Ringkasan review novel 'Aminah Bunga Kaum Qurais

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Aminah Bunga Kaum Quraisy '
Oleh : Ezee Rahmani

____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca novel sejarah mengenai bonda kepada pemimpin agung umat Islam sehingga kini iaitu Aminah, bonda kepada baginda Rasulullah SAW. Dah lama rasanya tak menghadap buku2 bergenre sejarah berkaitan baginda Rasulullah SAW ni 😇 Banyak ilmu yang saya kira baru dapat menerusi pembacaan novel ni.

Menceritakan kisah mengenai Aminah daripada beliau kecil sehingga beliau meninggal, bagaimana beliau dibesarkan oleh bapa saudara beliau (sebab dari kecil lagi beliau sudah kehilangan kedua ibu bapa kandung beliau), bertemu dengan Abdullah & berkahwin dengannya sehinggalah melahirkan baginda Rasulullah SAW. Beliau digelar sebagai 'Bunga Kaum Quraisy' kerana menjadi kebanggaan masyarakat Mekah 👍😄

Ok baik. Memandangkan buku ni adalah merupakan novel & diadaptasikan daripada kisah benar, maka pasti akan ada beberapa tokok tambah untuk menambahkan lagi 'perasa' dalam cerita. Jadi, apa yang paling penting ketika membaca adalah dengan mengambil tahu mengenai 'plot' cerita dari awal sehingga akhir dalam kehidupan Aminah 😇 So dari situ in shaa Allah kita akan tahu serba sedikit mengenai kehidupan bonda insan teragung satu2 nya ni.

Btw, part yang paling saya tertarik adalah mengenai penebusan Abdullah Bin Abdul Mutalib, iaitu bapa kepada baginda Rasulullah SAW dengan 100 ekor unta. Teringat saya waktu kuliah Maghrib di KK3 haritu, waktu tu surau ada buat kuliah Maghrib mengenai 'Nasab & Nama-Nama Mulia Rasulullah SAW', then saya rasa itulah kali pertama saya tahu pasal cerita ni (Ok, teruk sangat kan 😂) Seriously, first time kot baru tahu kisah Abdullah yang nak kena sembelih oleh bapa beliau sendiri.

And saya tak tahu la kot korang pun tak tahu jugak pasal kisah ni kan ~ Ke saya je yang ketinggalan eh 😅 Kessah, yang penting saya tak tahu and baru tahu 😅 Ok, takpe. Apa yang pasti, 'Nasab & Nama-Nama Mulia Rasulullah SAW' ni ada buku khas dia. Nanti kalau rajin saya review sikit kisah2 best yang mungkin kita tak pernah tahu. Buku ni pun tak ada kat mana2 kedai buku, saya dapat pun sebab penulis sendiri yang bagi.

Ok macam dah tersasar pulak cerita. Gitulah kisahnya. So, satu benda yang saya dapat hari ni, kita selalu kata yang kita sayangkan baginda. Tapi tanya balik diri kita, sejauh mana rasa sayang kita tu kalau sejarah2 berkaitan baginda pun kita banyak tak tahu. Erm, tak tahu tu tak apa lagi. Ni yang tak ambik tahu langsung, guane? 😓

Btw, banyak input yang saya dapat dalam novel ni. Terima kasih penulis sebab dah berjaya menulis novel sejarah sebegini. Novel ni tak berat, ringan je. So siapa2 je boleh baca ok 😄 Ok lah, moga Allah redha ! 😇

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________



Review buku 'Kisah 25 Filsuf Barat'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Kisah 25 Filsuf Barat'
Oleh : Matluthfi

____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Maka, selesailah sudah menghadam buku berkenaan Filsuf Barat secara ringkas setelah banyak halangan untuk menghabiskan pembacaan
😅 Ok, dalam buku ni menghuraikan mengenai 25 orang ahli falsafah Barat daripada Socrates hinggalah ke Foucault dengan bahasa yang mudah & menarik. Seperti biasa, Matluthfi pasti akan menyelitkan 'sense of homour’ dalam buku ni yang mampu membuatkan kita ketawa & pada masa yang sama membuatkan kita berfikir tentang tema yang beliau cuba ketengahkan.

Melihat kepada orang kita sekarang (terutamanya anak2 muda macam saya) yang mempunyai pemikiran bahawa subjek falsafah adalah boring & boleh membuatkan kita tidur, jadi, Matluthfi mengubah persepsi tu dengan memberikan sedikit elemen santai dalam buku ni. Saya jamin, anda takkan boring bila baca buku ni walaupun temanya agak berat berbanding buku2 beliau sebelum ini. So kalian, bila nak try baca pulak
😅?

Ok baiklah, seperkara yang telah menarik minat saya pada buku ni ialah buku ni akan memperbetulkan persepsi orang yang membacanya bahawa ilmu falsafah tidak akan menyesatkan manusia. Teringat saya pernah ada beberapa isu yang mengatakan bahawa apabila kita membaca buku Faisal Tehrani, kita akan terus dicop syiah. Bila kita membaca buku Ibnu Taimiyah pulak, kita akan dicop sebagai wahabi. Dan isu2 lain la yang berkaitan
😅

Nampak kan, pemikiran dogmatik memang kuat bersarang dalam masyarakat kita ni. Sedangkan orang yang kuat menghukum ni entah2 pernah baca atau tak buku2 tu. Btw, tu daripada sudut pandangan saya la. Saya tak tahu pandangan anda macam mana kan ~ Then, buku ni kebanyakan isinya diambil daripada The School of Life, jadi rujukannya boleh dikatakan agak berwibawa 👍😇

So, berbalik kepada buku Kisah 25 Filsuf Barat, ia banyak menyentuh mengenai pemikiran para2 filsuf yang terkenal pada zaman dahulu. Mereka memikirkan tentang hakikat kehidupan, persahabatan, rasionalisme, logik akal & emosi dalam perbahasan serta banyak lagi. Daripada penulisan dalam setiap perenggan yang tertulis, para pembaca boleh mengaitkan bahawa hasil pemikiran filsuf2 ini sedikit sebanyak hampir sama dengan fikrah Islam, walaupun ada juga filsuf yang menzahirkan pandangan beliau yang tersasar.

So, kepada pembaca2 yang mahu memperbaiki pemikiran atau menambahkan lagi ilmu tentang penulisan, sejarah & kehidupan, bolehlah baca buku ni. Tak salah pun, sebab yang paling penting sumber rujukan utama kita tetap Al-Quran. Tapi, apa yang pasti, bila kita baca buku ni, kita akan dapat mengenal pasti bahawa intelektual manusia tersangatlah hebat & intuisi mencari makna kehidupan adalah satu fitrah bagi mereka yang bernyawa. Cuma, sumber intuisi mereka tidaklah bersanadkan Al-Quran & Al-Hadith.

So Matluthfi, tahniah sebab dah berjaya membawa idea & konsep Falsafah Barat dalam bahasa yang cukup santai. Best baca buku ni terutamanya bagi orang yang noob dalam mengenali para filsuf macam saya. Cewahh merendah sungguh 😂 Ok lah, moga Allah redha ! 😇

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________



Review buku 'Momen2 Matluthfi'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Momen2 Matluthfi'
Oleh : Matluthfi

____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku daripada saudara Matluthfi yang seterusnya  Momen2 Matluthfi - semestinya momen2 berdasarkan pengalaman beliau dengan diselitkan juga isu2 sarkastik yang kadang tu membuatkan saya tak berapa nak faham dengan apa yang beliau sampaikan (dengan kata lain, pemikiran beliau ni terlalu tinggi untuk tulis isu2 tu )

Btw, buku ni ditulis dengan lebih cermat nampaknya berbanding buku beliau yang pertama iaitu Catatan Matluthfi. Isi2 dalam buku ni juga lebih panjang & disertai dengan fakta serta ilmu untuk kita hadam ketika membaca. Well, Matluthfi tak pernah tak guna loghat beliau dalam buku ni. So, ia agak humour disitu.

Then, penulisan beliau ni kadang tu agak pedas, kadang tu humour berlebihan, kadang tu serius, kadang tu memang diluar kotak (had ni yang membuatkan saya ada yang tak faham tu ) & of course kadang tu membuatkan saya tersentap fuhh. Mungkin beliau nak pembaca2 beliau ni supaya sensitif dalam melihat sesuatu perkara tu sebagai seorang yang berperikemanusiaan.

Part paling lawak? Muazzin Ulong of course  Then, part paling terkesan sekali? Of couse la part last sekali tu huhu. Sebabnya berkaitan dengan kematian. Bagus betul Matluthfi kan. Nampak la beliau tak nak bagi pembaca2 beliau 'hanyut' dengan begitu sahaja bila baca buku ni. Nak quote sikit la kata2 beliau pada part last tu :

"Pada hari terakhir kita di muka bumi nanti, yang bakal terserlah bukanlah berapa banyak pencapaian peribadi yang berjaya kita rangkul, tetapi berapa banyak hati yang telah berjaya kita sentuh."

Allahu, sangat setuju dengan statement ni sebab benda tu berlaku depan mata sewaktu opah meninggal haritu. Sejuk sangat tengok bila satu taman turun memberi penghormatan terakhir pada beliau. Ya, semoga kita digolongkan dalam kalangan orang beriman. Amiin.

Btw, terima kasih Matluthfi di atas penulisan buku ni. Walaupun ada part yang tak berapa dapat untuk saya hadamkan, tapi sejujurnya banyak perkara lain lagi yang membuatkan saya terfikir ~sejenak. Alhamdulillah, moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review novel 'Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama'
Oleh : Teme Abdullah


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Maka selesailah sudah membaca keempat-empat buku daripada Teme Abdullah secara berturut-turut setakat ni. Nah, Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama, pastinya lain daripada yang lain. Berlatar belakangkan suasana klasik-futuristik, sah lah Teme ni seorang yang mempunyai imaginasi yang agak tinggi sehingga mampu mencipta sebuah karya yang luar daripada kebiasaan  Tahniah Teme, tak salah saya meminati karya saudara.

So, ada apa pada novel Empayar : Hikayat Putra Tanpa Nama? Ok, sebelum saya review, saya nak quote sikit kata2 yang terdapat di belakang novel : "Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa. Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik."

Yup, kata2 yang sangat berkait dengan jalan cerita dalam novel ni. Ok baik. Novel ni menceritakan tentang kisah mengenai pelatih2 di sebuah madrasah yang bernama Madrasah Taming Sari. Dalam Madrasah Taming Sari, pelatih2 tak boleh gunakan nama diorang yang sebenar, tapi diorang gunakan nama gelaran seperti Pelatih 8492, Pelatih 6480, Pahlawan 1636 & banyak lagi. Menarik kan? So, watak utama dalam buku ni adalah Pelatih 8492, manakala watak antagonis pula adalah Pahlawan 1636.

Kemuncak cerita bermula apabila Pelatih 6480 telah dipenjara di Kamar Hukuman Madrasah Taming Sari atas 'kesalahan' beliau yang ingin melengkapkan kisah cintanya (betul ke ayat ni ) terhadap Pelatih 2335. Opss, sabar dulu. Novel ni bukan kisah cintan-cintun ya. Tapi, disebalik kejadian tu, maka, terserlahlah sikap sebenar Pahlawan 1636 yang seolah-olah menggunakan nas2 agama untuk menghalalkan tindakannya yang salah & mengkafirkan orang lain. Apa orang kata tu, penunggang agama  ~ Haa gitulah.

Maka, sahabat baik Pelatih 6480, iaitu Pelatih 8492 pun tak puas hati la dengan apa yang terjadi kan. Maka, beliau pun berbahas semula dengan menggunakan hujah2 berdasarkan nas & dalil yang betul. Dan hal ini telah menyebabkan Tuan Mursyid Bija (pengetua madrasah) merasakan bahawa Pelatih 8492 bukanlah calang2 orang. Sampaikan Tuan Mursyid Bija sendiri nak melantik Pelatih 8492 untuk menjadi pahlawan menggantikan Pahlawan 1636.

Ok baiklah, saya tahu anda pun dah pening dok baca apa tah kat atas, maka saya stop sini ya. Nak tahu lebih lanjut pasal jalan cerita boleh la try beli and baca nanti ok  So, ada satu perkara besar yang saya nak sentuh berdasarkan apa yang saya dapat hasil daripada pembacaan novel ni iaitu PENUNGGANG AGAMA. Yup, dengan kata lain, penunggang agama ni adalah orang2 yang menggunakan nas2 agama untuk menghalalkan segala tindakan mereka yang salah walaupun terpaksa mengkafirkan orang lain.

Orang2 gini lebih bahaya rasanya daripada orang yang dah sedia kafir  Sanggup mempergunakan agama untuk kepentingan diri & untuk menaikkan nama serta imej sendiri. Tak dinafikan, memang ada orang2 yang macam ni pada zaman sekarang. Penyelewangan agama sebegini sebenarnya dilakukan oleh mereka yang tahu akan ilmu agama tu sendiri. Kelebihan ilmu yang mereka ada tu telah digunakan sebagai senjata utama untuk memanipulasi manusia lain.

Sindiran yang tepat memandangkan pada zaman kini sememangnya ada ramai penunggang agama  So, Teme mungkin nak menyedarkan pembaca2 beliau bahawa bahayanya kewujudan penunggang2 agama ni. Berbalik kepada quote di atas tadi la. Allahu, moga kita dijauhkan daripada menjadi penunggang agama. Thank you so much Teme sebab dah buat jalan cerita yang menjentik minda saya untuk berfikir & membuat refleksi semula. Banyak nasihat yang tersirat diselitkan Teme dalam novel ni, bersesuaian dengan keadaan zaman kini.

Then, memandangkan novel ni ada sentuh sikit mengenai pelacur & of course perkara ni mengingatkan saya kepada drama Nur, maka apa yang saya dapat simpulkan ialah kita tahu bahawa zina & menjadi pelacur tu adalah merupakan dosa besar. Tapi, kita tak pernah diajar untuk menyantuni mereka2 ni sebabnya pada pandangan kita, mereka tak ada harapan untuk mendapat syurgaNya, tanpa kita sedar yang mungkin mereka terpaksa memilih jalan tu kerana terpaksa  Mungkin kita lupa, ada hadis yang mengisahkan tentang pelacur yang masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing.

So, secara kesimpulannya, banyak lagi pengajaran lain yang Teme ketengahkan dalam novel ni, tapi saya tak dapat nak sentuh semua sebab kesuntukan masa. Dan, untuk pengetahuan semua, ending cerita ni memang tergantung. Nampaknya akan ada #Empayar kedua lah jawabnya. Ok, had tu tak sabar nak tunggu. Sebuah karya yang fresh, of course tak sabar nak baca sambungannya. Btw, syabas Teme atas karya fiksyen yang pertama daripada saudara

Semoga terus menginspirasikan pembaca2 setia seperti saya. Thank you #EmpayarTeme. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Impian Jalanan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Impian Jalanan'
Oleh : Teme Abdullah 


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku ketiga daripada Teme Abdullah iaitu Impian Jalanan. Kalau buku Pelukis Jalanan mengisahkan tentang suka duka Teme ketika mula2 menjejakkan kaki di London sebagai mahasiswa tahun pertama, buku Arkitek Jalanan pula mengisahkan tentang perjalanan beliau ketika menjadi mahasiswa tahun akhir di London, maka buku Impian Jalanan melengkapkan kisah kedua-duanya iaitu mengenai zaman kanak2 beliau & selepas beliau habis belajar serta bekerja di Kota London

Seperti biasa, penulisan Teme tak pernah tak menginspirasikan. Dalam buku ni, Teme menggunakan nama 'Iskandar' & panggilannya 'Ikiy'. Nama sebenar beliau atau tak, wallahu a'lam. Mungkin ya, mungkin tidak. Siapa tak kenal Teme kan, sekali misteri, mungkin selama-lamanya akan misteri  Ok. So, dalam buku ni, ada 2 babak : First, waktu Teme masih kecik and second, waktu kehidupannya masa kini. Tapi apa yang diceritakan dalam buku ni tak ada lah sampai 100% betul. Pasti akan ada tokok tambah sebagai penambah perasa dalam cerita

So, antara yang menarik dalam buku ni ialah kisah sewaktu Teme masih kecil. Siapa sangka, bermula daripada 5 tahun lagi Teme dah diuji dengan penglihatan yang rabun. Selain tu, Teme jugak menghidapi penyakit dislexia + tak tahu membaca + menulis + tergagap-gagap ketika bercakap. Tapi, disebalik kelemahan ni, pasti akan ada kelebihannya. Teme dalam bab2 lukisan memang superb, mantap sangat  Walaupun masih amatur, tapi lukisan2 beliau nampak seperti dah lama melukis. Allahuu, sungguh Allah itu Maha Adil.

Then, Teme menceritakan pula bagaimana penerimaan orang sekeliling terhadapnya yang mengalami masalah2 tersebut. So, Teme sering merasa rendah diri. Beliau tak ada lah cemerlang mana. Tapi walaupun macam tu, bakat yang dimiliki Teme telah membawa beliau pergi lebih jauh. Guru2 perasan akan bakat beliau sehingga berjaya memujuk beliau untuk menyertai pertandingan melukis poster. Then, dalam babak ni jugak ada diceritakan tentang macam mana Teme dikhianati oleh kawan baiknya sendiri & macam mana dia bangkit semula.

Then, dalam babak 2 pulak menceritakan tentang kisah zaman dewasa Teme yang sekarang. Dalam babak ini jugak ada diceritakan mengenai kejayaan Teme setelah apa yang dilalui beliau sebelum2 ni. Babak ni jugak turut menyelitkan tentang kepulangan beliau ke Malaysia, rancangan beliau untuk berkahwin & rancangan beliau untuk menjelajah ke serata Malaysia. And of course watak Ahmad sebagai kawan baik beliau tidak ketinggalan. Sekali lagi, terasa sejuk sangat hati ni bila baca tentang persahabatan diorang tu

So, banyak sangat pengajaran yang saya dapat ketika membaca buku ni. Antaranya ialah :

1) Allah berikan kita 86,400 saat setiap hari. Jika orang mencuri 10 saat masa kita dengan membuat perkara2 yang tak baik kepada kita, kenapa kita nak rosakkan lagi 86,390 saat yang selebihnya dengan kesedihan & kemurungan? Life must go on guys, no matter what.

2) Pengkhianatan. Yes, kadang2 tu betrayal doesn't come from your enemies, it often comes from your closed ones. Geram je baca pasal Arif tu. Agaknya apa la pekerjaan dia sekarang kan. So, jangan nak baik sangat dengan semua orang sampai dikhianati macam tu.

3) Kebahagiaan. Belajar bahagia dengan apa yang ada, bukan bersedih dengan perkara yang tidak ada. Itulah kunci untuk hidup bebas daripada belenggu dunia. Allahu, betul tu. Terkadang kita fikir yang bahagia tu datang daripada harta yang banyak. Tapi kita silap. Berapa ramai yang kaya tapi tak bahagia?

4) Bila mati, hanya tinggal diri kita & pencipta, bukan kemegahan nama yang dicipta. Dalam erti kata lain, walaupun kita berharta & terkenal, itu semuanya Allah boleh tarik bila2 masa, maka sentiasalah bersikap zuhud. Remember this, bak kata Teme : "You're something. But you're actually nothing."

Dan lain2 lagi pengajaran lain. Btw, bagi saya, Teme ni adalah antara penulis yang membuatkan kita rasa dekat dengan beliau walaupun nak tengok muka beliau pun memang tak lah jawabnya  Dan dalam buku Impian Jalanan ni pun sebenarnya, saya rasa terpukul jugak bila Teme sentuh mengenai bagaimana seorang guru mampu mempengaruhi seseorang pelajar tu. Maka, harapan saya adalah agar saya dapat menjadi seorang guru yang terbaikpada suatu hari nanti. Doakanlah, amiin2.

Terima kasih banyak Teme di atas penulisan yang sangat2 menginspirasikan ni. Nak2 part guru and murid tu. I like how you portray the characters very well in this book. So, buku #ImpianJalanan dah habis dibaca, nak move pulak ke buku last Teme setakat ni : Empayar. Thank you so much again Teme for your third inspiring book. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Arkitek Jalanan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Arkitek Jalanan'
Oleh : Teme Abdullah


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku Teme yang seterusnya iaitu Arkitek Jalanan  Buku ni merupakan kesinambungan kepada buku Pelukis Jalanan. Kalau dalam buku Pelukis Jalanan, Teme mulakan dengan bercerita tentang kisah hidupnya semasa mula2 menjejakkan kaki di London & suka duka ketika menjadi mahasiswa tahun pertama, maka dalam buku ni pulak Teme menceritakan tentang kisah hidupnya ketika menjadi mahasiswa tahun akhir universiti.

Sangat menarik buku ni sebabnya Teme ada selitkan jugak sedikit lontaran fikiran & kritikan sosial beliau yang kadang2 tu macam aduhh, terkena pada diri sendiri kot. Tapi walau apapun, thank you so much Teme sebab pemikiran tu memang berasas & kritikan tu sangat membina  Antara yang saya tertarik adalah mengenai trend kahwin muda & buku yang dikeluarkan berkaitan kahwin muda tu. I don't know why but I'm quite agree with the statement that he stated in this book. Ok yang ni tak nak ulas panjang. Kalau nak tahu boleh baca nanti.

Then, dalam buku ni jugak, Teme perincikan lagi persahabatan beliau dengan Ahmad. Kalau dalam Pelukis Jalanan, Ahmad boleh dikira sebagai watak sampingan. Tapi kalau dalam buku ni pulak, Ahmad boleh dikira sebagai second male lead character gitu cewahh. Suka sangat dengan hubungan diorang ni. Masing2 membantu antara sama lain. Kalau sorang down, sorang akan up kan balik. Masing2 akan bagi nasihat berguna. Allahuu.. indahnya persahabatan kerana Allah kan

Then, dalam buku ni jugak mengajar kita untuk menerima ketentuanNya. Kadang tu, apa yang kita nak, Allah tak bagi direct pun. Tapi Allah bagi dalam bentuk lain yang tak pernah kita jangka. Jadi, jangan pernah mengeluh & usaha selagi boleh. Semua yang berlaku atas dunia ni ada hikmahnya. Ke atas kita je nak redha atau tak. Btw, semoga kita tergolong dalam golongan hamba2Nya yang redha & bersyukur. Amiin2

So, banyak lagi lah cerita dalam buku ni yang boleh diambil untuk dijadikan iktibar. And sepanjang saya membaca 2 buku Teme ni, bagi saya Teme seorang yang pandai bercerita & mengolah. Tak guna jugak kan kalau seseorang tu banyak pengalaman untuk diceritakan tapi tak pandai nak tulis & olah semula pengalaman tu dalam bentuk penulisan. And yes Teme, you did it very well !  In Shaa Allah sesuai dibaca oleh golongan2 pelajar macam kita ni.

So, untuk yang terakhirnya, saya nak bagitau yang saya paling suka part lukisan Teme yang Teme buat guna tangan tu menggunakan kertas bersaiz A0. And yes, ada kisah disebaliknya sebab apa Teme terpaksa melukis atas kertas yang besar gedabak tu. Boleh tengok sini :


How amazing your work Teme ! And how sad your story behind this

Btw, thank you so much Teme untuk penulisan yang sangat2 menginspirasikan ni. Lepas ni nak move lagi ke next buku Teme pulak iaitu #ImpianJalanan. Btw semalam saja la belek2 buku tu sebelum tidur, then macam dah berubah je nama Teme #eh. Mungkin nama asal beliau kot  And saja jugak belek2 page belakang sekali. You know what, teruja kot tengok gambar passport tu  Haish. Jauhi aku daripada fitnah ya Allah  Ok lah, moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Pelukis Jalanan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Pelukis Jalanan'
Oleh : Teme Abdullah


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai menghabiskan pembacaan yang tertangguh untuk buku daripada penulis bernama Teme Abdullah ni. Buku yang disampaikan dari hati, pasti sampai ke hati. Tahniah Teme. I'm really inspired by your story  Walaupun identiti Teme dirahsiakan, tapi saya faham je kenapa beliau buat macam tu. Ada dekat part last buku, beliaunyatakan sebabnya.

Ok, buku ni menceritakan tentang kisah benar mengenai perjalanan seorang mahasiswa bernama Teme (btw, ni bukan nama sebenar beliau ya) menghadapi kesukaran hidup ketika berada di London. Teme pada asalnya adalah pemegang biasiswa. Tetapi disebabkan beliau agak 'lambat' tersedar mengenai ujian A-level yang bakal dihadapi, maka persediaan pun tak cukup beliau lakukan.

Dan akhirnya, beliau ketinggalan 1 mata je untuk melayakkan diri ke luar negara. Then, dari situ, beliau bertekad untuk meneruskan pelajaran di luar negara dengan self-sponsored bermodalkan duit bussiness design beliau yang masih berbaki. Beliau juga menolak untuk menyambung pelajaran di dalam negara memandangkan pada waktu tu, universiti2 tempatan tak terima keputusan A-level.

Maka, di sanalah bermulanya jatuh bangun Teme. Dengan hilangnya sejumlah duit untuk melunaskan keseluruhan yuran pengajian. Dengan terpaksa bekerja part-time nya. Dengan menghadap karenah kawan2nya. Ada yang baik, baik sangat. Ada yang jahat, jahat sangat. Then, bayangkan belajar sambil bekerja part-time. Student architecture pulak tu. Busy oo student architecture kalau nak diikutkan.

Then, ada satu tahap tu, beliau hanya makan nasi + telur + garam selama sebulan sebabnya tak boleh nak submit online assignment. Ni pasal tak settle lagi laa tuition fee tu. Pastu Teme pun terpaksa berhutang dengan kawan beliau. Nasib baik kawannya tu bagi walaupun pura2 kena bayar lebih baru boleh on. Dan Teme pun sempat menghantar assignment tu

Then, kisah Teme disabotaj oleh rakan sekelas sampai hampir kena repeat semester. Seriously memang geram je bila baca  Ni kalau ada kat tempat kita pun tak tahu laa apa akan kita buat. Dapat sleeping partner pun rasa macam nak maki (opss, kasar pulak ) inikan pula dapat partner yang sabotaj. Yahudi betul. Memang bangsa Yahudi bangsa dilaknat kan.

Then, yang paling best sekali adalah part Teme mula melukis di jalanan. Siapa sangka, anugerah yang Allah bagi pada Teme digunakan sebaiknya. Dapatlah beliau gunakan anugerah tu untuk menjana pendapatan. Dan dari lukisan itulah Teme mula menempah nama di Instagram sampai sekarang

Haa lagi satu, lupa nak cerita, Teme ni ada kawan baik, namanya Ahmad. Alhamdulillah, sejuk je baca watak si Ahmad ni yang susah senang tetap bersama Teme. Sampai sekarang Ahmad tetap besama Teme  Thank you Ahmad. Maka, antara pengajaran yang saya dapati daripada kisah Teme melalui buku ni ialah :

1) Bukan hanya ada satu jalan untuk berjaya. Jangan pernah berputus asa & teruskan berjalan. Bak kata Teme dalam buku ni, "Ia kekal dongeng jika engkau tidak kekal berjalan". (Eh ada kaitan ke kata2 ni? )

2) Positif dalam setiap perkara. Kalau rasa nak marah, cuba ubatkan dengan sabar & kembali kepada Dia. Kadang, marah tu bukannya boleh selesaikan masalah pun, kan? Jadi, bersabar itu lebih baik.

3) Keadaan susah bukan bermakna kita tidak boleh memberi. Macam cerita Teme ni, beliau sanggup bagi ayam goreng yang beliau dah lama teringin pada pengemis jalanan tu. Allahu, betullah kata Teme. Bahagia itu bukanlah terbit daripada harta berjuta, tetapi penghargaan kepada sekecil-kecil kurniaan yang Allah berikan pada kita. Dalam keperitan, akan diselitkan kebahagiaan sekali sekala.

4) Yakin terhadap pertolongan Allah. Kembali bertawakkal bila dah rasa 'lari' dari landasanNya tu. In Shaa Allah, pasti Dia bagi jalan keluar pada kita.

5) Bersyukur & hargailah kelebihan yang kita ada. Mungkin kita pandang kelebihan kita tu sebagai sesuatu yang biasa2. Tapi bagi orang lain, benda tu luar biasa sebabnya tak semua orang boleh buat.

Dan banyak lagi pengajaran lain  Daebak sangat buku Teme ni. Dekat bahagian belakang sekali ada diselitkan sketch2 Teme yang superb amazing tu. Dan itulah lukisan yang beliau jual untuk jana pendapatan. Then kalau nak tengok dekat Instagram beliau pun boleh nanti.

So lepas ni nak move ke next buku pulak - Arkitek Jalanan. In Shaa Allah kalau dah lepas baca nanti saya review ya  Sebelum berundur, saya nak quote sikit satu kata Teme :

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku & hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku."

Allahu, benarlah. Pengalaman tu tersangatlah bernilai & berharga, apatah lagi pengalaman2 yang telah memberikan kesan sepanjang hidup kita. Terima kasih Teme di atas penulisan buku #PelukisJalanan ni. Really2 inspiring !

In Shaa Allah sarat dengan motivasi khususnya kepada mahasiswa2 yang mempunyai kemahuan & cita2 untuk menyambung pengajian ke luar negara. Dan In Shaa Allah juga, tak rugi baca sebab akan ada semangat yang boleh diserap daripada si Teme ni 😁 Dan sesuai untuk student2 yang mudah berputus asa (yang pasti bukan sayalah #eh)

Alhamdulillah. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa