Review novel 'Semusim Di Barzakh'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Semusim Di Barzakh'
Oleh : Hadi Fayyadh

____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang sememangnya dari dulu menunggu masa nak beli & nak baca. Semusim Di Barzakh oleh Ustaz Hadi Fayyadh - bukan calang2 buku dan bukan calang2 penulis, bingkisan kisah daripada kisah benar tanpa didedahkan watak & tempat yang sebenar. Siapa yang baca + hayati sebaiknya, confirm akan berkerut muka waktu tengah baca huhu Confirm rasa insaf dalam jiwa. Tak tergambar tentang azab2Nya.

Dimulakan dengan kehidupan seorang lelaki bernama Fayyadh - dipanggil Fadh, seorang yang berkalung noda & dosa sepanjang hidupnya. Zina, arak, perempuan, melawan mak ayah - memang acuan hidupnya. Diselitkan dengan kisah Humaira, perempuan yang alim + berpurdah & secara tiba2 beliau bunuh diri. Lepastu ada bayi kudung tangan kaki, perempuan tak berwajah, fuhh. Boleh discover selanjutnya dalam buku ni.

Fadh diuji Allah. Terjatuh dari tangga akibat dikejar perempuan tak berwajah. Bila tersedar, semuanya jadi lain. Macam bukan berada di dunia sebenar. Berada di dimensi zaman yang pasti kita semua akan lalui. Ya, di alam barzakh. Macam2 azab yang ditunjukkan kepada Fadh. Walaupun tu semua hanyalah bayangan sahaja, bukan alam barzakh sebenar, tapi tu dah cukup menggerunkan Allah2. Takut sangat

Moga Allah lindungi kita daripada segala maksiat yang ada. Berusahalah untuk pulang ke kampung halaman sebenar kita - Syurga. Jangan jebakkan diri ke kancah2 menuju neraka. Neraka yang terlalu pedih azabnya. Jujur tak dapat nak bayangkan azab2 yang digambar bila baca buku ni Allah2, insaf Dan mohon izin untuk petik satu hadis baginda dari buku ni : "Andai kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis daripada banyaknya ketawa". Ya betul. Sangat betul hadis baginda.

Dan mengenai ikhlas, ikhlas adalah tunjang yang paling besar dalam beribadah. Andai melakukannya hanya kerana mahukan balasan yang baik sahaja tanpa sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran & rintangan yang Allah dah sediakan, & kita tak mahu belajar untuk redha, maka kita sebenarnya tergolong dalam golongan2 yang tidak bersyukur. Nauzubillahi min zalik

Ya, sedangkan Rasulullah yang sebaik-baik manusia pun diuji, apatah lagi kita sebagai manusia biasa. Siapalah kita untuk mempersoalkan ibadah kita, sedangkan harga sebelah mata pun kita tak mampu nak kira, apalagi yang lain2. Jadilah hamba Dia yang bersyukur. Dan ingatlah, ada orang dipermulaannya teruk, tapi semakin dekat dia dengan kematian, semakin Allah hampirkannya dengan pintu taubat. Dan begitulah sebaliknya. Susah & senang adalah ujian. Allah dah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 2, boleh tadabbur sebaiknya.

Alhamdulillah, terima kasih atas novel yang tersangat memberi kesan kepada diri yang serba daif & naif ini. Kali ni nak beli & nak baca pulak buku Ketika Azazil Berputus Asa & Semusim Di Mahsyar. Moga buku2 sebegini mampu memberi ibrah pada diri yang terlalu banyak berdosa ni Terima kasih sekali lagi. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa