ke kelas 4 Cempaka dan mengenalkannya kepada semua ahli kelas di situ. Namanya Syahida. Orangnya pula memang cantik dan manis persis seperti namanya. Selepas itu, Cikgu Hani menyuruh Syahida mengambil tempat di tepi dan di belakang sekali. Syahida merupakan seorang yang peramah. Dia mendapat ramai kawan di kelas barunya itu. Salah seorang daripada mereka menjadi sahabat baik Syahida. Namanya Mawar.

Suatu hari, pada waktu reh
at, Syahida dan Mawar pergi ke kantin sekolah. Semasa dalam perjalanan ke sana, Syahida terlanggar dengan seorang budak lelaki tingkatan 5 bernama Syafiq. Syafiq dikenali sebagai samseng utama di sekolah itu. Kerana rasa bersalah, Syahida meminta maaf kepadanya lalu terus beredar dari situ. Melihatkan kecantikan Syahida, Syafiq terpikat dengannya.
Timbul rasa keinginan Syafiq untuk mendekatinya pula.

Semakin hari semakin Syafiq mahu mendekati Syahida. Perasaan sukanya terhadap Syahida pula semakin kuat. Dia cuba untuk mendekatinya. Namun, setiap kali dia mahu berbuat sedemikian,
Syahida akan lari daripadanya. Syahida tahu bahawa Syafiq bukanlah seorang lelaki yang baik. Suatu hari, semasa Syafiq sedang berbual dengan rakannya di kantin sekolah, dia ternampak Syahida bergelak tawa dengan seorang lelaki. Mereka kelihatan mesra sekali. Perasaan marah Syafiq mula timbul dalam dirinya.
Semakin hari, semakin dilihatnya Syahida bertambah mesra dengan lelaki itu.

'Oh, dengan aku, kau selalu mengelak ya Syahida. Tapi dengan lelaki lain, bukan main mesra lagi aku nampak. Tak apa, tak apa.' kata Syafiq dalam hatinya. Perasaan cemburu Syafiq semakin bertambah. Perasaan dendamnya pula semakin membuak-buak.
Dia tidak betah melihat orang yang disukainya bersama dengan orang lain selainnya. Bagi membalas dendam, pada suatu hari,
Syafiq telah melakukan perbuatan terkutuknya terhadap Syahida dan cuba membunuhnya.

"Jangan !! Jangan buat aku macam ni!! Tolonglah jangan!! "
teriak Syahida. Namun, teriakannya langsung tidak diendahkan oleh Syafiq. Dia tetap meneruskan juga perbuatan terkutuknya itu.
Syahida menangis teresak-esak.
"Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa salah aku?! "
bentak Syahida .
"Syahida.. Syahida.. Siapa suruh kau tak layan aku. Jadi, terpaksalah aku buat macam ni pada kau. Kau yang paksa aku sebenarnya. Ini adalah satu-satunya cara untuk aku dapatkan kau," kata Syafiq.

"Binatang!! Syaitan!! Aku lebih rela mati daripada jadi hina macam ni! Aku lebih rela mati daripada hidup dengan lelaki binatang macam kau! " bentak Syahida pula. Muka Syafiq mula berubah berwarna merah. Merah kerana marah! Tiba-tiba , Syafiq menarik Syahida ke dalam sebuah bangunan lama. ' Perpustakaan SMK Dato Galoh', tulisan yang tertera di salah satu sudut bangunan itu. Kemudian, Syafiq membuka kunci pintu bangunan tersebut. Syahida pula dibawanya masuk ke dalam.

Setelah Syafiq memastikan bahawa misinya masih berjalan lancar, dia segera mengeluarkan sebilah pisau dari poket kanannya.
"Kau cakap kau nak mati, kan? Dan kau cakap kau tak nak hidup dengan aku, kan? Ok fine! Aku akan tunaikan!" Kemudian, Syafiq terus menikam SyahidaSyahida menjerit kesakitan. Dia memegang pisau yang tertusuk di perutnya. Setelah itu, Syafiq terus keluar dari perpustakaan itu.

Beberapa minit kemudian, Syafiq kembali semula ke perpustakaan tersebut. Kali ini, dia membawa sarung tangan pula. Apabila masuk ke dalam, dia terus menyarungkan tangannya dengan sarung tangan tersebut. Kemudian, dia menuju ke arah SyahidaSyahida masih hidup tetapi hanya sekadar nyawa-nyawa ikan. Tubuhnya berlumuran dengan darah. Syafiq segera mencapai kaki Syahida. Dia menarik kakinya ke arah satu bilik kecil. Setelah meletakkan Syahida di dalam bilik kecil itu, dia terus keluar dari situ. Kemudian, Syafiq mengunci bilik kecil itu.

Untuk mengelakkan dirinya ketahuan, Syafiq meletakkan sahaja kunci perpustakaan yang dipegangnya di hadapan pintu perpustakaan tersebut. Dia memandang ke kiri dan ke kanannya.
Melihatkan tiada orang di situ, dia terus beredar begitu sahaja.

II
Kali ini, air mataku pula yang jatuh membasahi lantai bilik guru.
Aku terlalu sedih dan sebak mendengarkan cerita Cikgu Hani itu.
Baru aku tahu cerita sebenarnya. Sebelum aku sempat berkata apa-apa, Cikgu Hani terlebih dahulu menyatakan sesuatu.
"Ya. Cikgu memang tahu semua tu. Sebabnya Syafiq sendiri yang bagitahu cikgu. Cikgu yang bagi Syafiq kunci perpustakaan tu. Sangka cikgu, Syafiq hanya sekadar bergurau. Tapi percayalah Fatihah. Waktu tu Syafiq betul-betul dah menyesal sebab dia buat perkara terkutuk tu pada Syahida."

"Kenapa cikgu tak laporkan perkara ni pada pihak atasan sekolah?
Itu kes membunuh cikgu!" Akhirnya, dapat juga aku meluahkan rasa tidak puas hatiku.
"Sebenarnya, Syafiq adalah satu-satunya anak saudara cikgu. Cikgu tak sanggup nak tengok Syafiq dipenjara sebab cikgu tahu adik cikgu atau mak Syafiq akan kecewa sangat-sangat. Cikgu takut adik cikgu akan bunuh diri kalau dia tahu perkara tu."

Melihat keadaan diri Cikgu Hani pada waktu itu, aku faham akan situasinya. Cikgu Hani betul-betul berasa amat bersalah. Aku juga tidak mampu berkata apa-apa. Aku memilih untuk berdiam sahaja.
"Fatihah.." Cikgu Hani memanggil lembut namaku. Aku memandangnya.
"Waktu cikgu check dekat tempat yang Syafiq bagitau kat mana Syahida, cikgu cuma tengok kesan darah je. Tapi Syahida.. dia tak ada kat situ. Cikgu tak tahu dia kat mana sebenarnya.. sampai sekarang."
Allahu. Aku terkedu. Aku terdiam. Aku terbisu. Jadi bermakna jasad Syahida sudah hilang dari bilik kecil itu sewaktu Cikgu Hani datang ke situ. Di mana jasadnya kalau begitu? Mungkin untuk menjawab persoalanku, ditakdirkan Allah, aku bermimpi lagi pada malam itu.

III
Si lelaki meletakkan kunci yang dipegang di hadapan pintu perpustakaan lama tersebut. Dia memandang ke kiri dan ke kanannya. Melihatkan tiada orang di situ, dia terus beredar begitu sahaja. Beberapa minit kemudian, datang seorang perempuan pula mengambil kunci tersebut. Bersamanya adalah sebuah cangkul. Sebelum masuk ke dalam, perempuan itu terlebih dahulu menuju ke belakang perpustakaan itu.

Dia mula mencangkul tanah di situ sedalam-dalamnya. Selepas itu, barulah dia ke hadapan semula dan masuk ke dalam perpustakaan tersebut. Perempuan itu mencari-cari sesuatu. Setelah menjumpai sebuah bilik kecil yang dicarinya tadi, dia segera membuka pintu bilik kecil itu dengan kunci yang diambilnya di luar perpustakaan.
Dia terlihat seorang perempuan di situ. Tubuhnya berlumuran darah. Keadaannya terlalu lemah.

"Ma.. war.. To.. long.. se.. la.. mat.. kan.. a.. aku.."
rayu si perempuan. Lalu, perempuan yang bernama Mawar itu segera mencapai pisau yang terletak di sebelah perempuan tersebut. Dia menyimpan pisau itu ke dalam poketnya. Perlahan-lahan, dia cuba mengangkat si perempuan keluar dari perpustakaan tersebut. Mereka ke belakang perpustakaan. Perempuan yang bernama Mawar itu tiba-tiba sahaja mencampakkan si perempuan ke dalam lubang yang dicangkulnya tadi.

"Padan muka kau Syahida! Kau dah rampas Syafiq dari aku! Aku benci kau! Benci sebenci-bencinya! Kau duduk diam-diam je dalam ni ok! Selamat tinggal!" bentak perempuan yang bernama Mawar itu. Kemudian, dia memasukkan kembali tanah-tanah yang dicangkulnya tadi ke dalam lubang tersebut. Setelah selesai , 
dia mengeluarkan pula pisau yang berada dalam poketnya. Dia mencampakkan terus pisau tersebut ke dalam hutan di belakang perpustakaan lama tersebut.

II
Aku terbangun daripada mimpiku dan terus terduduk. Nafasku turun naik. Dalam hati, aku beristighfar berbanyak kali.
Mimpi ini, mimpi yang menjawab segala-galanya.
"Mawar.. " Tercungap-cungap aku menyebut nama itu.

I
Ya! Mimpi inilah yang telah menjawab segala-galanya. Mimpi inilah yang telah menjawab semua persoalanku dahulu. Mimpi inilah yang mendorongku berani untuk bersuara. Bersuara memperdengarkan kebenaran!

II
Akhirnya, Mawar mengaku segala-galanya. Dia terpaksa dibawa ke penjara kerana pembunuhan kejam yang dilakukannya. Aku tidak tahu adakah hukuman yang bakal diterimanya itu akan melibatkan hukuman Mandatori Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jasad Syahida pula sudah dikebumikan di perkuburan Islam yang sebenar. Cikgu Hani? Dia tetap merahsiakan tentang perbuatan arwah Syafiq, anak saudaranya itu terhadap Syahida. Disebabkan tidak mahu rahsianya terbongkar, dia mengambil keputusan untuk berpindah dari sekolah itu.

Dan aku? Baruku tahu mengapa selama ini orang-orang di sekelilingku cuba menjauhiku. Aku pernah dirasuk tanpa sedar. Dan disebabkan itu, aku telah membunuh Syafiq dengan tanganku sendiri. Mungkin setelah aku menyimpan kertas yang tertulisnya perkataan 'Tolong' itu, aku merasakan bahawa seolah-olah aku menerima pertolongan yang dinyatakan.

Walaupun aku tidak tahu apakah jenis pertolongan tersebut.
Perkara itu pun aku tahu setelah Cikgu Hani memberitahuku. Pihak sekolah terpaksa merahsiakan hal ini daripadaku kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk lagi terjadi kepadaku. Namun, aku menerima semua itu. Aku yakin dan percaya, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya tersendiri.

Sewaktu hari terakhir aku berada di sekolah itu, aku memberanikan diri untuk pergi ke perpustakaan lama sekolah. Di situ, aku terlihat roh Syahida sedang memerhatikanku. Dia senyum kepadaku. Senyumannya itu manis sekali! Pakaiannya pula putih seputih-putihnya. Suci. Cantik. Itulah Syahida. Aku membalas senyumannya. Sedang aku asyik tersenyum kepadanya,
tiba-tiba di hadapanku melayang sehelai kertas berwarna putih. Aku segera mencapainya sebelum kertas itu jatuh di atas tanah. Di kertas itu pula, terteranya perkataan 'Terima Kasih'.


Aku mengangkat mukaku semula melihat ke arah roh Syahida. Namun begitu, roh tersebut sudah menghilang. Tahulah aku bahawa pesanan ini daripadanya, sama seperti kertas yang aku dapat dahulu. Kertas yang terteranya perkataan 'Tolong' pada hari itu. Setelah melihat roh Syahida pergi, aku juga turut beredar dari situ. Doaku agar roh Syahida tenang setenang-tenangnya di sana.
In shaa Allah.

I
Baiklah. Aku rasa cukuplah setakat ini sahaja coretanku. Jiwaku sudah tenteram sekarang. Misteri? Ya! Tidak lagi menjadi misteri. Kerana misteri suatu penantian, sudah pun terungkap rapi.

-TAMAT-

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


SMKASAS - Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Biduk karam ditarik ke tepi,
Kain baldu dibawa ke gundang;
Langit kelam bintang menyepi,
Rindu SMKASAS datang bertandang?
____________________________________________________________________________________

Salam manis. 
Salam merindu. 
Salam sayang. 
Pada KASAS yang satu

KASAS? Apa tu? Ya, panggilan yang sangat2 sinonim kepada SMKASAS. Disebabkan ramai yang malas nak sebut 'SM' kat depan tu, maka KASAS lah jadinya Tapi takpe lah, tak kisah pun panggilannya macam mana, asalkan orang tahu KASAS tu SMKASAS, so it's ok lah. 

Kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Indeed it's so true ! Sangat rindu pada bumi tarbiyah pertama ni sebelum ke Nilam Puri. SMKASAS - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, salah sebuah SMKA di Perak - selain SMKA Kerian & SMKA Slim River - & terletak di Bota, Seri Iskandar, Perak. 

____________________________________________________________________________________

Bismillah. SMKASAS, mula masuk ke sini pada tahun 2009. Alhamdulillah, setia sampai ke form 5 pada tahun 2013. Wow ! 5 tahun di SMKASAS sangat2lah banyak kenangan tercipta. Pahit manis semua ada. Kawan2, guru2, ustaz ustazah semua rindu. Tapi, antara tahun yang paling best sekali, of course lah waktu form 4 & form 5. First time dirombak kelas waktu tu. Yang pandai, yang kurang, yang cantik, yang tak cantik semua dicampurnya #ehh. Memang rasa laa suasana tak 'didiskriminasikan' antara yang pandai dengan yang kurang pandai tu

Form 1, mula melangkah ke KASAS pada 4 Januari 2009. Biasalah kalau form 1, part2 macam homesick tu tak payah nak cerita kot rasanya. Semua akan merasa. Semua sama. Tipu kalau kata tak. Alhamdulillah, waktu form 1 ni laa banyak sangat tarbiyah yang kami dapat daripada para naqibah kami. Daripada form 1 lagi kami dilatih untuk tingkatkan mutaba'ah amal masing2. Al-Mulk setiap malam, Mathurat lepas asar, Solat Dhuha waktu rehat, Usrah setiap Sabtu, solat jemaah setiap waktu. Subhanallah, rasa bahagia sangat bila dapat dekat dengan Allah tu.

Form 2, still berterusan amalan2 tu. Dapat pulak naqibah yang jenis tekankan part2 tu, memang tak lepas lah. Dan waktu form 2 lah abang mula melangkah masuk pulak. Waktu ni dia form 4. Dapat keputusan PMR cemerlang kan, maka KASAS laa menjadi pilihan hati dia. Konon nak ikut adik dia laa. Waktu form 2 ni saya tak aktif sangat, banyak belajar je. Tapi ada laa jugak jadi wakil sekolah untuk acara merentas desa & acara balapan untuk MSSSM - Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia  Waktu form 1 pun sama jadi wakil sekolah untuk acara merentas desa. Cuma waktu form 2 orang lain target kita ni atlet. Acara balapan, long-distance. Wakil rumah sukan - rumah merah - and merah juara !
____________________________________________________________________________________

Form 3, form yang sangat2 lah hectic. Nak PMR dah kan. Cikgu2 target kami pecah rekod jadi batch yang mencipta sejarah PMR terbaik selama berada di SMKASAS. Waktu ni abang form 5, so batch dia pun cikgu2 target jadi batch yang terbaik dalam SPM. Besar kot harapan tu. Memang tak menang tangan belajar. Setiap petang ada kelas tambahan. Malam pun sama. Jenuh juga kami hadapinya. Macam2 cikgu buat. Kem itu laa, kem ini laa. Tapi memang best. Terutamanya bila kita ditarget cikgu sebagai pelajar cemerlang. Wah, dia punya penekanan untuk pelajar cemerlang tu memang up sikit dari pelajar2 lain. Waktu tu pun abang ditarget sebagai pelajar cemerlang SPM.

Then, form 3 ni memang form yang boleh dikatakan rapatnya lahaii ukhwah saya dengan abang saya (konon~)  Lebih2 lagi bila dua2 ditarget sebagai pelajar cemerlang PMR & SPM. Banyak sangat aktiviti luar kami kena pergi sama2. Teringat ada satu masa tu, kami pelajar2 PMR & SPM yang ditarget ni kena pergi ke SMKA Kerian. Ada kem kecemerlangan waktu tu. Pergi dengan satu bas. Tak ingat berapa orang form 3 and berapa orang form 5. Tapi yang pasti, dua2 bilangan yang pergi tu ganjil. Maka, nak tak nak akan ada satu seat yang terpaksa seorang lelaki & seorang perempuan duduk sekali. And nak tahu apa solusinya? Faham2 laa sendiri Tapi yang pasti, alhamdulillah, kami berjaya mencipta rekod menjadi batch paling terbaik PMR & SPM setakat ni
____________________________________________________________________________________

Form 4, bila dah namanya form 4, maka akan ramai laa kawan2 yang pindah ke sekolah yang lebih baik. Ramai yang pindah ke KISAS & SBP. Jadi, tinggallah kami2 yang sama ada tak mintak ke mana2 atau memang tak dapat sekolah yang diminta #opss. Tapi bak kata orang, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. So, dapatlah pengganti kawan2 yang pergi. Waktu form 4 ni, saya memang aktif. Masuk kawad & perkhemahan KRS sampai ke peringkat negeri. Memang best sangat ! Yang paling tak lupa bila dilantik sebagai penghuluwati kumpulan KRS Perak Tengah waktu perkhemahan tu. Terkejut jugak kan, sebab tak pernah2 jadi ketua, then tiba2 jadi  Actually waktu form 4 ni laa banyak terlibat dengan kem2 & kawad2 berkaitan KRS. Tak percaya boleh belek sijil2 tahun 2012.
____________________________________________________________________________________

Form 5, yes ! Form yang paling hectic, lebih hectic dari form 3. Memandangkan kami nak SPM tahun ni & SPM penentu untuk melangkah ke alam Universiti, maka nak tak nak kami kena cipta rekod sekali lagi. Sama je keadaannya dengan form 3 dulu, cuma kali ni lebih up lagi lah kan sebabnya subjek pun ada 11, instead of waktu form 3 just 9 subjek je. Dan waktu form 5 laa saya diberi tanggungjawab untuk memegang amanah sebagai ketua pelajar - kalau kat sekolah lain diberi nama sebagai 'pengawas' - Pegang jawatan sebagai penolong ketua Biro Pengurusan Sekolah. Masha Allah, cabarannya sangat2 lah tak tahu nak cakap apa. Banyak2 berdoa je pada Dia semoga urusan dipermudahkan.

Tapi waktu form 5 lah paling best sekali. Dapat sekelas dengan kawan2 yang masuk air  Dapat adik2 baru #ehh. Yang adik2 baru ni ada kisah kami tersendiri. Takpe, nanti kita cerita belakang ya. Lepas tu dapat pengalaman menghandle majlis2. Handle perhimpunan mingguan. Bukak puasa dengan rakan2 sekelas dekat rumah pengetua. Naik bas ramai2 pergi ke kenduri abang kepada salah seorang rakan sekelas. Dapat guru kelas yang sangat2 lah penyayang. Dapat mentor dorm orang yang sama jadi guru kelas. Jadi setiausaha persatuan. Jadi setiausaha kelab. Jadi tu, jadi ni. Wow ! Sangat2 lah best kalau nak dikenang balik. Dan alhamdulillah, keputusan SPM pun terbaik. Walaupun kami tak dapat pecah rekod SPM, but still berbangga sebab PMR kami dah berjaya. Dan SPM, batch abang yang pecahkan rekod tu  So, kami tumpang bangga sekali.
____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, zaman persekolahan dulu kalau diikutkan dah 4 tahun melabuhkan tirai. Memang banyak suka duka pahit manis melalui pengalaman2 yang ada sepanjang berada di SMKASAS. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru2 yang bagi saya telah berjaya mendidik kami semua  Tak lupa juga kepada semua rakan2 SMKASAS yang pernah hadir dalam hidup ni. Terima kasih atas segalanya. Mohon maaf salah silap. Akhir kata, jangan putuskan hubungan ni sampai bila2. Gunakan segala media sosial yang ada untuk kita berhubung dengan sebaiknya ya. Then, jom jadi Alumni !

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________



Selamat Datang !

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pe
pohon ara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
____________________________________________________________________________________

Selamat datang.
Selamat bertandang.
Salam manis.
Salam sayang.
Eh, salam kenalan juga


Firstly, terima kasih kerana sudi singgah menjadi tetamu di blog yang serba-serbi ni. Actually tak ada apa nak diceritakan pun dalam blog ni. Cuma mungkin ada cerita2 menarik atau deep atau yang tak tersengaja terselit dalam kehidupan sehari-hari, maka #siscuba sejarahkannya di sini. Then, dekat sini pun, saya akan buat semua review buku yang pernah saya baca

Secondly, kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi, kalau dah kenal tak semestinya bercinta kan? Kata orang juga, tak kenal maka ta'aruf. Jadi, jomlah kita berta'aruf 
____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, pada hari ini - 8 Jun 2017 ini, mohon izin untuk perkenalkan serba sedikit tentang diri. Tapi sebelum tu, mungkin dah ada yang kenal, so hai ! Assalamualaikum insan yang mengenali diri ini Semoga sihat selalu & sentiasa berada di bawah perlindunganNya.

Bismillah. Nama diberi, Jainatul Ain Sulehah Binti Wildani. Dalam kalangan keluarga & saudara-mara, yes of course, nama 'Ain' menjadi pilihan. Dalam kalangan sahabat2, cikgu2 & staf2 di sekolah dulu mahupun di U sekarang, digelar dengan nama 'Jai'. Rare kan? Actually nama sebenar Jannatul Ain Solehah. Tapi entah macam mana, pihak hospital tak faham tulisan tangan paa kot, yang N jadi I, yang O jadi U. Maka, begitulah namaku ~

Umur, kalau diikutkan, 24 Mei 2017 ni dah masuk 21 tahun. Allah, dah terasa tua dah diri ni. Semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambah & meningkatlah iman serta taqwa kan ? Semakin mendekatlah kematian kan ? Ok #deep. Masih merangkak actually dalam mencari jawapan, apatah lagi pelaksanaan ke arah tu. Doakan ya
____________________________________________________________________________________

Asal, belah mak di Ipoh, Perak. Belah ayah pulak di Padang, Indonesia. Oh, cakap pasal Padang, yes, pernah pergi sekali. Waktu tu umur 4 tahun. Ingat laa jugak sikit2 waktu pergi ke sana beberapa tahun yang lalu. Yang paling ingat, pernah masuk dalam selut sebab kononnya nak ikut paa laa pergi sungai depan tu, alih2 tak dapat sebab semakin lama rasa macam semakin tenggelam pulak ke dalam selut tu. Oh, mahu tak jerit and menangis. Nasib baik mak ada tolong tarikkan balik. Selamat ~

Mak ayah, alhamdulillah masih diberi ruang & peluang untuk hidup bersama-sama dengan mak & ayah tercinta. Mak, Puan Salamiah Binti Yam. Orang panggil 'Sal' je. Suri rumah + menjahit baju. Ayah, Encik Wildani Bin Jamil. Seorang pemandu lori + imam di surau Taman Temara. Kami adik-beradik semua panggil 'paa'. Kat sini, paa dipanggil dengan nama 'Majid', bersempena dengan nama gelarannya, Abdul Majid Bin Jamil. Di Padang, paa dipanggil dengan nama 'Win'. Haa, win kan ?  Dan kalau nak tahu, kat kilang tempat paa bekerja, gelarannya lagi laa win. 'Batman'.

So, kalau kat sini nak cari paa, jangan tanya dengan nama 'Wildani' tu, confirm orang akan jawab dengan persoalan balik. Wildani? Siapa tu? Ok, tu satu. Serius kena tanya dengan nama 'Majid'. Kalau nak pergi ke kilang pulak, please sangat2 jangan cari nama 'Majid'. Confirm orang tak kenal. Serius kena tanya dengan nama 'Batman' pulak. Alahai paa. Banyak betul gelarannya
____________________________________________________________________________________

Ok next. Adik-beradik pulak. Ada 4 orang. Abang, Muhammad Taufiq. Sekarang, belajar kat Tanta, Mesir & ambik kos dentist. Tahun ni dia last dah sebab dah tahun akhir. Saya anak kedua & sekarang sedang belajar di Universiti Malaya dalam Program Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran). Adik bawah, Nurzuriati. Sekarang dia ada je kat SMKA Kerian, Perak. Dia SPM tahun ni. Mohon tembakan doa semua ya  Then, adik bongsu, Nur Umairah. Baru darjah 2 & bersekolah di SK Kampong Pasir Puteh, Ipoh.

Cita-cita, of course nak jadi cikgu. Pernah mintak IPG, and dah dapat dah pun. Subjek Matematik pulak tu. Ya Allah, memang best sangat sebab dah dapat apa yang kita nak kan. Tak lama lepas tu, dapat UM pulak. Asasi Pengajian Islam kat Nilam Puri, Kelantan. Oh dalam hati memang nak tolak habis. Tapi, bila tengok mak & paa gembira sangat, maka berhuhulah kita & ber'selamat tinggal'lah kepada IPG. Sesungguhnya, redha Allah itu terletak pada redha kedua ibu bapa. In shaa Allah, ada hikmahnya
____________________________________________________________________________________

Ok, hobi. Erm, In shaa Allah, membaca kot. Sebabnya nak kata bermain atau mengemas rumah pun tak jugak. So, membaca la yang sesuai nampaknya. Oh, cakap pasal membaca, saya minat sangat dengan karya2 novel Ramlee Awang Mursyid instead of novel2 cinta yang agak cliche dengan kehidupan kahwin paksa, gaduh and last sekali bercinta. Tak pun bercerai #eh. Tapi, novel RAM sangat2 lah lain daripada yang lain.

RAM kebanyakan dalam novel beliau banyak diselitkan dengan ilmu pengetahuan, isu2 semasa. Dan yang paling best sekali of course lah penekanan tentang agama. Beliau sangat2lah menekankan agama dalam novel2 beliau. Boleh try baca, terutamanya novel bersiri beliau - Laksamana Sunan. Serius, boleh jatuh cinta dengan watak Laksamana Sunan tu sebab ciri2 watak tu, masha Allah. Penuh dengan cinta kepadaNya. Cinta kepada manusia pun ada. Cumanya diselitkan sedikit demi sedikit la. Tapi walaupun begitu, dia punya kesan, subhanallah, dalam sungguh. Part tu boleh meneggelamkan semua part yang ada #eh. Bak kata beliau, elemen cinta ibarat 'gula dalam kopi'

Oh ya, tu kalau antara salah satu novel kegemaran la. Novel2 and buku2 lain pun ada sentuh jugak. Nanti boleh la tengok kat page 'Book Reviews' tu. Saya akan masukkan review2 buku telah saya baca nanti ok
____________________________________________________________________________________

Hmm, nak cerita apa lagi  Ok lah. Tamat disini sahaja. Nanti meleret lagi payah. Then, selesai ta'aruf serba sedikit. Kalau nak ta'aruf lebih lagi, boleh je roger2. Tapi jangan ditanya benda yang tak sepatutnyalah. Tanya yang baik2 je ya. Maka dengan ini, bismillah, Lukisan Penulisan ku bermula ~

Sekian sahaja untuk post pertama ni. Maaf salah silap, terlebih & terkurang. Jumpa lagi di post yang seterusnya

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa