Review novel 'Tertubuhnya Negara Haram Israel'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Tertubuhnya Negara Haram Israel'
Oleh : Zaini Rejab


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah novel fiksyen sejarah yang mengisahkan mengenai bagaimana tertubuhnya negara haram Israel selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini ditulis berdasarkan buku2 rujukan mengenai Perang Arab-Israel pada tahun 1948. Dan novel ini hanyalah sebagai 'pintu' kepada rumah sejarah yang lebih besar & luas. Bermakna, sekiranya membaca novel ini bagi tujuan akademik yang lebih mendalam, seeloknya diteruskan kepada pembacaan buku2 sejarah yang berat sifatnya.

Ok baik. Sejujurnya saya agak terkesan apabila membaca novel ni. Novel yang menceritakan mengenai detik kedukaan umat Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahannya termasuklah Palestin. Pada waktu tu, orang2 Yahudi di Palestin mula memasang angan2 bahawa negara yang merdeka nanti bukanlah negara Palestin, tetapi ia adalah sebuah negara baru untuk orang Yahudi. Maka, untuk merealisasikan angan2 tersebut, pelbagai rancangan diatur oleh pemimpin mereka & ketegangan memuncak sehingga meletusnya perang pada tahun 1948.

Negara2 Arab turut menghantar bantuan bagi menyekat kemaraan tentera2 Yahudi. Tapi, ada jugak dalam kalangan mereka ni yang mempunyai kepentingan peribadi. Ya, inilah kelemahan negara2 Arab. Tidak bersatu & masing2 ada tujuan tersendiri ! Walaupun negara2 Arab ada segala kelebihan tidak kiralah dari segi senjata atau kuasa, tetapi bila bergabung, mereka tetap tumpas di tangan Yahudi ! Yahudi lebih sistematik dalam apa2 urusan yang dilakukan termasuklah ketika peperangan. Tetapi negara Arab? Adalah sebaliknya. Sebab tu la negara Arab mudah tumpas di tangan mereka. Walaupun macam tu, tak dinafikan ada je pemimpin Arab yang bijak.

Ok baiklah, memandangkan saya agak 'malas' nak ulas novel ni (sebabnya novel ni banyak watak, jadi kalau nak review jalan cerita pun takut orang keliru ) jadi, saya nak bawak terus kepada anda semua sejarah sebenar perang Arab-Israel 1948 ni. Perang Arab-Israel 1948 dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel. Perang ini merupakan perang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel & negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang2 Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi sebaliknya bagi orang2 Arab Palestin, ia menandakan permulaan 'malapetaka' kerana mereka merasakan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk bakal berlaku termasuklah larangan kembali ke kampung halaman mereka.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mencadangkan untuk memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi & negara Arab. Dan of course rancangan ini ditolak sekeras-kerasnya oleh masyarakat Arab. Mandat British ke atas Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948. Tetapi disebabkan oleh kepimpinan Yahudi yang diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion (boleh dikira sebagai watak utama dalam novel ni) telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei 1948. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat & banyak negara lain.

Pada akhir bulan Mei 1948, seramai 6000 tentera Syria, 4500 tentera Iraq, 6000 tentera Transjordan, 1000 tentera Lubnan & 5000 tentera Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Tetapi, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Genting Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan & tanah di bawah mandat British di Palestin sebelumnya menjadi milik Israel. Maka, perang ini telah menyebabkan banyak penduduk Arab Palestin dihalau dari kampung halaman mereka.

Dan sehingga sekarang, penduduk Palestin tetap memperjuangkan hak mereka. Actually, banyak sangat pengajaran yang kita boleh dapati daripada pembacaan novel ni + tahu sejarah Perang Arab-Israel. Cuma persoalannya, adakah kita cakna? Tepuk dada, tanyalah iman kita. Btw, terima kasih di atas penulisan novel fiksyen ini. At least ia dapat membuka minda saya sedikit mengenai perjuangan rakyat Palestin sehingga ke titik akhir bagi menidakkan kewujudan negara haram Israel. Perjuangan bagi sebuah negara Palestin untuk merdeka akhirnya sia2 sahaja kerana kecurangan pemimpin2 negara Arab & kerana rapinya perancangan Israel. Akhirnya, negara haram tertubuh juga.

Terima kasih di atas penulisan novel fiksyen yang memberi banyak ibrah ini. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa