بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang'
Oleh : Zul Fikri Zamir
____________________________________________________________________________________
#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#

Alhamdulillah, berkesempatan untuk menghabiskan pembacaan mengenai salah satu buku yang 'agak mengkritik' sistem pendidikan di Malaysia. Tergerak nak baca bila lecturer perkenalkan buku ni di antara buku2 lain yang mengkritik sistem pendidikan kita. Baik, saya cuba review dengan sebaiknya memandangkan buku ni bagi saya bergenre agak berat disebabkan oleh pemikiran kritis sang penulis, dan juga bahasa2 kritis yang beliau gunakan (berbeza dengan saya yang tak kritis langsung pun, sarkatik je lebih K maaf)
Ok baik. Kenapa dikatakan sekolah itu penjara? Kerana sekolah itu tidak lebih dari sebuah institusi yang memaksa manusia. Loceng dan pagar yang mengelilingi kawasan sekolah diibaratkan sebagai sebuah penjara yang tekun mengatur pelajar2 untuk akur pada arahan. Jika di penjara sebenar mempunyai mereka2 yang telah disabitkan bersalah, maka di sekolah, para pelajar yang menjadi pesalah kepada kehidupan mereka sendiri. Ok, ni bukan bermaksud nak merendahkan institusi sekolah, cuma mungkin proses2 persekolahan yang lebih mengarah kepada dehumanisasi.
Actually buku ni merupakan satu himpunan artikel penulis daripada penulisan2 beliau seperti di Projek Dialog dan Malaysian Insider (dinyatakan pada setiap akhir bab). Walaupun buku ni dah lama dikeluarkan, tapi isu2 yang diketengahkan agak 'segar' menurut saya. Mungkin disebabkan oleh hakikat yang still berlaku di negara kita.
Ok baik. Terdapat 4 bahagian dalam buku ni iaitu :
1) Mahasiswa Dan Kebebasan Akademik
2) Pendidikan Nasional
3) Politik Dan Sosial
4) Kritik Teater
Orait. Kalau tengok keempat-empat bahagian ni, saya tertarik dengan part Kritik Teater tu. Tertanya, apa kaitan seni dan sastera yang diselitkan sekali dalam buku bergenre pendidikan ni? Mungkin penulis ingin menjelaskan tema sebenar buku ni bukanlah berkisar mengenai pendidikan semata-mata, tetapi juga dalam konteks permasalahan politik, ekonomi & sosial melalui perkaitannya dengan persoalan kelas, budaya, etika dan sebagainya. Atau lebih tepat lagi beliau ingin cuba menerangkan mengenai hegemoni, penindasan & dominasi yang diketengahkan oleh Gramsci, iaitu :
"Suatu kekuasaan atau dominasi atas nilai-nilai kehidupan, norma, mahupun kebudayaan sekelompok masyarakat yang akhirnya berubah menjadi doktrin terhadap kelompok masyarakat lainnya, dimana kelompok yang didominasi tersebut secara sedar mengikutinya. Kelompok yang didominasi oleh kelompok lain (penguasa) tidak merasa ditindas dan merasa itu sebagai hal yang seharusnya terjadi."
Kerana apa? Kerana mungkin penulis banyak menekankan mengenai peraturan dan dasar yang ditetapkan oleh negara yang tiada keadilan kepada masyarakat.
Next, dalam buku ni juga ada disentuh sedikit sebanyak mengenai saudara Adam Adli, saudara Safwan Anang dan saudari Bawani (boleh search mengenai mereka di Google apa kaitannya) di mana mereka ini adalah individu2 yang berjaya melepaskan diri dari sistem pendidikan yang membelenggu. Mereka berhasil melontarkan sikap dan tindakan yang dipercayai benar dengan sendirinya tanpa membabi buta. Pendidikan, bukankah seharusnya bersifat membebaskan? Dan berperanan besar dalam membentuk peribadi, pemikiran dan perilaku manusia untuk memahami dan bertindak balas terhadap isu2 nilai sejati kemanusiaan yang harus dipelihara.
Tapi apa yang berlaku sebaliknya? Sistem pendidikan kita hanya melahirkan 'produk2' yang menjadi 'pak turut'. Lebih2 lagi apabila politik para penguasa sekolah dan universiti bercampur tangan dan mengganggu makna sebenar pendidikan. Tanya diri anda, adakah anda merasakan sistem pendidikan yang kita sedang hadapi sekarang bersikap adil?
Ok, saya masuk bahagian kedua ya. Dalam bab Pendidikan Nasional ni, penulis ada menyatakan mengenai keanehan pengasingan murid antara bidang sains dan sastera di sekolah, dimana bidang sains hanya terhad kepada pelajar2 yang pandai sahaja. Mereka dilihat lebih eksklusif berbanding yang mengambil sastera. Maka di sini menjadi persoalan saya, adakah sekolah didirikan untuk tujuan exam dan industri kerja semata-mata? Bukankah makna ilmu itu sendiri bermatlamat mahu memberikan pencerahan? Bukankah sastera itu juga ilmu? Walaupun tak dinafikan ada je sekolah yang tak 'ambik port' mengenai perkara ni (atau dengan makna kata lain mereka tak kisah pun sains ke sastera ke sama je kedudukannya) Kenapa perlu dibezakan dengan mereka2 yang mengambil bidang sains dan sastera?
Next, nak sentuh sedikit mengenai gerakan Teach For The Needs (TFTN) yang dipelopori oleh penulis sendiri bersama rakan2nya. TFTN adalah merupakan sebuah gerakan di negara kita yang mendekati golongan2 'kaum tertindas' dalam sistem pendidikan kita sendiri. Memandangkan sasaran TFTN adalah untuk memecahkan mitos masyarakat bahawa ketidakadilan pendidikan tidak boleh diselesaikan, saya kagum dengan usaha2 mereka ni yang ingin memastikan pelajar2 yang selama ni ketinggalan, untuk bangkit & meningkatkan pencapaian akademik mereka. Saya tak pasti sama ada TFTN ni still ada lagi ke tak. Tak check lagi fb. Ok takpe, nanti check. Cuma saya merasakan bahawa TFTN boleh memperluaskan lagi usaha ini kepada golongan2 seperti anak2 nelayan, petani, gelandangan2 atau sesiapa sahaja yang tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menghadiri sekolah. Pendidikan, bukankah untuk semua?
Maka, secara kesimpulannya, banyak je lagi isu2 yang nak diulas melalui review yang agak 'ringkas' ni Cuma mungkin anda sebagai seorang pendidik atau bakal pendidik boleh baca untuk lebih faham lagi. Banyak lagi yang perlu diteliti menerusi pembacaan buku ni. Kritis dia tu tak boleh nak bawak bincang. Tapi apa yang pasti, yang baik kita ambil, yang tak baik kita buang jauh2. Bak kata Buya Hamka, 'Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja.' Saudara Zul Fikri menambah kata2 ini.. 'Kalau mahasiswa setakat belajar, lembu di padang juga belajar'. Izikan saya untuk menambah juga, 'Kalau guru sekadar mengajar, ayam di kawasan rumah saya turut mengajar'. K kaitan sangat
By the way, terima kasih di atas penulisan buku ini walaupun mungkin ada yang tak relevan untuk digunakan pada zaman sekarang (tapi macam takde, wallahu a'lam untuk orang lain yang membacanya ) tapi cukuplah menyentap diri ni sebab memang terasa diri tersangatlah terbelenggu dengan sistem pendidikan kita yang lebih mementingkan 'A' daripada apa yang sepatutnya. Maaf andai berterabur dalam mengulas buku ni.#SisCuba Ohh haa, terima kasih Suzita Suziee bagi pinjam buku ni. Sorry sangat lambat pulangkan huhu ~
Wallahu a'lam. Moga Allah redha !