بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Jin Dalam Al-Quran'
Oleh : M. Quraish Shihab
____________________________________________________________________________________
Alhamdulillah. Selesai menghabiskan pembacaan mengenai salah satu makhluk ciptaan Allah menurut perspektif Al-Quran dan Hadis. Buku yang agak simple dan agak padat dengan isi. Cuma saya merasakan bahawa buku ni hanya sesuai dijadikan sebagai bacaan ringan, juga sebagai ilmu tambahan mengenai jin, atau untuk orang2 yang tak pernahtahu langsung pasal jin, dan dia nak ambik tahu. Tapi, untuk mereka2 yang tak percaya akan kewujudan jin dan nak mencari bukti yang lebih mengenai mereka, maka saya merasakan buku ni agak kurang tepat untuk dibaca
Baik, untuk bab2 yang awal, saya tertarik dengan maksud 'jin' yang dijelaskan dalam buku ni. Ok, kita pergi satu per satu ya.
Menurut Kamus Besar Indonesia (memandangkan penulis buku ni adalah berasal daripada Indonesia) perkataan jin adalah dimaknakan sebagai makhluk halus (yang dianggap berakal).
Menurut Al-Quran, perkataan jin diambil daripada kata dasar yang terdiri daripada tiga huruf iaitu : jim, nun, nun (ج،ن،ن). Menurut pakar2 bahasa, semua kata yang terdiri daripada rangkaian ketiga huruf ni mengandungi makna 'ketersembunyian' atau 'ketertutupan'.
Perkataan 'Janna' dalam surah Al-An'am ayat 76 adalah bermaksud 'menutup'.
Perkataan 'Jinnu Al-Lail' (جن الليل) atau 'Jununah' (جنونه) adalah bermaksud 'pekatnya malam' disebabkan kegelapan yang sangat pekat sehingga menutupi penglihatan.
Perkataan 'Jannah' (جنة) adalah bermaksud 'kebun yang lebat pohonnya' sehingga menutup pandangan.
Perkataan 'Jannah' juga adalah bermaksud 'Syurga' kerana sehingga kini masih tersembunyi dan tidak terlihat oleh mata.
Perkataan 'Majnun' (مجنون) adalah bermaksud 'gila' kerana tertutupnya akal manusia.
Perkataan 'Janin' adalah bermaksud 'bayi yang masih berada di dalam rahim ibu' kerana ketertutupannya oleh perut.
Perkataan 'Al-Junnah' adalah bermaksud 'perisai' kerana menutupi seseorang daripada gangguan orang lain sama ada secara fizikal ataupun metafizikal.
Perkataan 'Junnah' adalah bermaksud 'penutup kesalahan' bagi orang munafik yang bersumpah.
Perkataan 'Janan' (جنان) adalah bermaksud 'kalbu manusia' kerana ia dan isinya tertutup daripada pandangan serta pengetahuan.
Maka, secara kesimpulannya, perkataan 'jin' mempunyai makna yang berkaitan dengan tersembunyi dan tertutup.
Ok baik, seterusnya, dalam buku ni juga ada membincangkan mengenai perkaitan2 jin seperti unsur kejadian jin, jenis dan golongan jin, kemampuan jin, makanan dan cara makan jin, jin muslim dan sebagainya. Dan pada setiap bab, penulis tidak menyentuh melalui satu sudut pandangan sahaja, tetapi beliau juga turut menyentuh pandangan2 yang lain dalam memberi pengertian mengenai perkaitan2 jin secara lebih meluas. Dengan menggunakan ayat2 Al-Quran dan Hadis2 sebagai fakta, maka semestinya terdapat beberapa ayat yang diulang untuk meng'taukid'kan kebenaran dalam buku ni.
Ok, itu je yang saya mampu nak review secara ringkas Tapi, sebelum nak habiskan review, saya tinggalkan satu persoalan kepada anda semua. Sebagaimana yang kita tahu, jin ni adalah merupakan salah satu perkara ghaib kan? Jadi persoalannya, adakah jin mengetahui perkara2 ghaib yang lain? Sekiranya ya, mengapa? Dan sekiranya tidak, mengapa juga? Actually ada je jawapan dalam buku ni & sangat menarik apa yang dibahaskan. Tapi macam tu lah. Teringin nak tahu tahap kefahaman kita semua mengenai jin ni sampai mana
Orait. Yang baik kita ambik, yang buruk kita buang ya Terima kasih Prof atas penulisan mengenai jin ni. Banyak ilmu baru yang saya dapat. Paa pun ada tanya sesuatu tadi berkaitan jin ni (dek kerana beliau telah terbaca satu bab dalam buku ni, bila kita pegang nak sambung baca, beliau terus tanya soalan yang beliau nak tanya ) Haha.
Btw buku ni sehari je dah boleh habis baca. Walaupun muka suratnya 100 lebih, tapi jarak antara tulisan tu boleh adapt la kalau betul2 nak capai seharian menghabiskan buku ni. In shaa Allah. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#