Review buku 'Kisah 25 Filsuf Barat'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Kisah 25 Filsuf Barat'
Oleh : Matluthfi

____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Maka, selesailah sudah menghadam buku berkenaan Filsuf Barat secara ringkas setelah banyak halangan untuk menghabiskan pembacaan
😅 Ok, dalam buku ni menghuraikan mengenai 25 orang ahli falsafah Barat daripada Socrates hinggalah ke Foucault dengan bahasa yang mudah & menarik. Seperti biasa, Matluthfi pasti akan menyelitkan 'sense of homour’ dalam buku ni yang mampu membuatkan kita ketawa & pada masa yang sama membuatkan kita berfikir tentang tema yang beliau cuba ketengahkan.

Melihat kepada orang kita sekarang (terutamanya anak2 muda macam saya) yang mempunyai pemikiran bahawa subjek falsafah adalah boring & boleh membuatkan kita tidur, jadi, Matluthfi mengubah persepsi tu dengan memberikan sedikit elemen santai dalam buku ni. Saya jamin, anda takkan boring bila baca buku ni walaupun temanya agak berat berbanding buku2 beliau sebelum ini. So kalian, bila nak try baca pulak
😅?

Ok baiklah, seperkara yang telah menarik minat saya pada buku ni ialah buku ni akan memperbetulkan persepsi orang yang membacanya bahawa ilmu falsafah tidak akan menyesatkan manusia. Teringat saya pernah ada beberapa isu yang mengatakan bahawa apabila kita membaca buku Faisal Tehrani, kita akan terus dicop syiah. Bila kita membaca buku Ibnu Taimiyah pulak, kita akan dicop sebagai wahabi. Dan isu2 lain la yang berkaitan
😅

Nampak kan, pemikiran dogmatik memang kuat bersarang dalam masyarakat kita ni. Sedangkan orang yang kuat menghukum ni entah2 pernah baca atau tak buku2 tu. Btw, tu daripada sudut pandangan saya la. Saya tak tahu pandangan anda macam mana kan ~ Then, buku ni kebanyakan isinya diambil daripada The School of Life, jadi rujukannya boleh dikatakan agak berwibawa 👍😇

So, berbalik kepada buku Kisah 25 Filsuf Barat, ia banyak menyentuh mengenai pemikiran para2 filsuf yang terkenal pada zaman dahulu. Mereka memikirkan tentang hakikat kehidupan, persahabatan, rasionalisme, logik akal & emosi dalam perbahasan serta banyak lagi. Daripada penulisan dalam setiap perenggan yang tertulis, para pembaca boleh mengaitkan bahawa hasil pemikiran filsuf2 ini sedikit sebanyak hampir sama dengan fikrah Islam, walaupun ada juga filsuf yang menzahirkan pandangan beliau yang tersasar.

So, kepada pembaca2 yang mahu memperbaiki pemikiran atau menambahkan lagi ilmu tentang penulisan, sejarah & kehidupan, bolehlah baca buku ni. Tak salah pun, sebab yang paling penting sumber rujukan utama kita tetap Al-Quran. Tapi, apa yang pasti, bila kita baca buku ni, kita akan dapat mengenal pasti bahawa intelektual manusia tersangatlah hebat & intuisi mencari makna kehidupan adalah satu fitrah bagi mereka yang bernyawa. Cuma, sumber intuisi mereka tidaklah bersanadkan Al-Quran & Al-Hadith.

So Matluthfi, tahniah sebab dah berjaya membawa idea & konsep Falsafah Barat dalam bahasa yang cukup santai. Best baca buku ni terutamanya bagi orang yang noob dalam mengenali para filsuf macam saya. Cewahh merendah sungguh 😂 Ok lah, moga Allah redha ! 😇

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________



Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa