Review novel 'Ketika Azazil Berputus Asa'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Ketika Azazil Berputus Asa'
Oleh : Hadi Fayyadh 


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca novel kedua yang ditulis oleh Ustaz Hadi Fayyadh selepas novel beliau yang pertama iaitu novel Semusim Di Barzakh. Novel Ketika Azazil Berputus Asa kali ni sangat2 memberi pengajaran & peringatan bahawa kiamat itu pasti terjadi. Dan sebelum terjadinya kiamat, pasti ada tanda2 besar yang akan muncul seperti Dajjal & turunnya Imam Mahdi & Nabi Isa. Dan itulah antara yang dipertengahkan dalam novel Islamik ini.

Ok, novel ni boleh dikira sebagai novel fiksyen yang direka ceritanya berpandukan kepada Al-Quran & As-Sunnah. Menceritakan tentang suasana akhir zaman yang sedang berlaku & sememangnya pasti akan berlaku pada suatu masa nanti  Novel ni memang diakui ada banyak kaitan dengan buku2 yang pernah saya baca & cerita2 yang pernah saya dengar sebelum ni. Mungkin ini adalah salah satu cara Allah memberikan kefahaman kepada saya dalam agamaNya.

Ok. Novel ini menceritakan tentang perjalanan seorang saintis Atheis bernama Prof Fayyadh dalam mengharungi dunia akhir zaman. Bermula dengan kejadian yang telah beliau alami iaitu peristiwa kegagalan 11 bintang sejajar, di mana salah satu bintang bernama Sirius Star (bintang berkembar) telah menyimpang dari landasan orbit yang sepatutnya. Dan kalau diikutkan logik, perkara ini sangat menyimpang daripada fakta2 sains & astronomi.

Maka, disebabkan itu, beliau yang selama ini tidak percayakan kewujudan Tuhan, tiba2 berasa sangsi. Dan pada akhirnya, beliau menemui jawapan daripada seorang Sheikh di negeri Arab yang menjelaskan detail mengenai ayat2 Al-Quran berkaitan alam yang diciptakanNya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya Dr Fayyadh kembali kepada agama Islam. Boleh try baca hingga akhir novel untuk tahu lebih lanjut mengenai kekuasaan2 Allah yang dihuraikan melalui ayat2 Al-Quran & Hadis.

Cuma,ada beberapa perkara yang saya nak highlightkan iaitu :

1) Bintang Sirius Berkembar. Ya, nama bintang ni ada disebut di dalam Al-Quran. Boleh rujuk Surah An-Najm ayat 49 (nama bintang - Syi'ra) & ayat 9 (jarak antara kembar kedua bintang). Kalau mengikut fakta Sains, tempoh peredaran bintang Sirius ni adalah bersamaan 49,9 tahun mengikut kelajuan cahaya. Then, cuba gabungkan kedua ayat ni, akan membentuk angka 49,9 kan? Nampak tak kehebatan Al-Quran, bukan secara umum je Al-Quran menyampaikan sesuatu, bahkan secara detail lagi

2) Munafik. Ya, sama seperti review saya di novel Anding Ayangan. Memang terdapat golongan munafik pada zaman ini. Bahkan golongan ini adalah ber'title'kan ustaz. Kenapa malu untuk mengaku kalau tak tahu akan sesuatu? Kalau betul lah kita tak tahu sesuatu perkara tu, katakan je yang kita tak tahu instead of berpura-pura tahu & menyebarkan benda yang salah. Hati2 dengan golongan ini.

3) Raja Namrud. Haa, apa kaitan Raja Namrud dengan novel ni? Mesti pernah dengar kan yang Firaun mengaku dia Tuhan. Kalau nak diikutkan, Raja Namrud ni adalah merupakan manusia pertama yamg murtad & syirik serta mengaku sebagai Tuhan sebelum Firaun lagi. Pernah dengar New World Order? Ya, keinginan Raja Namrud untuk menguasai dunia di bawah satu pemerintannya itu lah yang disebut sebagai New World Order kini.

Dalam novel ni jugak ada diceritakan kisah lanjut mengenai Raja Namrud. Kalau nak tahu kena lah baca. Tapi yang pasti, keturunan Raja Namrud masih berterusan hingga sekarang. Patung Statue of Liberty di New York, Columbia Pictures, Iluminati, Rothschild & kartun2 Disney semuanya ada kaitan dengan Raja Namrud.

4) Kejatuhan meteor. Fuhh, yang ni memang teringat Ustaz Hashimi. Ustaz pernah cerita pasal ni dalam kelas kami. Bila meteor jatuh ke bumi, maka segala peralatan elektronik gagal berfungsi. Dunia akan bergelap tanpa sebarang cahaya  Dan ini merupakan permulaan kepada akan berlakunya tanda2 kiamat besar.

5) Dajjal. Ya, dia pasti muncul. Fitnah paling besar di dunia. Fitnah - dalam makna katanya ialah tipu daya. Antara fitnah Dajjal yang paling hebat ialah : Menerbitkan matahari dari barat, peralihan hukum peredaran bumi & pelan persediaan unit2 tiruan oleh Dajjal. Ya, pelan persediaan ni sebenarnya ada kaitan dengan penyediaan Studio Gergasi di Hollywood. Kalau nak huraian lebih lanjut boleh baca nanti dalam novel ni.

6) Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa AS. Ya, bukan rekaan. Imam Mahdi akan dibaiahkan di hadapan Kaabah. Dan Nabi Isa AS akan membunuh Dajjal. Dan waktu ni, kemenangan Islam telah berada di puncak.

Dan beberapa lagi fakta yang diketengahkan dalam novel ni berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah. Secara kesimpulannya, kemunculan Dajjal pasti berlaku. Persoalannya, kuatkah iman kita untuk menghadapi semua fitnahnya?  Semasa kemunculan Dajjal, kita akan diuji dengan kemarau yang sangat panjang sehingga 3 tahun lamanya. Dan waktu ni tak ada dah bekalan makanan kecuali zikir.

Jadi, adakah iman kita cukup kuat menghadapi ujian ni? Tepuk dada tanyalah iman masing2. Sebab tu kita disuruh untuk mengamalkan surah Al-Kahfi, at least 10 ayat awal pun jadi lah. In shaa Allah kita akan terhindar dari fitnah Dajjal. Dan banyakkanlah melihat kepada hadis2 futuralistik bermula dari sekarang.

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hadi Fayyadh di atas penulisan novel kedua beliau yang sangatlah terbaik pada abad ni  Banyak sangat pengajaran yang boleh kita dapati. Daripada kita baca novel cinta yang tah apa2, sekejap kahwin paksa la itu la ini la, lebih baik kita perbanyakkan membaca buku2 atau novel2 seperti ni. At least ada kesedaran untuk terus bersedia menghadapi dunia yang bakal berakhir tak lama lagi.

Moga Allah sentiasa memberikan kefahaman agamaNya. Next, novel Semusim Di Mahsyar. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama


Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Dialog Rasulullah Vs Yahudi'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Dialog Rasulullah Vs Yahudi'
Oleh : Abu Marwan


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang penuh dengan persoalan2 daripada bangsa Yahudi terhadap baginda Rasulullah SAW. Setiap soalan pasti disertakan dengan jawapan2 baginda. Tak sampai 100 muka surat pun buku ni untuk dibaca. So, kalau rasa malas baca buku tebal2, boleh cari buku nipis2 macam ni

Terdapat 42 dialog mengenai akidah & agama serta kepelbagaian kehidupan sosial di antara baginda Rasulullah SAW dengan bangsa Yahudi yang dihuraikan secara ringkas dalam buku ni. Dimulakan dengan huraian penyebab kepada bangsa Yahudi bersikap iri hati & berdendam dengan baginda Rasulullah SAW & kaum muslimin. Ya, memang ada sejarahnya. Kita try revise kisah Nabi Ibrahim sebab sejarahnya bermula dari situ. (Memang terasa best bila baca buku ni sebabnya ada kaitan dengan buku sebelum - 25 Rasul : Fakta Vs Auta. So, bila dah terbaca benda sama, kefahaman sesuatu bacaan tu lagi bertambah mantap. Alhamdulillah )

Ok. Kita teliti sekejap sejarahnya. Keturunan Nabi Ibrahim terdiri daripada atas dua garis keturunan (nasab) iaitu daripada Hajar - yang melahirkan Nabi Ismail, & Sarah - yang melahirkan Nabi Ishaq. Kemudian daripada Nabi Ishaq, lahirnya pula Nabi Ya'kub. Ok, keturunan Nabi Ismail disebut sebagai ARABIYUN (Bangsa Arab) & daripada keturunan ni juga termasuklah baginda Rasulullah SAW. Ok. Kita masuk mengenai keturunan Nabi Ya'kub. Keturunan baginda disebut sebagai BANI ISRAEL.

Daripada sini la Yahudi berdendam dengan baginda Rasulullah SAW & kaum muslimin. Sebab apa? Sebabnya baginda Rasulullah SAW telah menjadi penutup kepada segala Nabi. Padahal kalau nak diikutkan, baginda Rasulullah SAW bukanlah berasal daripada Bani Israel - di mana daripada Bani Israel ni lah banyak para Nabi diutuskan. Nak katanya bahawa Bani Israel ni bangsa mulia la ~  Disebabkan tu, mereka berasa iri hati & beralibi bahawa dari bangsa merekalah yang sepatutnya menjadi penutup segala Nabi, bukan dari bangsa Arab. Sebab tu la mereka memusuhi baginda Rasulullah SAW & kaum muslimin (dengan erti kata umat Islam baginda)

Padahal mereka tak sedar yang Allah telah mengubah status mereka daripada bangsa mulia menjadi bangsa terlaknat disebabkan sikap mereka yang sering kufur & menderhaka kepada Allah. Setiap kali Allah utuskan seorang Nabi kepada bangsa mereka, pasti mereka bunuh  Maka, disebabkan itulah Allah melaknat & menghancurkan mereka. Boleh bukak Surah Al-Maidah : ayat 70, tadabbur sebaiknya firman Allah yang benar ni.

Ok, faham dah kan sejarahnya macam mana. Next, apa antara dialog2 mereka dengan baginda Rasulullah SAW? Haa yang ni boleh try baca nanti  Panjang kalau nak terangkan setiap satu dialog dalam buku ni. Tapi yang pasti dialog2 ni diambil daripada Al-Quran, Hadis & kitab2 sejarah. Setiap daripada tu ada diselitkan penghujahan2 yang diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW dengan pendekatan yang sangat bijaksana & mampu membuka fikiran orang2 yang membacanya. In Shaa Allah.

Akhir kata, terima kasih di atas penulisan buku berilmiah + sejarah ini. Ingatlah, kecemburuan bangsa Yahudi terhadap umat Islam telah berlaku sejak zaman berzaman lagi. Jelas dalam Surah Al-Baqarah : ayat 120 yang mengatakan bahawa bangsa Yahudi tidak akan senang kepada kita sehingga kita mengikuti agama mereka. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review novel 'Anding Ayangan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Anding Ayangan'
Oleh : Ramlee Awang Murshid

____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, novel ke-27 done baca akhirnya ! Seperti biasa, novel2 Ramlee Awang Mursyid tak pernah mengecewakan. Anding Ayangan - bukan nama orang yang pasti. Hanyalah sebuah daerah dalam satu negara (Anding = daerah, Ayangan = negara) Novel kali ni gayanya seperti Laksamana Sunan.

Menggunakan gaya 'bahasa klasik'. Nasib baik dah pandai sikit nak hadam bahasa2 ni melalui novel2 Laksamana Sunan, kalau tak.. jenuh  Ni pon nak masuk balik ke 'alam klasik' dah rasa lain macam sebab dah lama kan jarak bacaan novel2 Laksamana Sunan dengan Anding Ayangan yang satu ni huhu  Btw memang seronok teroka bahasa2 lama dulu  Boleh try.

Ok, berbalik pada tajuk asal. Anding Ayangan hanyalah sebuah dongeng yang diceritakan oleh Nyian, orang hanyut yang ditemui di Sungai Papar, Sabah. Setelah diselamatkan & dijadikan anak angkat oleh seorang nelayan di situ, maka Nyian pon tinggallah bersama orang tersebut & menjadi nelayan, juga menggantikan ayah angkatnya yang semakin tua.

10 tahun kemudian, Nyian galak bercerita mengenai dongeng2 beliau kepada 2 orang teman setianya - Damit & Buntak. Makin lama makin best cerita tu. Kita yang baca ni pun terikut-ikut jugak bestnya dongeng tu. Hebat tuan RAM buat cerita, seolah dongeng tu kepunyaan beliau yang disandarkan melalui Nyian dalam senaskah buku

Siapa sangka, dongeng yang selalu diceritakan Nyian jadi hidup, tapi hidup di sebuah dunia yang terhijab dengan dunia nyata. Macam2 terjadi - peperangan + kepercayaan + kekeluargaan + pengkhianatan + percintaan. Dan di antara part yang paling tertarik ialah :

1) Al-Quran. Ya, kehebatan Al-Quran tu sendiri. Macam mana Al-Quran boleh membuatkan seseorang tu tertarik dengan agama Islam dengan hanya mendengar bacaan & melihat mushaf sahaja. Walhal kalau nak diikutkan, tak pernah walau sezarah pun ada rasa 'Islam' di dalam dada seseorang tu. Hidayah Allah siapa boleh halang kan.. Boleh discover sendiri kisah disebalik Al-Quran dalam novel ni

2) Munafik. Ya, pasti ada golongan Munafik dalam masyarakat Islam. Tidak kira pada zaman dulu bahkan sekarang pun ada (jangan main2 dengan golongan macam ni ) Padahal pada zaman baginda pun wujudnya golongan2 ni. Neraka yang paling bawah telah diletakkan khas untuk golongan munafik tau, walhal yang kafir pun atas mereka. Betapa nak katanya golongan2 ni cukup bahaya. Mereka inilah yang menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam. Sangat baik di depan tetapi menusuk di belakang. Boleh discover watak2 munafik dalam novel ni.

Btw novel ni baru episod pertama, lepas ni memang akan jadi seperti pungguk rindukan bulan la~ nak kena tunggu next episod novel  Banyak sangat persoalan2 yang bermain di minda ni. Dari watak Nyian sendiri sampai la ke Dato' Johar tu. Siapa sebenarnya diorang2 ni ? Apa kaitan dengan dongeng Anding Ayangan ? Bijak sangat kan tuan RAM tinggalkan persoalan2 untuk digarapkan dalam next novel

Ok, kita tunggu & lihat nanti, apakah persoalan2 yang bermain dalam minda saya ni akan terjawab dalam next novel? Will wait and see. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan RAM atas novel yang sangat membuka minda ini  Moga Allah redha !

p/s : Maaf noh asyik baca novel je  Sengaja nak habiskan bacaan para novel dulu yang tak dibaca lagi. Dah settle kita baca buku ilmiah pulak. Rugi cuti sem tak diisi dengan bacaan ~ Buku & Al-Quran ~

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Fikah Sakit Hati'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Fikah Sakit Hati'
Oleh : Muhammad Muhyidin


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang sedikit sebanyak telah memberi penjelasan mengenai beberapa keadaan pembalasan apabila hati telah disakiti. Memandangkan pada hari bermulanya pembacaan buku ni adalah hari yang telah Allah takdirkan 'tersakit hati' dengan beberapa orang berkenaan (macam selama ni tak pernah tersakit hati ), Alhamdulillah hikmahnya Allah dah rawat semula hati ni & banyak ilmu pengetahuan dari buku ni sampai terus kepada hati ceyhh.

Ok, buku ni sebenarnya merupakan buku yang telah diterjemahkan daripada bahasa Indonesia ke Malaysia. Indonesia - walaupun orang lebih nampak negara seberang ni bersifat 'sekularisme', tapi kita kena ingat, daripada Indonesia jugaklah ramai para ulama' dilahirkan. Bukti? Berapa banyak buku2 agama yang dihasilkan dari negara mereka berbanding negara kita? Memang tak tertanding.

Baik, berbalik pada isi penting yang disampaikan dalam buku ni. Memandangkan Surah An-Nahl : ayat 26 menjadi ayat utama & banyak kali ditekankan dalam buku ni, maka semestinya ayat ini bukan calang2 ayat. "Dan apabila kamu membalas kejahatan, kamu perlu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang ditimpakan kepada kamu & apabila kamu bersabar, tindakan yang demikian itu adalah lebih baik untuk orang yang bersabar." صدق الله العظيم. Maka, benarlah firman Allah SWT.

Berdasarkan ayat ni, kesimpulan yang boleh dirumuskan secara keseluruhan ialah apabila orang membalas kebaikan kita dengan keburukan, kita boleh mengambil jalan dengan urutan yang berikut :

1) Tidak membalas
2) Membalas dengan cara yang setimpal
3) Bersabar dengan keburukan yang dilakukan oleh orang kepada kita

Dan of course yang ketiga adalah langkah terbaik, utama, bernilai, bermanfaat & membawa pengaruh yang hebat. Kenapa terbaik? Sebabnya, tak semua orang boleh bersabar & memaafkan. Kalau ikut karakter manusia pun, kebanyakan pihak mengatakan bahawa karakter asas manusia bukanlah seorang yang pemaaf, bukanlah seorang yang mudah mengakui kesalahan & bukanlah seorang yang mudah meminta maaf.

Hanya baginda Rasulullah SAW je yang mampu buat setiap kali menghadapi perkara2 yang menyakitkan hati baginda. Contohnya peristiwa di Thaif. Berdarah-darah seluruh tubuh baginda disebabkan lemparan segala batu yang ada ketika baginda berdakwah di sana  Tapi apa yang baginda buat? Ya, baginda bukan setakat bersabar, bahkan mendoakan lagi kepada mereka perkara yang baik2. Hatta Malaikat Jibril pun tak mampu bersabar, siap nak angkat gunung lagi & timpakan ke atas penduduk2 Thaif tu.

Dan banyak lagi yang dibahas secara ringkas isi2 penting dalam buku yang tak tebal mana ni. Banyak juga cerita2 pengajaran & sejarah2 pada zaman baginda Rasulullah SAW & para sahabat baginda yang dimasukkan dalam buku yang tak sampai pun 130 muka surat ni. Boleh je kalau nak hadam dalam masa sehari  Antara yang disentuh jugak adalah mengenai dendam - adakah Allah mengizinkan dendam, cara2 menyalurkan sakit hati, faktor2 orang yang membalas dengan keburukan, kekuatan memaafkan & lain2 lagi.

Alhamdulillah. Terawatlah sikit hati ni dengan kejadian 2 hari lepas. In shaa Allah, saya dah maafkan semua orang yang pernah menyakiti hati saya & saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya pernah menyakiti hati sesiapa. Manusia.. tak terlepas dari menyakiti & disakiti, kan? Maafkan saya. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review novel 'Semusim Di Mahsyar'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Semusim Di Mahsyar'
Oleh : Hadi Fayyadh


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca novel ketiga karya Ustaz Hadi Fayyadh. Sebuah novel yang diadaptasi dari kisah benar & satu2nya buku yang telah berjaya menitiskan air mata seorang insan bernama Jainatul Ain yang tak mudah nak nangis ni  Even novel tuan Ramlee Awang Mursyid yang paling sedih pun tak mampu nak buat air mata ni menitis, just rasa nak nangis je. Tapi memang berbeza novel Islamik kali ni, hanya orang yang betul2 menghayati je akan terasa sedihnya.

Bermula dengan cerita mengenai seorang gadis bernama Iqlima Salsabilla yang menderhaka terhadap kedua ibu bapanya. Beliau telah mengalami kanser hati tahap kritikal. Ketika kegagalan pembedahan pemindahan hati dilakukan, beliau & penderma disahkan meninggal dunia. Iqlima dikebumikan selama 5 hari & kuburnya digali semula setelah ayahnya mendakwa beliau bermimpi bahawa Iqlima masih hidup. Sepanjang 5 hari Iqlima berada di dalam kubur, Iqlima mengalami kejadian luar dimensi yang takkan mampu kita bayangkan  Ya, banyak azab yang Allah telah timpakan kepadanya. Banyak manusia berbagai rupa telah dijumpainya.

Manakan tidak, disebabkan sikap kejamnya insan bernama Iqlima Salsabila ni, maka selayaknya dia diuji dengan melalui segala azab seksaNya. Seandainya Allah tidak memberi peluang untuk hidup semula, pasti neraka menjadi tempat tinggal abadinya. Iqlima, bersyukurlah dikau kerana diberi peluang untuk memperbaiki segala kesalahanmu. Kesalahan menghamburkan kata2 kesat kepada ibumu, kesalahan membiarkan kedua ibu bapamu ditenggelami air ketika hujan lebat, kesalahan menendang makanan yang ibumu berikan, kesalahan menolak ibumu sehingga beliau jatuh & mengakibatkan pendarahan otak ! Serta kesalahan2 yang tak sepatutnya seorang manusia bergelar anak lakukan ! Manusia jenis apa kau ni wahai Iqlima

Keadaan Mahsyar yang diceritakan dalam novel ni pula boleh jadi ianya situasi sebenar & boleh jadi ianya jauh dari sifat & keadaan sebenar. Tapi yang pasti, ianya cukup menginsafkan bagi sesiapa yang membaca bahkan yang dah melalui & merasai. Ada satu perkara yang membuatkan saya sangat2 tertarik dalam perjalanan menuju ke Mahsyar dalam novel ni iaitu apabila Iblis sendiri berkhutbah dengan kesemua pengikut2nya dengan penyesalan yang sungguh dahsyat. Ya, inilah kemuncak penyesalan yang paling dahsyat pernah dilakukan. Iblis sendiri menyesali & menangis mengingatkan keegoan & kesombongannya. Cerita ni bukan dongengan semata. Bahkan Allah sendiri dah memaktubkannya dalam Surah Ibrahim : ayat 22 ! Tadabburlah sebaiknya !

Kesimpulannaya, saya sangat2 recommend kan semua untuk baca novel ni. Saya tak mampu nak cerita panjang sebab terlalu banyak pengajaran yang kalian boleh discover sendiri. Cuma ingatlah, janganlah kita menderhaka kepada kedua ibu bapa kita terutamanya sang ibu yang telah melahirkan kita + bersusah payah membesarkan kita  Azab Allah itu pedih. Andai rasa ibu bapa kita ada berbuat salah pada kita, maka memaafkan mereka adalah sebaik-baik perkara. Jangan sakiti, menderhaka & menghukum mereka, kerana Allah adalah sebaik-baik penghukum. Kita tiada hak mengambil hakNya.

Akhir kata, terima kasih di atas novel yang sangat2 memberikan keinsafan kepada diri ini. Sungguh, manusia itu memang tak sempurna. Bukan ibadah yang menjamin kita masuk ke syurga, tetapi Rahmat Allah lah yang mengatasi segala. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Wallahu a'lam, moga Allah redha !



#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa