Review buku 'Pendidikan Al-Quran : Kunci Menjiwai Kalam Tuhan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Pendidikan Al-Quran : Kunci Menjiwai Kalam Tuhan'
Oleh : Mohd Yusuf Ahmad


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah, selesai membaca buku yang membahaskan mengenai Pendidikan Al-Quran. Terdapat 10 bab dalam buku ni. Walaupun agak ringkas, tetapi tak dinafikan banyak ilmu yang saya dapat melalui pembacaan buku ni, selain dapat memantapkan lagi kefahaman saya mengenai Al-Quran, tidak kiralah dari segi sejarahnya, ciri2nya, kaedah Al-Quran disampaikan dan lain2 lagi.

Then, buku ni sangat sesuai untuk bacaan orang2 awam yang teringin nak memahami Al-Quran dengan lebih lagi  Sebab dalam buku ni pun ada disentuh mengenai tajwid dan cara bacaan mengikut Rasm Uthmani. Selain tu, buku ni juga sesuai dibaca untuk mereka2 yang dah tahu dah pasal Al-Quran secara agak detail (mungkinlah), tetapi nak mantapkan lagi pemahaman beliau. In shaa Allah

Ok, baik. Saya akan review sedikit pada part yang ada kaitan dengan PENDIDIKAN ya. Memandangkan saya bakal menjadi guru yang akan mengajar Al-Quran pada suatu hari nanti (doakan, in shaa Allah ) maka, saya tertarik untuk berkongsi beberapa ilmu yang saya dapat daripada buku ni mengenai PENDIDIKAN.

1) Merujuk kepada Surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5, terdapat 3 rumusan daripada ayat2 ini iaitu :

- Mendidik kita supaya mengingati Allah & menyebut namaNya setiap kali memulakan pekerjaan.
- Memberi ilmu kepada kita mengenai hakikat kejadian manusia yang berasal daripada segumpal darah. Maka, secara tidak langsung, ini mendidik kita supaya tidak sombong kerana asal kejadian kita adalah daripada tanah.
- Mendidik kita supaya terus mencari ilmu dengan MEMBACA bahan2 bacaan yang bersifat ilmiah.

2) Dalam peristiwa Nuzul Al-Quran, terdapat prinsip2 & kaedah pendidikan. Daripada ayat pertama dalam Surah Al-Alaq iaitu "Bacalah dengan nama TuhanMu", kita akan dapati bahawa ayat ini :

- Mendidik kita supaya memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah iaitu basmalah.
- Adanya kurikulum Tauhid iaitu mendidik kita supaya meyakini bahawa Allah itu ada & Tuhan Yang Maha Berkuasa sekaligus memberitahu kita bahawa perkara pertama yang perlu diajar kepada anak2 orang Islam adalah ilmu Tauhid.

3) Daripada Nuzul Al-Quran juga mengajar kita bahawa pengajaran & pembelajaran perlu dilakukan secara berperingkat. Begitu juga dalam mengajar, kita perlu mengajar sedikit demi sedikit & beransur-ansur. Dalam pendidikan, sekiranya guru menghabiskan semuanya dalam masa satu hari, tentulah pembelajaran tersebut tidak berkesan.

4) Kaedah pendidikan melalui Talaqqi & Musyafahah. Rasulullah SAW menerima Al-Quran daripada Allah melalui Malaikat Jibril. Jibril akan membaca ayat2 Al-Quran terlebih dahulu & kemudian baginda akan mengikutinya. Dan begitulah sebaliknya. Inilah kaedah mengajar & belajar Al-Quran & pelajaran lain daripada bahasa asing.

5) Dalam pendidikan, bahasa memainkan peranan penting kerana bahasa adalah penghubung antara guru & murid. Sebagai contoh, untuk murid sekolah rendah & tadika, guru perlu bercakap dalam bahasa kanak2. Begitu juga sekiranya ada murid yang baru berpindah, mereka kebiasaannya tidak memahami dengan sepenuhnya bahasa & loghat di tempat baru. Maka pada masa itu, guru perlu bercakap dengan bahasa daerah murid itu demi memberi kefahaman pengajaran.

6) Apabila disebut mengenai pendidikan Al-Quran, maka kita akan dapat memahaminya dengan 2 maksud iaitu pertama, mendidik kita supaya membaca Al-Quran. Kedua, apabila kita membaca Al-Quran, kita akan mendapat pendidikan daripada Al-Quran. Maka maksud yang kedua itu adalah lebih luas  Al-Quran bukan sahaja menjelaskan mengenai fakta sains, sejarah, geografi, matematik & lain2, tetapi Al-Quran juga telah menjelaskan mengenai beberapa teori pendidikan.

7) Merujuk kepada Surah Al-Ghasyiyah, ayat 17 hingga 22, Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya memberi peringatan kepada orang kafir agar mereka beriman kepada Allah, Tuhan yang menciptakan segalanya. Dalam ilmu pendidikan, ini adalah merupakan pendidikan Tauhid.

Selain itu, ayat ini juga mendidik & menggesa supaya kita mempelajari ilmu sains & geografi. Memerhati unta bukan bermakna melihat sahaja, tetapi mempelajari ilmu berkenaan unta iaitu sains biologi. Pelajari bagaimana unta itu diciptakan, bagaimana ia hidup di padang pasir sehingga 17 hari, tidak minum tetapi masih dapat berjalan.

Begitu juga dengan melihat kepada langit. Dalam ilmu pendidikan, ia menyuruh kita mempelajari ilmu berkenaan langit iaitu ilmu kosmologi, ilmu bintang, ilmu falak & banyak lagi. Ayat selanjutnya juga menggesa kita supaya mempelajari ilmu kaji bumi. Mengapakah bumi itu diciptakan & sebagainya.

Maka, secara kesimpulannya, kita sebagai orang Islam perlulah memahami Al-Quran dengan lebih meluas lagi. Bukan sekadar bagi mengetahui dalil2 keesaan Tuhan & juga dalil2 berkenaan ibadat, malah banyak lagi ilmu yang perlu kita terokai. Al-Quran, bukan sekadar kitab bagi mengetahui hukum-hakam agama, sebaliknya ia adalah kitab yang membincangkan segala ilmu yang ada di dunia ini.

Alhamdulillah. Banyak ilmu yang saya dapat daripada membaca buku ni. Terima kasih diucapkan kepada penulis di atas penulisan buku yang bermanfaat sebegini. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku '50 Misteri Menggemparkan Dunia'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku '50 Misteri Menggemparkan Dunia'
Oleh : Adrie Noor Al-Fatia, Abi Naufal & Andriansyah


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, selesai akhirnya membaca sebuah buku yang merangkumkan 50 misteri menggemparkam dunia. Walaupun hanya 50 misteri yang disusun dalam buku ni, tapi sebenarnya lebih daripada berjuta-juta misteri yang ada dalam alam semesta ni, yang kita tak tahu. Ilmu Allah, seluas lautan berbanding dengan ilmu kita yang hanya setitis daripadanya.

Baik, bak kata penulis, buku ni adalah merupakan buku kajian, jadi sudah semestinya tidak terlepas daripada kekurangan, kekhilafan & kesalahan. Tapi walau apapun, perkongsian2 melalui buku ni in shaa Allah dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya kerana penulis menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sudut pandang yang cukup berwibawa.

Then, buku ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

1) Fenomena Alam Yang Penuh Misteri
2) Tapak, Artifak Dan Fosil Penuh Misteri
3) Kejadian Luar Biasa Dalam Kitab Suci Dan Bukti Ilmiah Kebenaran Al-Quran

Fuhh, seriusly bila baca buku ni dah macam baca buku Sains. Dengan fiziknya, kimianya, biologinya, astronomi, embriologi, geofizik, meteorologi, geologi, ufologi, haa hambek kau, satu2 aku sebut  Masha Allah laa, semua dia rangkum dalam setiap misteri tu. Lepastu ditambah lagi dengan ayat2 Al-Quran sebagai bukti  Tak boleh nak bawak bincang daebaknya tu huhu ~

Kalau ditelusuri setiap bahagian, bahagian pertama dan kedua tu bagi saya agak berat sikit disebabkan ilmu2 sains secara keseluruhan dia sentuh. Memandangkan saya tak berapa minat sains, jadi saya just baca2 macam tu je sebagai nak tambah ilmu. Tapi tak dinafikan, memang ada yang buat saya tertarik  Untuk bahagian ketiga tu, yes, memang kena dengan jiwa saya yang minat dengan kisah2 sejarah para Nabi.

Ok, buku ni memang sangat sesuai dengan mereka2 yang minat Sains, seriusly highly recommended  Yang minat sejarah pun sangat sesuai. Boleh la try baca. Then, di setiap akhir bab akan ada part 'renungan'. Yang tu memang daebak la sebab part tu adalah sebagai kesimpulan setiap bab, tapi kesimpulan yang dibuat adalah dengan menggunakan ayat2 Al-Quran. Secara tak langsung kita akan ter'tadabbur' alam kita ni

Lepas tu, dalam buku ni jugak ada diletakkan beberapa ayat dari Kitab Injil serta Kitab Taurat. First time baca and first time tahu isi kandungan kitab2 samawi yang lain macam mana. Terkagum kejap walaupun sekadar secebis ayat je. Baru tahu yang kitab Injil ni ada banyak versi. Bukan satu je. Sama jugak macam Taurat. Cuma yang pasti, kitab Injil sebenar yang ditulis Nabi Isa je still tak jumpa sampai sekarang.

Btw sangat terbaik. Membuka minda + membuka HATI. Misteri yang paling memikat hati? Haha semua kot  Ok, antaranya of course la Misteri Segitiga Bermuda, sebab daripada dulu lagi tertanya apa yang ada dekat situ sampaikan kapal2 bahkan kapal terbang yang lalu boleh hilang. And walau apapun, seperti yang banyak ditekankan dalam buku ni, bila Allah kata 'Kun Fayakun', maka akan terjadilah sesuatu tu walaupun ia berada di luar logik akal manusia. Wallahu a'lam.

Btw, terima kasih di atas penulisan buku berilmiah ni  Dan terima kasih juga sahabat saya, saudari Aisyah Balqis atas hadiah birthday yang sangat2 bermanfaat & berguna ni. Semoga mengalir pahala Syaqis ya  Dan moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Jin Dalam Al-Quran'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Jin Dalam Al-Quran'
 Oleh : M. Quraish Shihab 


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai menghabiskan pembacaan mengenai salah satu makhluk ciptaan Allah menurut perspektif Al-Quran dan Hadis. Buku yang agak simple dan agak padat dengan isi. Cuma saya merasakan bahawa buku ni hanya sesuai dijadikan sebagai bacaan ringan, juga sebagai ilmu tambahan mengenai jin, atau untuk orang2 yang tak pernahtahu langsung pasal jin, dan dia nak ambik tahu. Tapi, untuk mereka2 yang tak percaya akan kewujudan jin dan nak mencari bukti yang lebih mengenai mereka, maka saya merasakan buku ni agak kurang tepat untuk dibaca

Baik, untuk bab2 yang awal, saya tertarik dengan maksud 'jin' yang dijelaskan dalam buku ni. Ok, kita pergi satu per satu ya.

 Menurut Kamus Besar Indonesia (memandangkan penulis buku ni adalah berasal daripada Indonesia) perkataan jin adalah dimaknakan sebagai makhluk halus (yang dianggap berakal).

 Menurut Al-Quran, perkataan jin diambil daripada kata dasar yang terdiri daripada tiga huruf iaitu : jim, nun, nun (ج،ن،ن). Menurut pakar2 bahasa, semua kata yang terdiri daripada rangkaian ketiga huruf ni mengandungi makna 'ketersembunyian' atau 'ketertutupan'.

 Perkataan 'Janna' dalam surah Al-An'am ayat 76 adalah bermaksud 'menutup'.

 Perkataan 'Jinnu Al-Lail' (جن الليل) atau 'Jununah' (جنونه) adalah bermaksud 'pekatnya malam' disebabkan kegelapan yang sangat pekat sehingga menutupi penglihatan.

 Perkataan 'Jannah' (جنة) adalah bermaksud 'kebun yang lebat pohonnya' sehingga menutup pandangan.

 Perkataan 'Jannah' juga adalah bermaksud 'Syurga' kerana sehingga kini masih tersembunyi dan tidak terlihat oleh mata.

 Perkataan 'Majnun' (مجنون) adalah bermaksud 'gila' kerana tertutupnya akal manusia.

 Perkataan 'Janin' adalah bermaksud 'bayi yang masih berada di dalam rahim ibu' kerana ketertutupannya oleh perut.

 Perkataan 'Al-Junnah' adalah bermaksud 'perisai' kerana menutupi seseorang daripada gangguan orang lain sama ada secara fizikal ataupun metafizikal.

 Perkataan 'Junnah' adalah bermaksud 'penutup kesalahan' bagi orang munafik yang bersumpah.

 Perkataan 'Janan' (جنان) adalah bermaksud 'kalbu manusia' kerana ia dan isinya tertutup daripada pandangan serta pengetahuan.

Maka, secara kesimpulannya, perkataan 'jin' mempunyai makna yang berkaitan dengan tersembunyi dan tertutup.

Ok baik, seterusnya, dalam buku ni juga ada membincangkan mengenai perkaitan2 jin seperti unsur kejadian jin, jenis dan golongan jin, kemampuan jin, makanan dan cara makan jin, jin muslim dan sebagainya. Dan pada setiap bab, penulis tidak menyentuh melalui satu sudut pandangan sahaja, tetapi beliau juga turut menyentuh pandangan2 yang lain dalam memberi pengertian mengenai perkaitan2 jin secara lebih meluas. Dengan menggunakan ayat2 Al-Quran dan Hadis2 sebagai fakta, maka semestinya terdapat beberapa ayat yang diulang untuk meng'taukid'kan kebenaran dalam buku ni.

Ok, itu je yang saya mampu nak review secara ringkas  Tapi, sebelum nak habiskan review, saya tinggalkan satu persoalan kepada anda semua. Sebagaimana yang kita tahu, jin ni adalah merupakan salah satu perkara ghaib kan? Jadi persoalannya, adakah jin mengetahui perkara2 ghaib yang lain? Sekiranya ya, mengapa? Dan sekiranya tidak, mengapa juga? Actually ada je jawapan dalam buku ni & sangat menarik apa yang dibahaskan. Tapi macam tu lah. Teringin nak tahu tahap kefahaman kita semua mengenai jin ni sampai mana

Orait. Yang baik kita ambik, yang buruk kita buang ya  Terima kasih Prof atas penulisan mengenai jin ni. Banyak ilmu baru yang saya dapat. Paa pun ada tanya sesuatu tadi berkaitan jin ni (dek kerana beliau telah terbaca satu bab dalam buku ni, bila kita pegang nak sambung baca, beliau terus tanya soalan yang beliau nak tanya ) Haha.

Btw buku ni sehari je dah boleh habis baca. Walaupun muka suratnya 100 lebih, tapi jarak antara tulisan tu boleh adapt la kalau betul2 nak capai seharian menghabiskan buku ni. In shaa Allah. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa