Review novel 'Mengintai Aku Di Neraka'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Mengintai Aku Di Neraka'
Oleh : Hadi Fayyadh


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Buat sekalian kalinya telah berkesempatan untuk menghabiskan pembacaan novel ke-4 daripada Ustaz Hadi Fayyadh. Jika novel Semusim Di Barzakh telah mengajar kita untuk redha, novel Ketika Azazil Berputus Asa telah mengajar kita untuk percaya bahawa Dajjal itu pasti akan tiba, novel Semusim Di Mahsyar telah mengajar kita untuk tidak menderhaka kepada ibu bapa, maka novel Mengintai Aku Di Neraka ni pula telah mengajar kita bahawa tiada perkara yang tidak mustahil akan berlaku jika Allah berkehendakkan ia untuk berlaku, walaupun perkara tersebut di luar batasan logik akal manusia.

Ok baik. Novel ni mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Aleeya Qistina yang ingin membunuh diri kerana kecewa atas cintanya yang tidak kesampaian. Tapi disebabkan ada sesuatu yang menghalang beliau untuk membunuh diri, maka beliau mengambil keputusan untuk murtad. Beliau pergi ke disko & disitu, beliau bertemu dengan seorang lelaki yang tubuhnya melecur teruk. Lelaki itu mengajaknya minum arak. Sewaktu Aleeya nak minum arak tu, tiba2 arak tu bertukar menjadi air yang sangat busuk - ada ulat, nanah, darah & najis pekat di dalamnya. Suasana disko juga telah berubah. Orang2 di dalamnya berubah wajah, ada yang bertanduk & ada yang bertaring. Makanan disitu semuanya bertukar menjadi najis.

Maka dari situ bermulalah perkara2 ganjil berlaku. Aleeya terlihat seorang wanita berpakaian solat sedang menangis di dalam sebuah bilik gelap di disko tersebut. Seterusnya beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai wajah agak menakutkan mengaku sebagai Ifrit, pengikut Iblis. Kemudian, beliau bertemu dengan seorang kanak2 lelaki kecil yang secara tiba2 memeluknya & mencederakannya, then beliau bertemu dengan dua orang lelaki yang disimbahi dengan cahaya di dalam kegelapan & bermacam-macam lagi kejadian pelik yang menimbulkan persoalan. Bagi merungkaikan persoalan ini, beliau perlu mencari Iqlima Salsabilla, wanita yang pernah 'hidup semula' selepas 5 hari dikuburkan (watak dalam novel Semusim Di Mahsyar) Maka, perjalanan mencari Iqlima pun bermula.

Sepanjang perjalanan mencari Iqlima, pelbagai rintangan & kejadian aneh berlaku pada diri Aleeya. Beliau hampir terbabas kemalangan. Jika bukan disebabkan 'seorang wanita' yang menghalang jalannya, Aleeya pasti sudah kemalangan kerana terdapat pokok besar di hadapannya. Kemudian, Aleeya cuba mencari tempat bermalam memandangkan kereta beliau tidak boleh di'start'kan. Dan dari situ, beliau bertemu dengan seorang nenek tua & cucunya bernama Alissa di sebuah rumah kecil berhampiran kawasan tersebut. Mereka seakan sudah mengenalinya sejak sekian lama. Then, keesokan harinya Aleeya ingin meneruskan perjalanan mencari Iqlima. Disebabkan kereta beliau telah diambil semula oleh 'pemiliknya yang sebenar', (serius yang ni kena baca kalau nak tahu apa maksudnya) maka Aleeya pun terpaksa meneruskan perjalanannya dengan menaiki teksi.

Dan dari sini la kejadian aneh berlaku lagi. Aleeya dah sampai dah di rumah Iqlima dah. Tiba2 yang menyambut kedatangannya bukan Iqlima, tetapi kekasihnya yang telah meninggalkannya. Pelik kan? Dan dari sini berlakulah kejadian Aleeya 'terhumban' ke dalam Neraka. Ok yang ni tak mampu nak cerita satu2, tapi kalau nak tahu, boleh baca novel ni nanti. Tapi apa yang pasti, gambaran Neraka yang diceritakan dalam novel ni cukuplah menginsafkan & menyeramkan walaupun apa yang diceritakan tu hanyalah gambaran semata-semata (mengikut ayat Al-Quran)

Then, Aleeya akhirnya berjaya melepaskan diri. Aleeya berjaya bertemu dengan Iqlima Salsabilla. Beliau menceritakan apa yang telah terjadi kepada Iqlima. Then, terungkai la satu per satu cerita. Terungkai la perkara2 yang tak mampu difikir logik dek akal manusia. Tapi seperti yang saya katakan, tiada perkara mustahil yang tidak akan berlaku jika Allah berkehendakkannya untuk berlaku. Aleeya telah melalui satu 'dimensi' duo masa. Ya, nampak mustahil. Dah macam novel Ramlee Awang Mursyid jugak dah bila melibatkan perbezaan dimensi masa ni. Tapi apa yang pasti, bila Allah kata 'Kun Fayakun', maka akan terjadilah sesuatu tu.

Btw, gambaran seksaan Neraka yang diceritakan dalam novel ni walaupun hanya 1 setengah bab je dah cukup menyeramkan  Berkerut dahi baca, Allahu. Dan novel ni merupakan picisan daripada kisah benar yang dipetik daripada pelbagai kisah daripada individu2 yang berbeza, lalu diadunkan menjadi sebuah cerita. Banyak pengajaran yang saya dapat sama seperti novel2 sebelum ni. Dan salah satu perkara yang saya dapat daripada novel ni mengenai Iblis ialah :

"IBLIS AKAN BERPUTUS ASA DENGAN PERKARA BESAR, TETAPI SESEKALI TIDAK BERPUTUS ASA DENGAN PERKARA REMEH."

Ya, kita semua telah terpedaya dengan jarum halus yang menusuk masuk ke dalam hati kita tanpa kita peduli yang ianya telah menjadi sebati dalam diri kita  And you know what di akhir cerita ni mengenai disko tu? Haa yang ni kena baca untuk tahu dengan lebih lanjut. Recommended for reading? Terserah pada diri masing2 nak try baca atau tak.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hadi Fayyadh di atas penulisan novel ibrah ni. Teruskan menulis novel yang memberi pengajaran seperti ni ya Ustaz. In shaa Allah saya akan sentiasa menyokong usaha2 baik Ustaz sebegini. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa