Review buku 'Catatan Matluthfi'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Catatan Matluthfi'
Oleh : Matluthfi


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku kisah kehidupan seorang vlogger terkenal. Siapa tak kenal Matluthfi ni kan  (tapi tak tau la kot memang ada orang yang tak kenal) Boleh try search setiap video beliau yang dihasilkan dengan penuh motivasi, kelakar, banyak drama yang best & of course bukan sekadar video. Banyak pengajaran yang boleh kita dapati. Bukan setakat nak gelak je, then motif video tak sampai ~ Gelak2 pun kena berfikiran kritis oo.

Ok, ada apa pada buku Catatan Matluthfi ni? Buku Catatan Matluthfi merupakan buku pertama yang dihasilkan oleh Matluthfi sendiri & boleh dianggap sebagai diari beliau yang tak peribadi laa (Kalau peribadi mesti tak tunjuk kat semua op) Selain banyak mengisahkan tentang kehidupan beliau sendiri, beliau juga turut menyentuh mengenai keluarga, kawan2, pelajaran, persekitaran, keagamaan, pengetahuan, politik & pengalaman beliau semenjak dari kecil sehinggalah beliau graduate & ke alam master.

Kisah2 beliau ni memang seronok untuk dibaca & of course sangat deep kalau dihayati & difahami dengan mendalam. Penulisan beliau juga agak santai & mudah dibaca In shaa Allah. Banyak makna yang agak mendalam untuk membuatkan kita terus berfikir. Pada saya, Matluthfi ni berpengetahuan luas (salah satu sebabnya beliau ni suka membaca) Maka, apabila beliau berkongsi segala ilmu yang memerlukan kita berfikir, automatik kita punya pemikiran pun akan terbuka lagi luas. Banyak ilmu yang beliau kongsikan dapat dijadikan sebagai inspirasi selain membuatkan kita berfikir kenapa itu kenapa ini ~

Dari segi penulisan, beliau menggunakan bahasa rojak (kejap English kejap Melayu ) tapi In shaa Allah senang je nak faham & pasti membuatkan kita tersenyum bila baca. Kalau betul2 kita baca & menghayati setiap patah perkataan English dalam buku ni, confirm boleh improve kita punya Literature English sendiri. Tak percaya try la baca. Kadang tu memang kena bukak kamus untuk tahu sesuatu maksud perkataan English tu. Gigih tak gigih.

Then, setiap orang mesti ada perbezaan pendapat & pengalaman kan.. Tapi bila dia dah expose kepada something yang berlainan macam apa yang Matluthfi kongsikan dalam buku ni, ia boleh jadi satu pengetahuan yang agak luas untuk kita kaji dengan lebih dalam lagi. Then, dari segi keagamaan pulak, banyak beliau kongsikan dalam buku ni untuk kita yang belum pernah ada kawan rapat berlainan bangsa dan agama. Bukan racist tau  Then, Matluthfi juga ada kaitkan rutin harian beliau dengan setiap update dalam twitter. Sangat menarik & pastinya lawak atau humour untuk dibaca

Secara kesimpulannya, buku hasil karya Matluthfi ni bagi saya memang berbaloi untuk dibeli, dibaca & diteliti satu persatu. Lepas ni saya akan mereview jugak next buku beliau - Alegori Rumah Api, pun best sebab banyak benda kena fikir untuk hadamkan setiap kisah yang ditulis. Buku2 beliau ni semuanya colourful dengan hasil teknik kombinasi gambar & tulisan. Lepastu, dengan rajah2 nya lagi yang tersangatlah memainkan peranan penting agar para pembaca mudah faham & tak bosan dengan apa yang disampaikan. Btw Matluthfi ni jugak seorang architecture & seni tau. Jangan pandang sebelah mata haa

Apapun, jutaan terima kasih diucapkan kepada Matluthfi di atas penulisan beliau yang menceritakan tentang secebis kehidupan & beberapa part yang pasti membuatkan kita berfikir (walaupun kadang tu memang tak dapat nak hadam langsung apa yang beliau nak sampaikan ) Akhir kata, teruskan usaha untuk menulis ya. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Pena & Picagari'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Pena & Picagari'
Oleh : Dr. Khairul Hafidz


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang tersangatlah lari dari bidang yang diambil  Nak jadi guru, kena la baca buku berkaitan guru.. kata setengah orang ~ Maka kalau macam tu, tak berkembanglah otak ni sebab asyik fokus pada satu bidang je. Guru adalah medan untuk menyampaikan maklumat kepada anak murid. So, why not we grab this chance, baca benda2 isu semasa, hadamkan, hayati, then sebarkan ilmu tu pada anak2 murid. Sementara masa yang ada ni - pada peringkat umur mereka, otak masih fresh nak dengar kata2 guru, so peluang untuk kitalah memberi pendedahan terhadap perkara2 sahih sebelum sampai kepada mereka perkara2 yang tak sahih. See? Tak rugi kalau baca buku bergenre lain. Nak2 buku yang sememangnya ada kaitan dengan diri masing2. Tipulah kalau seseorang manusia tu tak pernah sakit ~

Ok, buku ni sememangnya sesuai untuk semua peringkat umur tak kira sesiapapun boleh baca. Tapi sangat2 lah digalakkan kepada bakal2 doktor atau bakal2 Housemanship untuk baca buku ni. Penulisan yang bersifat santai, dengan bukunya berwarna-warni, sangat menarik untuk dibaca walaupun ada la beberapa muka surat yang tak terang sangat tulisannya disebabkan background dia gelap. Tapi its okaylah, selagi boleh baca~ Terbahagi kepada bab, & of coz semua bab tu memang best untuk dibaca. Sangat memberi motivasi  Terutamanya kepada bakal doktor. Kita yang confirm tak jadi doktor pun terasa bermotivasi dengan apa yang disampaikan

Antara perkara menarik yang saya nak kongsikan dalam Bab Pertama - Membongkar Mitos ialah :

1) JIN & SUBUH. Pernah alami kejadian 'kena hempap' oleh jin? Ya, mitos ni selalu kita dengar dalam masyarakat bahkan mungkin kita sendiri yang mengalaminya. Sains dah membongkar misteri di sebalik mitos ni. Keadaan 'kena hempap' sebenarnya dipanggil sebagai 'sleep paralysis'. Boleh baca secara lebih lanjut fakta yang dikemukakan dalam buku ni. Tapi apa yang pasti, perasaan 'kena hempap tu' bukannya sebab dihempap oleh jin. Tapi, waktu kita sedang tidur, fungsi otak kita aktif & badan kita tak dapat nak ikut arahan yang diberikan oleh otak. Then, perasaan melihat 'sesuatu' waktu 'dihempap' tu adalah mainan otak kanan kita yang mampu zahirkan apa sahaja lembaga di depan kita. Sebenarnya kita masih dalam keadaan tidur & merasakan bahawa mimpi tu betul. Maka, cara untuk mengatasinya adalah dengan menenangkan & mengosongkan fikiran sebabnya ini akan memberhentikan signal otak ke anggota badan.

2) MANDI MALAM. Mitos yang agak popular rasanye benda ni. Kalau mandi malam, nanti kena paru2 berair. Boleh baca lebih lanjut dalam buku ni sebab tak pandai nak ringkaskan ulasan2 saintifik yang dinyatakan  Tapi apa yang pasti, tak ada maknanya akan terkena paru2 berair kalau mandi malam. Orang tua2 dulu saja cakap benda ni sebabnya kalau zaman dulu, tempat mandi kat luar. Kadang tu dekat perigi laa. So sangat bahaya kalau nak keluar waktu2 malam macam tu, lagi2 yang perempuan. Lepastu mana la tahu kot2 terjatuh dalam perigi tu ~  Haa tak ke naya?

3) AIR TULANG BELAKANG : MITOS LUMPUH? Mesti pernah dengar kan kalau pesakit diambil air tulang belakangnya akan berisiko menjadi lumpuh? Ok, prosedur mengmbil air tulang belakang ni dinamakan sebagai lumbar puncture. Boleh baca dengan lebih lanjut lagi cara air tulang belakang diambil dalam buku ni. Tapi yang pasti, penulis menegaskan bahawa beliau TIDAK PERNAH lagi berjumpa dengan pesakit yang datang dalam keadaan lemah badan atau lumpuh disebabkan membuat lumbar puncture ni  Erm siapalah yang pandai2 mencetuskan benda ni gamaknya ~

4) DNA & LEMBU. Haa, yang ni pernah heboh suatu ketika dulu dalam satu rancangan TV (Rasanya semua tahu, so tak nak cakap kat sini ) Ok baik, kalau kita bagi susu lembu kepada bayi, yang masuk ke dalam badan bayi adalah NUTRIEN, bukan DNA. Kedua-dua ni mempunyai perbezaan yang sangat besar. Bayi mendapat khasiat daripada susu lembu, bukan DNA lembu. Tak ada kajian konkrit yang menyatakan bahawa DNA manusia boleh bergabung dengan DNA haiwan melalui pemakanan. Jadi tersangatlah tak mungkin kalau DNA lembu yang masuk ke badan seseorang tu boleh mengubah tingkah lakunya menjadi pemarah macam lembu. Its okay, mungkin rancangan tu ada maksud tersendiri kenapa cakap macam tu. Tapi, walau apapun, ramai yang keliru dengan kenyataan yang diberikan. Maka, pengajarannya ialah bercakaplah mengikut bidang masing2 & sekiranya di luar bidang, nyatakan sekali sumber yang sahih.

5) PARACETAMOL. Yang ni pun rasanya agak popular, katanya kalau makan paracetamol atau panadol, akan menyebabkan kerosakan ginjal. Ya, penting untuk kita tahu bahawa penguraian paracetamol adalah berlaku di HATI, bukan di GINJAL. Kerosakan di hati akan berlaku apabila paracetamol diambil secara berlebihan & berpanjangan TANPA adanya pengawasan. Jadi, walau apapun jangan ambil paracetamol secara berlebihan. Nanti akan menyebabkan KEROSAKAN HATI. Bahaya jugak tu ~

6) KESALAHAN PENGGUNAAN ALATAN PERUBATAN DALAM DRAMA & FILEM. Ya, penulis turut menyentuh mengenai kesalahan penggunaan alatan perubatan dalam drama & filem. Penulis merasakan perlu untuk didedahkan kepada masyarakat mengenai perkara ini. Disebabkan pengaruh media & drama sangat kuat dalam masyarakat, so ianya sangat bahaya kepada masyarakat yang mudah percaya. Kalau yang cerdik tu tak apalah, boleh menilai mana yang betul mana yang salah. Ce bagi orang yang mudah menerima je, rasa2?  Then, buku ni juga turut disertakan gambar2 contoh dalm filem yang menggunakan alatan perubatan secara salah. Nak tergelak pun ada sebabnya memang lawak & tak logik langsung cara penggunaan tu. Come on la industri perfileman Melayu ~  Logiklah sikit !

7) DOKTOR VS ANTIVAKS. Fuhh, ada 7 part yang menghuraikan mengenai VAKSIN dalam bab first buku ni. Nampaknya mitos pasal vaksin ni amat penting. Tak pandai nak ringkaskan semua, so boleh try baca satu persatu nanti. Tapi apa yang pasti, suntikan vaksin ni sangatlah perlu kepada bayi. Pelik kenapa masyarakat 'lebih tahu' pasal vaksin ni, sokmo dok kata tak payah bagi suntikan la sebab bahaya. Eh, ingat doktor saja2 nak bagi suntikan pada orang? Ingat doktor saja2 nak bagi benda bahaya dekat orang? Fikir la sendiri  Dekat Australia pun dah mulakan dasar 'No Jab No Pay', maksudnya kalau tak diberikan suntikan vaksin, hak penjagaan anak akan dinafikan. Malaysia dah boleh buat kot. Bagi sedar sikit masyarakat tu.

Dan beberapa lagi mitos lain yang dihuraikan secara santai dalam buku ni. Selain mitos, turut diceritakan liku2 kehidupan penulis sebagai seorang doktor dalam menghadapi pelbagai karenah sang pesakit. Lepastu disentuh juga cabaran2 ketika menjadi doktor & cara menghadapi penularan2 maklumat yang tak dipastikan kesahihannya yang menular di media2 sosial. Selain tu jugak, motivasi juga turut diberikan kepada semua bakal doktor atau houseman dalam buku ni. Sangat terbaik  Boleh try beli & baca buku edisi 2017 ni, still fresh lagi.

Alhamdulillah, dapatlah sedikit sebanyak ilmu mengenai perubatan menerusi buku ni. Walaupun terpaksa berbanyak kali berpatah balik, semata-mata nak memahamkan & menghadam beberapa term atau istilah perubatan  Tapi demi ilmu, kena hadamkan jugak. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Dr. Khairul Hafidz di atas penulisan buku yang sangat bermanfaat ini. Lepas ni nak try dapatkan & baca buku Peperangan Mitos pulak. Macam menarik je. In shaa Allah, moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Perang-Perang 4 Khalifah'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku  'Perang-Perang 4 Khalifah'
Oleh : Zul Aimran Omar


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah. Selesai membaca buku bergenre sejarah & sirah para sahabat baginda Rasulullah SAW. Buku ini berfokuskan kepada 4 sahabat Khulafa' Ar-Rasyidin dalam peperangan2 yang mereka lalui. Memandangkan saya agak minat pada sejarah2 baginda & para sahabat (walaupun memang banyak je sejarah & sirah zaman baginda & sahabat yang tak tahu huhu ) Alhamdulillah, bertambah la sikit pengetahuan mengenai sirah peperangan pada zaman 4 Khulafa' Ar-Rasyidin ni. Ok, review kali ni maybe agak panjang sikit (tapi macam banyak ) sebabnya kalau nak bercerita pasal sejarah tak mungkin akan pendek. So, terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. Anda memang terbaik

Bermula dengan pengenalan biodata khalifah secara ringkas, diikuti dengan pengiktirafan Islam kepada para sahabat Rasulullah SAW & barulah di'detailkan' mengenai perang2 yang berlaku pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin. Ya, banyak sangat benda yang kita tak tahu pasal sejarah mereka. Kadang tu rasa teruk sangat, kenapa sejarah Islam kita banyak tak ambik tahu instead of sejarah2 lain yang boleh kita hadam  So, sama2 lah kita bersungguh-sungguh untuk mengambil tahu mengenai sejarah mereka ni walaupun mungkin sedikit, daripada tak tahu langsung ~

Baik, secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan daripada buku Perang-Perang 4 Khalifah ni seperti berikut :

-------------------------------------------------------------------------------

KHALIFAH ABU BAKAR

1) Tahun Ke 11 Hijrah

Pada tahun ini, Khalifah Abu Bakar bersama tentera2 beliau telah memerangi golongan murtad & Nabi Palsu. Setelah mendengar kewafatan baginda Rasulullah SAW di Madinah, kebanyakan umat Islam yang tinggal di luar Mekah & Madinah mulai murtad. Hal ini disebabkan keimanan mereka terhadap Islam masih belum kukuh bertapak di hati masing2. Maka, jika dibiarkan tentu akan mendatangkan bahaya kepada umat Islam yang masih setia. Justera, beliau terpaksa memerangi golongan murtad ini. Selain golongan murtad, beliau juga telah memerangi Abu Syajrah kerana menyelewengkan penggunaan wang zakat yang telah disalurkan oleh Khalifah Abu Bakar.

Seterusnya, beliau turut memerangi golongan Nabi Palsu. Pernah dengar nama Tulaibah? Ya, Tulaibah adalah salah seorang yang mendakwa bahawa dirinya seorang Nabi walaupun baginda Rasulullah SAW masih hidup pada masa itu. Selain mengaku Nabi, Tulaibah juga telah mengubah ajaran Islam dengan mengatakan bahawa solat hendaklah dilakukan secara berdiri sahaja & tidak perlu sujud dengan meletakkan dahi ke bumi. Dia juga turut mengatakan bahawa Tuhan tidak menyuruh menundukkan muka & membongkok kerana perlakuan tersebut kelihatan hodoh

Seterusnya, Sajjah binti Al-Harith. Beliau merupakan wanita pertama yang mengaku menjadi Nabi. Ketika Sajjah & pengikut2nya ingin merancang menyerang Madinah, dia terpaksa membatalkan niat tersebut kerana ketangkasan & kemaraan tentera Islam telah mengalahkan Tulaibah. Justeru, Sajjah & pengikut2nya lari meminta pertolongan satu lagi Nabi Palsu iaitu Musailamah. Disebabkan Sajjah dilihat seperti menjadi perempuan simpanan Musailamah, Sajjah berasa terperangkap dengan tindakannya itu & mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Iraq.

Musailamah merupakan Nabi palsu terakhir yang diperangi pada waktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Sikap Musailamah sangat biadap. Dia seakan-akan mencabar kewibawaan Rasulullah SAW dengan menyangkakan bahawa perjuangan baginda adalah bertujuan untuk mendapatkan habuan dunia semata-mata. Usaha memerangi Musailamah agak mencabar. Ramai tentera Islam di bawah pimpinan panglima Khalid Al-Walid telah terbunuh. Hal ini menyebabkan Khalifah Abu Bakar merasa bimbang apabila beliau mendapati dalam kalangan tentera Islam yang gugur syahid adalah antara mereka yang menghafaz Al-Quran. Daripada peristiwa inilah bermulanya cadangan beliau untuk mengumpulkan Al-Quran menjadi satu mashaf.

2) Tahun Ke 12 Hijrah

Peperangan & operasi untuk menjatuhkan kerajaan Parsi Sassanid di Iraq telah dijalankan. Antara perang yang terjadi ialah Perang Berantai, Perang Sungai, Perang Walajah, Perang Ulais, Perang Hirah, Perang Anbar, Perang Ainul Thamar, Perang Daumatul Jandal, Perang Muzaiyah & Perang Firadz. Perang Firadz merupakan perang yang menentang tentera gabungan Parsi & Rom. Boleh try baca buku ni kalau nak dapatkan detail untuk setiap perang.

3) Tahun Ke 13 Hijrah

Perang Yarmuk telah berlaku. Perang ini merupakan perang pertama Khulafa' Ar-Rasyidin menentang kerajaan Rom yang ketika itu dipimpin oleh Heraklius. Perang ini merupakan detik2 bersejarah jatuhnya kerajaan Rom. Perang ini juga sangat penting untuk membuka haluan & meruntuhkan kerajaan Rom. Setelah wafatnya Khalifah Abu Bakar, maka Khalifah Umar Al-Khattab telah mengambil alih untuk meneruskan penguasaan terhadap wilayah2 sekitar Rom.


-------------------------------------------------------------------------------

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

1) Tahun Ke 13 Hijrah

Usaha untuk menakluki pusat pemerintahan kerajaan Rom iaitu di Damsyik telah dilakukan oleh beliau. Walaupun beliau tidak turun berperang, namun beliau telah menghantar panglima Khalid Al-Walid untuk mengetuai tentera Islam. Peperangan menakluki Damsyik di bawah pimpinan panglima Khalid Al-Walid telah berjaya dilakukan & seluruh ibu kota utama kerajaan Rom berjaya ditawan oleh tentera Islam. Disebabkan terdapatnya ramai saki-baki tentera Rom yang melarikan diri, maka Perang Fahl telah berlaku untuk mengejar & menentang mereka.

Seterusnya pada tahun ini juga, walaupun kejayaan demi kejayaan umat Islam mengusir Rom dari wilayahnya di Syria, pada masa yang sama tentera Parsi cuba menghidupkan semula kekuatan mereka di Iraq. Maka, telah berlakunya Perang Namarik, Perang Jambatan & Perang Buwaid di Parsi.

2) Tahun Ke 14 Hijrah

Perang Qadasiah pula telah berlaku. Jika Perang Yarmuk begitu penting untuk membuka laluan & meruntuhkan kerajaan Rom, maka Perang Qadasiah begitu penting untuk membuka laluan & melumpuhkan sepenuhnya empayar Parsi. Pada peperangan Qadasiah ini lah tentera Parsi menggunakan tentera bergajah. Pada awalnya memang agak sukar untuk tentera Islam menewaskan tentera Parsi ni. Tetapi berkat semangat & strategi yang mantap, akhirnya tentera Islam berjaya memenangi peperangan ini.

3) Tahun Ke 15 Hijrah

Perang berbalik semula untuk menentang kerajaan Rom yang cuba bertindak melakukan serangan balas terhadap tentera Islam. Hal ini kerana maharaja Rom iaitu Heraklius kecewa dengan kejatuhan Damsyik. Maka, terjadilah beberapa peperangan pada tahun ini. Antaranya ialah Perang Qinasrin, Perang Ajnadain & perang untuk membuka Baitul Maqdis.

4) Tahun Ke 16 Hijrah

Perang Jalula telah berlaku. Hal ini kerana tentera Parsi di bawah pimpinan Maharaja Yadzgird masih berdendam dengan tentera Islam. Maharaja Yadzgird enggan berdamai dengan tentera Islam, maka disebabkan itu dia terus menjadi buruan tentera2 Islam. Peperangan Jalula ini telah mengalami kekalahan yang sangat teruk & memaksa mereka berundur ke bandar2 yang lain. Pada akhirnya, Parsi berjaya dikalahkan!

5) Tahun Ke 20 Hijrah

Bermulanya pembukaan Mesir di bawah permerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Kalau nak tahu macam mana pembukaan Mesir ni dilakukan & siapa antara sahabat2 yang terlibat, boleh la try baca buku yang saya dah review sebelum ni  Semenjak mengambil alih pemerintahan daripada Khalifah Abu Bakar pada 13 Hijrah, jasa Khalifah Umar Al-Khattab & pencapaian beliau amat membanggakan dalam sejarah umat Islam. Beliau akhirnya wafat setelah genap 10 tahun memerintah. Panglima Khalid Al-Walid pula telah wafat hampir 2 tahun sebelum Khalifah Umar Al-Khattab wafat.


-------------------------------------------------------------------------------

KHALIFAH UTSMAN BIN AFFAN

1) Tahun Ke 27 Hijrah

Setelah bumi Iraq, Syria, Jordan, Mesir & Palestin berjaya dikuasai oleh tentera Islam, kemaraan diteruskan lagi oleh khalifah yang ketiga ini. Apabila Abdullah Bin Saad telah mencadangkan kepada Khalifah Uthsman Bin Affan untuk meluaskan lagi kawasan pemerintahan Islam iaitu kawasan persisiran pantai Afrika Utama (meliputi Tripoli (Libya), Perca & Kota Carthage) maka, Perang Afrika telah tercetus. Perang Afrika ini ternyata lebih sengit daripada Perang Yarmuk & Perang Qadasiah. Daripada Perang Afrika inilah telah tertubuhnya tentera laut Islam yang pertama.

Seterusnya, setelah kejayaan tentera Islam menawan bumi Afrika, Khalifah Utsman Bin Affan memerintahkan pula tentera Islam untuk mara ke Andalusia (Sepanyol pada hari ini). Kedudukan Andalusia yang strategik merupakan salah satu sebab Andalusia diminati oleh Khalifah Utsman Bin Affan. Tentera Islam pada mulanya telah berjaya memasuki Andalusia, tetapi akhirnya terpaksa mengundurkan diri kerana mendapat tentangan yang begitu sengit daripada tentera musuh. Perang ini dinamakan sebagai Perang Andalus. Walaupun gagal mara, namun unsur2 kebaikan Islam telah berjaya disebarkan di sana.


-------------------------------------------------------------------------------

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

1) Tahun Ke 36 Hijrah

Telah berlakunya Perang Jamal di antara tentera sesama Islam. Perang ini terjadi ekoran daripada peristiwa pembunuhan Khalifah Utsman Bin Affan secara kejam & zalim oleh puak pemberontak. Maka, disebabkan masalah dalaman ini, terjadinya perang antara Khalifah Ali Bin Abi Talib & Aisyah isteri Rasulullah SAW (turut bersama beliau Talhah & Zubair). Boleh baca secara lanjut macam mana perang ni terjadi. Tapi yang pasti, perang ni terjadi bukannya di atas kehendak para sahabat & pengikut mereka, sebaliknya dirancang oleh musuh dalam selimut yang diketuai oleh Abdullah Bin Saba’.

Seterusnya , setelah tamat Perang Jamal, berlaku pula Perang Siffin antara Khalifah Ali Bin Abi Talib & Muawiyah Bin Abu Sufian. Apabila Muawiyah enggan berbaiah kepada Khalifah Ali Bin Abi Talib (disebabkan beliau menunggu keputusan Khalifah Ali Bin Abi Talib untuk menentukan siapakah pembunuh Khalifah Utsman Bin Affan & tersalah anggap bahawa Khalifah Ali Bin Abi Talib bersekongkol dengan pihak pemberontak dalam peristiwa pembunuhan Saidina Utsman Bin Affan), maka terjadilah Perang Siffin ni. Dan daripada perang inilah umat Islam berpecah sehingga sekarang sehingga timbul puak2 Syiah & Khawarij.


-------------------------------------------------------------------------------

Maka, secara kesimpulannya, perang2 yang berlaku bukanlah semata-mata perang melawan musuh, bahkan lebih kepada perluasan kuasa empayar Islam & dakwah Islam. Satu kejayaan yang besar buat umat Islam apabila berjaya menakluki kawasan Rom & Parsi. Buku ni memang banyak pengajaran yang boleh kita dapat terutamanya dari segi kepimpinan. Pemimpin yang hebat bukan sahaja hanya pandai mengarah, tetapi turut kreatif dalam mengeluarkan arahan. Dan apa yang pasti, ketaatan kepada Allah dalam menegakkan agamaNya adalah yang paling utama. Dan ingatlah, walau apapun yang terjadi, sahabat Rasulullah SAW merupakan orang yang mulia. Kita tiada hak mencaci mereka.

Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan di atas penulisan buku sejarah ini. Cuma terdapat satu je kelemahan dalam buku ni - tak ada nota kaki  But it's okay, still berbentuk fakta dalam penceritaan, bukannya novel. Tapi apa yang disampaikan memang dapatlah sedikit sebanyak ilmu dalam menyoroti setiap kisah perang pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin. Ambil iktibar, itu yang paling penting. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Jejak Sahabat : Kisah Agung 31 Sahabat Rasulullah SAW Pembuka Mesir'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Jejak Sahabat : Kisah Agung 31 Sahabat Rasulullah SAW Pembuka Mesir'
Oleh : Mohd Nasuha Ismail Al-Azhariy


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah. Selesai membaca buku sejarah kegemilangan pembinaan tamadun Islam di salah sebuah negara di benua Afrika. Buku ni menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang para sahabat baginda Rasulullah SAW yang sempat menjejakkan kaki ke bumi Mesir demi mengembangkan risalah Islam sehingga Mesir menjadi sebuah negara Islam yang subur dengan para ulama'nya sehingga ke hari ini. Bila berbicara mengenai Mesir, mesti ramai yang tahu bahawa Mesir adalah merupakan sebuah negara yang banyak menyimpan khazanah & peradaban dunia. Bumi Mesir juga merupakan bumi para Anbiya'. Mesir jugat telah dihuni oleh ramai utusan Allah yang memperjuangkan agamaNya.

Dari segi pembacaan buku ni, sangat tertarik pada part 'Mesir Sebelum Pembukaan Islam'. Ya, Mesir telah berada di bawah penjajahan Rom Timur selama hampir 700 tahun. Pemerintahan Rom sangatlah zalim & menindas kehidupan rakyat di Mesir. Waktu baca ni memang asyik dok teringat-ingat je Surah Ar-Rum. Pemerintahan Rom di Mesir hanyalah bertujuan untuk mengaut kekayaan daripada rakyat Mesir bagi kepentingan orang2 berkuasa (lepastu teringat keadaan kat Malaysia ni macam mana~ ) Maka, pembukaan Mesir bermula pada tahun 18 Hijrah bersamaan 639M apabila Saidina Umar Al-Khattab mengizinkan Saidina 'Amru Bin Al-'As menuju ke Mesir bersama 4,000 orang mujahidin yang lain. Dalam bab berikutnya pula diceritakan mengenai kronologi2 bagaimana pada akhirnya Fajar Islam mula menyinari bumi Mesir & Iskandariah

Ok. Antara perkara menarik yang terdapat pada beberapa orang sahabat pembuka Mesir dalam buku ini ialah :

1) SAIDINA UMAR AL-KHATTAB. Saidina Umar walaupun tak pernah pergi ke Mesir bagi menyertai operasi pembukaan Mesir, tapi beliaulah orang yang paling berautoriti dalam menentukan perjalanan & pergerakan panglima2 perangnya. Dan walaupun Khalifah Rasulullah yang kedua ni bersifat gagah & tegas, beliau akan jatuh pengsan apabila terdengar ayat2 Al-Quran mengenai azab Allah. Betapa gerunnya beliau dengan ayat2 Al-Quran macam ni. Then, kita macam mana?

2) 'AMRU AL-'AS. Beliau merupakan watak utama dalam usaha mengibarkan panji2 Islam di Mesir. Beliau merupakan seorang yang sangat cerdik & bijak berpolitik. Hebat Saidina 'Amru Al-'As ni. Sebabnya dengan kepimpinan beliau & juga sahabat2 yang lain lah mereka telah berjaya membebaskan Mesir sepenuhnya daripada cengkaman Rom. Ingat kerajaan Rom bukan calang2 kerajaan?

3) 'UQBAH IBNU 'AMIR. Merupakan sahabat baginda yang digelar sebagai 'Radif' iaitu pengikut Rasulullah kerana beliau selalu bersama duduk di belakang baginda Rasulullah menunggang kenderaan. Beliau juga sering menemani Rasulullah SAW & tugasnya adalah memegang tali kekang baginda ke mana sahaja baginda pergi.

4) SA'AD BIN ABI WAQQAS. Pengislaman beliau telah menyebabkan ibu beliau terlalu marah & mengancam Sa'ad untuk tidak makan & minum disebabkan pemboikotan yang dilakukan. Apabila melihat ibunya tidak bermaya disebabkan janjinya iaitu tidak makan & minum, maka Sa'ad pun mengatakan pada ibunya - Jika ibu mempunyai 1000 nyawa sekalipun, kemudian keluar satu demi satu, tidak sesekali aku meninggalkan agamaku - Hebatkan Sa'ad apabila mendahulukan Allah daripada perkara lain. Kita?

5) ABU DZAR AL-GHIFARI. Dikenali sebagai seorang yang sangat zuhud disebabkan beliau sentiasa menyerahkan diri kepada Allah & mementingkan akhirat. Sanggup berjalan kaki memikul barang2 di belakang beliau sewaktu peperangan Tabuk disebabkan kuda yang beliau tunggangi lemah & tidak dapat meneruskan perjalanan. Beliau juga sangat memandang berat akan kesalahan kecil yang dilakukan demi menjaga ukhwah yang terjalin.

Dan beberapa lagi fakta menarik dalam buku ni yang membicarakan tentang serba sedikit mengenai 31 orang sahabat baginda Rasulullah SAW pembuka Mesir  Secara kesimpulannya, berapa banyak para sahabat baginda Rasulullah SAW yang kita semua kenal? Berapa banyak para sahabat baginda yang kita tahu kisah2 mereka? Jawapan ada pada diri masing2  Kalau kita boleh kenal ramai artis, why not kita kenal juga ramai para sahabat? Tepuk dada tanyalah iman sendiri.

Akhir kata, terima kasih diucapkan di atas penulisan buku berilmiah ni. Cantik buku ni berwarna-warni membuatkan tak jemu nak baca. Ayuh sahabat, kita kenal para sahabat baginda Rasulullah SAW dengan lebih mendalam lagi. Medannya adalah dengan pembacaan buku2 seperti ini. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Menerokai Kegemilangan Saintis Islam'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Menerokai Kegemilangan Saintis Islam'
Oleh : Dr. Yazid Abdul Manap


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku bergenre yang mungkin agak lari sikit dari bidang yang saya ambil. Tapi lari2 pun still ada berkait jugak  Buku yang bagi saya sangat best untuk dibaca, sangat banyak ilmu di dalamnya  Terbaik, serius tak tipu. Actually ni buku abang, memandangkan dia pun minat membaca, jadi saja2 lah try belek buku milik dia  Tapi buku milik abang semuanya jenis yang tebal2, lebih 600 muka surat. Dia memang tak main la buku2 nipis yang muka suratnya kurang dari 600 tu  Akibatnya, adik kesayangan dia yang sorang ni jadi merangkak-rangkak la nak try baca buku2 tebal dia  Doakanlah. Btw buku dia yang ni je tak sampai 600 muka surat. Buku ni hampir2 nak masuk kepada 300 muka surat, so Alhamdulillah dapatlah hadam dengan baiknya

Ok, sambung. Buku Menerokai Kegemilangan Saintis Islam ni memang terbaik  Menghuraikan serba sedikit mengenai saintis2 tak kira la Islam atau Barat. Kita yang tak berapa nak minat sains bila baca je zupp ampunn #deep sangat. Sains yang tak pernah berpisah dengan Islam, Al-Quran & Hadis - sangat berkait rapat antara satu sama lain. Takrifan 'Sains' pada hari ni hanyalah merupakan satu pengetahuan yang teratur, boleh diuji & dibuktikan kebenarannya. Walhal kalau mengikut Islam, perkataan 'Sains' sendiri telah merujuk kepada ilmu secara keseluruhan. Banyak jugak ayat2 Al-Quran yang dimasukkan dalam buku ni. Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu dalam mentadabbur ayat2 suciNya  Maka, antara perkara menarik yang terdapat dalam buku ni ialah :

1) Sains para Nabi. Ya, dalam buku ni ada dihuraikan mengenai sains Nabi Adam, Nabi Syith, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Salleh, Nabi Ibrahim, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Sulaiman, Nabi Isa & Nabi Muhammad. Detail setiap Nabi dihuraikan  Dan of course Nabi Adam merupakan pelopor & perintis kepada kewujudan sains & teknologi sehingga ke hari ini. Nabi Muhammad pula merupakan Nabi terakhir yang pastinya mendapat pengetahuan lebih mengenai sains iaitu melalui Al-Quran - mukjizat agung baginda & melalui peristiwa Israk Mikraj.

2) Sains merupakan salah satu pelaburan amal soleh. Ya, kalaulah tak ada saintis terutamanya saintis Islam yang berusaha menyumbangkan idea kepada seluruh umat manusia, nescaya kita memang takkan dapat kecapi nikmat perkembangan sains & teknologi pada hari ni. Nak2 yang berkaitan dengan ilmu astronomi. Contoh? Arah kiblat solat, solat 5 waktu, puasa bulan Ramadan, ibadat haji & sebagainya. Bayangkan kalau tak ada ilmu sains astronomi ni untuk menentukan setiap perkiraan dalam contoh yang disebutkan, agak2 akan sempurna ke amalan2 kita?

3) Ciri2 Saintis. Ok yang ni ada dihuraikan dalam Bab 5. Bab yang sangat2 lah terbaik  Antara ciri2 Saintis yang perlu ada ialah KETEKUNAN. Ok bayangkan, Thomas Edison dah berusaha hampir 10,000 kali untuk cipta lampu berfilamen. 10,000 kali bukan angka yang kecik ya kawan2. Kalau lah Thomas Edison berhenti separuh jalan, confirm sekarang kita masih menggunakan lilin untuk menerangi kegelapan malam.

Then, MEMBACA. Para Saintis ni memang rajin membaca. Sedangkan wahyu pertama yang Allah turunkan pada baginda pun adalah membaca. Kenapa kita malas nak amalkan budaya membaca ni? Para Saintis berjaya disebabkan mereka suka membaca. Kita tak nak ke berjaya jugak macam diorang? Haa, jadi jomlah kita sama2 memulakan langkah kita untuk suka membaca. Masih tak terlambat lagi. Lepas dah membaca, kita teruskan dengan menulis pulak. Sebab dengan penulisanlah kita dapat menyebarkan ilmu dari satu generasi ke satu generasi. Kita ikat ilmu dengan menulis.

4) Rahsia pemakanan Saintis Islam. Yang ni ada dihuraikan dalam Bab 10. Pun sangatlah terbaik  Detail dia bagi untuk setiap makanan Sunnah baginda Rasulullah SAW. Tertarik dengan part amalan & adab ketika makan - makan sikit garam sebelum makan sebabnya garam ni mempunyai dua unsur kimia iaitu sodium & klorida. Klorida diperlukan untuk membuat asid hidroklorik bagi proses penghadaman dalam perut. Jadi, kalau kita makan sedikit garam sebelum makan, ia dapat membekalkan asid hidroklorik yang mencukupi dalam perut sebelum makanan baru masuk dalam perut. Baru tahu jugak, kan?

5) Rahsia solat dari sudut sains. Pergh yang ni memang pergh la terbaik sangat  Banyak fakta mengenai solat yang kita tak tahu. Ada sebab kenapa waktu solat berlaku pada setiap waktu - Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isyak. Lepastu ada sebab kenapa Allah suruh kita solat malam & galakkan kita solat berjemaah. Ya, semuanya bukan semata-mata perintah Allah, tapi ada kaitannya dengan ilmu sains sendiri. Serius baru tahu. Huhu ~

Dan banyak lagi fakta2 menarik yang dikemukakan dalam buku ni. Boleh try baca nanti terutamanya kepada mereka2 yang mengambil bidang sains. Sesuai sangat & In shaa Allah boleh memberi motivasi untuk meneruskan pembelajaran berkaitan sains (yang dianggap susah oleh sesetengah pihak - ok, termasuk saya ) Akhir kata, bersyukurlah & berbanggalah bagi mereka yang belajar sains & pada masa yang sama belajar agama. Tabik springss  Jutaan terima kasih di atas penulisan buku yang sangat2 berilmiah ini. Banyak ilmu baru yang boleh didapati menerusi pembacaan buku2 seperti ini & of course sangat2 lah boleh diaplikasikan tak kira kita berada di bidang mana sekalipun.

Alhamdulillah. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa