Review novel 'Semusim Di Mahsyar'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Semusim Di Mahsyar'
Oleh : Hadi Fayyadh


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca novel ketiga karya Ustaz Hadi Fayyadh. Sebuah novel yang diadaptasi dari kisah benar & satu2nya buku yang telah berjaya menitiskan air mata seorang insan bernama Jainatul Ain yang tak mudah nak nangis ni  Even novel tuan Ramlee Awang Mursyid yang paling sedih pun tak mampu nak buat air mata ni menitis, just rasa nak nangis je. Tapi memang berbeza novel Islamik kali ni, hanya orang yang betul2 menghayati je akan terasa sedihnya.

Bermula dengan cerita mengenai seorang gadis bernama Iqlima Salsabilla yang menderhaka terhadap kedua ibu bapanya. Beliau telah mengalami kanser hati tahap kritikal. Ketika kegagalan pembedahan pemindahan hati dilakukan, beliau & penderma disahkan meninggal dunia. Iqlima dikebumikan selama 5 hari & kuburnya digali semula setelah ayahnya mendakwa beliau bermimpi bahawa Iqlima masih hidup. Sepanjang 5 hari Iqlima berada di dalam kubur, Iqlima mengalami kejadian luar dimensi yang takkan mampu kita bayangkan  Ya, banyak azab yang Allah telah timpakan kepadanya. Banyak manusia berbagai rupa telah dijumpainya.

Manakan tidak, disebabkan sikap kejamnya insan bernama Iqlima Salsabila ni, maka selayaknya dia diuji dengan melalui segala azab seksaNya. Seandainya Allah tidak memberi peluang untuk hidup semula, pasti neraka menjadi tempat tinggal abadinya. Iqlima, bersyukurlah dikau kerana diberi peluang untuk memperbaiki segala kesalahanmu. Kesalahan menghamburkan kata2 kesat kepada ibumu, kesalahan membiarkan kedua ibu bapamu ditenggelami air ketika hujan lebat, kesalahan menendang makanan yang ibumu berikan, kesalahan menolak ibumu sehingga beliau jatuh & mengakibatkan pendarahan otak ! Serta kesalahan2 yang tak sepatutnya seorang manusia bergelar anak lakukan ! Manusia jenis apa kau ni wahai Iqlima

Keadaan Mahsyar yang diceritakan dalam novel ni pula boleh jadi ianya situasi sebenar & boleh jadi ianya jauh dari sifat & keadaan sebenar. Tapi yang pasti, ianya cukup menginsafkan bagi sesiapa yang membaca bahkan yang dah melalui & merasai. Ada satu perkara yang membuatkan saya sangat2 tertarik dalam perjalanan menuju ke Mahsyar dalam novel ni iaitu apabila Iblis sendiri berkhutbah dengan kesemua pengikut2nya dengan penyesalan yang sungguh dahsyat. Ya, inilah kemuncak penyesalan yang paling dahsyat pernah dilakukan. Iblis sendiri menyesali & menangis mengingatkan keegoan & kesombongannya. Cerita ni bukan dongengan semata. Bahkan Allah sendiri dah memaktubkannya dalam Surah Ibrahim : ayat 22 ! Tadabburlah sebaiknya !

Kesimpulannaya, saya sangat2 recommend kan semua untuk baca novel ni. Saya tak mampu nak cerita panjang sebab terlalu banyak pengajaran yang kalian boleh discover sendiri. Cuma ingatlah, janganlah kita menderhaka kepada kedua ibu bapa kita terutamanya sang ibu yang telah melahirkan kita + bersusah payah membesarkan kita  Azab Allah itu pedih. Andai rasa ibu bapa kita ada berbuat salah pada kita, maka memaafkan mereka adalah sebaik-baik perkara. Jangan sakiti, menderhaka & menghukum mereka, kerana Allah adalah sebaik-baik penghukum. Kita tiada hak mengambil hakNya.

Akhir kata, terima kasih di atas novel yang sangat2 memberikan keinsafan kepada diri ini. Sungguh, manusia itu memang tak sempurna. Bukan ibadah yang menjamin kita masuk ke syurga, tetapi Rahmat Allah lah yang mengatasi segala. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Wallahu a'lam, moga Allah redha !



#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa