Review buku 'Tafsir Ayat-Ayat Ramadan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Tafsir Ayat-Ayat Ramadan'
Oleh : Heizal Hezry Omar


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai & berkesempatan juga akhirnya menghabiskan pembacaan buku mengenai tafsir ayat2 Ramadan pada hari last Ramadan tahun 2018 ni. Ingatkan macam tak sempat nak habiskan, tapi gagahkan jugak diri untuk baca buku ni memandangkan ianya memang sesuai dibaca time2 ramadan gini

So dalam buku ni, penulis hanya menyentuh 5 ayat je daripada Surah Al-Baqarah untuk ditafsirkan iaitu daripada ayat 183 hinggalah ayat 187. Walaupun 5 ayat je, tapi memang banyak yang penulis ulaskan sehingga terbentuknya sebuah buku. Penulis mengambil pandangan2 ahli tafsir & memasukkan juga sedikit pendapat beliau di beberapa bahagian yang dirasakan perlu. 5 ayat tersebut adalah mengenai :

1) Ayat 183 - Perintah Puasa Dalam Islam
2) Ayat 184 - Rukhsah & Fidyah Untuk Pesakit & Musafir
3) Ayat 185 - Ramadan Sebagai Bulan Al-Quran
4) Ayat 186 - Allah Dekat Dengan HambaNya
5) Ayat 187 - Harus Makan, Minum, Jimak & Iktikaf Pada Malam Ramadan

Maka, secara kesimpulannya, buku ni sangat sesuai dijadikan sebagai bacaan umum untuk sesiapa je yang nak mendalami lagi kelima-lima ayat ni. Kadang, kita tak boleh nak tengok pada zahir ayatnya sahaja, sebab takut tak tercapai maksud sebenar yang Allah ingin sampaikan. Maka sebab tu lah ulama2 tafsir sedaya upaya mereka menafsirkan ayat2 Al-Quran ni.

Dan secara keseluruhannya, antara yang saya dapati setelah membaca buku ni, puasa di bulan Ramadan bukan setakat untuk menahan lapar & dahaga semata-mata, bahkan pengakhirannya adalah supaya kita menjadi orang2 yang bertaqwa. Wallahu a'lam. Terima kasih di atas penulisan yang sangat berharga ni. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa