Review buku 'Pelukis Jalanan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Pelukis Jalanan'
Oleh : Teme Abdullah


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai menghabiskan pembacaan yang tertangguh untuk buku daripada penulis bernama Teme Abdullah ni. Buku yang disampaikan dari hati, pasti sampai ke hati. Tahniah Teme. I'm really inspired by your story  Walaupun identiti Teme dirahsiakan, tapi saya faham je kenapa beliau buat macam tu. Ada dekat part last buku, beliaunyatakan sebabnya.

Ok, buku ni menceritakan tentang kisah benar mengenai perjalanan seorang mahasiswa bernama Teme (btw, ni bukan nama sebenar beliau ya) menghadapi kesukaran hidup ketika berada di London. Teme pada asalnya adalah pemegang biasiswa. Tetapi disebabkan beliau agak 'lambat' tersedar mengenai ujian A-level yang bakal dihadapi, maka persediaan pun tak cukup beliau lakukan.

Dan akhirnya, beliau ketinggalan 1 mata je untuk melayakkan diri ke luar negara. Then, dari situ, beliau bertekad untuk meneruskan pelajaran di luar negara dengan self-sponsored bermodalkan duit bussiness design beliau yang masih berbaki. Beliau juga menolak untuk menyambung pelajaran di dalam negara memandangkan pada waktu tu, universiti2 tempatan tak terima keputusan A-level.

Maka, di sanalah bermulanya jatuh bangun Teme. Dengan hilangnya sejumlah duit untuk melunaskan keseluruhan yuran pengajian. Dengan terpaksa bekerja part-time nya. Dengan menghadap karenah kawan2nya. Ada yang baik, baik sangat. Ada yang jahat, jahat sangat. Then, bayangkan belajar sambil bekerja part-time. Student architecture pulak tu. Busy oo student architecture kalau nak diikutkan.

Then, ada satu tahap tu, beliau hanya makan nasi + telur + garam selama sebulan sebabnya tak boleh nak submit online assignment. Ni pasal tak settle lagi laa tuition fee tu. Pastu Teme pun terpaksa berhutang dengan kawan beliau. Nasib baik kawannya tu bagi walaupun pura2 kena bayar lebih baru boleh on. Dan Teme pun sempat menghantar assignment tu

Then, kisah Teme disabotaj oleh rakan sekelas sampai hampir kena repeat semester. Seriously memang geram je bila baca  Ni kalau ada kat tempat kita pun tak tahu laa apa akan kita buat. Dapat sleeping partner pun rasa macam nak maki (opss, kasar pulak ) inikan pula dapat partner yang sabotaj. Yahudi betul. Memang bangsa Yahudi bangsa dilaknat kan.

Then, yang paling best sekali adalah part Teme mula melukis di jalanan. Siapa sangka, anugerah yang Allah bagi pada Teme digunakan sebaiknya. Dapatlah beliau gunakan anugerah tu untuk menjana pendapatan. Dan dari lukisan itulah Teme mula menempah nama di Instagram sampai sekarang

Haa lagi satu, lupa nak cerita, Teme ni ada kawan baik, namanya Ahmad. Alhamdulillah, sejuk je baca watak si Ahmad ni yang susah senang tetap bersama Teme. Sampai sekarang Ahmad tetap besama Teme  Thank you Ahmad. Maka, antara pengajaran yang saya dapati daripada kisah Teme melalui buku ni ialah :

1) Bukan hanya ada satu jalan untuk berjaya. Jangan pernah berputus asa & teruskan berjalan. Bak kata Teme dalam buku ni, "Ia kekal dongeng jika engkau tidak kekal berjalan". (Eh ada kaitan ke kata2 ni? )

2) Positif dalam setiap perkara. Kalau rasa nak marah, cuba ubatkan dengan sabar & kembali kepada Dia. Kadang, marah tu bukannya boleh selesaikan masalah pun, kan? Jadi, bersabar itu lebih baik.

3) Keadaan susah bukan bermakna kita tidak boleh memberi. Macam cerita Teme ni, beliau sanggup bagi ayam goreng yang beliau dah lama teringin pada pengemis jalanan tu. Allahu, betullah kata Teme. Bahagia itu bukanlah terbit daripada harta berjuta, tetapi penghargaan kepada sekecil-kecil kurniaan yang Allah berikan pada kita. Dalam keperitan, akan diselitkan kebahagiaan sekali sekala.

4) Yakin terhadap pertolongan Allah. Kembali bertawakkal bila dah rasa 'lari' dari landasanNya tu. In Shaa Allah, pasti Dia bagi jalan keluar pada kita.

5) Bersyukur & hargailah kelebihan yang kita ada. Mungkin kita pandang kelebihan kita tu sebagai sesuatu yang biasa2. Tapi bagi orang lain, benda tu luar biasa sebabnya tak semua orang boleh buat.

Dan banyak lagi pengajaran lain  Daebak sangat buku Teme ni. Dekat bahagian belakang sekali ada diselitkan sketch2 Teme yang superb amazing tu. Dan itulah lukisan yang beliau jual untuk jana pendapatan. Then kalau nak tengok dekat Instagram beliau pun boleh nanti.

So lepas ni nak move ke next buku pulak - Arkitek Jalanan. In Shaa Allah kalau dah lepas baca nanti saya review ya  Sebelum berundur, saya nak quote sikit satu kata Teme :

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku & hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku."

Allahu, benarlah. Pengalaman tu tersangatlah bernilai & berharga, apatah lagi pengalaman2 yang telah memberikan kesan sepanjang hidup kita. Terima kasih Teme di atas penulisan buku #PelukisJalanan ni. Really2 inspiring !

In Shaa Allah sarat dengan motivasi khususnya kepada mahasiswa2 yang mempunyai kemahuan & cita2 untuk menyambung pengajian ke luar negara. Dan In Shaa Allah juga, tak rugi baca sebab akan ada semangat yang boleh diserap daripada si Teme ni 😁 Dan sesuai untuk student2 yang mudah berputus asa (yang pasti bukan sayalah #eh)

Alhamdulillah. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Infinity War'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Infinity War'
Oleh : Hadi Fayyadh


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang penuh dengan konspirasi berkenaan dengan Illuminati & juga Freemason. Siapa sangka, buku ni jugak kalau ikutkan memang penuh dengan kontroversi sewaktu nak terbitkan haritu. Sampai Instagram Ustaz Hadi Fayyadh kena hacked beberapa hari  Huhu, seriously terkejut jugak and kesian ustaz. Moga Allah sentiasa melindungi ustaz ya, amiin2.

Baik, buku ni bagi saya memang menarik untuk dibaca. Cuma mungkin ada beberapa perkara yang agak mengganggu pembacaan saya sehingga mengambil masa beberapa hari jugak untuk menghabiskan pembacaan. Tapi takpe, keluaran untuk yang next batch punya In Shaa Allah akan ada penambahbaikan daripada pihak ustaz. Maka, apa antara yang menarik dalam buku ni?

Baiklah. Antara yang menjadi persoalan kepada kita selama ni (dan mungkin ramai yang tahu jawapannya) adalah berkenaan manusia pertama yang mengaku sebagai Tuhan. Yup, ramai orang akan jawab Firaun. Tapi, Firaun adalah manusia kedua  So, siapa manusia first tu? Ya, jawapannya adalah Raja Namrud sewaktu zaman Nabi Ibrahim AS. Dalam buku ni ada diselitkan mengenai kedua-dua raja yang mengaku sebagai Tuhan tu.

Ok. Saya pun sebenarnya tak pandai sangat nak review buku2 yang isinya berat macam ni. Tapi apa yang pasti, banyak je isi buku yang telah menarik minat saya. Antaranya ialah 'Projek Pendaratan Manusia Di Bulan'. Actually saya masih tertanya sebenarnya, still ada lagi ke yang percaya pasal ni  Berkenaan Neil Amstrong mendarat di bulan tu ~ Then, kalau ada, wallahu a'lam lah. Sungguh anda telah tertipu. Boleh tengok bukti2 yang ada untuk menepis segala 'kebenaran' berkenaan perkara ni.

Seterusnya, berkenaan dengan kematian Michael Jackson. Yup, dari dulu lagi benda ni jadi kontroversi. Tapi apa yang pasti, ia lagi menjadi kontroversi apabila Presiden Amerika Syarikat pada masa tu iaitu Barrack Obama mengeluarkan pernyataan yang agak pelik ketika ditemuramah oleh CNN. Beliau mengatakan bahawa kematian Michael Jackson tiada KONSPIRASI di dalamnya sebelum keputusan rasmi autospy Michael Jackson dikeluarkan ~ Kenapa perlu beria-ria mengatakan berkenaan dengan 'TIADA KONTROVERSI'? Naa, wallahu a'lam.

Seterusnya, berkenaan bab 'Harry Potter : Kenapa Perlu Ada Sihir?'. Yup, antara yang disentuh ialah mengenai simbolik2 tersendiri yang terdapat dalam cerita ni. Dan simbolik2 ni secara tak langsung, ia merupakan satu bentuk promosi kepada ilmu sihir. Yup, tak dinafikan saya adalah antara salah seorang peminat tegar cerita2 Harry Potter. Tapi satu je yang saya tanam dalam diri, tengok & jangan percaya  Nak tahu selebihnya mengenai simbolik2 ni boleh lah baca nanti.

Dan lain2 lagi. Btw dalam buku ni juga semestinya ada menyentuh mengenai keluarga Rothschild & bagaimana keluarga2 ni menubuhkan Illuminati & melaksanakan rancangan New World Order. Allahuu, sebab tu kita dapat lihat pada hari ni betapa ramai manusia telah hilang pedoman, mengabaikan fitrah kehidupan & mengabaikan keimanan mereka. Moga kita dijauhkan dari golongan2 sebegini.

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Hadi Fayyadh di atas penulisan buku yang sarat dengan perkara2 ilmiah berkenaan konspirasi2 dunia sebegini. Moga Allah nilai akan usaha ustaz menulis buku ni ya. Dan moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review novel 'Legasi Tombiruo'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Legasi Tombiruo' 
Oleh : Ramlee Awang Mursyid


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca novel ke-28 daripada penulisan tuan Ramlee Awang Mursyid. Even novel ni dikira novel yang ke-29 saya BACA setelah saya skip sekejap novel ke-29 beliau iaitu Banja Manggala. Takde laa.. Sebab novel ni macam tebal, so sebab tu saya skip. And waktu tu pun tengah study week, maka saya tak nak ambik masa yang lama untuk baca, jadi novel Banja Manggala laa yang jadi mangsa. K, macam dah banyak merepek, so nak cerita sikit pasal novel ni. Btw, mybe spoiler alert ya

Ok baik, Legasi Tombiruo adalah merupakan kesinambungan daripada Triologi Tombiruo sebelum2 ni. Mengisahkan tentang seorang pembunuh bersiri yang menggelar dirinya sebagai Tombiruo. Bukan Tombiruo di hutan Keningau, tapi Tombiruo di hutan batu Kuala Lumpur. Tombiruo ni melakukan pembunuhan dengan mengenakan topeng dewa untuk menyembunyikan wajahnya. Beliau mempunyai kepakaran & kekuatan tenaga sama seperti Tombiruo Hutan Keningau - Ejim anak Pondolou atau Amaruddin Abdullah (nama Islam Ejim).

So, Tombiruo hutan batu ni membunuh mangsanya dengan kejam - memancung kepala mangsa2 menggunakan sebilah pedang panjang seperti pedang samurai. Jadi, Amaruddin yang pada ketika ini telah hidup berumah tangga bersama isterinya Siti Nurhaliz & anaknya Suriani, mengalami mimpi & situasi pembunuhan yang dilakukan oleh Tombiruo hutan batu melalui pandangan matanya. Amaruddin menjangkakan seseorang telah menyamar menjadi Tombiruo & berasa terpanggil untuk memburu pembunuh ni & menghalangnya dari terus mengamuk.

So, semasa pemburuan dijalankan, Amaruddin telah bertemu dengan Sarah, seorang wartawan jenayah di Sinar Harian & Diana, seorang peguam syarikat Multi. Yang peliknya, Sarah & Diana pun sering mengalami situasi sama seperti yang dialami oleh Amaruddin. Dua2nya mahir dalam seni mempertahankan diri & memiliki instinct untuk melihat menerusi pandangan mata si Tombiruo hutan batu. Maka, yang menjadi persoalannya, kenapa? Ke ada kaitan apa2 diorang semua ni? Haa, kalau nak tahu selanjutnya, bolehlah baca sendiri nanti

Btw, novel Legasi Tombiruo ni memang mengajak para pembaca bermain teka-teki. Penat oo baca sebab banyak laa teka-teki nak kena jawab tapi tak terjawab  But at the end of the story, watak2 baru dalam novel ni memang tak pernah relate langsung dengan the main character tau !  Saja ja tuan RAM buat gini huhu  Kind of hinted in the story, but still a blur one. Maybe tuan RAM saja je kot buat cliffhanger macam ni. Confirm ada sambungan lagi sebab tiba2 di hujung cerita, tuan RAM gantungkan persoalan kepada pembaca tentang siapa sebenarnya Tombiruo Hutan ! Yes, tuan RAM still merahsiakan lagi identiti beliau si Tombiruo moden okey.

Then, dekat bahagian Epilog pun, tuan RAM ada bagi hint lain mengenai anak Amaruddin, Suriani & anak saudaranya, Amirul. Erm, betul2 legasi Tombiruo sungguh. Tapi part Amirul tu memang dok cari dari awal bila la nak muncul dalam novel. And rupa2nya muncul kat bahagian last. So, confirm akan ada next novel. Melangut la kita menunggu sebab ada 2 novel baru lagi daripada tuan RAM yang akan datang - Anding Ayangan II & Ranggau Reboot. So novel mana yang bakal keluar dulu? Mungkin next Tombiruo ke ~ #Eh. Mana la tahu, tuan RAM kan suka bagi kejutan.

Btw, terima kasih tuan RAM di atas penulisan novel yang tersangat berbisa. Tuan RAM tak pernah takterbaik kalau menghasilkan novel2 thriller gini 👍🏻Saya akan setia menunggu next2 novel tuan RAM yang lain, In Shaa Allah. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Tafsir Ayat-Ayat Ramadan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Tafsir Ayat-Ayat Ramadan'
Oleh : Heizal Hezry Omar


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai & berkesempatan juga akhirnya menghabiskan pembacaan buku mengenai tafsir ayat2 Ramadan pada hari last Ramadan tahun 2018 ni. Ingatkan macam tak sempat nak habiskan, tapi gagahkan jugak diri untuk baca buku ni memandangkan ianya memang sesuai dibaca time2 ramadan gini

So dalam buku ni, penulis hanya menyentuh 5 ayat je daripada Surah Al-Baqarah untuk ditafsirkan iaitu daripada ayat 183 hinggalah ayat 187. Walaupun 5 ayat je, tapi memang banyak yang penulis ulaskan sehingga terbentuknya sebuah buku. Penulis mengambil pandangan2 ahli tafsir & memasukkan juga sedikit pendapat beliau di beberapa bahagian yang dirasakan perlu. 5 ayat tersebut adalah mengenai :

1) Ayat 183 - Perintah Puasa Dalam Islam
2) Ayat 184 - Rukhsah & Fidyah Untuk Pesakit & Musafir
3) Ayat 185 - Ramadan Sebagai Bulan Al-Quran
4) Ayat 186 - Allah Dekat Dengan HambaNya
5) Ayat 187 - Harus Makan, Minum, Jimak & Iktikaf Pada Malam Ramadan

Maka, secara kesimpulannya, buku ni sangat sesuai dijadikan sebagai bacaan umum untuk sesiapa je yang nak mendalami lagi kelima-lima ayat ni. Kadang, kita tak boleh nak tengok pada zahir ayatnya sahaja, sebab takut tak tercapai maksud sebenar yang Allah ingin sampaikan. Maka sebab tu lah ulama2 tafsir sedaya upaya mereka menafsirkan ayat2 Al-Quran ni.

Dan secara keseluruhannya, antara yang saya dapati setelah membaca buku ni, puasa di bulan Ramadan bukan setakat untuk menahan lapar & dahaga semata-mata, bahkan pengakhirannya adalah supaya kita menjadi orang2 yang bertaqwa. Wallahu a'lam. Terima kasih di atas penulisan yang sangat berharga ni. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa