Review novel 'Banja Manggala'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Banja Manggala'
Oleh : Ramlee Awang Mursyid


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca novel ke-29 daripada tuan RAM setelah sekian lama menanti  Baiklah, novel ni mengisahkan mengenai Amar yang telah diselamatkan oleh pasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia tahun 1995. Askar2 Serbia yang memburu Amar & ibunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Then, Amar bersama sebilangan kanak2 Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Beliau akhirnya diasuh & dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral.

Maka, 23 tahun berlalu & Amar selalu dibayangi oleh seekor serigala salji. Beliau sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni oleh kawanan serigala. Dan lembah banjaran tu dipercayai kehilangan seorang Armel atau pengembala atau raja serigala. Sejak peristiwa tu, kehidupan Amar jadi tak tentu arah. Akhirnya Amar pulang untuk mencari jawapan tentang asal-usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong tersebut.

Then, Amar ada adik perempuan bernama Rania. Rania ni bekerja di sebuah stesen penyiaran antarabangsa & membuat penggambaran2 berkaitan travelog. So, untuk travelog musim kedua, Rania & 2 org rakannya bercadang nak buat berkenaan Perang Bosnia. Tapi malangnya, perancangan Rania tak jadi sebab beliau kena culik di Sarajevo bersama rakan2nya tu. So, dah kebetulan Amar berada di Wilayah Balkan, maka Amar pun mencari adiknya.

Pada masa yang sama, pembunuhan bersiri turut berlaku & melibatkan gadis2. Mereka diculik + dibunuh dengan kejam. Kes ni disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic. Hasanovic pada masa yang sama telah menyelamatkan Lamija, iaitu seorang wanita yang terperangkap dengan ulahan si pembunuh. Nasib baik Lamija tak jadi mangsa pembunuh tu. And guess what, ada hikmahnya Hasanovic bertemu dengan Lamija. Sebabnya diorang ni.... Ok nanti baca lah ya

So, itu sinopsis keseluruhan yang kalian boleh dapati di belakang buku ni juga  So, seperti biasa, karya2 tuan RAM memang tak pernah mengecewakan. Walaupun jalan penceritaan novel ni pada mulanya agak lambat 'panas', tapi saya masih boleh mengikut rentaknya lagi. Dah nak masuk tengah2 baru terasa bahangnya tu huhu ~

And tuan RAM of course masih mementingkan lagi elemen2 utama seperti kekeluargaan, persahabatan & semestinya agama sebagai tunjang paling utama dalam novel beliau yang satu ni  Btw, elemen cinta ibarat gula dalam kopi dalam novel ni actually tak berapa menyentuh sangat hati perempuan saya, cewahh apakah kann  I think I need more than that kot, macam Laksamana Sunan dengan Ratna, atau Ryu-Watanabe dengan Noriko (ceyh melebih nampaknya )

Ok lah, kita masuk part plot twist sikit. Tapi saya tak cerita la part mana dalam novel ni. Nanti ketahuan pulak jadi tak best kan.. Btw, fuhh, semestinya part ni telah berjaya membuatkan saya terkena & tertipu  Allahuu, mungkin dah lama tak menghadap novel2 tuan RAM kot, so tahap meneka saya jadi menurun  Then, tahniah tuan RAM ! Sangathebat & bijak bermain plot twist. Salah satu plot2 yang mencantikkan jalan cerita 👍🏻

Next, macam novel2 beliau sebelum ni, pasti diselitkan jugak beberapa imaginasi yang kadang2 tu macam tak logik je pada akal kita sebagai manusia. And yes ! He bring that magical in this book. And I feel like wow ! Magis betul. Tapi bak kata tuan RAM sendirilah, segalanya tak mustahil jika sesuatu yang diluar batas logik akal manusia tu berlaku atas kehendakNya  Actually, saya faham kenapa tuan RAM masukkan sedikit elemen2 magis macam ni. Ok baca bawah ni

Sebabnya novel ni berinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku pada tahun 1993-1995 iaitu Perang Bosnia. Perang paling dahsyat pernah berlaku dalam 3 tahun ni & telah melibatkan banyak nyawa terkorban. Jadi, tuan RAM fiksyenkan sikit supaya karya ni tak terkurung dalam inspirasi kisah benar tersebut  Btw, Novel Banja Manggala ni bukan kesinambungan antara mana2 novel tuan RAM ya. Banja Manggala tetap sebuah thriller. Asasnya tetap ketuhanan & agama  In shaa Allah bermanfaat

Dan sekarang dengar2 macam nak keluar je novel Anding Ayangan II. Wuu tak sabar nak baca. Tapi novel Legasi Tombiruo pun tak bukak lagi  Haha maaf ya, bagi saya ruang untuk study exam akhir dulu. Nanti dah habis exam, saya akan khatamkan and saya akan reviewkan sebaiknya.

Then, terima kasih sudi membaca review saya yang agak panjang ni. Dan jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan RAM di atas penulisan novel yang tak pernah tak terbaik  Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Aku Nabi Isa !'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Aku Nabi Isa !'
Oleh : Dr. Rozanizam Zakaria


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah buku bergenre psikologi & pengalaman Dr Nizam sebagai doktor psikiatri yang merawat 'insan2 istimewa' yang diuji jiwanya oleh Allah dalam hidup mereka. Buku ni sangat bagus bagi saya untuk diketengahkan dalam masyarakat pada hari ini. Btw, first2 beli buku tertanya laa jugak apa simboliknya Nabi Musa dengan isi2 dalam buku ni, then rupanya ada kisahnya tersendiri dalam bab 4.

Ok baik. Antara yang menarik dalam buku ini ialah berkaitan penjelasan secara tuntas & padat mengenai penyakit2 psikiatri. Antaranya ialah mengenai masalah kemurungan, skizofrenia, demensia, masalah bunuh diri, keresahan & Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Buku ni memang sesuai untuk dihadam oleh orang awam bagi mengenal serta membantu pesakit2 yang mengalami penyakit2 ini.

Then, satu perkara telah membuatkan saya sangat salute kepada penulis, dalam teori2 psikologi Barat yang dikemukakan, pasti diselit sekali nasihat & motivasi daripada dalil2 ayat2 Al-Quran serta hadis baginda Rasulullah SAW untuk mencegah, mengatasi & mengubati penyakit psikiatri ini

So, ada 10 bab dalam buku ni & dalam kesepuluh-sepuluh bab tu dirangkumkan sekali segala anekdot (kisah benar) pesakit, fakta tentang penyakit tersebut & pengajaran kepada kita. Ok, 10 bab tersebut ialah :

1. MEMILIH TARIKH KEMATIAN. Mengisahkan tentang keluarga Iran & cubaan membunuh diri. Cerita ni mengenai suicidal and related to depression.

2. SUAMI DISEMBELIH, ANAK DICULIK, RUMAH DIBAKAR. Mengisahkan tentang wanita Iran & kemurungan. Cerita ni related jugak mengenai depression.

3. SERABUT PERUT. Mengisahkan tentang kisah pemuda Vietnam & keserabutan. Cerita ni menyentuh mengenai anxiety.

4. SAYA NABI ISA. Mangisahkan tentang lelaki tua & skizofrenia. Skizofrenia ni dalam erti kata seseorang tu mempunyai pelbagai watak.

5. MAHU SEKALI KE LIANG LAHAD. Mengisahkan tentang lelaki kematian isteri & anak2nya. Cerita ni menyentuh mengenai Grief.

6. LANGSUNG TAK INGAT. Mengisahkan tentang pesara perang dunia kedua & demensia. Demensia atau dalam erti kata lain nyanyuk.

7. PEMBUNUH TAK BERSIRI. Mengisahkan tentang pemuda Amerika & keganasan. Cerita ni mengenai Anti Social Personality Disorder & cara untuk deal with anger. Dalam istilah perubatan, Anti Social bukannya bermaksud seseorang tu suka mengasingkan diri daripada kegiatan sosial, tetapi remaja tu lebih cenderung bertindak ganas kerana gagal mengawal kemarahannya.

8. RAHSIA PALING SULIT. Mengisahkan tentang wanita Australia & penderaan seksual. Cerita ni mengenai Post-Traumatic Stress Disorder. Recently, dekat Malaysia pun banyak je isu ni.

9. BATAL KE TAK BATAL? Mengisahkan tentang bapa sahabat penulis. Cerita ni mengenai Obsessive Compulsive Disorder.

10. UBAT DOKTOR ATAUPUN AIR TAWAR? Mengisahkan tentang pemuda Sudan & penawar dari rumah. Cerita ni mengenai rawatan tradisional menghalau jin & sangat berkait rapat dengan budaya Melayu.

So, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la try baca nanti  Btw, buku ni sememangnya akan membuatkan pembaca2 (seperti saya yang waras ni) bersyukur sangat2 atas sebab Allah masih tak tarik lagi nikmat kewarasan kepada kita semua. And this book is highly recommended to all. Sesuai untuk sesiapa yang ahli keluarganya 'sakit' and of course sangat sesuai untuk orang2 awam yang non-medical personnel untuk mengubah stigma masyarakat terhadap golongan ini.

Jangan risau, penulis tak banyak gunakan istilah2 perubatan yang kita tak tahu. Satu teknik penulisan yang In shaa Allah, pembaca akan mudah fahami. Selain kaedah moden, penulis juga ada menyelitkan kaedah Islam. Tapi, apa yang penting, penulis ingin mengajak pembaca untuk bersama-sama bermuhasabah diri & merenungi hikmah serta sebab kejadian & ujian yang Allah berikan kepada hamba2Nya, juga mengajak kita agar sentiasa bersyukur atas nikmat kewarasan yang diberikan.

Maka, benarlah firman Allah dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud : "Maka, nikmat Tuhan mana satu yang ingin kamu dustakan?"  Allahuu.. seringkali aku terlupa akan nikmatMu yang satu ini. Alhamdulillah, syukur padaMu atas nikmat kewarasan & keimanan yang telah Engkau berikan. Terima kasih Allah. Terima kasih penulis. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku '8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku '8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior'
Oleh : Muhamad Akhmal Hakim


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah buku mengenai 8 kecerdasan yang perlu ada untuk menjadikan diri sebagai muslim yang hebat a.k.a superior. Mengambil contoh perjalanan kehidupan ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Kindi & Al-Farabi, semestinya kesemua ilmuwan ini telah menguasai kelapan-lapan kecerdasan tersebut sehingga menjadikan mereka seorang Muslim yang superior.

So, apa 8 kecerdasan tu? Haa, In shaa Allah saya akan try hurai satu2 secara seringkas-ringkasnya di bawah ni. Sebelum tu, saya perkenalkan dulu apa itu Multiple Intelligence atau MI. MI atau dalam BMnya kecerdasan majmuk adalah teori psikologi berkaitan minda. Ia adalah kritikan pada idea yang mengatakan kita dilahirkan dengan satu kecerdasan yang tidak boleh diubah & boleh diukur oleh ahli psikologi.

So, thats mean this theory merupakan pencetus transformasi pada pandangan dunia berkaitan keupayaan manusia sebenar. Teori ini menyedarkan masyarakat bahawa kebolehan manusia tidak hanya berkisar pada IQ, EQ & SQ sahaja. Terdapat sekurang-kurangnya 8 jenis kecerdasan yang menjadi komponen dalam MI.

--------------------------------------------------------------------------------

1) KECERDASAN INTRAPERSONAL. Kecerdasan ini berkait rapat dengan kesedaran dalam diri. Ia merujuk kepada keupayaan mempunyai pemahaman berkaitan diri sendiri, mengetahui siapa diri kita, apa yang boleh kita lakukan, apa yang kita ingin lakukan, bagaimana kita bertindak balas kepada perkara2 yang perlu dielakkan & perlu dilakukan. So, sekiranya mahu kuasa intrapersonal kita berevolusi tinggi, maka kita perlu banyak berfikir perihal diri kita. Hal ini kerana hanya dengan itu je manusia mampu mengenal diri yang sebenar. Pernah tengok Kungfu Panda? Nah, contohnya macam Poo tu

So, manusia superior seperti Ibnu Sina, Ibnu Al-Haitham & lain2 ilmuwan Islam adalah manusia yang berjaya mencapai evolusi kuasa intrapersonal. Mereka mencapai evolusi ni melalui dua cara iaitu mereka banyak berfikir perihal diri & berusaha menunjukkan prestasi yang hebat walaupun bekerja secara berseorangan.

2) KECERDASAN NATURALISTIK. Ia berkait rapat dengan alam. Individu yang menguasai kecerdasan ini mampu melakukan pelbagai perkara yang berkaitan dengan alam. Kecerdasan ni tak eksklusif pada deria visual je. Tapi, ia turut melibatkan deria lain. Bayangkan kalau manusia tak mampu meramal pusingan musim, banjir kilat, letusan gunung berapi & sebagainya, agak2 ramai tak manusia yangselamat bagi meneruskan kehidupan di bumi ni? Bermakna, kecerdasan naturalistik mampu membuatkan kita memahami alam seolah-olah kita mampu berbicara dengan alam & cuba mengambil inspirasi daripada reka bentuk serta proses yang berlaku di alam jagat bagi menyelesaikan masalah manusia

So, manusia superior seperti Ibnu Sina, Al-Biruni & lain2 ilmuwan Islam adalah manusia yang berjaya mengalami evolusi kuasa naturalistik. Mereka mencapai evolusi ini melalui sekurang-kurangnya satu cara iaitu mereka berusaha berinteraksi dengan alam dengan cara melihat, berfikir & menterjemah alam.

3) KECERDASAN LOGIKAL-MATEMATIKAL. Kecerdasan ini melibatkan kemampuan mengumpulkan & menggunakan maklumat bagi melakukan pertimbangan dalam menyelesaikan suatu permasalahan. Ia merupakan asas pemikiran kognitif manusia. Contoh kebolehan yang terkandung dalam kecerdasan ini ialah berfikir secara saintifik. Bagi menjadi hebat dalam berfikir secara saintifik, kita perlu menjadi hebat dalam mencari bukti empirik, hebat dalam bersikap rasional & hebat dalam bersikap skeptikal (keraguan atau kesangsian berkaitan sesuatu perkara). Tapi, dengan syarat, ia masih berlandaskan agama & tidak ditimbulkan keraguan pada perkara2 yang ada batasannya

So, ilmuwan Islam telah berjaya melakukan pelbagai penemuan saintifik kerana kuasa logikal-matematikal mereka berevolusi. Ia berevolusi kerana mereka sering melakukan perkara seperti menghasilkan keraguan yang mengandungi hujah rasional untuk mempersoalkan bukti empirik atau sesuatu teori atau penemuan saintifik, sering memikirkan apakah bukti empirik yang tinggi hujah rasionalnya bagi menyokong atau menolak sesebuah teori atau penemuan, & mereka sering berusaha untuk membentuk strategi ataupun kaedah saintifik bagi menyelesaikan masalah.

4) KECERDASAN SPATIAL. Iaitu keupayaan bagi menggambarkan secara dalaman dunia spatial (ruang) dalam fikiran. Kecerdasan ni dapat digunakan dalam bidang seni atau sains. Antara kecerdasan spatial adalah seperti kebolehan menghasilkan, menyimpan, mendapatkan semula & mengubah struktur imej visual. Atau dengan kata lainnya, kita berimaginasi & mencipta imej tentang apa yang kita imaginasikan tu. Evolusi kuasa spatial ini akan berlaku apabila kita hebat dalam berimaginasi. Tapi ingat, jangan sampai melepasi zon bahaya imaginasi tu. Sebabnya ia akan membahayakan aqidah umat Islam.

So, ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina & Al-Jazari telah berjaya melepasi evolusi kuasa spatial ni. Antara rahsia mereka ialah selepas mencapai tekanan yang tinggi dalam berfikir perihal sesuatu perkara, mereka akan mencari ketenangan dengan beribadat atau berehat seketika. Mereka juga sering menterjemahkan imaginasi fikiran mereka kepada bentuk lakaran.

5) KECERDASAN LINGUISTIK. Iaitu kebolehan menggunakan bahasa bagi menyampaikan sesuatu daripada dalam minda. Ilmu linguistik adalah alat yang mampu mempengaruhi fikiran manusia lain sejak zaman berzaman. Kenal dengan Dr. Zakir Naik ataupun Ahmad Deedad? Yup, mereka adalah antara orang2 yang menguasai kecerdasan linguistik kerana kata2 mereka mampu mempengaruhi fikiran & mengawal emosi orang yang mendengarnya  Mereka pandai berbicara kerana kuasa linguistik mereka berjaya berevolusi. Selain kata2, kecerdasan ini juga dapat dilihat daripada penulisan karya2 berkenaan ilmu2 yang kompleks. Walaupun jasad ilmuwan Islam sudah hancur dimamah bumi, tapi hasil tulisan mereka telah menjadikan mereka 'hidup' sehingga ke hari ini

So, ilmuwan2 Islam seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Farabi & Al-Kindi telah berjaya mencapai evolusi kuasa linguistik. Hal ini kerana disebabkan 3 perkara berikut iaitu mereka berusaha menguasai ilmu bahasa, mereka sering kali memanipulasi bahasa sebagai alat retorik (satu seni mengeksploitasi bahasa) & mereka gigih menterjemah fikiran mereka kepada bentuk bahasa yang mudah difahami khususnya melalui penulisan.

6) KECERDASAN INTERPERSONAL. Iaitu kecerdasan yang membolehkan orang dewasa mahir membaca perhatian & keinginan orang lain walaupun ia disembunyikan. Atau dengan kata lain, kebolehan untuk 'memahami orang lain'  Nah, tajuk ni agak best sikit sebab ada menyentuh mengenai guru (memandangkan saya bakal menjadi seorang guru ) Dalam dunia ilmu, manusia superior ibarat serat optik. Mereka itu adalah guru kerana guru dapat bertindak sebagai penghubung atau penyampai ilmu daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Justeru, jadilah guru yang hebat iaitu guru yang mampu menyampaikan ilmu dengan efisien. Selain tu, bina hubungan mutualisme dengan patron supaya dua2 dapat memberi manfaat antara satu sama lain. Sebagai contoh, ilmuwan Islam dulu mempunyai hubungan yang baik dengan golongan pemerintah. Golongan pemerintah akan menaungi ilmuwan Islam & sebagai balasan, ilmuwan Islam akan menyumbangkan ilmu mereka bagi memajukan kawasan pemerintahan itu.

So, kuasa interpersonal ilmuwan Islam berevolusi kerana mereka berusaha menyelesaikan masalah orang lain dengan cara memahami emosinya, selain membina hubungan mutualisme yang baik dengan beberpaa patron. Selain itu, mereka juga berusaha menjadi pendidik yang hebat.

7) KECERDASAN MUZIKAL. Iaitu kecerdasan yang melibatkan keupayaan manusia memanfaatkan muzik bagi memahami & mengawal perasaan. Ilmu muzik itu tinggi nilainya. Ilmuwan Islam mempelajari ilmu muzik kerana mereka tahu bahawa muzik dapat mententeramkan jiwa & menghiburkan minda. Muzik bukan sahaja untuk didengar, tetapi ianya juga merupakan bidang yang bersangkutan dengan beberapa bidang yang lain. Muzik juga dianggap sebagai satu cabang bidang ilmu matematik & falsafah. Ilmuwan Islam dulu sangat mementingkan penguasaan ilmu muzik ini. Mereka turut menulis buku berkenaan teori muzik

So, terdapat 3 amalan evolusi kuasa muzikal yang diamalkan manusia superior ratusan tahun yang lalu. Antaranya ialah mereka sering berfikir & berusaha melakukan pembaharuan ataupun perkembangan ilmu dalam ilmu muzik, terutamanya ilmu berkaitan teori muzik. Selain itu, mereka juga berikhtiar menggunakan muzik bagi mengembalikan kebolehan manusia yang hilang & berusaha mempelajari serta menguasai kemahiran bermain alat muzik.

8) KECERDASAN KINESTETIK BADAN. Iaitu satu bentuk keupayaan bagi mengawal anggota tubuh badan melakukan sesuatu. Sekiranya kecerdasan ini tinggi dalam diri kita, kita akan dapat mengendalikan sesuatu objek dengan skill yang tinggi. Kita juga dapat mengawal badan bagi melakukan suatu pergerakan unik dengan baik mengikut arahan minda. Di samping itu juga, badan kita mampu memberi respons pergerakan fizikal yang baik kepada stimulasi & persekitaran seperti tindakan refleks.

Daripada analisis catatan sejarah kehidupan ilmuwan2 Islam, pencapaian evolusi kuasa kinestetik yang tinggi tidak begitu memainkan peranan yang besar dalam melonjakkan kehebatan ilmuwan2 tersebut berdasarkan bidang2 yang mereka kuasai. Hanya Al-Farabi & Al-Kindi yang mengalami evolusi kuasa ini. Tetapi, perkara ini tidak bererti bahawa kecerdasan kinestetik badan tidak penting dalam membentuk seorang manusia superior.

--------------------------------------------------------------------------------

Jadi, secara kesimpulannya, kelapan-lapan kecerdasan ini mampu menjadikan sesorang manusia itu superior sebagaimana yang telah berlaku kepada ilmuwan2 Islam pada zaman dahulu. Tapi dengan syarat, kita perlu banyak mengembara untuk mencari ilmu & pengalaman tersebut. Segala cabaran & dugaan dalam menjadikan kita sebagai manusia superior semestinya hebat. So, hadapilah ia dengan teguh & kental. Semoga kita mampu menjadi seperti mereka.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penulis di atas penulisan yang sarat dengan ilmiah ini. Semoga berjaya & ayuhlah kita bersama-sama menjadi manusia yang lebih baik dalam menggunakan nikmat kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Budak Cliche'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Budak Cliche'
 Oleh : Syafiq Nasri
____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang penuh dengan kritikan terhadap remaja & belia pada masa kini. Buku yang agak santai dan sememangnya #deep ni memang terasa banyak je benda terkena pada diri. Setelah agak lama tak bukak buku (dek kerana memberi peluang kepada diri untuk fokus study), then bila bukak je dia terus tembak kaw2 punya

Ada apa pada buku 'Budak Cliche' ni? Haa, sebelum nak kupas tu, saya nak bagitau sikit laa apa maksud cliche ni menurut pemahaman saya. Ok, maksud cliche ni macam ungkapan yang dah basi laa.. atau kata2 yang dah selalu kita dengar, ataupun idea2/perlakuan2 yang selalu diulang-ulang (kalau salah betulkan ya ) So, dalam buku ni, banyak diketengahkan mengenai perkara2 cliche yang selalu remaja buat.

Btw, segala kritikan yang ada dalam buku ni bukannya nak merendah-rendahkan orang lain ya. Tapi penulis memang nak membawa pembaca2 beliau supaya bukak hati masing2 untuk mencari jalan yang lebih baik & berubah ke arah yang lebih diredhaiNya  So kepada yang dah baca tu, sama2 lah kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik di mataNya ya huhu ~

Orait, ada 10 bab dalam buku ni kalau termasuk bahagian last sekali tu. Antara yang disentuh adalah mengenai cinta fitrah menjadi fitnah, pertunangan tak menghalalkan cara, muslimah celup, sahabat, akhlak, keluarga, media sosial, kompilasi ayat2 cliche yang selalu kita dengar seperti janji melayu, nak taubat bila time dah tua je, budak sekolah agama & lain2 lah yang berkaitan. Dan yang pastinya, semua part #deep2 belaka.

Dan ada satu part yang betul2 membuatkan saya terkesan - mengenai kemegahan diri. Mudah-mudahan Allah jauhkan diri saya & kita semua daripada perkara ni, amiin. Ok, penulis bawakkan satu surah berkenaan sifat bermegah diri ni iaitu Surah At-Takathur. Ya, kalau betul2 kita hayati makna setiap ayat dalam surah ni, mesti kita akan rasa betapa lekanya hidup kita di dunia ni huhu.

Berapa ramai orang yang dilabelkan sebagai ahli ibadah, budak baik, budak kuat agama ni, akhirnya terjerumus ke dalam neraka ?  Sebabnya mereka (dan kita) bermegah dengan apa yang dibuat. Kononnya baik di depan orang, nampak soleh, muka suci je.. Tapi bila sampai bab hati, ada sifat megah tu. Dalam surah ni, Allah dah kata, siapa yang ada sifat bermegah alamatnya neraka Jahim laa. Aiwah, nauzubillahi min zalik. Semoga kita semua tak tergolonglah, amiin2.

Jadi, jutaan terima kasih diucapkan kepada penulis di atas penulisan yang penuh sentapan sebegini. Mana yang baik kita ambik, mana yang tak baik kita buang jauh2. Semoga Allah sentiasa mamandu setiap langkah kita menuju redhaNya. Amiin. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa