Review buku 'Bangkitlah Remaja Islam'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Bangkitlah Remaja Islam'
 Oleh : Faridah Mohd Tap


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah buku hasil daripada kompilasi artikel2 yang pernah ditulis oleh penulis sebagai kesedaran & pedoman buat para remaja. Terdapat 5 bahagian dalam buku ni bersamaan dengan 36 bab semuanya. Kalau baca sekali imbas, agak nampak macam mencapah sikit laa daripada skop 'remaja' tu sendiri, kecuali pada bab 1. Tapi, kalau tengok balik aspek2 dalam setiap bahagian dalam buku ni : remaja, gender, cinta, pendidikan, politik & sosial ; sebenarnya inilah realiti sebenar yang remaja akan hadapi. Dan buku ni hanyalah sebuah pembacaan sebagai wasilah untuk membantu para remaja bagi membuat anjakan paradigma, bukannya untuk berseronok tanpa hala tuju.

Baiklah, saya akan sentuh sedikit mengenai beberapa isi penting di setiap bahagian buku ni. Bahagian pertama dimulakan dengan perbahasan mengenai fenomena buta solat & buta Al-Quran yang semakin lama semakin meruncing dalam kalangan remaja. Ya, memang tak dinafikan. Kalau tengok dalam U sendiri, berapa ramai rakan2 kita yang tergolong dalam golongan ni? Ramai je yang tak solat & tak baca atau jarang baca Al-Quran. Yang famousnya just hiburan je dekat U ni. Lepastu, bila test sikit mengaji, Allahu, hanya Allah je yang tahu betapa banyaknya lompong2 yang ada. Kalau asas pun tak betul, macam mana nak sempurnakan yang atas2? Pesanan untuk diri saya sendiri juga

Then, mengenai gender. Saya sentuh mengenai wanita, yang part lelaki tu boleh try baca nanti. Ok, Islam telah mengangkat martabat seorang wanita daripada sehina-hina ke semulia-mulia kedudukan dalam masyarakat manusia bukan? Then, Islam juga menjanjikan wanita tu sangat mudah nak masuk syurga SELAGI syariat dijaga. Persoalannya, adakah kita melakukan perintahNya? Adakah kita menjaga syariatNya dengan menjaga aurat kita? Adakah kita terlalu taksub dengan kecantikan sehingga menyebabkan kita mengenepikan agama? Sudah2 lah tu bertabarruj. Kita cantik untuk siapa? Cukuplah membasahi diri dengan berwuduk. Utamakanlah kecantikan akhlak & budi serta intelek kita dahulu.

Ok, proceed ke bahagian seterusnya. Yang bahagian ni advance sikit sebab ianya menyentuh mengenai perihal perkahwinan. Tapi saya taknak sentuh mengenai cinta halal ni (sebab saya masih tak berada di alam tu lagi). Jadi, saya nak sentuh yang sebaliknya. Sepanjang saya duduk kolej sekat sini, entah berapa ramai la yang dating berpegangan tangan semua malam2 buta. Then, baru2 ni ada kes pelajar dekat sini berciuman antara satu sama lain. Ok yang ni memang melampau. Kalau non-muslim tak apa lah kot. Masalahnya sekarang yang buatnya tu adalah pelajar muslim sendiri  Apa nak jadi dengan remaja sekarang ni? Mana letaknya maruah diri? Tak kiralah perempuan mahupun lelaki. Kalau tak tahan sangat nak buat benda2 macam ni, kenapa tak kahwin je terus ya  ?

Ok, next. Bahagian pendidikan. Baik, yang ni saya tertarik pada part mengenai kesan ketidakseimbangan jantina di institusi pendidikan untuk jangka masa panjang. First, perkara ni akan mengakibatkan keruntuhan institusi keluarga pada masa akan datang. Bila si isteri berjawatan besar berbanding si suami, maka si isteri akan mengambil peranan si suami sebagai ketua keluarga. Second, trend kahwin lewat. Cita2 Malaysia yang inginkan seramai 70 juta rakyat Malaysia menjelang tahun 2035 akan mustahil tercapai andai trend ini dibiarkan. Third, cita2 negara untuk menjadi negara industri juga tidak akan tercapai andai golongan lelaki kurang berada di IPT dek kerana kurangnya tawaran jurusan yang menepati kelayakan mereka. 3 perkara yang jelas terlihat seperti melanggar fitrah & sunnatullahNya.

Next, bahagian politik & sosial. Saya sentuh bahagian sosial je ya. Disebabkan rasuah & ketirisan belanjawan negara, golongan2 yang tidak berpendapatan seperti mahasiswa telah menjadi mangsa yang paling terjejas. Ramai mahasiswa yang terpaksa ikat perut bagi mengurangkan perbelanjaan, lebih2 lagi pada mereka2 yang tak dapat apa2 pun pinjaman atau biasiswa. Ibu bapa pula terpaksa hilang separuh daripada gaji mereka untuk memastikan anak2 mereka mendapat hak asasi tu. Jadi, harapannya di sini adalah agar kerajaan dapat mengambil berat tentang isu ini. Semoga dengan perkara ini dapat mengelakkan mahasiswa daripada terpaksa berhenti belajar dek kerana yuran pengajian yang semakin tinggi.

Maka, secara kesimpulannya, zaman remaja bukanlah zaman untuk bersuka ria. Zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan pancaroba. Pada waktu ini, remaja akan mengalami kekeliruan identiti & tingkah laku yang ketara. Zaman remaja juga merupakan fasa berisiko kerana jika tersilap langkah, kesannya amat membimbangkan. Semoga remaja2 seperti kita sedar akan perkara ni terutamanya untuk masa hadapan nanti. Panjang lagi perjalanan yang perlu kita tempuh. Waktu remaja ni la merupakan waktu yang paling tepat untuk memperbaiki diri. Bukankah jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara, kita lihat pada remaja2nya?

Btw, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penulis atas penulisan buku yang penuh makna ini. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa