Review buku 'Fikah Sakit Hati'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Fikah Sakit Hati'
Oleh : Muhammad Muhyidin


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang sedikit sebanyak telah memberi penjelasan mengenai beberapa keadaan pembalasan apabila hati telah disakiti. Memandangkan pada hari bermulanya pembacaan buku ni adalah hari yang telah Allah takdirkan 'tersakit hati' dengan beberapa orang berkenaan (macam selama ni tak pernah tersakit hati ), Alhamdulillah hikmahnya Allah dah rawat semula hati ni & banyak ilmu pengetahuan dari buku ni sampai terus kepada hati ceyhh.

Ok, buku ni sebenarnya merupakan buku yang telah diterjemahkan daripada bahasa Indonesia ke Malaysia. Indonesia - walaupun orang lebih nampak negara seberang ni bersifat 'sekularisme', tapi kita kena ingat, daripada Indonesia jugaklah ramai para ulama' dilahirkan. Bukti? Berapa banyak buku2 agama yang dihasilkan dari negara mereka berbanding negara kita? Memang tak tertanding.

Baik, berbalik pada isi penting yang disampaikan dalam buku ni. Memandangkan Surah An-Nahl : ayat 26 menjadi ayat utama & banyak kali ditekankan dalam buku ni, maka semestinya ayat ini bukan calang2 ayat. "Dan apabila kamu membalas kejahatan, kamu perlu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang ditimpakan kepada kamu & apabila kamu bersabar, tindakan yang demikian itu adalah lebih baik untuk orang yang bersabar." صدق الله العظيم. Maka, benarlah firman Allah SWT.

Berdasarkan ayat ni, kesimpulan yang boleh dirumuskan secara keseluruhan ialah apabila orang membalas kebaikan kita dengan keburukan, kita boleh mengambil jalan dengan urutan yang berikut :

1) Tidak membalas
2) Membalas dengan cara yang setimpal
3) Bersabar dengan keburukan yang dilakukan oleh orang kepada kita

Dan of course yang ketiga adalah langkah terbaik, utama, bernilai, bermanfaat & membawa pengaruh yang hebat. Kenapa terbaik? Sebabnya, tak semua orang boleh bersabar & memaafkan. Kalau ikut karakter manusia pun, kebanyakan pihak mengatakan bahawa karakter asas manusia bukanlah seorang yang pemaaf, bukanlah seorang yang mudah mengakui kesalahan & bukanlah seorang yang mudah meminta maaf.

Hanya baginda Rasulullah SAW je yang mampu buat setiap kali menghadapi perkara2 yang menyakitkan hati baginda. Contohnya peristiwa di Thaif. Berdarah-darah seluruh tubuh baginda disebabkan lemparan segala batu yang ada ketika baginda berdakwah di sana  Tapi apa yang baginda buat? Ya, baginda bukan setakat bersabar, bahkan mendoakan lagi kepada mereka perkara yang baik2. Hatta Malaikat Jibril pun tak mampu bersabar, siap nak angkat gunung lagi & timpakan ke atas penduduk2 Thaif tu.

Dan banyak lagi yang dibahas secara ringkas isi2 penting dalam buku yang tak tebal mana ni. Banyak juga cerita2 pengajaran & sejarah2 pada zaman baginda Rasulullah SAW & para sahabat baginda yang dimasukkan dalam buku yang tak sampai pun 130 muka surat ni. Boleh je kalau nak hadam dalam masa sehari  Antara yang disentuh jugak adalah mengenai dendam - adakah Allah mengizinkan dendam, cara2 menyalurkan sakit hati, faktor2 orang yang membalas dengan keburukan, kekuatan memaafkan & lain2 lagi.

Alhamdulillah. Terawatlah sikit hati ni dengan kejadian 2 hari lepas. In shaa Allah, saya dah maafkan semua orang yang pernah menyakiti hati saya & saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya pernah menyakiti hati sesiapa. Manusia.. tak terlepas dari menyakiti & disakiti, kan? Maafkan saya. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa