Review novel 'Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama'
Oleh : Teme Abdullah


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Maka selesailah sudah membaca keempat-empat buku daripada Teme Abdullah secara berturut-turut setakat ni. Nah, Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama, pastinya lain daripada yang lain. Berlatar belakangkan suasana klasik-futuristik, sah lah Teme ni seorang yang mempunyai imaginasi yang agak tinggi sehingga mampu mencipta sebuah karya yang luar daripada kebiasaan  Tahniah Teme, tak salah saya meminati karya saudara.

So, ada apa pada novel Empayar : Hikayat Putra Tanpa Nama? Ok, sebelum saya review, saya nak quote sikit kata2 yang terdapat di belakang novel : "Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa. Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik."

Yup, kata2 yang sangat berkait dengan jalan cerita dalam novel ni. Ok baik. Novel ni menceritakan tentang kisah mengenai pelatih2 di sebuah madrasah yang bernama Madrasah Taming Sari. Dalam Madrasah Taming Sari, pelatih2 tak boleh gunakan nama diorang yang sebenar, tapi diorang gunakan nama gelaran seperti Pelatih 8492, Pelatih 6480, Pahlawan 1636 & banyak lagi. Menarik kan? So, watak utama dalam buku ni adalah Pelatih 8492, manakala watak antagonis pula adalah Pahlawan 1636.

Kemuncak cerita bermula apabila Pelatih 6480 telah dipenjara di Kamar Hukuman Madrasah Taming Sari atas 'kesalahan' beliau yang ingin melengkapkan kisah cintanya (betul ke ayat ni ) terhadap Pelatih 2335. Opss, sabar dulu. Novel ni bukan kisah cintan-cintun ya. Tapi, disebalik kejadian tu, maka, terserlahlah sikap sebenar Pahlawan 1636 yang seolah-olah menggunakan nas2 agama untuk menghalalkan tindakannya yang salah & mengkafirkan orang lain. Apa orang kata tu, penunggang agama  ~ Haa gitulah.

Maka, sahabat baik Pelatih 6480, iaitu Pelatih 8492 pun tak puas hati la dengan apa yang terjadi kan. Maka, beliau pun berbahas semula dengan menggunakan hujah2 berdasarkan nas & dalil yang betul. Dan hal ini telah menyebabkan Tuan Mursyid Bija (pengetua madrasah) merasakan bahawa Pelatih 8492 bukanlah calang2 orang. Sampaikan Tuan Mursyid Bija sendiri nak melantik Pelatih 8492 untuk menjadi pahlawan menggantikan Pahlawan 1636.

Ok baiklah, saya tahu anda pun dah pening dok baca apa tah kat atas, maka saya stop sini ya. Nak tahu lebih lanjut pasal jalan cerita boleh la try beli and baca nanti ok  So, ada satu perkara besar yang saya nak sentuh berdasarkan apa yang saya dapat hasil daripada pembacaan novel ni iaitu PENUNGGANG AGAMA. Yup, dengan kata lain, penunggang agama ni adalah orang2 yang menggunakan nas2 agama untuk menghalalkan segala tindakan mereka yang salah walaupun terpaksa mengkafirkan orang lain.

Orang2 gini lebih bahaya rasanya daripada orang yang dah sedia kafir  Sanggup mempergunakan agama untuk kepentingan diri & untuk menaikkan nama serta imej sendiri. Tak dinafikan, memang ada orang2 yang macam ni pada zaman sekarang. Penyelewangan agama sebegini sebenarnya dilakukan oleh mereka yang tahu akan ilmu agama tu sendiri. Kelebihan ilmu yang mereka ada tu telah digunakan sebagai senjata utama untuk memanipulasi manusia lain.

Sindiran yang tepat memandangkan pada zaman kini sememangnya ada ramai penunggang agama  So, Teme mungkin nak menyedarkan pembaca2 beliau bahawa bahayanya kewujudan penunggang2 agama ni. Berbalik kepada quote di atas tadi la. Allahu, moga kita dijauhkan daripada menjadi penunggang agama. Thank you so much Teme sebab dah buat jalan cerita yang menjentik minda saya untuk berfikir & membuat refleksi semula. Banyak nasihat yang tersirat diselitkan Teme dalam novel ni, bersesuaian dengan keadaan zaman kini.

Then, memandangkan novel ni ada sentuh sikit mengenai pelacur & of course perkara ni mengingatkan saya kepada drama Nur, maka apa yang saya dapat simpulkan ialah kita tahu bahawa zina & menjadi pelacur tu adalah merupakan dosa besar. Tapi, kita tak pernah diajar untuk menyantuni mereka2 ni sebabnya pada pandangan kita, mereka tak ada harapan untuk mendapat syurgaNya, tanpa kita sedar yang mungkin mereka terpaksa memilih jalan tu kerana terpaksa  Mungkin kita lupa, ada hadis yang mengisahkan tentang pelacur yang masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing.

So, secara kesimpulannya, banyak lagi pengajaran lain yang Teme ketengahkan dalam novel ni, tapi saya tak dapat nak sentuh semua sebab kesuntukan masa. Dan, untuk pengetahuan semua, ending cerita ni memang tergantung. Nampaknya akan ada #Empayar kedua lah jawabnya. Ok, had tu tak sabar nak tunggu. Sebuah karya yang fresh, of course tak sabar nak baca sambungannya. Btw, syabas Teme atas karya fiksyen yang pertama daripada saudara

Semoga terus menginspirasikan pembaca2 setia seperti saya. Thank you #EmpayarTeme. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa