Ringkasan review novel 'Aminah Bunga Kaum Qurais

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Aminah Bunga Kaum Quraisy '
Oleh : Ezee Rahmani

____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca novel sejarah mengenai bonda kepada pemimpin agung umat Islam sehingga kini iaitu Aminah, bonda kepada baginda Rasulullah SAW. Dah lama rasanya tak menghadap buku2 bergenre sejarah berkaitan baginda Rasulullah SAW ni 😇 Banyak ilmu yang saya kira baru dapat menerusi pembacaan novel ni.

Menceritakan kisah mengenai Aminah daripada beliau kecil sehingga beliau meninggal, bagaimana beliau dibesarkan oleh bapa saudara beliau (sebab dari kecil lagi beliau sudah kehilangan kedua ibu bapa kandung beliau), bertemu dengan Abdullah & berkahwin dengannya sehinggalah melahirkan baginda Rasulullah SAW. Beliau digelar sebagai 'Bunga Kaum Quraisy' kerana menjadi kebanggaan masyarakat Mekah 👍😄

Ok baik. Memandangkan buku ni adalah merupakan novel & diadaptasikan daripada kisah benar, maka pasti akan ada beberapa tokok tambah untuk menambahkan lagi 'perasa' dalam cerita. Jadi, apa yang paling penting ketika membaca adalah dengan mengambil tahu mengenai 'plot' cerita dari awal sehingga akhir dalam kehidupan Aminah 😇 So dari situ in shaa Allah kita akan tahu serba sedikit mengenai kehidupan bonda insan teragung satu2 nya ni.

Btw, part yang paling saya tertarik adalah mengenai penebusan Abdullah Bin Abdul Mutalib, iaitu bapa kepada baginda Rasulullah SAW dengan 100 ekor unta. Teringat saya waktu kuliah Maghrib di KK3 haritu, waktu tu surau ada buat kuliah Maghrib mengenai 'Nasab & Nama-Nama Mulia Rasulullah SAW', then saya rasa itulah kali pertama saya tahu pasal cerita ni (Ok, teruk sangat kan 😂) Seriously, first time kot baru tahu kisah Abdullah yang nak kena sembelih oleh bapa beliau sendiri.

And saya tak tahu la kot korang pun tak tahu jugak pasal kisah ni kan ~ Ke saya je yang ketinggalan eh 😅 Kessah, yang penting saya tak tahu and baru tahu 😅 Ok, takpe. Apa yang pasti, 'Nasab & Nama-Nama Mulia Rasulullah SAW' ni ada buku khas dia. Nanti kalau rajin saya review sikit kisah2 best yang mungkin kita tak pernah tahu. Buku ni pun tak ada kat mana2 kedai buku, saya dapat pun sebab penulis sendiri yang bagi.

Ok macam dah tersasar pulak cerita. Gitulah kisahnya. So, satu benda yang saya dapat hari ni, kita selalu kata yang kita sayangkan baginda. Tapi tanya balik diri kita, sejauh mana rasa sayang kita tu kalau sejarah2 berkaitan baginda pun kita banyak tak tahu. Erm, tak tahu tu tak apa lagi. Ni yang tak ambik tahu langsung, guane? 😓

Btw, banyak input yang saya dapat dalam novel ni. Terima kasih penulis sebab dah berjaya menulis novel sejarah sebegini. Novel ni tak berat, ringan je. So siapa2 je boleh baca ok 😄 Ok lah, moga Allah redha ! 😇

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa