بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Perang-Perang 4 Khalifah'
Oleh : Zul Aimran Omar
____________________________________________________________________________________
#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#

Alhamdulillah. Selesai membaca buku bergenre sejarah & sirah para sahabat baginda Rasulullah SAW. Buku ini berfokuskan kepada 4 sahabat Khulafa' Ar-Rasyidin dalam peperangan2 yang mereka lalui. Memandangkan saya agak minat pada sejarah2 baginda & para sahabat (walaupun memang banyak je sejarah & sirah zaman baginda & sahabat yang tak tahu huhu ) Alhamdulillah, bertambah la sikit pengetahuan mengenai sirah peperangan pada zaman 4 Khulafa' Ar-Rasyidin ni. Ok, review kali ni maybe agak panjang sikit (tapi macam banyak ) sebabnya kalau nak bercerita pasal sejarah tak mungkin akan pendek. So, terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. Anda memang terbaik
Bermula dengan pengenalan biodata khalifah secara ringkas, diikuti dengan pengiktirafan Islam kepada para sahabat Rasulullah SAW & barulah di'detailkan' mengenai perang2 yang berlaku pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin. Ya, banyak sangat benda yang kita tak tahu pasal sejarah mereka. Kadang tu rasa teruk sangat, kenapa sejarah Islam kita banyak tak ambik tahu instead of sejarah2 lain yang boleh kita hadam So, sama2 lah kita bersungguh-sungguh untuk mengambil tahu mengenai sejarah mereka ni walaupun mungkin sedikit, daripada tak tahu langsung ~
Baik, secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan daripada buku Perang-Perang 4 Khalifah ni seperti berikut :
-------------------------------------------------------------------------------
KHALIFAH ABU BAKAR
1) Tahun Ke 11 Hijrah
Pada tahun ini, Khalifah Abu Bakar bersama tentera2 beliau telah memerangi golongan murtad & Nabi Palsu. Setelah mendengar kewafatan baginda Rasulullah SAW di Madinah, kebanyakan umat Islam yang tinggal di luar Mekah & Madinah mulai murtad. Hal ini disebabkan keimanan mereka terhadap Islam masih belum kukuh bertapak di hati masing2. Maka, jika dibiarkan tentu akan mendatangkan bahaya kepada umat Islam yang masih setia. Justera, beliau terpaksa memerangi golongan murtad ini. Selain golongan murtad, beliau juga telah memerangi Abu Syajrah kerana menyelewengkan penggunaan wang zakat yang telah disalurkan oleh Khalifah Abu Bakar.
Seterusnya, beliau turut memerangi golongan Nabi Palsu. Pernah dengar nama Tulaibah? Ya, Tulaibah adalah salah seorang yang mendakwa bahawa dirinya seorang Nabi walaupun baginda Rasulullah SAW masih hidup pada masa itu. Selain mengaku Nabi, Tulaibah juga telah mengubah ajaran Islam dengan mengatakan bahawa solat hendaklah dilakukan secara berdiri sahaja & tidak perlu sujud dengan meletakkan dahi ke bumi. Dia juga turut mengatakan bahawa Tuhan tidak menyuruh menundukkan muka & membongkok kerana perlakuan tersebut kelihatan hodoh
Seterusnya, Sajjah binti Al-Harith. Beliau merupakan wanita pertama yang mengaku menjadi Nabi. Ketika Sajjah & pengikut2nya ingin merancang menyerang Madinah, dia terpaksa membatalkan niat tersebut kerana ketangkasan & kemaraan tentera Islam telah mengalahkan Tulaibah. Justeru, Sajjah & pengikut2nya lari meminta pertolongan satu lagi Nabi Palsu iaitu Musailamah. Disebabkan Sajjah dilihat seperti menjadi perempuan simpanan Musailamah, Sajjah berasa terperangkap dengan tindakannya itu & mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Iraq.
Musailamah merupakan Nabi palsu terakhir yang diperangi pada waktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Sikap Musailamah sangat biadap. Dia seakan-akan mencabar kewibawaan Rasulullah SAW dengan menyangkakan bahawa perjuangan baginda adalah bertujuan untuk mendapatkan habuan dunia semata-mata. Usaha memerangi Musailamah agak mencabar. Ramai tentera Islam di bawah pimpinan panglima Khalid Al-Walid telah terbunuh. Hal ini menyebabkan Khalifah Abu Bakar merasa bimbang apabila beliau mendapati dalam kalangan tentera Islam yang gugur syahid adalah antara mereka yang menghafaz Al-Quran. Daripada peristiwa inilah bermulanya cadangan beliau untuk mengumpulkan Al-Quran menjadi satu mashaf.
2) Tahun Ke 12 Hijrah
Peperangan & operasi untuk menjatuhkan kerajaan Parsi Sassanid di Iraq telah dijalankan. Antara perang yang terjadi ialah Perang Berantai, Perang Sungai, Perang Walajah, Perang Ulais, Perang Hirah, Perang Anbar, Perang Ainul Thamar, Perang Daumatul Jandal, Perang Muzaiyah & Perang Firadz. Perang Firadz merupakan perang yang menentang tentera gabungan Parsi & Rom. Boleh try baca buku ni kalau nak dapatkan detail untuk setiap perang.
3) Tahun Ke 13 Hijrah
Perang Yarmuk telah berlaku. Perang ini merupakan perang pertama Khulafa' Ar-Rasyidin menentang kerajaan Rom yang ketika itu dipimpin oleh Heraklius. Perang ini merupakan detik2 bersejarah jatuhnya kerajaan Rom. Perang ini juga sangat penting untuk membuka haluan & meruntuhkan kerajaan Rom. Setelah wafatnya Khalifah Abu Bakar, maka Khalifah Umar Al-Khattab telah mengambil alih untuk meneruskan penguasaan terhadap wilayah2 sekitar Rom.

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
1) Tahun Ke 13 Hijrah
Usaha untuk menakluki pusat pemerintahan kerajaan Rom iaitu di Damsyik telah dilakukan oleh beliau. Walaupun beliau tidak turun berperang, namun beliau telah menghantar panglima Khalid Al-Walid untuk mengetuai tentera Islam. Peperangan menakluki Damsyik di bawah pimpinan panglima Khalid Al-Walid telah berjaya dilakukan & seluruh ibu kota utama kerajaan Rom berjaya ditawan oleh tentera Islam. Disebabkan terdapatnya ramai saki-baki tentera Rom yang melarikan diri, maka Perang Fahl telah berlaku untuk mengejar & menentang mereka.
Seterusnya pada tahun ini juga, walaupun kejayaan demi kejayaan umat Islam mengusir Rom dari wilayahnya di Syria, pada masa yang sama tentera Parsi cuba menghidupkan semula kekuatan mereka di Iraq. Maka, telah berlakunya Perang Namarik, Perang Jambatan & Perang Buwaid di Parsi.
2) Tahun Ke 14 Hijrah
Perang Qadasiah pula telah berlaku. Jika Perang Yarmuk begitu penting untuk membuka laluan & meruntuhkan kerajaan Rom, maka Perang Qadasiah begitu penting untuk membuka laluan & melumpuhkan sepenuhnya empayar Parsi. Pada peperangan Qadasiah ini lah tentera Parsi menggunakan tentera bergajah. Pada awalnya memang agak sukar untuk tentera Islam menewaskan tentera Parsi ni. Tetapi berkat semangat & strategi yang mantap, akhirnya tentera Islam berjaya memenangi peperangan ini.
3) Tahun Ke 15 Hijrah
Perang berbalik semula untuk menentang kerajaan Rom yang cuba bertindak melakukan serangan balas terhadap tentera Islam. Hal ini kerana maharaja Rom iaitu Heraklius kecewa dengan kejatuhan Damsyik. Maka, terjadilah beberapa peperangan pada tahun ini. Antaranya ialah Perang Qinasrin, Perang Ajnadain & perang untuk membuka Baitul Maqdis.
4) Tahun Ke 16 Hijrah
Perang Jalula telah berlaku. Hal ini kerana tentera Parsi di bawah pimpinan Maharaja Yadzgird masih berdendam dengan tentera Islam. Maharaja Yadzgird enggan berdamai dengan tentera Islam, maka disebabkan itu dia terus menjadi buruan tentera2 Islam. Peperangan Jalula ini telah mengalami kekalahan yang sangat teruk & memaksa mereka berundur ke bandar2 yang lain. Pada akhirnya, Parsi berjaya dikalahkan!
5) Tahun Ke 20 Hijrah
Bermulanya pembukaan Mesir di bawah permerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Kalau nak tahu macam mana pembukaan Mesir ni dilakukan & siapa antara sahabat2 yang terlibat, boleh la try baca buku yang saya dah review sebelum ni Semenjak mengambil alih pemerintahan daripada Khalifah Abu Bakar pada 13 Hijrah, jasa Khalifah Umar Al-Khattab & pencapaian beliau amat membanggakan dalam sejarah umat Islam. Beliau akhirnya wafat setelah genap 10 tahun memerintah. Panglima Khalid Al-Walid pula telah wafat hampir 2 tahun sebelum Khalifah Umar Al-Khattab wafat.

KHALIFAH UTSMAN BIN AFFAN
1) Tahun Ke 27 Hijrah
Setelah bumi Iraq, Syria, Jordan, Mesir & Palestin berjaya dikuasai oleh tentera Islam, kemaraan diteruskan lagi oleh khalifah yang ketiga ini. Apabila Abdullah Bin Saad telah mencadangkan kepada Khalifah Uthsman Bin Affan untuk meluaskan lagi kawasan pemerintahan Islam iaitu kawasan persisiran pantai Afrika Utama (meliputi Tripoli (Libya), Perca & Kota Carthage) maka, Perang Afrika telah tercetus. Perang Afrika ini ternyata lebih sengit daripada Perang Yarmuk & Perang Qadasiah. Daripada Perang Afrika inilah telah tertubuhnya tentera laut Islam yang pertama.
Seterusnya, setelah kejayaan tentera Islam menawan bumi Afrika, Khalifah Utsman Bin Affan memerintahkan pula tentera Islam untuk mara ke Andalusia (Sepanyol pada hari ini). Kedudukan Andalusia yang strategik merupakan salah satu sebab Andalusia diminati oleh Khalifah Utsman Bin Affan. Tentera Islam pada mulanya telah berjaya memasuki Andalusia, tetapi akhirnya terpaksa mengundurkan diri kerana mendapat tentangan yang begitu sengit daripada tentera musuh. Perang ini dinamakan sebagai Perang Andalus. Walaupun gagal mara, namun unsur2 kebaikan Islam telah berjaya disebarkan di sana.

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
1) Tahun Ke 36 Hijrah
Telah berlakunya Perang Jamal di antara tentera sesama Islam. Perang ini terjadi ekoran daripada peristiwa pembunuhan Khalifah Utsman Bin Affan secara kejam & zalim oleh puak pemberontak. Maka, disebabkan masalah dalaman ini, terjadinya perang antara Khalifah Ali Bin Abi Talib & Aisyah isteri Rasulullah SAW (turut bersama beliau Talhah & Zubair). Boleh baca secara lanjut macam mana perang ni terjadi. Tapi yang pasti, perang ni terjadi bukannya di atas kehendak para sahabat & pengikut mereka, sebaliknya dirancang oleh musuh dalam selimut yang diketuai oleh Abdullah Bin Saba’.
Seterusnya , setelah tamat Perang Jamal, berlaku pula Perang Siffin antara Khalifah Ali Bin Abi Talib & Muawiyah Bin Abu Sufian. Apabila Muawiyah enggan berbaiah kepada Khalifah Ali Bin Abi Talib (disebabkan beliau menunggu keputusan Khalifah Ali Bin Abi Talib untuk menentukan siapakah pembunuh Khalifah Utsman Bin Affan & tersalah anggap bahawa Khalifah Ali Bin Abi Talib bersekongkol dengan pihak pemberontak dalam peristiwa pembunuhan Saidina Utsman Bin Affan), maka terjadilah Perang Siffin ni. Dan daripada perang inilah umat Islam berpecah sehingga sekarang sehingga timbul puak2 Syiah & Khawarij.

Maka, secara kesimpulannya, perang2 yang berlaku bukanlah semata-mata perang melawan musuh, bahkan lebih kepada perluasan kuasa empayar Islam & dakwah Islam. Satu kejayaan yang besar buat umat Islam apabila berjaya menakluki kawasan Rom & Parsi. Buku ni memang banyak pengajaran yang boleh kita dapat terutamanya dari segi kepimpinan. Pemimpin yang hebat bukan sahaja hanya pandai mengarah, tetapi turut kreatif dalam mengeluarkan arahan. Dan apa yang pasti, ketaatan kepada Allah dalam menegakkan agamaNya adalah yang paling utama. Dan ingatlah, walau apapun yang terjadi, sahabat Rasulullah SAW merupakan orang yang mulia. Kita tiada hak mencaci mereka.
Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan di atas penulisan buku sejarah ini. Cuma terdapat satu je kelemahan dalam buku ni - tak ada nota kaki But it's okay, still berbentuk fakta dalam penceritaan, bukannya novel. Tapi apa yang disampaikan memang dapatlah sedikit sebanyak ilmu dalam menyoroti setiap kisah perang pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin. Ambil iktibar, itu yang paling penting. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !