بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Pena & Picagari'
Oleh : Dr. Khairul Hafidz
____________________________________________________________________________________
Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang tersangatlah lari dari bidang yang diambil Nak jadi guru, kena la baca buku berkaitan guru.. kata setengah orang ~ Maka kalau macam tu, tak berkembanglah otak ni sebab asyik fokus pada satu bidang je. Guru adalah medan untuk menyampaikan maklumat kepada anak murid. So, why not we grab this chance, baca benda2 isu semasa, hadamkan, hayati, then sebarkan ilmu tu pada anak2 murid. Sementara masa yang ada ni - pada peringkat umur mereka, otak masih fresh nak dengar kata2 guru, so peluang untuk kitalah memberi pendedahan terhadap perkara2 sahih sebelum sampai kepada mereka perkara2 yang tak sahih. See? Tak rugi kalau baca buku bergenre lain. Nak2 buku yang sememangnya ada kaitan dengan diri masing2. Tipulah kalau seseorang manusia tu tak pernah sakit ~
Ok, buku ni sememangnya sesuai untuk semua peringkat umur tak kira sesiapapun boleh baca. Tapi sangat2 lah digalakkan kepada bakal2 doktor atau bakal2 Housemanship untuk baca buku ni. Penulisan yang bersifat santai, dengan bukunya berwarna-warni, sangat menarik untuk dibaca walaupun ada la beberapa muka surat yang tak terang sangat tulisannya disebabkan background dia gelap. Tapi its okaylah, selagi boleh baca~ Terbahagi kepada bab, & of coz semua bab tu memang best untuk dibaca. Sangat memberi motivasi Terutamanya kepada bakal doktor. Kita yang confirm tak jadi doktor pun terasa bermotivasi dengan apa yang disampaikan
Antara perkara menarik yang saya nak kongsikan dalam Bab Pertama - Membongkar Mitos ialah :
1) JIN & SUBUH. Pernah alami kejadian 'kena hempap' oleh jin? Ya, mitos ni selalu kita dengar dalam masyarakat bahkan mungkin kita sendiri yang mengalaminya. Sains dah membongkar misteri di sebalik mitos ni. Keadaan 'kena hempap' sebenarnya dipanggil sebagai 'sleep paralysis'. Boleh baca secara lebih lanjut fakta yang dikemukakan dalam buku ni. Tapi apa yang pasti, perasaan 'kena hempap tu' bukannya sebab dihempap oleh jin. Tapi, waktu kita sedang tidur, fungsi otak kita aktif & badan kita tak dapat nak ikut arahan yang diberikan oleh otak. Then, perasaan melihat 'sesuatu' waktu 'dihempap' tu adalah mainan otak kanan kita yang mampu zahirkan apa sahaja lembaga di depan kita. Sebenarnya kita masih dalam keadaan tidur & merasakan bahawa mimpi tu betul. Maka, cara untuk mengatasinya adalah dengan menenangkan & mengosongkan fikiran sebabnya ini akan memberhentikan signal otak ke anggota badan.
2) MANDI MALAM. Mitos yang agak popular rasanye benda ni. Kalau mandi malam, nanti kena paru2 berair. Boleh baca lebih lanjut dalam buku ni sebab tak pandai nak ringkaskan ulasan2 saintifik yang dinyatakan Tapi apa yang pasti, tak ada maknanya akan terkena paru2 berair kalau mandi malam. Orang tua2 dulu saja cakap benda ni sebabnya kalau zaman dulu, tempat mandi kat luar. Kadang tu dekat perigi laa. So sangat bahaya kalau nak keluar waktu2 malam macam tu, lagi2 yang perempuan. Lepastu mana la tahu kot2 terjatuh dalam perigi tu ~ Haa tak ke naya?
3) AIR TULANG BELAKANG : MITOS LUMPUH? Mesti pernah dengar kan kalau pesakit diambil air tulang belakangnya akan berisiko menjadi lumpuh? Ok, prosedur mengmbil air tulang belakang ni dinamakan sebagai lumbar puncture. Boleh baca dengan lebih lanjut lagi cara air tulang belakang diambil dalam buku ni. Tapi yang pasti, penulis menegaskan bahawa beliau TIDAK PERNAH lagi berjumpa dengan pesakit yang datang dalam keadaan lemah badan atau lumpuh disebabkan membuat lumbar puncture ni Erm siapalah yang pandai2 mencetuskan benda ni gamaknya ~
4) DNA & LEMBU. Haa, yang ni pernah heboh suatu ketika dulu dalam satu rancangan TV (Rasanya semua tahu, so tak nak cakap kat sini ) Ok baik, kalau kita bagi susu lembu kepada bayi, yang masuk ke dalam badan bayi adalah NUTRIEN, bukan DNA. Kedua-dua ni mempunyai perbezaan yang sangat besar. Bayi mendapat khasiat daripada susu lembu, bukan DNA lembu. Tak ada kajian konkrit yang menyatakan bahawa DNA manusia boleh bergabung dengan DNA haiwan melalui pemakanan. Jadi tersangatlah tak mungkin kalau DNA lembu yang masuk ke badan seseorang tu boleh mengubah tingkah lakunya menjadi pemarah macam lembu. Its okay, mungkin rancangan tu ada maksud tersendiri kenapa cakap macam tu. Tapi, walau apapun, ramai yang keliru dengan kenyataan yang diberikan. Maka, pengajarannya ialah bercakaplah mengikut bidang masing2 & sekiranya di luar bidang, nyatakan sekali sumber yang sahih.
5) PARACETAMOL. Yang ni pun rasanya agak popular, katanya kalau makan paracetamol atau panadol, akan menyebabkan kerosakan ginjal. Ya, penting untuk kita tahu bahawa penguraian paracetamol adalah berlaku di HATI, bukan di GINJAL. Kerosakan di hati akan berlaku apabila paracetamol diambil secara berlebihan & berpanjangan TANPA adanya pengawasan. Jadi, walau apapun jangan ambil paracetamol secara berlebihan. Nanti akan menyebabkan KEROSAKAN HATI. Bahaya jugak tu ~
6) KESALAHAN PENGGUNAAN ALATAN PERUBATAN DALAM DRAMA & FILEM. Ya, penulis turut menyentuh mengenai kesalahan penggunaan alatan perubatan dalam drama & filem. Penulis merasakan perlu untuk didedahkan kepada masyarakat mengenai perkara ini. Disebabkan pengaruh media & drama sangat kuat dalam masyarakat, so ianya sangat bahaya kepada masyarakat yang mudah percaya. Kalau yang cerdik tu tak apalah, boleh menilai mana yang betul mana yang salah. Ce bagi orang yang mudah menerima je, rasa2? Then, buku ni juga turut disertakan gambar2 contoh dalm filem yang menggunakan alatan perubatan secara salah. Nak tergelak pun ada sebabnya memang lawak & tak logik langsung cara penggunaan tu. Come on la industri perfileman Melayu ~ Logiklah sikit !
7) DOKTOR VS ANTIVAKS. Fuhh, ada 7 part yang menghuraikan mengenai VAKSIN dalam bab first buku ni. Nampaknya mitos pasal vaksin ni amat penting. Tak pandai nak ringkaskan semua, so boleh try baca satu persatu nanti. Tapi apa yang pasti, suntikan vaksin ni sangatlah perlu kepada bayi. Pelik kenapa masyarakat 'lebih tahu' pasal vaksin ni, sokmo dok kata tak payah bagi suntikan la sebab bahaya. Eh, ingat doktor saja2 nak bagi suntikan pada orang? Ingat doktor saja2 nak bagi benda bahaya dekat orang? Fikir la sendiri Dekat Australia pun dah mulakan dasar 'No Jab No Pay', maksudnya kalau tak diberikan suntikan vaksin, hak penjagaan anak akan dinafikan. Malaysia dah boleh buat kot. Bagi sedar sikit masyarakat tu.
Dan beberapa lagi mitos lain yang dihuraikan secara santai dalam buku ni. Selain mitos, turut diceritakan liku2 kehidupan penulis sebagai seorang doktor dalam menghadapi pelbagai karenah sang pesakit. Lepastu disentuh juga cabaran2 ketika menjadi doktor & cara menghadapi penularan2 maklumat yang tak dipastikan kesahihannya yang menular di media2 sosial. Selain tu jugak, motivasi juga turut diberikan kepada semua bakal doktor atau houseman dalam buku ni. Sangat terbaik Boleh try beli & baca buku edisi 2017 ni, still fresh lagi.
Alhamdulillah, dapatlah sedikit sebanyak ilmu mengenai perubatan menerusi buku ni. Walaupun terpaksa berbanyak kali berpatah balik, semata-mata nak memahamkan & menghadam beberapa term atau istilah perubatan Tapi demi ilmu, kena hadamkan jugak. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Dr. Khairul Hafidz di atas penulisan buku yang sangat bermanfaat ini. Lepas ni nak try dapatkan & baca buku Peperangan Mitos pulak. Macam menarik je. In shaa Allah, moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#