Review buku 'Jejak Sahabat : Kisah Agung 31 Sahabat Rasulullah SAW Pembuka Mesir'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Jejak Sahabat : Kisah Agung 31 Sahabat Rasulullah SAW Pembuka Mesir'
Oleh : Mohd Nasuha Ismail Al-Azhariy


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah. Selesai membaca buku sejarah kegemilangan pembinaan tamadun Islam di salah sebuah negara di benua Afrika. Buku ni menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang para sahabat baginda Rasulullah SAW yang sempat menjejakkan kaki ke bumi Mesir demi mengembangkan risalah Islam sehingga Mesir menjadi sebuah negara Islam yang subur dengan para ulama'nya sehingga ke hari ini. Bila berbicara mengenai Mesir, mesti ramai yang tahu bahawa Mesir adalah merupakan sebuah negara yang banyak menyimpan khazanah & peradaban dunia. Bumi Mesir juga merupakan bumi para Anbiya'. Mesir jugat telah dihuni oleh ramai utusan Allah yang memperjuangkan agamaNya.

Dari segi pembacaan buku ni, sangat tertarik pada part 'Mesir Sebelum Pembukaan Islam'. Ya, Mesir telah berada di bawah penjajahan Rom Timur selama hampir 700 tahun. Pemerintahan Rom sangatlah zalim & menindas kehidupan rakyat di Mesir. Waktu baca ni memang asyik dok teringat-ingat je Surah Ar-Rum. Pemerintahan Rom di Mesir hanyalah bertujuan untuk mengaut kekayaan daripada rakyat Mesir bagi kepentingan orang2 berkuasa (lepastu teringat keadaan kat Malaysia ni macam mana~ ) Maka, pembukaan Mesir bermula pada tahun 18 Hijrah bersamaan 639M apabila Saidina Umar Al-Khattab mengizinkan Saidina 'Amru Bin Al-'As menuju ke Mesir bersama 4,000 orang mujahidin yang lain. Dalam bab berikutnya pula diceritakan mengenai kronologi2 bagaimana pada akhirnya Fajar Islam mula menyinari bumi Mesir & Iskandariah

Ok. Antara perkara menarik yang terdapat pada beberapa orang sahabat pembuka Mesir dalam buku ini ialah :

1) SAIDINA UMAR AL-KHATTAB. Saidina Umar walaupun tak pernah pergi ke Mesir bagi menyertai operasi pembukaan Mesir, tapi beliaulah orang yang paling berautoriti dalam menentukan perjalanan & pergerakan panglima2 perangnya. Dan walaupun Khalifah Rasulullah yang kedua ni bersifat gagah & tegas, beliau akan jatuh pengsan apabila terdengar ayat2 Al-Quran mengenai azab Allah. Betapa gerunnya beliau dengan ayat2 Al-Quran macam ni. Then, kita macam mana?

2) 'AMRU AL-'AS. Beliau merupakan watak utama dalam usaha mengibarkan panji2 Islam di Mesir. Beliau merupakan seorang yang sangat cerdik & bijak berpolitik. Hebat Saidina 'Amru Al-'As ni. Sebabnya dengan kepimpinan beliau & juga sahabat2 yang lain lah mereka telah berjaya membebaskan Mesir sepenuhnya daripada cengkaman Rom. Ingat kerajaan Rom bukan calang2 kerajaan?

3) 'UQBAH IBNU 'AMIR. Merupakan sahabat baginda yang digelar sebagai 'Radif' iaitu pengikut Rasulullah kerana beliau selalu bersama duduk di belakang baginda Rasulullah menunggang kenderaan. Beliau juga sering menemani Rasulullah SAW & tugasnya adalah memegang tali kekang baginda ke mana sahaja baginda pergi.

4) SA'AD BIN ABI WAQQAS. Pengislaman beliau telah menyebabkan ibu beliau terlalu marah & mengancam Sa'ad untuk tidak makan & minum disebabkan pemboikotan yang dilakukan. Apabila melihat ibunya tidak bermaya disebabkan janjinya iaitu tidak makan & minum, maka Sa'ad pun mengatakan pada ibunya - Jika ibu mempunyai 1000 nyawa sekalipun, kemudian keluar satu demi satu, tidak sesekali aku meninggalkan agamaku - Hebatkan Sa'ad apabila mendahulukan Allah daripada perkara lain. Kita?

5) ABU DZAR AL-GHIFARI. Dikenali sebagai seorang yang sangat zuhud disebabkan beliau sentiasa menyerahkan diri kepada Allah & mementingkan akhirat. Sanggup berjalan kaki memikul barang2 di belakang beliau sewaktu peperangan Tabuk disebabkan kuda yang beliau tunggangi lemah & tidak dapat meneruskan perjalanan. Beliau juga sangat memandang berat akan kesalahan kecil yang dilakukan demi menjaga ukhwah yang terjalin.

Dan beberapa lagi fakta menarik dalam buku ni yang membicarakan tentang serba sedikit mengenai 31 orang sahabat baginda Rasulullah SAW pembuka Mesir  Secara kesimpulannya, berapa banyak para sahabat baginda Rasulullah SAW yang kita semua kenal? Berapa banyak para sahabat baginda yang kita tahu kisah2 mereka? Jawapan ada pada diri masing2  Kalau kita boleh kenal ramai artis, why not kita kenal juga ramai para sahabat? Tepuk dada tanyalah iman sendiri.

Akhir kata, terima kasih diucapkan di atas penulisan buku berilmiah ni. Cantik buku ni berwarna-warni membuatkan tak jemu nak baca. Ayuh sahabat, kita kenal para sahabat baginda Rasulullah SAW dengan lebih mendalam lagi. Medannya adalah dengan pembacaan buku2 seperti ini. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa