Review buku 'Presiden Trump Penjahanam Amerika?'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Presiden Trump Penjahanam Amerika?'
Oleh : Oleh : Nazri Kadir, Muhd Nur Iman Ramli & Syarafuddin Sulaiman


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah, selesai akhirnya mengkhatamkan sebuah buku mengenai Presiden Trump, iaitu Presiden Amerika yang ke-45. Buku yang menerangkan secara ringkas mengenai keadaan politik di Amerika pasca kemenangan Presiden Trump ini saya rasakan diulas dengan baik sekali oleh ketiga-tiga penulis. Ya, buku ni walaupun agak ringkas, tapi rasanya dah memadai untuk dijadikan rujukan buat pembaca2 yang masih baru ingin mengenali politik di Amerika (seperti saya )

Bermula dengan Bab 1 iaitu bab mengenai Trump yang merupakan keturunan pendatang berserta sejarah keluarga beliau telah membuatkan saya terfikir, apakah hak beliau untuk bersifat ANTI pendatang tidak kiralah dari sudut agama mahupun anti pendatang secara keseluruhan yang meliputi pelbagai bangsa & negara, sedangkan beliau juga lahir daripada keturunan pendatang yang berhijrah ke Amerika Syarikat? Wajarkah beliau bersifat keterlaluan terhadap pendatang asing di bumi Amerika Syarikat sendiri apatah lagi untuk bangsa2 lain yang sudah pun mendapat kerakyatan Amerika Syarikat?

Next, buku ni juga ada menimbulkan persoalan mengenai illuminati, iaitu salah satu isu paling hangat diperkatakan dengan kemenangan Trump. Selain tu, buku ni juga turut menyentuh mengenai personaliti gaya kepimpinan beliau yang boleh mendatangkan kehancuran buat Amerika Syarikat. Memandangkan beliau merupakan seorang ahli perniagaan & pernah gagal dengan hutang berbilion dolar akibat terlalu berani mempertaruhkan risiko kewangan, maka sekiranya menjadi Presiden, adakah adanya kemungkinan bahawa beliau bakal memimpin Amerika ke arah kehancuran? Persoalan ini bakal terjawab dalam 4 tahun akan datang ni.

Seterusnya, buku ni juga turut menyentuh mengenai Hillary Rodham Clinton (wanita pertama yang bertanding untuk jawatan Presiden Amerika) & Bernie Sanders yang merupakan pesaing2 Trump dalam melayakkan diri untuk menjadi Presiden Amerika ke-45 (boleh baca dengan lebih lanjut mengenai mereka dalam buku ni) Cuma saya agak tertarik pada part calon2 jangkaan pemilihan Presiden Amerika 2020. Antaranya ialah The Rock atau Dwayne Johnson. Ni memang tak boleh bayang kalau beliau jadi Presiden. Memandangkan beliau merupakan pelakon yang paling mahal harga bayarannya di dunia, tapi siapa sangka, beliau juga sebenarnya berminat dalam bidang politik & berminat menjadi pemimpin nombor satu Amerika suatu masa nanti.

Ok, saya ringkaskan. Dalam buku ni juga ada menyentuh mengenai proses pilihanraya Amerika Syarikat. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, sangat berbeza cara pemilihan tu. Then, peranan media. Yes, media memainkan peranan yang sangat penting untuk menyampaikan maklumat. Cuma ke atas kita untuk pandai 'percaya' pada sesuatu maklumat yang disampaikan melalui media ni. Sama juga dalam kes pemilihan Donald Trump, ada media yang pro-Trump, & ada yang kritikal terhadap Trump. Dan media sosial juga adalah merupakan faktor terbesar penyebab kemenangan Trump sebagai Presiden Amerika yang ke-45.

Dan Rusia. Ya, buku ni memang ada menyentuh mengenai Rusia (memandangkan Rusia adalah sebuah negara yang paling banyak dikaitkan dengan Trump) Rusia dipandang sebagai anti-Barat, tetapi persoalannya, mengapa Trump cenderung kepada Rusia? Adakah benar pengaruh Rusia dalam Pilihanraya Presiden Amerika cukup hebat? Dan ini ada kaitan dengan 'manipulasi undi' yang dilakukan oleh Rusia. Nak tahu lebih lanjut? Kena hadam buku ni. Tak pandai nak cerita kat sini. Btw, di akhir buku ni ada menyentuh beberapa persoalan2 yang agak berat untuk dijawab :

"Adakah kita bersedia menggantikan Amerika? Dunia perlukan pemimpin & seseorang perlu mengetuainya. Adakah kita orang itu, atau kita sebenarnya hanya mahu komen, mengeluh & meratap? Adakah kita bersedia membentuk konspirasi kita sendiri, ataupun cukuplah kita ini menjadi mangsa sahaja?"

Tepuk dada, tanyalah iman kita. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa