Review buku 'Guru Cemerlang Pendidikan Islam : Persediaan Dan Cabaran'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Guru Cemerlang Pendidikan Islam : Persediaan Dan Cabaran'
Disunting Oleh : Mohd Farid Shahran & Nor Hartini Saari


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang sarat dengan ilmu berkaitan guru dari segi persediaan & cabaran yang sedang & bakal dihadapi oleh para guru juga para bakal guru. Memandangkan buku ini merupakan himpunan kertas2 kerja daripada beberapa seminar yang telah dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), jadi setiap bab kebanyakannya adalah daripada hasil kajian para penyelidik yang pakar dalam bidang pendidikan  Memang terbaik  Rugi kalau tak baca khususnya buat para guru & bakal guru.

Antara perkara menarik yang membuat saya tertarik bila baca buku ni ialah :

1) Kaedah berkesan mengajar. Sebagai contoh, bab Sirah. Bab ni memang agak jenuh nak bagi pelajar faham (Mengikut pengalaman ) Amalan guru mengajar pada kebiasaannya adalah dengan menggunakan kaedah KULIAH ATAU PENERANGAN, kemudian BERCERITA & akhir sekali LATIH TUBI. Ok, kalau nak diikutkan, kaedah berkesan adalah seperti ini : BERCERITA, kemudian LATIH TUBI & akhir sekali PERBINCANGAN KUMPULAN. Tak pernah terfikir.. kan?

2) Personaliti guru. Ya, benda ni memang penting. Selain diberi amanah menjadi MUDARRIS, guru juga berperanan menjadi MU'ADDIB, MU'ALLIM, MURSYID & MURABBI. Guru sepatutnya menjadi role model terhadap pelajar & memiliki peribadi serta sahsiah yang unggul. Kalau guru pun tak memiliki sahsiah yang unggul, macam mana nak membentuk pelajar berperibadi sedemikian?

3) Ciri2 guru berkualiti pada perspektif Islam. Antaranya ialah mengabdikan diri kepada Allah. Dengan makna guru haruslah melakukan amar makruf nahi mungkar, mengamalkan apa yang disampaikan & berpegang teguh dengan ilmu yang dimiliki. Jadi, sifat2 negatif seperti malas, curi tulang & tidak menepati masa dalam melaksanakan tanggungjawab perlulah dihindari. Persoalannya, kalau bakal guru sendiri pun nak hadir ke kuliah berasa malas & selalu lambat, tak tepati masa, layakkah menjadi guru berkualiti pada suatu hari nanti?  (Ok, kita husnuzon. Nanti dah jadi guru berubah la kot )

4) Cabaran yang dihadapi oleh guru2 PI, iaitu perubahan yang datang bersama-sama dengan arus kemodenan & sekularisme. Ya, memang tak disangkal benda ni. Mengenepikan peranan agama & menyingkirkan hal2 kerohanian. Contohnya (yang saya dapat lihat la, tapi maaf kalau tak tepat ) Antara nak pergi ke sekolah agama & nak pergi ke kelas tambahan, ibu bapa lebih cenderung untuk menghantar anak2 ke kelas tambahan (ya memang tak dinafikan kelas ni penting, tapi kalau setiap hari asyik hadir ke kelas ni je, habis macam mana dengan kehadiran ke kelas agama pulak? ) Tepuk dada tanyalah iman sendiri~

5) Aplikasi pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar (PBP) oleh guru2 cemerlang. Ada dihuraikan dalam bab 6, serius sangat terbaik  Boleh try baca & hadam lumat2. Menghuraikan mengenai kajian yang dilakukan terhadap Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) yang menggunakan kaedah PBP ni. Tertarik pada kaedah yang digunakan oleh Cikgu Zeha (guru paling aktif menggunakan PBP). Kebiasaannya, guru akan menggunakan kaedah LATIH TUBI sebagai asas dalam PBP ni. Tetapi jika menurut cara Cikgu Zeha, beliau menggunakan kaedah PERBINCANGAN KUMPULAN sebagai asas.

Memang terbaik & tak pernah perasan pun daripada kaedah PERBINCANGAN KUMPULAN, akan turut berkembang juga kaedah & teknik yang lain. Selain tu, kaedah ni juga mengurangkan sedikit kebergantungan kepada peperiksaan  (Takkan kita belajar semata-mata untuk exam je kan ) Dan model Cikgu Zeha ni boleh dijadikan sebagai model terbaik dalam menerapkan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) subjek Pendidikan Islam (rasanya semua subjek boleh juga guna kaedah ni ) dalam konteks Malaysia.

Dan pelbagai lagi perkara menarik yang dihuraikan dalam buku ni berkenaan isu guru. Serius, tak rugi untuk beli & baca khususnya kepada bakal guru. At least, ada la usaha kita sebagai bakal guru untuk take note perkara2 penting yang perlu dilakukan untuk menjadi guru cemerlang Pendidikan Islam pada suatu hari nanti. Ingat, menjadi guru Pendidikan Islam bukanlah sekadar dah habis mengajar, fahamkan dan buatlah latihan mana yang patut~ Tapi, kita juga diberi amanah untuk menjadi pendakwah & pembimbing kepada para pelajar kita.

Dan bila berada dalam profesion guru ni, bukanlah sekadar nak dapatkan gaji semata, tetapi biarlah gaji tu seiring dengan berkat2 dari keikhlasan kita mencurahkan ilmu2 agama kepada pelajar2 kita. Setiap profesion ada cabaran, maka bersikap profesionallah untuk menghadapi cabaran2 tersebut. Bersyukurlah kita kerana bakal menjadi pencetus kepada peng'islamisasi'an terhadap pembangunan negara menerusi pendidikan berteraskan Islam yang kita ajar kepada para pelajar kita  Bak kata Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri, 'Kerja Guru Adalah Kerja Dakwah'. Alhamdulillah, memang tak mudah, tapi terasa mulianya

Terima kasih di atas penerbitan buku ni yang sangat2 lah terbaik oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Jangan lupa untuk terus menyokong usaha2 pihak IKIM bagi meningkatkan lagi martabat pendidikan Islam di Malaysia ini. Moga Allah redha !





#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Sirah 25 Rasul : Fakta Vs Auta'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Sirah 25 Rasul : Fakta Vs Auta'
Oleh : Noor Shahira Ghazali

____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, selesai sudah menghabiskan pembacaan buku sejarah mengenai 25 Rasul. Kali ni review saya mungkin agak panjang (bukan mungkin, tapi memang panjang pun ) So saya galakkan kalian untuk bacanya sampai habis (Tak paksa ya) Risau ilmu tu tersekat dekat sebahagian je. Tapi, kalau malas tak apa. Boleh scroll yang bawah2 ni sebab yang bawah2 tu paling penting. Ok, sambung.

Buku ni hanyalah membincangkan tentang beberapa perkara sama ada Fakta atau Auta dalam setiap kisah 25 Rasul yang mungkin kita pernah dengar & yang mungkin kita tak pernah dengar langsung So ini bermakna, buku ni tak menceritakan detail mengenai kisah2 25 Rasul tau. Just sentuh beberapa fakta & auta mengenai mereka berserta dalil2 Al-Quran & Al-Hadis. Dalam buku ni memang penuh dengan warna kekuningan  Serius, kalau nak baca, jangan baca di tempat yang malap, tapi pergi la di tempat2 yang terang. Takut berpinar mata tu sebab asyik nak fokus je huhu

Ok, sambung. Secara ringkasnya, penulis memang sedaya upaya cuba untuk memastikan ketulenan fakta2 sejarah berdasarkan Al-Quran & hadis2 sahih. So tak perlu risau untuk nak baca (kalau takut tersesat laa ) Rujukan buku ni dipetik daripada Qasas Al-Anbiya' oleh Imam Ibnu Kathir, Sahih Qasas al-Nabawi oleh Sheikh Dr. Umar Sulaiman Asyqar & beberapa lagi rujukan yang lain  Bermula dengan penerangan mengenai Israiliyyat : Apa itu Israiliyyat & pembahagian Israiliyyat, terdapat 3 bahagian Israiliyyat iaitu :

1) Yang SELARI dengan kehendak syariat & Al-Quran
2) Yang BERTENTANGAN dengan syariat & Al-Quran
3) TIDAK TERDAPAT LANGSUNG dalam syariat & Al-Quran

Dan of course yang ketiga tu adalah bahagian paling banyak kita dapati pada zaman sekarang. Tanpa disedari, kisah2 ni mudah tersebar dalam kalangan masyarakat awam tanpa kawalan sehingga sampai kepada satu generasi ke generasi yang lain.Tapi walau bagaimanapun, tiada larangan untuk menyampaikan kisah2 ni sebagai iktibar selagi mana tidak bertentangan dengan riwayat yang sahih. So, secara rumusannya, memang terdapat banyak auta yang kita pernah dengar mengenai para utusan Allah ni. Antara auta tersebut (yang saya sempat catit) dalam buku ni ialah :

AUTA----------------------------------------------------------------

1) NABI ADAM. Siapa sangka kisah palsu mengenai buah khuldi yang selalu kita dengar, bila Nabi Adam makan, habis tersekat di kerongkong baginda. Sebenarnya tak ada asal-usul pun kisah ni daripada Al-Quran ataupun hadis yang sahih. Jadi, tak wajar kita bayangkan hukuman tu melainkan Allah yang Maha Mengetahui.

2) HAWA. Hawa menghasut Nabi Adam untuk memakan buah dari pohon tu. Ya, kisah ni palsu. Padahal dah jelas dalam Surah Al-A'raf : ayat 22, yang menghasut tu adalah syaitan.

3) NABI NUH. Mesti ramai ingat mengenai kisah kapal Nabi Nuh yang diperbuat daripada kayu kokka kan. Sampai ramai dalam kalangan masyarakat kita mengambil kesempatan dengan menjual tasbih kayu kokka la, batu cincin kayu kokka la & lain2 lagi berkaitan kayu kokka. Dan tak boleh tahan bila berlakunya syirik - ada yang mendakwa kalau pakai kayu kokka ni akan menjadi sekian2. Walhal mana ada. Allah ceritakan pasal kapal ni sebabnya Dia nak kita ambik pengajaran, bukannya nak suruh kita kaji ni kayu apa ni kayu apa

4) BUBUR ASYURA. Satu, Nabi Nuh kumpulkan semua makanan yang ada dalam kapalnya sebab ketiadaan makanan, maka jadilah bubur asyura. Dua, ketika Nabi Muhammad berada dalam satu peperangan, bekalan makanan tak mencukupi, jadi baginda memerintahkan para sahabat supaya kumpulkan semua makanan, maka jadilah bubur asyura. Ya, kedua-dua kisah ni tak benar bahkan palsu. Nabi tak diutuskan untuk menjadi chef atau tukang masak ok

5) NABI ISMAIL. Mengenai air zamzam. Terhasil sebab hentakan kaki Nabi Ismail ketika baginda lapar. Ya, kisah ni tak benar. Yang sebenarnya, kejadian air zamzam ni adalah dengan pertolongan Malaikat Jibril dengan menggunakan sayapnya. Sewaktu Hajar terdengar satu suara di puncak bukit Marwah, rupanya suara tu adalah suara Malaikat Jibril yang berada dekat di tapak punca air zamzam. Then, Jibril mengaiskan kawasan tu dengan sayapnya sampai air keluar memancar.⁠⁠⁠⁠ Means memang tak ada kaitan langsung air zamzam tu keluar dengan hentakan kaki Nabi Ismail.

6) NABI YUSUF. Al-Quran atau hadis yang sahih tak pernah sebut pun nama wanita yang menggoda baginda. Ada yang kata nama wanita tersebut adalah Zulaikha. Tapi yang pasti, dalam Al-Quran hanyalah menyebut Imrah Al-'Aziz.

7) NABI AYYUB. Pernah dengar kan Nabi Ayyub pernah ditimpa penyakit aneh sampai badan baginda bernanah & dimakan ulat. Ya, kisah ni tak benar. (Maaf ya siapa2 yang pernah dengar saya sampaikan pasal benda ni ) Baginda memang terkena penyakit tu tapi tak ada la sampai bernanah & dimakan ulat. Tapi Nabi Ayyub sangat sabar dalam menghadapi ujian berpenyakit ni. 18 tahun baginda bersabar, akhirnya baginda berdoa kepada Allah untuk menghilangkan segala penderitaan baginda. Doa tu ada dalam Surah Al-Anbiya' : ayat 84. Lepastu Allah mewahyukan kepada baginda untuk menghentakkan kaki ke tanah & terpancarlah air sejuk. Lepastu baginda pun mandi dengan air tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, baginda sembuh.

8) SAIDINA ALI. Pernah dengar kan Saidina Ali menggantikan tempat baginda Rasulullah SAW sewaktu baginda nak berhijrah. Lalu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda. Baginda membacakan ayat daripada surah Yasin & semua orang kafir pun tertidur. Ya, fakta ni tak tepat. Mengikut hadis riwayat Bukhari yang diceritakan dalam buku ni (Ok, hadis ni memang panjang) hadis mengatakan bahawa baginda berhijrah pada waktu siang, bukan waktu malam.

9) LABAH2 DAN CICAK. Labah2 menyelamatkan baginda & membuat sarang di pintu gua, lepastu cicak berbunyi - nak bagitau pada orang kafir Quraisy yang dekat gua tu ada orang. Palsu kisah ni. Walaupun ada hadis, tapi hadis tu daif disebabkan sanadnya yang daif.

10) HINDUN MEMAMAH HATI HAMZAH. Ibnu Ishak merupakan satu2nya yang meriwayatkan kisah ni. Dan salah seorang perawi dalam sanad ni selalu menukilkan riwayat2 yang sangat mungkar. Bermakna kisah ni memang tak benar. Sekiranya kisah ni benar2 berlaku & mempunyai saksi yang melihat dengan mata kepala, dah tentu benda ni tersebar lebih awal dari tu & sepatutnya perawi2 cerita ni semakin ramai dari satu generasi ke generasi selepas tu.

11) UMMATI 3x. Ya, perkataan ummati ni tidak disebut oleh Nabi Muhammad ketika akhir hayat baginda. Riwayat ni merupakan riwayat palsu yang terdapat dalam sirah Ibn Ishak. Memang betul ada hadis2 sahih yang menyatakan tentang perkataan ummati3 ni, tapi hadis tu berkaitan dengan syafaat (Teringat novel Semusim Di Mahsyar, boleh menangis pasal ni) & ketika selepas baginda melalui potongan ayat Al-Quran. Means, perkara ni tak ada kaitan dengan ucapan akhir hayat baginda, jelas ianya salah.

Dan ada beberapa lagi auta mengenai 25 Rasul yang disebutkan dalam buku ni, tapi saya tak tulis sebab panjang sangat ceritanya & saya rasa kisah ni jarang orang dengar. Takut mengelirukan pulak kalau letak sini  Ok, saya selit sikit beberapa fakta dalam buku ni. Maaf tak dapat nak cerita lanjut pasal fakta, sebab memang banyak  Dan of course fakta2 tu ramai yang tak tahu (bagi yang tak pernah ambik tahu macam saya ) Antara fakta yang sempat saya catitkan dalam buku ni ialah :

FAKTA----------------------------------------------------------------

1) Ketika Nabi Adam wafat, para malaikat yang memandikan, memberinya wangian, mengkafankannya, menggali kubur, mensolatkan, menguburkan & menimbunkannya dengan tanah. Semua dilakukan untuk memberikan pengajaran kepada anak cucu sesudahnya tentang bagaimana cara menguruskan orang yang telah meninggal. (Dari riwayat Al-Haithami dalam Majma' al-Zawaid, 8/199)

2) Asal daripada nama2 berhala pada zaman Nabi Nuh - Wadd, Suwaa', Yaghuth, Ya'uuq & Nasr (Berdasarkan Surah Nuh : ayat 23) adalah merupakan orang yang soleh dalam kalangan umat Nabi Nuh, tetapi setelah kematian mereka, maka syaitan mengilhamkan kaum Nabi Nuh untuk mengukir patung mereka bagi dijadikan sebagai kenang-kenangan. Kemudian menamakan patung2 tersebut dengan nama 5 orang soleh dalam kalangan mereka seperti yang dinyatakan. Tetapi, setelah kejahilan berlaku dan ilmu semakin berkurang, maka mereka menjadikan patung2 tersebut sebagai berhala sembahan.

3) Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, dengan izin Allah api tersebut menjadi sejuk dingin. Pada waktu tu, ada sejenis binatang yang membantu meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim iaitu wazagh (sejenis cicak) Disebabkan itulah kita dianjurkan untuk membunuh cicak. (Dari riwayat al-Bukhari) & Rasulullah menganjurkan kita untuk membunuh cicak & menjelaskan bahawa jika membunuhnya sekali akan dpt 100 kebaikan, jika 2x pukulan pahala akan berkurang (Dari riwayat Muslim)

4) Ketika Nabi Ismail meronta-ronta kehausan setelah baginda & ibunya Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim, Hajar pergi mencari air sebab tidak sampai hati melihat keadaan Nabi Ismail waktu tu. Mula2, Hajar pergi ke Bukit Safa & menghadap ke lembah dengan harapan dapat melihat orang disana. Tapi tak ada sorang pun yang ada. Maka, Hajar pun turun dari Bukit Safa & melalui pula lembah sampai ke Bukit Marwah. Di situ, beliau berdiri sambil melihat apakah ada orang di sana. Tetapi tetap tak nampak sesiapa pun. Beliau melakukan perkara tu sebanyak 7x berulang-alik dari Bukit Safa & Marwah. Kejadian ni lah yang membuatkan kita kena berulang-alik dari Bukit Safa & Marwah sewaktu menunaikan haji

Dan banyak lagi fakta (dengan kata, keseluruhan buku ni adalah fakta mengenai 25 Rasul kecuali beberapa 'fakta yang auta')  Alhamdulillah. Banyak sangat ilmu mengenai 25 Rasul yang boleh kita dapati daripada buku ni. Try la baca, buku ni santai je  Btw saya tegaskan sekali lagi, buku ni tak menceritakan kisah2 hidup 25 Rasul dari mereka lahir sampai wafat, tapi lebih kepada penerangan mengenai beberapa fakta & auta dalam kisah hidup mereka. Wallahu a'lam.

Terima kasih bagi sesiapa yang dah baca ringkasan review saya ni (tak tahu tang mana yang ringkas tu ) membaca dari satu patah perkataan ke satu patah perkataan (Memang hebat la kalian kalau macam ni ) Maaf salah silap ya andai tersalah memberi maklumat. Terima kasih juga atas buku yang penuh fakta berilmiah ni. Moga Allah redha !

P/S : Kalau ada shortform sila pm saya untuk diperbetulkan


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Di Sebalik Ikhwan Muslimin : Youssef Nada'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Di Sebalik Ikhwan Muslimin : Youssef Nada'
Oleh : Douglas Thompson


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai menghadam secara tak lumat buku yang diterjemahkan secara sah daripada buku asal berjudul 'Inside The Muslim Brotherhood'  Secara jujurnya memang susah nak hadam secara lumat buku2 yang berbentuk terjemahan ni sebab confirm akan ada bahasa yang lari sikit2 daripada Bahasa Melayu betul   Tapi demi ilmu, ku gagahkan jugak membaca sebab memang tak rugi langsung

Bermula dengan prolog, Youssef Nada menceritakan hukuman2 yang dikenakan oleh askar2 di bawah pimpinan Presiden Gamal Abdul Nasser terhadap ahli2 Ikhwan Muslimin, cukup kejam ! Mengucap panjang & berkerut dahi baca. Nasser pernah menjadi ahli Ikhwan & hidup bersama orang2 Ikhwan, malah dianggap sebagai seorang yang sangat setia. Tapi akhirnya, beliau mengkhianati Ikhwan sendiri. Boleh try discover siapa empunya diri Gamal Abdul Nasser nanti kat Google.

Btw, siapa Youssef Nada ni? Ok, beliau merupakan seorang tokoh berjasa dalam Ikhwan Muslimin. Kita mungkin biasa dengar nama2 seperti Imam Hassan al-Banna, Morsi & lain2 nama besar dalam Ikhwan Muslimin. Tapi, Youssef Nada? Tak pernah dengar lagi kan? Then, boleh try baca untuk kenal dengan lebih lanjut mengenai beliau. Ok next, Douglas Thompson. Beliau merupakan seorang wartawan antarabangsa dari Amerika Syarikat. Beliau menginterview Youssef Nada bagi mendapatkan maklumat2 berkenaan Ikhwan Muslimin & kehidupan Youssef Nada sendiri untuk dibukukan. Alhamdulillah, berkat usaha beliau, akhirnya tokoh bernama Youssef Nada berjaya dibukukan dalam buku ni

Ok, kita masuk isi. Saya ringkaskan ya. Buku ni adalah mengenai Youssef Nada yang sarat dengan pelbagai ujian yang dihadapi oleh beliau dalam kehidupannya. Beliau berperanan penting dalam menjayakan pelbagai misi keamanan bagi menghalang keganasan. Sejujurnya memang susah nak buat rumusan, sebab tak ada satu maklumat pun yg tak penting dalam setiap perkataan dalam buku ni  Turut disentuh mengenai konflik2 yang ditangani Nada, fahaman2 tentang demokrasi, sekularisme, kebangkitan Islam, perang saudara Sunni-Syiah, kegilaan Al-Qaeda, keganasan puak2 ekstremisme, fahaman Islam yang sempit & pelbagai lagi peristiwa konflik dunia Islam yang wajar kita ambil tahu.

Selain tu, buku ni juga turut menceritakan sebahagian kecil peristiwa2 rundingan yang dilakukan oleh Nada & kekalutan konflik dunia Islam di Timur Tengah. Saya juga tertarik dengan buku ni yang turut menyentuh mengenai Erdogan & Morsi walaupun secara ringkas. Kejadian 11 September juga ada disentuh sedikit sebanyak. Lepastu disentuh mengenai kekejaman beberapa pimpinan Mesir, lepastu ada jugak disentuh mengenai Anwar Ibrahim. Haa apa kes beliau ni  Dan banyak lagi bab2 yang perlu dihuraikan dengan lebih lanjut dalam buku ni.

Bagi yang rasa lack atau rasa kurang ilmu mengenai isu2 politik luar negara (macam saya  haish teruknya rasa) terutamanya negara Mesir dan Ikhwan Muslimin, seriusly boleh try mula baca buku ni untuk tahu secara asas mengenainya  Walaupun mungkin akan lewat sikit utk habiskan bacaan (Ok, macam saya jugak  - Tak de la.. sebabnya kerja berniaga + mengajar + terlalu banyak leka dengan benda2 dunia lain ceyh + lepastu buku ni buku yang diterjemah ke BM, tu jadi lambat sangat nak habiskan bacaan ) tapi memang tak rugi tahu isu2 luar. Boleh try baca ya

Akhir kata, terima kasih di atas penulisan buku politik + berilmiah terbaik ni. Terbukak sikit minda saya yang dah sekian lama tertutup  Sekian sahaja ringkasan saya pada hari ni. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa