Review buku 'Erdogan Bukan Pejuang Islam?'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Erdogan Bukan Pejuang Islam?'
Oleh : Ahmad Azam Ab Rahman, Najmuddin Mohd Nawi & Muhammad Suhail Ahmad 


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, setelah sekian lama selesai membaca buku mengenai Erdogan ni, hari ni baru berkesempatan nak buat review. Memandangkan tajuk buku ni pun dah macam.. eh seriuslah Erdogan ni bukan pejuang Islam? (waktu tengah tengok2 buku kat Popular AEON Station 18) macam ada yang tak kena, so terus grab buku, bukak jap bahagian belakang (ni perangai yang tak pandai nak elak, suka sangat tengok belakang2, tak sabar2 nak tahu kesudahan Lepas tu jadi tak suspense langsung ) then terus beli
 sebab dah tahu jawapan kepada persoalan yang menjadi tajuk buku ni

Orait, abaikan yang tu. Mungkin sesetengah kita dah sedia maklum siapa Erdogan ni, atau nama penuh beliau, Recep Tayyip Erdogan. Beliau merupakan Presiden Turki sehingga sekarang. Kalau nak cakap mengenai beliau ni memang banyak. Antaranya, beliau merupakan seorang pemerintah yang berani, tegas dan bersuara lantang bagi membela nasib pelarian negara-negara Islam lain yang lain. Sebagai contoh, krisis di Palestin. Erdogan mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh Rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. Selain tu, Erdogan juga membantu pelarian dari Rohingya dan lain-lain lagi. Paa pun suka dengan Erdogan ni. Selalu cakap, oo Erdogan ni memang bagus. Penduduk Rohingya tu dia yang bantu  Yaa, thats means, Erdogan bukan calang2 orang sebab paa pun puji.

Ok, kita masuk sikit part isi. Antara yang dibincangkan dalam buku ni ialah mengenai :

1) Sejarah Khilafah Uthmaniyyah. Kita semua dah sedia maklum bahawa Turki adalah empayar Islam terakhir dalam sejarah ketamadunan dunia dan pernah gemilang selama 600 tahun atas nama Khilafah Uthmaniyah kan.. And of course tempoh kegemilangan ni adalah rekod agung yang takkan dapat dicabar oleh mana2 kuasa besar dunia selepas tu. Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 adalah merupakan satu kejayaan besar buat dunia Barat dalam memecahbelahkan umat Islam yang sebelum tu bersatu atas nama akidah walaupun berada di geografi petempatan yang berjauhan. So, macam mana Khilafah ni jatuh? Semuanya diceritakan secara lengkap dalam buku ni.

2) Orait. Kita masuk isi penting pada bab 4. Yup, bab 4 menceritakan tentang kronologi cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 atau lebih dikenali sebagai Kudeta Turki. Bermatlamat untuk membunuh dan menangkap Presiden Recep Tayyip Erdogan, menteri2 Turki dan menggulingkan pemerintah serta merampas kuasa. Kudeta paling ganas sekali sepanjang sejarah di Turki. Orang awam yang tak berkuasa pun turut menjadi kekejaman askar pemberontak. Dan perkara ni ada kaitan dengan Gerakan Gulen. Yang ni ada diceritakan dengan lebih lanjut dalam bab 8. Nak tahu lebih lanjut, better baca. Tapi apa yang pasti, Kudeta ni memang menggemparkan seluruh dunia.

3) Jasa Erdogan. Haa yang ni pun best  Antara jasa beliau kepada Turki ialah beliau telah berjaya keluar dari belenggu hutang IMF selama 19 tahun dalam tempoh 3 tahun pertama beliau memegang tampuk kepimpinan negara (lepas tu banyak kali terfikir, kalau beliau pimpin Malaysia, Malaysia pun mesti akan keluar dari kemelut ni kan ~ Fantasi semata-mata ) Kedua, bandar Istanbul menjadi bandar terbersih di dunia. Ni betul2 pemimpin yang mengamalkan 'Kebersihan Separuh Daripada Keimanan'. Then, yang ni paling ditunggu oleh semua wanita Muslimah. Larangan bertudung dimansuhkan ! Lebih 90 tahun kot para Muslimah di Turki mengalami belenggu sekular ni. Dan banyak lagi jasa beliau kepada rakyat Turki bahkan kepada seluruh dunia.

Dan pelbagai lagi yang diceritakan dalam buku ni berkenaan isu2 berkaitan Erdogan  Yang pasti, beliau adalah PEJUANG ISLAM. Ya, PEJUANG ISLAM ! Beliau juga adalah di antara 'nafsun zakiyyun' yang ditarget oleh para ulama', di mana sekiranya meninggal mereka2 yang 'nafsun zakiyyun' ni, Imam Mahdi akan muncul. Wallahu a'lam. Tapi apa yang pasti, kepimpinan Recep Tayyip Erdogan ni adalah diiktiraf dan terbaik bagi seluruh umat Islam di dunia.

Akhir kata, terima kasih di atas penulisan buku berilmiah terbaik ni. At least saya dapat sesuatu mengenai Erdogan, pejuang Islam seantero dunia. Sekian sahaja ringkasan saya pada hari ni. Banyak je lagi ilmu2 baru yang saya tak review. Kalau nak ilmu2 tu, boleh try baca ya  Terima kasih, moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang'
Oleh : Zul Fikri Zamir


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah, berkesempatan untuk menghabiskan pembacaan mengenai salah satu buku yang 'agak mengkritik' sistem pendidikan di Malaysia. Tergerak nak baca bila lecturer perkenalkan buku ni di antara buku2 lain yang mengkritik sistem pendidikan kita. Baik, saya cuba review dengan sebaiknya memandangkan buku ni bagi saya bergenre agak berat disebabkan oleh pemikiran kritis sang penulis, dan juga bahasa2 kritis yang beliau gunakan (berbeza dengan saya yang tak kritis langsung pun, sarkatik je lebih  K maaf)

Ok baik. Kenapa dikatakan sekolah itu penjara? Kerana sekolah itu tidak lebih dari sebuah institusi yang memaksa manusia. Loceng dan pagar yang mengelilingi kawasan sekolah diibaratkan sebagai sebuah penjara yang tekun mengatur pelajar2 untuk akur pada arahan. Jika di penjara sebenar mempunyai mereka2 yang telah disabitkan bersalah, maka di sekolah, para pelajar yang menjadi pesalah kepada kehidupan mereka sendiri. Ok, ni bukan bermaksud nak merendahkan institusi sekolah, cuma mungkin proses2 persekolahan yang lebih mengarah kepada dehumanisasi.

Actually buku ni merupakan satu himpunan artikel penulis daripada penulisan2 beliau seperti di Projek Dialog dan Malaysian Insider (dinyatakan pada setiap akhir bab). Walaupun buku ni dah lama dikeluarkan, tapi isu2 yang diketengahkan agak 'segar' menurut saya. Mungkin disebabkan oleh hakikat yang still berlaku di negara kita.

Ok baik. Terdapat 4 bahagian dalam buku ni iaitu :

1) Mahasiswa Dan Kebebasan Akademik
2) Pendidikan Nasional
3) Politik Dan Sosial
4) Kritik Teater

Orait. Kalau tengok keempat-empat bahagian ni, saya tertarik dengan part Kritik Teater tu. Tertanya, apa kaitan seni dan sastera yang diselitkan sekali dalam buku bergenre pendidikan ni? Mungkin penulis ingin menjelaskan tema sebenar buku ni bukanlah berkisar mengenai pendidikan semata-mata, tetapi juga dalam konteks permasalahan politik, ekonomi & sosial melalui perkaitannya dengan persoalan kelas, budaya, etika dan sebagainya. Atau lebih tepat lagi beliau ingin cuba menerangkan mengenai hegemoni, penindasan & dominasi yang diketengahkan oleh Gramsci, iaitu :

"Suatu kekuasaan atau dominasi atas nilai-nilai kehidupan, norma, mahupun kebudayaan sekelompok masyarakat yang akhirnya berubah menjadi doktrin terhadap kelompok masyarakat lainnya, dimana kelompok yang didominasi tersebut secara sedar mengikutinya. Kelompok yang didominasi oleh kelompok lain (penguasa) tidak merasa ditindas dan merasa itu sebagai hal yang seharusnya terjadi."

Kerana apa? Kerana mungkin penulis banyak menekankan mengenai peraturan dan dasar yang ditetapkan oleh negara yang tiada keadilan kepada masyarakat.

Next, dalam buku ni juga ada disentuh sedikit sebanyak mengenai saudara Adam Adli, saudara Safwan Anang dan saudari Bawani (boleh search mengenai mereka di Google apa kaitannya) di mana mereka ini adalah individu2 yang berjaya melepaskan diri dari sistem pendidikan yang membelenggu. Mereka berhasil melontarkan sikap dan tindakan yang dipercayai benar dengan sendirinya tanpa membabi buta. Pendidikan, bukankah seharusnya bersifat membebaskan? Dan berperanan besar dalam membentuk peribadi, pemikiran dan perilaku manusia untuk memahami dan bertindak balas terhadap isu2 nilai sejati kemanusiaan yang harus dipelihara.

Tapi apa yang berlaku sebaliknya?  Sistem pendidikan kita hanya melahirkan 'produk2' yang menjadi 'pak turut'. Lebih2 lagi apabila politik para penguasa sekolah dan universiti bercampur tangan dan mengganggu makna sebenar pendidikan. Tanya diri anda, adakah anda merasakan sistem pendidikan yang kita sedang hadapi sekarang bersikap adil?

Ok, saya masuk bahagian kedua ya. Dalam bab Pendidikan Nasional ni, penulis ada menyatakan mengenai keanehan pengasingan murid antara bidang sains dan sastera di sekolah, dimana bidang sains hanya terhad kepada pelajar2 yang pandai sahaja. Mereka dilihat lebih eksklusif berbanding yang mengambil sastera. Maka di sini menjadi persoalan saya, adakah sekolah didirikan untuk tujuan exam dan industri kerja semata-mata? Bukankah makna ilmu itu sendiri bermatlamat mahu memberikan pencerahan? Bukankah sastera itu juga ilmu? Walaupun tak dinafikan ada je sekolah yang tak 'ambik port' mengenai perkara ni (atau dengan makna kata lain mereka tak kisah pun sains ke sastera ke sama je kedudukannya) Kenapa perlu dibezakan dengan mereka2 yang mengambil bidang sains dan sastera?

Next, nak sentuh sedikit mengenai gerakan Teach For The Needs (TFTN) yang dipelopori oleh penulis sendiri bersama rakan2nya. TFTN adalah merupakan sebuah gerakan di negara kita yang mendekati golongan2 'kaum tertindas' dalam sistem pendidikan kita sendiri. Memandangkan sasaran TFTN adalah untuk memecahkan mitos masyarakat bahawa ketidakadilan pendidikan tidak boleh diselesaikan, saya kagum dengan usaha2 mereka ni yang ingin memastikan pelajar2 yang selama ni ketinggalan, untuk bangkit & meningkatkan pencapaian akademik mereka. Saya tak pasti sama ada TFTN ni still ada lagi ke tak. Tak check lagi fb. Ok takpe, nanti check. Cuma saya merasakan bahawa TFTN boleh memperluaskan lagi usaha ini kepada golongan2 seperti anak2 nelayan, petani, gelandangan2 atau sesiapa sahaja yang tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menghadiri sekolah. Pendidikan, bukankah untuk semua?

Maka, secara kesimpulannya, banyak je lagi isu2 yang nak diulas melalui review yang agak 'ringkas' ni  Cuma mungkin anda sebagai seorang pendidik atau bakal pendidik boleh baca untuk lebih faham lagi. Banyak lagi yang perlu diteliti menerusi pembacaan buku ni. Kritis dia tu tak boleh nak bawak bincang. Tapi apa yang pasti, yang baik kita ambil, yang tak baik kita buang jauh2. Bak kata Buya Hamka, 'Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja.' Saudara Zul Fikri menambah kata2 ini.. 'Kalau mahasiswa setakat belajar, lembu di padang juga belajar'. Izikan saya untuk menambah juga, 'Kalau guru sekadar mengajar, ayam di kawasan rumah saya turut mengajar'. K kaitan sangat

By the way, terima kasih di atas penulisan buku ini walaupun mungkin ada yang tak relevan untuk digunakan pada zaman sekarang (tapi macam takde, wallahu a'lam untuk orang lain yang membacanya ) tapi cukuplah menyentap diri ni sebab memang terasa diri tersangatlah terbelenggu dengan sistem pendidikan kita yang lebih mementingkan 'A' daripada apa yang sepatutnya. Maaf andai berterabur dalam mengulas buku ni.#SisCuba  Ohh haa, terima kasih Suzita Suziee bagi pinjam buku ni. Sorry sangat lambat pulangkan huhu ~

Wallahu a'lam. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Alegori Rumah Api'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Alegori Rumah Api'
 Oleh : Matluthfi


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku keempat hasil karya daripada Matluthfi. Walaupun ada 2 lagi buku beliau yang tak dibaca - Momen2 Matluthfi & Kisah 25 Filsuf Barat - tapi tak salah kan kalau terlompat terus ke buku beliau yang keempat ni  Takpa. Tengah menunggu rezeki jatuh dari langit je ni untuk dapatkan jugak 2 buku tu (walaupun salah satunya In shaa Allah dah ada dalam tangan, tapi semua kemungkinan boleh jadi ~) Tapi apa yang pasti, Alegori Rumah Api bukan sekadar sebuah buku

Dengan adanya lukisan2 menarik di setiap muka surat sebelah kiri (menarik laa sebabnya tu merupakan hasil lukisan Matluthfi, isteri & mak beliau kot ) In shaa Allah takkan jemu & bosan nak menghadap buku2 yang agak kritis macam ni. Ingat senang nak lukis? Siapa yang suka lukisan, mesti akan ada rasa nak beli je antara lukisan2 tu. Tak percaya, tanyalah diorang  Btw buku ni memuatkan 38 buah tulisan multigenre yang terdiri daripada cerpen, artikel, alegori, esei & coretan pengalaman Matluthfi. Ada satu part tu mak Matluthfi yang tulis. Tapi cara penulisan mak beliau seakan-akan sama macam cara Matluthfi menulis. Iya lah, mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan

Then, buku ni juga agak santai untuk dibaca walaupun ada laa beberapa part yang memerlukan pembacaan serius untuk menghadamkannya dengan sebaik mungkin. Tapi jujur la nak kata, tak semua mampu untuk dihadamkan sebabnya pemikiran kita ni masih tak capai lagi tahap kritis  Nak jadi kritis? Kena la banyak baca buku2 kritis ~ Tapi kalau kita baca banyak kali, In shaa Allah tak ada masalah untuk menghadamkannya

Ok, kebanyakan cerita dalam buku ni mengandungi unsur2 lawak (humour) Setiap kali baca, confirm agak gelak punya. Paling2 pun senyum lebar. Part paling best sekali dalam buku ni (bagi saya laa) cerita 'Sepotong Surah'. Wow dia punya humour tu Masha Allah lahh  Sampai sekarang dok ingat lagi cerita tu  Then, banyak jugak isi kandungan yang penuh dengan sindiran. Dan dalam setiap sindiran yang diceritakan tu automatik akan membuatkan kita terfikir betapa ironinya peristiwa2 & kejadian2 yang berlaku di sekeliling kita.

Selain tu jugak, macam yang dah disebutkan kat atas ni, ada beberapa part yang memerlukan pemikiran kritis. Bukan Matluthfi la kalau buku2 beliau tak dimasukkan pemikiran2 aras tinggi ni  Boleh la nanti try hadamkan 6 tajuk berikut :

1) Eksperimen Individu, Alat Dan Nasib
2) Alegori Rumah Api
3) Interpretasi Dan Hakikat Nombor 6 Dan 9
4) Kekeliruan Tentang Hubungan Antara Nilai Dan Pandangan Alam
5) Ayat2 Defensif Dalam Persaingan Menurut Analisis Anna Freud, Sartre Dan Nietzsche
6) Falasi Logik

Baca tajuk pun dah berkerut kan?  Bayangkan nak faham isi, merangkak oo ~ Next, tajuk yang agak santai & menarik serta humour untuk dibaca selain 6 tajuk kritis kat atas ni :

1) Abulula Dan Syarikat Air
2) Ameer Dan Sakti Kilat
3) Zaqwan Melapah Lembu
4) Exactly
5) Fesyen Rambut Imran
6) Kain Mahal
7) Che Puih (cerita ni la yang ditulis oleh mak Matluthfi)
8) Lutut Lari
9) Pak Zam Rebah
10) Leman Boleh
11) Sepotong Surah (yang ni memang feveret )
12) Tangan Dan Dosa
13) Perebutan Saka Anak2 Tok Rasiman

Nak tahu apa yang humour sangat? Haha baca la nanti

Secara kesimpulannya, buku ni memang memerlukan pemikiran yang kritis. Saya ada la beberapa orang sahabat berfikiran kritis. Tapi tak nak la sebut nama (walaupun tangan ni ada je rasa gatal2 nak taip & tag nama diorang ) sebab takut diorang segan  Diorang ni memang inspirasi saya. Sekali menulis, pergh terbaik sangat  Terima kasih semua yang terasa diri tu adalah dia  Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Matluthfi di atas penulisan buku yang hebatsebegini. Teruskan menulis & membawa manfaat kepada orang lain. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa