بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Sirah 25 Rasul : Fakta Vs Auta'
Oleh : Noor Shahira Ghazali
Alhamdulillah, selesai sudah menghabiskan pembacaan buku sejarah mengenai 25 Rasul. Kali ni review saya mungkin agak panjang (bukan mungkin, tapi memang panjang pun ) So saya galakkan kalian untuk bacanya sampai habis (Tak paksa ya) Risau ilmu tu tersekat dekat sebahagian je. Tapi, kalau malas tak apa. Boleh scroll yang bawah2 ni sebab yang bawah2 tu paling penting. Ok, sambung.
Buku ni hanyalah membincangkan tentang beberapa perkara sama ada Fakta atau Auta dalam setiap kisah 25 Rasul yang mungkin kita pernah dengar & yang mungkin kita tak pernah dengar langsung So ini bermakna, buku ni tak menceritakan detail mengenai kisah2 25 Rasul tau. Just sentuh beberapa fakta & auta mengenai mereka berserta dalil2 Al-Quran & Al-Hadis. Dalam buku ni memang penuh dengan warna kekuningan Serius, kalau nak baca, jangan baca di tempat yang malap, tapi pergi la di tempat2 yang terang. Takut berpinar mata tu sebab asyik nak fokus je huhu
Ok, sambung. Secara ringkasnya, penulis memang sedaya upaya cuba untuk memastikan ketulenan fakta2 sejarah berdasarkan Al-Quran & hadis2 sahih. So tak perlu risau untuk nak baca (kalau takut tersesat laa ) Rujukan buku ni dipetik daripada Qasas Al-Anbiya' oleh Imam Ibnu Kathir, Sahih Qasas al-Nabawi oleh Sheikh Dr. Umar Sulaiman Asyqar & beberapa lagi rujukan yang lain Bermula dengan penerangan mengenai Israiliyyat : Apa itu Israiliyyat & pembahagian Israiliyyat, terdapat 3 bahagian Israiliyyat iaitu :
1) Yang SELARI dengan kehendak syariat & Al-Quran
2) Yang BERTENTANGAN dengan syariat & Al-Quran
3) TIDAK TERDAPAT LANGSUNG dalam syariat & Al-Quran
Dan of course yang ketiga tu adalah bahagian paling banyak kita dapati pada zaman sekarang. Tanpa disedari, kisah2 ni mudah tersebar dalam kalangan masyarakat awam tanpa kawalan sehingga sampai kepada satu generasi ke generasi yang lain.Tapi walau bagaimanapun, tiada larangan untuk menyampaikan kisah2 ni sebagai iktibar selagi mana tidak bertentangan dengan riwayat yang sahih. So, secara rumusannya, memang terdapat banyak auta yang kita pernah dengar mengenai para utusan Allah ni. Antara auta tersebut (yang saya sempat catit) dalam buku ni ialah :
AUTA----------------------------------------------------------------
1) NABI ADAM. Siapa sangka kisah palsu mengenai buah khuldi yang selalu kita dengar, bila Nabi Adam makan, habis tersekat di kerongkong baginda. Sebenarnya tak ada asal-usul pun kisah ni daripada Al-Quran ataupun hadis yang sahih. Jadi, tak wajar kita bayangkan hukuman tu melainkan Allah yang Maha Mengetahui.
2) HAWA. Hawa menghasut Nabi Adam untuk memakan buah dari pohon tu. Ya, kisah ni palsu. Padahal dah jelas dalam Surah Al-A'raf : ayat 22, yang menghasut tu adalah syaitan.
3) NABI NUH. Mesti ramai ingat mengenai kisah kapal Nabi Nuh yang diperbuat daripada kayu kokka kan. Sampai ramai dalam kalangan masyarakat kita mengambil kesempatan dengan menjual tasbih kayu kokka la, batu cincin kayu kokka la & lain2 lagi berkaitan kayu kokka. Dan tak boleh tahan bila berlakunya syirik - ada yang mendakwa kalau pakai kayu kokka ni akan menjadi sekian2. Walhal mana ada. Allah ceritakan pasal kapal ni sebabnya Dia nak kita ambik pengajaran, bukannya nak suruh kita kaji ni kayu apa ni kayu apa
4) BUBUR ASYURA. Satu, Nabi Nuh kumpulkan semua makanan yang ada dalam kapalnya sebab ketiadaan makanan, maka jadilah bubur asyura. Dua, ketika Nabi Muhammad berada dalam satu peperangan, bekalan makanan tak mencukupi, jadi baginda memerintahkan para sahabat supaya kumpulkan semua makanan, maka jadilah bubur asyura. Ya, kedua-dua kisah ni tak benar bahkan palsu. Nabi tak diutuskan untuk menjadi chef atau tukang masak ok
5) NABI ISMAIL. Mengenai air zamzam. Terhasil sebab hentakan kaki Nabi Ismail ketika baginda lapar. Ya, kisah ni tak benar. Yang sebenarnya, kejadian air zamzam ni adalah dengan pertolongan Malaikat Jibril dengan menggunakan sayapnya. Sewaktu Hajar terdengar satu suara di puncak bukit Marwah, rupanya suara tu adalah suara Malaikat Jibril yang berada dekat di tapak punca air zamzam. Then, Jibril mengaiskan kawasan tu dengan sayapnya sampai air keluar memancar. Means memang tak ada kaitan langsung air zamzam tu keluar dengan hentakan kaki Nabi Ismail.
6) NABI YUSUF. Al-Quran atau hadis yang sahih tak pernah sebut pun nama wanita yang menggoda baginda. Ada yang kata nama wanita tersebut adalah Zulaikha. Tapi yang pasti, dalam Al-Quran hanyalah menyebut Imrah Al-'Aziz.
7) NABI AYYUB. Pernah dengar kan Nabi Ayyub pernah ditimpa penyakit aneh sampai badan baginda bernanah & dimakan ulat. Ya, kisah ni tak benar. (Maaf ya siapa2 yang pernah dengar saya sampaikan pasal benda ni ) Baginda memang terkena penyakit tu tapi tak ada la sampai bernanah & dimakan ulat. Tapi Nabi Ayyub sangat sabar dalam menghadapi ujian berpenyakit ni. 18 tahun baginda bersabar, akhirnya baginda berdoa kepada Allah untuk menghilangkan segala penderitaan baginda. Doa tu ada dalam Surah Al-Anbiya' : ayat 84. Lepastu Allah mewahyukan kepada baginda untuk menghentakkan kaki ke tanah & terpancarlah air sejuk. Lepastu baginda pun mandi dengan air tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, baginda sembuh.
8) SAIDINA ALI. Pernah dengar kan Saidina Ali menggantikan tempat baginda Rasulullah SAW sewaktu baginda nak berhijrah. Lalu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda. Baginda membacakan ayat daripada surah Yasin & semua orang kafir pun tertidur. Ya, fakta ni tak tepat. Mengikut hadis riwayat Bukhari yang diceritakan dalam buku ni (Ok, hadis ni memang panjang) hadis mengatakan bahawa baginda berhijrah pada waktu siang, bukan waktu malam.
9) LABAH2 DAN CICAK. Labah2 menyelamatkan baginda & membuat sarang di pintu gua, lepastu cicak berbunyi - nak bagitau pada orang kafir Quraisy yang dekat gua tu ada orang. Palsu kisah ni. Walaupun ada hadis, tapi hadis tu daif disebabkan sanadnya yang daif.
10) HINDUN MEMAMAH HATI HAMZAH. Ibnu Ishak merupakan satu2nya yang meriwayatkan kisah ni. Dan salah seorang perawi dalam sanad ni selalu menukilkan riwayat2 yang sangat mungkar. Bermakna kisah ni memang tak benar. Sekiranya kisah ni benar2 berlaku & mempunyai saksi yang melihat dengan mata kepala, dah tentu benda ni tersebar lebih awal dari tu & sepatutnya perawi2 cerita ni semakin ramai dari satu generasi ke generasi selepas tu.
11) UMMATI 3x. Ya, perkataan ummati ni tidak disebut oleh Nabi Muhammad ketika akhir hayat baginda. Riwayat ni merupakan riwayat palsu yang terdapat dalam sirah Ibn Ishak. Memang betul ada hadis2 sahih yang menyatakan tentang perkataan ummati3 ni, tapi hadis tu berkaitan dengan syafaat (Teringat novel Semusim Di Mahsyar, boleh menangis pasal ni) & ketika selepas baginda melalui potongan ayat Al-Quran. Means, perkara ni tak ada kaitan dengan ucapan akhir hayat baginda, jelas ianya salah.
Dan ada beberapa lagi auta mengenai 25 Rasul yang disebutkan dalam buku ni, tapi saya tak tulis sebab panjang sangat ceritanya & saya rasa kisah ni jarang orang dengar. Takut mengelirukan pulak kalau letak sini Ok, saya selit sikit beberapa fakta dalam buku ni. Maaf tak dapat nak cerita lanjut pasal fakta, sebab memang banyak Dan of course fakta2 tu ramai yang tak tahu (bagi yang tak pernah ambik tahu macam saya ) Antara fakta yang sempat saya catitkan dalam buku ni ialah :
FAKTA----------------------------------------------------------------
1) Ketika Nabi Adam wafat, para malaikat yang memandikan, memberinya wangian, mengkafankannya, menggali kubur, mensolatkan, menguburkan & menimbunkannya dengan tanah. Semua dilakukan untuk memberikan pengajaran kepada anak cucu sesudahnya tentang bagaimana cara menguruskan orang yang telah meninggal. (Dari riwayat Al-Haithami dalam Majma' al-Zawaid, 8/199)
2) Asal daripada nama2 berhala pada zaman Nabi Nuh - Wadd, Suwaa', Yaghuth, Ya'uuq & Nasr (Berdasarkan Surah Nuh : ayat 23) adalah merupakan orang yang soleh dalam kalangan umat Nabi Nuh, tetapi setelah kematian mereka, maka syaitan mengilhamkan kaum Nabi Nuh untuk mengukir patung mereka bagi dijadikan sebagai kenang-kenangan. Kemudian menamakan patung2 tersebut dengan nama 5 orang soleh dalam kalangan mereka seperti yang dinyatakan. Tetapi, setelah kejahilan berlaku dan ilmu semakin berkurang, maka mereka menjadikan patung2 tersebut sebagai berhala sembahan.
3) Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, dengan izin Allah api tersebut menjadi sejuk dingin. Pada waktu tu, ada sejenis binatang yang membantu meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim iaitu wazagh (sejenis cicak) Disebabkan itulah kita dianjurkan untuk membunuh cicak. (Dari riwayat al-Bukhari) & Rasulullah menganjurkan kita untuk membunuh cicak & menjelaskan bahawa jika membunuhnya sekali akan dpt 100 kebaikan, jika 2x pukulan pahala akan berkurang (Dari riwayat Muslim)
4) Ketika Nabi Ismail meronta-ronta kehausan setelah baginda & ibunya Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim, Hajar pergi mencari air sebab tidak sampai hati melihat keadaan Nabi Ismail waktu tu. Mula2, Hajar pergi ke Bukit Safa & menghadap ke lembah dengan harapan dapat melihat orang disana. Tapi tak ada sorang pun yang ada. Maka, Hajar pun turun dari Bukit Safa & melalui pula lembah sampai ke Bukit Marwah. Di situ, beliau berdiri sambil melihat apakah ada orang di sana. Tetapi tetap tak nampak sesiapa pun. Beliau melakukan perkara tu sebanyak 7x berulang-alik dari Bukit Safa & Marwah. Kejadian ni lah yang membuatkan kita kena berulang-alik dari Bukit Safa & Marwah sewaktu menunaikan haji
Dan banyak lagi fakta (dengan kata, keseluruhan buku ni adalah fakta mengenai 25 Rasul kecuali beberapa 'fakta yang auta') Alhamdulillah. Banyak sangat ilmu mengenai 25 Rasul yang boleh kita dapati daripada buku ni. Try la baca, buku ni santai je Btw saya tegaskan sekali lagi, buku ni tak menceritakan kisah2 hidup 25 Rasul dari mereka lahir sampai wafat, tapi lebih kepada penerangan mengenai beberapa fakta & auta dalam kisah hidup mereka. Wallahu a'lam.
Terima kasih bagi sesiapa yang dah baca ringkasan review saya ni (tak tahu tang mana yang ringkas tu ) membaca dari satu patah perkataan ke satu patah perkataan (Memang hebat la kalian kalau macam ni ) Maaf salah silap ya andai tersalah memberi maklumat. Terima kasih juga atas buku yang penuh fakta berilmiah ni. Moga Allah redha !
P/S : Kalau ada shortform sila pm saya untuk diperbetulkan
#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
Oleh : Noor Shahira Ghazali
____________________________________________________________________________________