Review buku '#SoundDirect'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku '#SoundDirect'
Oleh : Ustaz Abdullah Khairi


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai baca ! Buku yang penuh dengan kesedaran & terasa menyentap jugak hati ni  Aduhai Ustaz, sedas2 beliau tembak  Btw buku ni memang sesuai untuk bacaan semua terutamanya orang2 awam yang ada niat ingin mendalami serba sedikit mengenai ilmu agama

Ok baik, untuk makluman, buku ni merangkumi 4 bahagian - Ibadah, Akhlak, Akidah & Muamalah. Setiap bahagian pulak ada 20 bab. Dan dalam setiap bab tu, tak sampai 4 muka surat pun yang ustaz bahaskan. Tapi ia cukup santai & mudah faham  Diselitkan dengan ayat2 Al-Quran & hadis2 baginda Rasulullah SAW.

Cuma kelemahan buku ni mungkin terletak pada rujukannya (sebab rujukan yang ada pun dalam bentuk yang tak formal & disertakan sekali dalam perbahasan) Mungkin cara penyampaian buku ni sama seperti cara penyampaian tazkirah sehari-hari. Tapi ok je, still boleh diterima sebab ianya fakta yang bukan berbentuk penceritaan seperti buku2 cerita sejarah

Ok lah, nak sentuh sikit beberapa 'das tembakan' kata2 Ustaz yang agak #deep & rasa macam wajib untuk kita take noted menerusi buku ni :

1. "RM10 ini sangat besar waktu mana tuan2? Waktu kita masuk masjid.. Tetapi duit RM50 menjadi kecil ketika kita di pasar raya." (Huhu, kita ni bukannya nak kata bagi sedekah pada masjid je, nak masuk masjid pun berkira-kira, ya tak? )

2. "Sebab tu ada orang balik dari umrah ataupun haji, depa tak solat dah.. Sebab dah banyak pahala!" (Haa, yang ni no komen  Ada jugak manusia gini)

3. "Binatang pun boleh tepati janji, janji manusia tidak ditepati. Ini lebih teruk daripada binatang." (Huhu yang ni memang #deep. Maaf ya kawan2 kalau saya ada mungkiri janji kalian )

4. "Singapura apa yang ada? Sebiji kelapa sawit pun tak dak. Tapi, jadi negara ketiga terkaya di dunia, sebab pemimpin tidak rasuah." (Haa Malaysia, makan rasuah ke )

5. "Bahagia ni bukan dengan ada anak yang ramai. Anak kita, bila kita mati dia boleh solatkan jenazah kita, dia boleh baca Al-Quran, dia boleh turunkan kita ke dalam kubur.. Haa itulah sebuah kebahagiaan." ( Jom kita jadi anak2 yang soleh hatta lepas ibu bapa kita dah tak ada sekalipun)

6. "Di masjid, jangan tuan2 kata, 'Ini had budak sahaja.' Problem tuan2. Biaq ja budak ni, kita jangan ada had, jangan marah depa. Bila marah, depa akan jauh daripada rumah Allah. Budak2 ni mana nak tau senyap!" (Ok, I'm absolutely agree about this. Teringat dulu waktu si budak bertuah Umairah kecik2, suka ikut paa pergi surau. Lepastu wallahu a'lam la budak bertuah ni suka buat bising ke apa.. Sampai ada jiran mai rumah, tegur. Lepastu menangis-nangis budak bertuah ni. Semenjak tu dia tak nak mai dah surau  Budak2 biasa la kalau bising pun, tapi paa cakap Umairah tak ada la buat bising mana. Kesian tak pasal2. Ni nak cakapnya jangan la marah budak2 yang bising dalam surau atau masjid. Dah pe'el budak2 memang macam tu. K macam terpanjang pulak cerita ~ )

7. "Minyak nak pi pasar malam, buh 2 ringgit.. Untuk masuk Syurga Allah, buh seringgit ja.. Kedekut dak?" (Ni tembakan yang hampir sama macam no 1 tu)

8. "Bab agama, jangan sebut ikut suka. Jaga2, kalau tak tahu tak pa.. Kalau tahu, tapi saja sebut.. takut2 akidah terbatal." (Yang had ni teringat kejadian kat dewan parlimen baru2 ni  Dah cukup baik kot tuan nak main2 sebut nama Allah gitu )

9. "Iman ni selalu bertambah & berkurang. Tetapi, berkurang macam mana? Kita nak pergi masjid dengaq ceramah pun malas. Tengok waktu solat Subuh sudah la, ada berapa orang ja." (Speechless )

10. "Ibu2 yang ada anak.. Ingat, anak yang paling kita benci, kadang2 anak itulah yang jadi baik. Sebab itu, kita jangan bezakan depa." (Khas untuk para ibu bapa & bakal2 ibu bapa. Saya saksi benda ni terjadi)

Dan beberapa lagi 'das tembakan' kata2 yang lain. Alhamdulillah, buku ni sedikit sebanyak dah membawa saya ke alam realiti sebenar sebagai hamba & khalifahNya. Banyak point penting yang disampaikan melalui buku ni. Terima kasih Ustaz Abdullah Khairi atas penulisan yang penuh kesedaran. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa