بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Travelog Cinta Abadi'
Oleh : Roza Roslan
Alhamdulillah. Selesai membaca buku sebuah travelog kehidupan, boleh dikira julung kali jugak la baca buku bergenre travelog ni. Agak menarik buku ni sebab banyak sangat penulis sentuh pasal zaman kanak2 beliau yang confirm takkan ada dah pada zaman sekarang. Kalau ikut zaman kanak2 kita dulu pun ada la jugak merasa sedikit dari apa yang diceritakan penulis.
Contoh? Tangkap ikan puyu. Kalau kat kampung memang tak payah cakap la, benda ni yang selalu kami buat Lepastu kekabu, nak buat bantal. Hah, memang nostalgia betul. Dulu paa suka ajak kami pergi tepi sungai sebelah rumah, cari pokok kekabu, kait then asingkan biji kekabu dengan kapas. Pastu buat bantal. Zaman sekarang memang budak bertuah Umairah tak merasa laa Dan banyak lagi perkara2 zaman kanak2 dulu yang disentuh penulis.
Btw buku ni bukan sekadar bacaan kosong semata-mata, tapi banyak menyentuh perkara2 yang memperlihatkan kasih sayang Dia kepada hamba2Nya. Selain tu, amat sesuai jugak untuk dijadikan bacaan para remaja, sebab akan rasa betapa bertuahnya kita hidup pada zaman sekarang berbanding kehidupan dulu yang agak sukar untuk kita tempuh. Boleh discover & baca sndiri
Then, ada beberapa part dalam buku travelog ni yang membuatkan saya tertarik :
1) Tegas seorang ayah. Ya, kebanyakan kita dalam keluarga, antara mak & ayah, mesti ramai ayahnya lebih tegas daripada mak kan? Tapi tak dinafikan ada jugak mak yang tegas. Tegasnya mereka adalah semata-mata nak jadikan kita semua betul2 seorang manusia. Tapi tegas pun ada caranya. Bukan main semberono. Teringat cerita paa, atuk dulu didik paa & adik-beradik yang lain dengan cara yang 'agak kejam'. Jangan harus bergaduh depan atuk. Bila kena marah, angkat muka pun tak berani.
Then, kalau main kat luar lepastu luka (biasalaa budak2 kadang2 jatuh basikal la, jatuh waktu berlari laa, lepastu luka la kat kaki tangan semua) try la bagitau atuk. Confirm kena sebat lagi Tapi paa memang bagus, dia ambik pengajaran dari apa yang atuk buat tu. Biasa laa anak2 paa yang 4 orang ni semuanya nakal2. Gaduh tu tak payah cakap la. Tapi kalau paa ada, pijak semut pun tak mati Baik ya amat.
Then, kalau kami bergaduh teruk, mak akan bagitau paa. Dan paa akan tanya dulu betul2 kenapa bergaduh. Pastu dah puas dengar jawapan, baru paa rotan. Fuhh, memang kenangan waktu kecik2 dulu. Kalau dah besar ni paa tak main dah rotan2, bagi nasihat je. Tapi nasihat paa tu, aduhh tertusuk kat hati. #Deep
2) Kutu. Haa, apa kaitan dengan kutu ? Dulu kalau ada kutu memang rasa hina sangat. Nak2 bila kawan tanya ada kutu ke tak, confirm geleng laju Tapi bila baca buku travelog ni, memang berubah persepsi terus pasal kutu. Kenapa ? Boleh baca sendiri nanti. Cuma nak highlightkan, tidaklah Allah menjadikan sesuatu tu dengan sia2
3) Cinta monyet. Erm, memang menarik, nak2 bila teringat surat fiirrrsssst sekali dapat waktu darjah 2 dulu. Hailaa, ada jugak orang minat kat aku Tapi bukan tu yang nak dihighlightkan. Sebab teringat zaman sekarang macam2 berlaku. Mak ayah dengan selambanya bagi greenlight anak2 diorang kapel. Siap bagi lagi anak tu kehulu-kehilir dengan lelaki. Walhal tak ada ikatan sah pun. Pegang tangan bagai, bercinta bagai nak rak. Sekali, tak jadi Zaman dulu? Memang tak laaaaa. Try la bercinta ~
4) Basikal. Tak tahu kenapa menarik sangat cerita berkenaan basikal. Padahal sentuh sikit je. Zaman kanak2 dulu memang main basikal laa. Nak2 yang ada gear tu, pergh rasa bangga kalau ada. (Tiba2 teringat pojan yang setia dengan basikalnya kat UM tu #Opss) Zaman sekarang tak main dah. Motor terus, tak pun kereta. Kan?
Dan banyak lagi yang menarik dalam buku travelog ni. Setiap cerita ada pengajaran bermakna. Setiap yang dilalui penulis adalah satu nikmat Allah yang indah untuk dipenakan atas kertas. And last benda yang saya nak highlightkan, Allah sentiasa mendengar setiap permintaan & permohonan hamba2Nya, & Dia sentiasa memimpin sesiapa pun yang mahu dipimpin olehNya. Ya, berdoalah kepada Dia, kerana Dia mendengar doa2 hambaNya.
Terima kasih atas catatan & penceritaan yang ikhlas dalam buku travelog ni sehingga membuatkan setiap kisah dalam buku ni sangat2 lah terkesan dalam hati. Moga Allah redha !
#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
Oleh : Roza Roslan
____________________________________________________________________________________