بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku '8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior'
Oleh : Muhamad Akhmal Hakim
____________________________________________________________________________________
Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah buku mengenai 8 kecerdasan yang perlu ada untuk menjadikan diri sebagai muslim yang hebat a.k.a superior. Mengambil contoh perjalanan kehidupan ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Kindi & Al-Farabi, semestinya kesemua ilmuwan ini telah menguasai kelapan-lapan kecerdasan tersebut sehingga menjadikan mereka seorang Muslim yang superior.
So, apa 8 kecerdasan tu? Haa, In shaa Allah saya akan try hurai satu2 secara seringkas-ringkasnya di bawah ni. Sebelum tu, saya perkenalkan dulu apa itu Multiple Intelligence atau MI. MI atau dalam BMnya kecerdasan majmuk adalah teori psikologi berkaitan minda. Ia adalah kritikan pada idea yang mengatakan kita dilahirkan dengan satu kecerdasan yang tidak boleh diubah & boleh diukur oleh ahli psikologi.
So, thats mean this theory merupakan pencetus transformasi pada pandangan dunia berkaitan keupayaan manusia sebenar. Teori ini menyedarkan masyarakat bahawa kebolehan manusia tidak hanya berkisar pada IQ, EQ & SQ sahaja. Terdapat sekurang-kurangnya 8 jenis kecerdasan yang menjadi komponen dalam MI.
Oleh : Muhamad Akhmal Hakim
____________________________________________________________________________________
Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah buku mengenai 8 kecerdasan yang perlu ada untuk menjadikan diri sebagai muslim yang hebat a.k.a superior. Mengambil contoh perjalanan kehidupan ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Kindi & Al-Farabi, semestinya kesemua ilmuwan ini telah menguasai kelapan-lapan kecerdasan tersebut sehingga menjadikan mereka seorang Muslim yang superior.
So, apa 8 kecerdasan tu? Haa, In shaa Allah saya akan try hurai satu2 secara seringkas-ringkasnya di bawah ni. Sebelum tu, saya perkenalkan dulu apa itu Multiple Intelligence atau MI. MI atau dalam BMnya kecerdasan majmuk adalah teori psikologi berkaitan minda. Ia adalah kritikan pada idea yang mengatakan kita dilahirkan dengan satu kecerdasan yang tidak boleh diubah & boleh diukur oleh ahli psikologi.
So, thats mean this theory merupakan pencetus transformasi pada pandangan dunia berkaitan keupayaan manusia sebenar. Teori ini menyedarkan masyarakat bahawa kebolehan manusia tidak hanya berkisar pada IQ, EQ & SQ sahaja. Terdapat sekurang-kurangnya 8 jenis kecerdasan yang menjadi komponen dalam MI.
--------------------------------------------------------------------------------
1) KECERDASAN INTRAPERSONAL. Kecerdasan ini berkait rapat dengan kesedaran dalam diri. Ia merujuk kepada keupayaan mempunyai pemahaman berkaitan diri sendiri, mengetahui siapa diri kita, apa yang boleh kita lakukan, apa yang kita ingin lakukan, bagaimana kita bertindak balas kepada perkara2 yang perlu dielakkan & perlu dilakukan. So, sekiranya mahu kuasa intrapersonal kita berevolusi tinggi, maka kita perlu banyak berfikir perihal diri kita. Hal ini kerana hanya dengan itu je manusia mampu mengenal diri yang sebenar. Pernah tengok Kungfu Panda? Nah, contohnya macam Poo tu
So, manusia superior seperti Ibnu Sina, Ibnu Al-Haitham & lain2 ilmuwan Islam adalah manusia yang berjaya mencapai evolusi kuasa intrapersonal. Mereka mencapai evolusi ni melalui dua cara iaitu mereka banyak berfikir perihal diri & berusaha menunjukkan prestasi yang hebat walaupun bekerja secara berseorangan.
2) KECERDASAN NATURALISTIK. Ia berkait rapat dengan alam. Individu yang menguasai kecerdasan ini mampu melakukan pelbagai perkara yang berkaitan dengan alam. Kecerdasan ni tak eksklusif pada deria visual je. Tapi, ia turut melibatkan deria lain. Bayangkan kalau manusia tak mampu meramal pusingan musim, banjir kilat, letusan gunung berapi & sebagainya, agak2 ramai tak manusia yangselamat bagi meneruskan kehidupan di bumi ni? Bermakna, kecerdasan naturalistik mampu membuatkan kita memahami alam seolah-olah kita mampu berbicara dengan alam & cuba mengambil inspirasi daripada reka bentuk serta proses yang berlaku di alam jagat bagi menyelesaikan masalah manusia
So, manusia superior seperti Ibnu Sina, Al-Biruni & lain2 ilmuwan Islam adalah manusia yang berjaya mengalami evolusi kuasa naturalistik. Mereka mencapai evolusi ini melalui sekurang-kurangnya satu cara iaitu mereka berusaha berinteraksi dengan alam dengan cara melihat, berfikir & menterjemah alam.
3) KECERDASAN LOGIKAL-MATEMATIKAL. Kecerdasan ini melibatkan kemampuan mengumpulkan & menggunakan maklumat bagi melakukan pertimbangan dalam menyelesaikan suatu permasalahan. Ia merupakan asas pemikiran kognitif manusia. Contoh kebolehan yang terkandung dalam kecerdasan ini ialah berfikir secara saintifik. Bagi menjadi hebat dalam berfikir secara saintifik, kita perlu menjadi hebat dalam mencari bukti empirik, hebat dalam bersikap rasional & hebat dalam bersikap skeptikal (keraguan atau kesangsian berkaitan sesuatu perkara). Tapi, dengan syarat, ia masih berlandaskan agama & tidak ditimbulkan keraguan pada perkara2 yang ada batasannya
So, ilmuwan Islam telah berjaya melakukan pelbagai penemuan saintifik kerana kuasa logikal-matematikal mereka berevolusi. Ia berevolusi kerana mereka sering melakukan perkara seperti menghasilkan keraguan yang mengandungi hujah rasional untuk mempersoalkan bukti empirik atau sesuatu teori atau penemuan saintifik, sering memikirkan apakah bukti empirik yang tinggi hujah rasionalnya bagi menyokong atau menolak sesebuah teori atau penemuan, & mereka sering berusaha untuk membentuk strategi ataupun kaedah saintifik bagi menyelesaikan masalah.
4) KECERDASAN SPATIAL. Iaitu keupayaan bagi menggambarkan secara dalaman dunia spatial (ruang) dalam fikiran. Kecerdasan ni dapat digunakan dalam bidang seni atau sains. Antara kecerdasan spatial adalah seperti kebolehan menghasilkan, menyimpan, mendapatkan semula & mengubah struktur imej visual. Atau dengan kata lainnya, kita berimaginasi & mencipta imej tentang apa yang kita imaginasikan tu. Evolusi kuasa spatial ini akan berlaku apabila kita hebat dalam berimaginasi. Tapi ingat, jangan sampai melepasi zon bahaya imaginasi tu. Sebabnya ia akan membahayakan aqidah umat Islam.
So, ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina & Al-Jazari telah berjaya melepasi evolusi kuasa spatial ni. Antara rahsia mereka ialah selepas mencapai tekanan yang tinggi dalam berfikir perihal sesuatu perkara, mereka akan mencari ketenangan dengan beribadat atau berehat seketika. Mereka juga sering menterjemahkan imaginasi fikiran mereka kepada bentuk lakaran.
5) KECERDASAN LINGUISTIK. Iaitu kebolehan menggunakan bahasa bagi menyampaikan sesuatu daripada dalam minda. Ilmu linguistik adalah alat yang mampu mempengaruhi fikiran manusia lain sejak zaman berzaman. Kenal dengan Dr. Zakir Naik ataupun Ahmad Deedad? Yup, mereka adalah antara orang2 yang menguasai kecerdasan linguistik kerana kata2 mereka mampu mempengaruhi fikiran & mengawal emosi orang yang mendengarnya Mereka pandai berbicara kerana kuasa linguistik mereka berjaya berevolusi. Selain kata2, kecerdasan ini juga dapat dilihat daripada penulisan karya2 berkenaan ilmu2 yang kompleks. Walaupun jasad ilmuwan Islam sudah hancur dimamah bumi, tapi hasil tulisan mereka telah menjadikan mereka 'hidup' sehingga ke hari ini
So, ilmuwan2 Islam seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Farabi & Al-Kindi telah berjaya mencapai evolusi kuasa linguistik. Hal ini kerana disebabkan 3 perkara berikut iaitu mereka berusaha menguasai ilmu bahasa, mereka sering kali memanipulasi bahasa sebagai alat retorik (satu seni mengeksploitasi bahasa) & mereka gigih menterjemah fikiran mereka kepada bentuk bahasa yang mudah difahami khususnya melalui penulisan.
6) KECERDASAN INTERPERSONAL. Iaitu kecerdasan yang membolehkan orang dewasa mahir membaca perhatian & keinginan orang lain walaupun ia disembunyikan. Atau dengan kata lain, kebolehan untuk 'memahami orang lain' Nah, tajuk ni agak best sikit sebab ada menyentuh mengenai guru (memandangkan saya bakal menjadi seorang guru ) Dalam dunia ilmu, manusia superior ibarat serat optik. Mereka itu adalah guru kerana guru dapat bertindak sebagai penghubung atau penyampai ilmu daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Justeru, jadilah guru yang hebat iaitu guru yang mampu menyampaikan ilmu dengan efisien. Selain tu, bina hubungan mutualisme dengan patron supaya dua2 dapat memberi manfaat antara satu sama lain. Sebagai contoh, ilmuwan Islam dulu mempunyai hubungan yang baik dengan golongan pemerintah. Golongan pemerintah akan menaungi ilmuwan Islam & sebagai balasan, ilmuwan Islam akan menyumbangkan ilmu mereka bagi memajukan kawasan pemerintahan itu.
So, kuasa interpersonal ilmuwan Islam berevolusi kerana mereka berusaha menyelesaikan masalah orang lain dengan cara memahami emosinya, selain membina hubungan mutualisme yang baik dengan beberpaa patron. Selain itu, mereka juga berusaha menjadi pendidik yang hebat.
7) KECERDASAN MUZIKAL. Iaitu kecerdasan yang melibatkan keupayaan manusia memanfaatkan muzik bagi memahami & mengawal perasaan. Ilmu muzik itu tinggi nilainya. Ilmuwan Islam mempelajari ilmu muzik kerana mereka tahu bahawa muzik dapat mententeramkan jiwa & menghiburkan minda. Muzik bukan sahaja untuk didengar, tetapi ianya juga merupakan bidang yang bersangkutan dengan beberapa bidang yang lain. Muzik juga dianggap sebagai satu cabang bidang ilmu matematik & falsafah. Ilmuwan Islam dulu sangat mementingkan penguasaan ilmu muzik ini. Mereka turut menulis buku berkenaan teori muzik
So, terdapat 3 amalan evolusi kuasa muzikal yang diamalkan manusia superior ratusan tahun yang lalu. Antaranya ialah mereka sering berfikir & berusaha melakukan pembaharuan ataupun perkembangan ilmu dalam ilmu muzik, terutamanya ilmu berkaitan teori muzik. Selain itu, mereka juga berikhtiar menggunakan muzik bagi mengembalikan kebolehan manusia yang hilang & berusaha mempelajari serta menguasai kemahiran bermain alat muzik.
8) KECERDASAN KINESTETIK BADAN. Iaitu satu bentuk keupayaan bagi mengawal anggota tubuh badan melakukan sesuatu. Sekiranya kecerdasan ini tinggi dalam diri kita, kita akan dapat mengendalikan sesuatu objek dengan skill yang tinggi. Kita juga dapat mengawal badan bagi melakukan suatu pergerakan unik dengan baik mengikut arahan minda. Di samping itu juga, badan kita mampu memberi respons pergerakan fizikal yang baik kepada stimulasi & persekitaran seperti tindakan refleks.
Daripada analisis catatan sejarah kehidupan ilmuwan2 Islam, pencapaian evolusi kuasa kinestetik yang tinggi tidak begitu memainkan peranan yang besar dalam melonjakkan kehebatan ilmuwan2 tersebut berdasarkan bidang2 yang mereka kuasai. Hanya Al-Farabi & Al-Kindi yang mengalami evolusi kuasa ini. Tetapi, perkara ini tidak bererti bahawa kecerdasan kinestetik badan tidak penting dalam membentuk seorang manusia superior.
--------------------------------------------------------------------------------
Jadi, secara kesimpulannya, kelapan-lapan kecerdasan ini mampu menjadikan sesorang manusia itu superior sebagaimana yang telah berlaku kepada ilmuwan2 Islam pada zaman dahulu. Tapi dengan syarat, kita perlu banyak mengembara untuk mencari ilmu & pengalaman tersebut. Segala cabaran & dugaan dalam menjadikan kita sebagai manusia superior semestinya hebat. So, hadapilah ia dengan teguh & kental. Semoga kita mampu menjadi seperti mereka.
Alhamdulillah, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penulis di atas penulisan yang sarat dengan ilmiah ini. Semoga berjaya & ayuhlah kita bersama-sama menjadi manusia yang lebih baik dalam menggunakan nikmat kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Moga Allah redha !
#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________