Review buku 'Pendidikan Al-Quran : Kunci Menjiwai Kalam Tuhan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Pendidikan Al-Quran : Kunci Menjiwai Kalam Tuhan'
Oleh : Mohd Yusuf Ahmad


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah, selesai membaca buku yang membahaskan mengenai Pendidikan Al-Quran. Terdapat 10 bab dalam buku ni. Walaupun agak ringkas, tetapi tak dinafikan banyak ilmu yang saya dapat melalui pembacaan buku ni, selain dapat memantapkan lagi kefahaman saya mengenai Al-Quran, tidak kiralah dari segi sejarahnya, ciri2nya, kaedah Al-Quran disampaikan dan lain2 lagi.

Then, buku ni sangat sesuai untuk bacaan orang2 awam yang teringin nak memahami Al-Quran dengan lebih lagi  Sebab dalam buku ni pun ada disentuh mengenai tajwid dan cara bacaan mengikut Rasm Uthmani. Selain tu, buku ni juga sesuai dibaca untuk mereka2 yang dah tahu dah pasal Al-Quran secara agak detail (mungkinlah), tetapi nak mantapkan lagi pemahaman beliau. In shaa Allah

Ok, baik. Saya akan review sedikit pada part yang ada kaitan dengan PENDIDIKAN ya. Memandangkan saya bakal menjadi guru yang akan mengajar Al-Quran pada suatu hari nanti (doakan, in shaa Allah ) maka, saya tertarik untuk berkongsi beberapa ilmu yang saya dapat daripada buku ni mengenai PENDIDIKAN.

1) Merujuk kepada Surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5, terdapat 3 rumusan daripada ayat2 ini iaitu :

- Mendidik kita supaya mengingati Allah & menyebut namaNya setiap kali memulakan pekerjaan.
- Memberi ilmu kepada kita mengenai hakikat kejadian manusia yang berasal daripada segumpal darah. Maka, secara tidak langsung, ini mendidik kita supaya tidak sombong kerana asal kejadian kita adalah daripada tanah.
- Mendidik kita supaya terus mencari ilmu dengan MEMBACA bahan2 bacaan yang bersifat ilmiah.

2) Dalam peristiwa Nuzul Al-Quran, terdapat prinsip2 & kaedah pendidikan. Daripada ayat pertama dalam Surah Al-Alaq iaitu "Bacalah dengan nama TuhanMu", kita akan dapati bahawa ayat ini :

- Mendidik kita supaya memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah iaitu basmalah.
- Adanya kurikulum Tauhid iaitu mendidik kita supaya meyakini bahawa Allah itu ada & Tuhan Yang Maha Berkuasa sekaligus memberitahu kita bahawa perkara pertama yang perlu diajar kepada anak2 orang Islam adalah ilmu Tauhid.

3) Daripada Nuzul Al-Quran juga mengajar kita bahawa pengajaran & pembelajaran perlu dilakukan secara berperingkat. Begitu juga dalam mengajar, kita perlu mengajar sedikit demi sedikit & beransur-ansur. Dalam pendidikan, sekiranya guru menghabiskan semuanya dalam masa satu hari, tentulah pembelajaran tersebut tidak berkesan.

4) Kaedah pendidikan melalui Talaqqi & Musyafahah. Rasulullah SAW menerima Al-Quran daripada Allah melalui Malaikat Jibril. Jibril akan membaca ayat2 Al-Quran terlebih dahulu & kemudian baginda akan mengikutinya. Dan begitulah sebaliknya. Inilah kaedah mengajar & belajar Al-Quran & pelajaran lain daripada bahasa asing.

5) Dalam pendidikan, bahasa memainkan peranan penting kerana bahasa adalah penghubung antara guru & murid. Sebagai contoh, untuk murid sekolah rendah & tadika, guru perlu bercakap dalam bahasa kanak2. Begitu juga sekiranya ada murid yang baru berpindah, mereka kebiasaannya tidak memahami dengan sepenuhnya bahasa & loghat di tempat baru. Maka pada masa itu, guru perlu bercakap dengan bahasa daerah murid itu demi memberi kefahaman pengajaran.

6) Apabila disebut mengenai pendidikan Al-Quran, maka kita akan dapat memahaminya dengan 2 maksud iaitu pertama, mendidik kita supaya membaca Al-Quran. Kedua, apabila kita membaca Al-Quran, kita akan mendapat pendidikan daripada Al-Quran. Maka maksud yang kedua itu adalah lebih luas  Al-Quran bukan sahaja menjelaskan mengenai fakta sains, sejarah, geografi, matematik & lain2, tetapi Al-Quran juga telah menjelaskan mengenai beberapa teori pendidikan.

7) Merujuk kepada Surah Al-Ghasyiyah, ayat 17 hingga 22, Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya memberi peringatan kepada orang kafir agar mereka beriman kepada Allah, Tuhan yang menciptakan segalanya. Dalam ilmu pendidikan, ini adalah merupakan pendidikan Tauhid.

Selain itu, ayat ini juga mendidik & menggesa supaya kita mempelajari ilmu sains & geografi. Memerhati unta bukan bermakna melihat sahaja, tetapi mempelajari ilmu berkenaan unta iaitu sains biologi. Pelajari bagaimana unta itu diciptakan, bagaimana ia hidup di padang pasir sehingga 17 hari, tidak minum tetapi masih dapat berjalan.

Begitu juga dengan melihat kepada langit. Dalam ilmu pendidikan, ia menyuruh kita mempelajari ilmu berkenaan langit iaitu ilmu kosmologi, ilmu bintang, ilmu falak & banyak lagi. Ayat selanjutnya juga menggesa kita supaya mempelajari ilmu kaji bumi. Mengapakah bumi itu diciptakan & sebagainya.

Maka, secara kesimpulannya, kita sebagai orang Islam perlulah memahami Al-Quran dengan lebih meluas lagi. Bukan sekadar bagi mengetahui dalil2 keesaan Tuhan & juga dalil2 berkenaan ibadat, malah banyak lagi ilmu yang perlu kita terokai. Al-Quran, bukan sekadar kitab bagi mengetahui hukum-hakam agama, sebaliknya ia adalah kitab yang membincangkan segala ilmu yang ada di dunia ini.

Alhamdulillah. Banyak ilmu yang saya dapat daripada membaca buku ni. Terima kasih diucapkan kepada penulis di atas penulisan buku yang bermanfaat sebegini. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa