Review buku 'Arkitek Jalanan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Arkitek Jalanan'
Oleh : Teme Abdullah


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku Teme yang seterusnya iaitu Arkitek Jalanan  Buku ni merupakan kesinambungan kepada buku Pelukis Jalanan. Kalau dalam buku Pelukis Jalanan, Teme mulakan dengan bercerita tentang kisah hidupnya semasa mula2 menjejakkan kaki di London & suka duka ketika menjadi mahasiswa tahun pertama, maka dalam buku ni pulak Teme menceritakan tentang kisah hidupnya ketika menjadi mahasiswa tahun akhir universiti.

Sangat menarik buku ni sebabnya Teme ada selitkan jugak sedikit lontaran fikiran & kritikan sosial beliau yang kadang2 tu macam aduhh, terkena pada diri sendiri kot. Tapi walau apapun, thank you so much Teme sebab pemikiran tu memang berasas & kritikan tu sangat membina  Antara yang saya tertarik adalah mengenai trend kahwin muda & buku yang dikeluarkan berkaitan kahwin muda tu. I don't know why but I'm quite agree with the statement that he stated in this book. Ok yang ni tak nak ulas panjang. Kalau nak tahu boleh baca nanti.

Then, dalam buku ni jugak, Teme perincikan lagi persahabatan beliau dengan Ahmad. Kalau dalam Pelukis Jalanan, Ahmad boleh dikira sebagai watak sampingan. Tapi kalau dalam buku ni pulak, Ahmad boleh dikira sebagai second male lead character gitu cewahh. Suka sangat dengan hubungan diorang ni. Masing2 membantu antara sama lain. Kalau sorang down, sorang akan up kan balik. Masing2 akan bagi nasihat berguna. Allahuu.. indahnya persahabatan kerana Allah kan

Then, dalam buku ni jugak mengajar kita untuk menerima ketentuanNya. Kadang tu, apa yang kita nak, Allah tak bagi direct pun. Tapi Allah bagi dalam bentuk lain yang tak pernah kita jangka. Jadi, jangan pernah mengeluh & usaha selagi boleh. Semua yang berlaku atas dunia ni ada hikmahnya. Ke atas kita je nak redha atau tak. Btw, semoga kita tergolong dalam golongan hamba2Nya yang redha & bersyukur. Amiin2

So, banyak lagi lah cerita dalam buku ni yang boleh diambil untuk dijadikan iktibar. And sepanjang saya membaca 2 buku Teme ni, bagi saya Teme seorang yang pandai bercerita & mengolah. Tak guna jugak kan kalau seseorang tu banyak pengalaman untuk diceritakan tapi tak pandai nak tulis & olah semula pengalaman tu dalam bentuk penulisan. And yes Teme, you did it very well !  In Shaa Allah sesuai dibaca oleh golongan2 pelajar macam kita ni.

So, untuk yang terakhirnya, saya nak bagitau yang saya paling suka part lukisan Teme yang Teme buat guna tangan tu menggunakan kertas bersaiz A0. And yes, ada kisah disebaliknya sebab apa Teme terpaksa melukis atas kertas yang besar gedabak tu. Boleh tengok sini :


How amazing your work Teme ! And how sad your story behind this

Btw, thank you so much Teme untuk penulisan yang sangat2 menginspirasikan ni. Lepas ni nak move lagi ke next buku Teme pulak iaitu #ImpianJalanan. Btw semalam saja la belek2 buku tu sebelum tidur, then macam dah berubah je nama Teme #eh. Mungkin nama asal beliau kot  And saja jugak belek2 page belakang sekali. You know what, teruja kot tengok gambar passport tu  Haish. Jauhi aku daripada fitnah ya Allah  Ok lah, moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa