Review buku 'Infinity War'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Infinity War'
Oleh : Hadi Fayyadh


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang penuh dengan konspirasi berkenaan dengan Illuminati & juga Freemason. Siapa sangka, buku ni jugak kalau ikutkan memang penuh dengan kontroversi sewaktu nak terbitkan haritu. Sampai Instagram Ustaz Hadi Fayyadh kena hacked beberapa hari  Huhu, seriously terkejut jugak and kesian ustaz. Moga Allah sentiasa melindungi ustaz ya, amiin2.

Baik, buku ni bagi saya memang menarik untuk dibaca. Cuma mungkin ada beberapa perkara yang agak mengganggu pembacaan saya sehingga mengambil masa beberapa hari jugak untuk menghabiskan pembacaan. Tapi takpe, keluaran untuk yang next batch punya In Shaa Allah akan ada penambahbaikan daripada pihak ustaz. Maka, apa antara yang menarik dalam buku ni?

Baiklah. Antara yang menjadi persoalan kepada kita selama ni (dan mungkin ramai yang tahu jawapannya) adalah berkenaan manusia pertama yang mengaku sebagai Tuhan. Yup, ramai orang akan jawab Firaun. Tapi, Firaun adalah manusia kedua  So, siapa manusia first tu? Ya, jawapannya adalah Raja Namrud sewaktu zaman Nabi Ibrahim AS. Dalam buku ni ada diselitkan mengenai kedua-dua raja yang mengaku sebagai Tuhan tu.

Ok. Saya pun sebenarnya tak pandai sangat nak review buku2 yang isinya berat macam ni. Tapi apa yang pasti, banyak je isi buku yang telah menarik minat saya. Antaranya ialah 'Projek Pendaratan Manusia Di Bulan'. Actually saya masih tertanya sebenarnya, still ada lagi ke yang percaya pasal ni  Berkenaan Neil Amstrong mendarat di bulan tu ~ Then, kalau ada, wallahu a'lam lah. Sungguh anda telah tertipu. Boleh tengok bukti2 yang ada untuk menepis segala 'kebenaran' berkenaan perkara ni.

Seterusnya, berkenaan dengan kematian Michael Jackson. Yup, dari dulu lagi benda ni jadi kontroversi. Tapi apa yang pasti, ia lagi menjadi kontroversi apabila Presiden Amerika Syarikat pada masa tu iaitu Barrack Obama mengeluarkan pernyataan yang agak pelik ketika ditemuramah oleh CNN. Beliau mengatakan bahawa kematian Michael Jackson tiada KONSPIRASI di dalamnya sebelum keputusan rasmi autospy Michael Jackson dikeluarkan ~ Kenapa perlu beria-ria mengatakan berkenaan dengan 'TIADA KONTROVERSI'? Naa, wallahu a'lam.

Seterusnya, berkenaan bab 'Harry Potter : Kenapa Perlu Ada Sihir?'. Yup, antara yang disentuh ialah mengenai simbolik2 tersendiri yang terdapat dalam cerita ni. Dan simbolik2 ni secara tak langsung, ia merupakan satu bentuk promosi kepada ilmu sihir. Yup, tak dinafikan saya adalah antara salah seorang peminat tegar cerita2 Harry Potter. Tapi satu je yang saya tanam dalam diri, tengok & jangan percaya  Nak tahu selebihnya mengenai simbolik2 ni boleh lah baca nanti.

Dan lain2 lagi. Btw dalam buku ni juga semestinya ada menyentuh mengenai keluarga Rothschild & bagaimana keluarga2 ni menubuhkan Illuminati & melaksanakan rancangan New World Order. Allahuu, sebab tu kita dapat lihat pada hari ni betapa ramai manusia telah hilang pedoman, mengabaikan fitrah kehidupan & mengabaikan keimanan mereka. Moga kita dijauhkan dari golongan2 sebegini.

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Hadi Fayyadh di atas penulisan buku yang sarat dengan perkara2 ilmiah berkenaan konspirasi2 dunia sebegini. Moga Allah nilai akan usaha ustaz menulis buku ni ya. Dan moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa