Review buku 'Dialog Rasulullah Vs Yahudi'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Dialog Rasulullah Vs Yahudi'
Oleh : Abu Marwan


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang penuh dengan persoalan2 daripada bangsa Yahudi terhadap baginda Rasulullah SAW. Setiap soalan pasti disertakan dengan jawapan2 baginda. Tak sampai 100 muka surat pun buku ni untuk dibaca. So, kalau rasa malas baca buku tebal2, boleh cari buku nipis2 macam ni

Terdapat 42 dialog mengenai akidah & agama serta kepelbagaian kehidupan sosial di antara baginda Rasulullah SAW dengan bangsa Yahudi yang dihuraikan secara ringkas dalam buku ni. Dimulakan dengan huraian penyebab kepada bangsa Yahudi bersikap iri hati & berdendam dengan baginda Rasulullah SAW & kaum muslimin. Ya, memang ada sejarahnya. Kita try revise kisah Nabi Ibrahim sebab sejarahnya bermula dari situ. (Memang terasa best bila baca buku ni sebabnya ada kaitan dengan buku sebelum - 25 Rasul : Fakta Vs Auta. So, bila dah terbaca benda sama, kefahaman sesuatu bacaan tu lagi bertambah mantap. Alhamdulillah )

Ok. Kita teliti sekejap sejarahnya. Keturunan Nabi Ibrahim terdiri daripada atas dua garis keturunan (nasab) iaitu daripada Hajar - yang melahirkan Nabi Ismail, & Sarah - yang melahirkan Nabi Ishaq. Kemudian daripada Nabi Ishaq, lahirnya pula Nabi Ya'kub. Ok, keturunan Nabi Ismail disebut sebagai ARABIYUN (Bangsa Arab) & daripada keturunan ni juga termasuklah baginda Rasulullah SAW. Ok. Kita masuk mengenai keturunan Nabi Ya'kub. Keturunan baginda disebut sebagai BANI ISRAEL.

Daripada sini la Yahudi berdendam dengan baginda Rasulullah SAW & kaum muslimin. Sebab apa? Sebabnya baginda Rasulullah SAW telah menjadi penutup kepada segala Nabi. Padahal kalau nak diikutkan, baginda Rasulullah SAW bukanlah berasal daripada Bani Israel - di mana daripada Bani Israel ni lah banyak para Nabi diutuskan. Nak katanya bahawa Bani Israel ni bangsa mulia la ~  Disebabkan tu, mereka berasa iri hati & beralibi bahawa dari bangsa merekalah yang sepatutnya menjadi penutup segala Nabi, bukan dari bangsa Arab. Sebab tu la mereka memusuhi baginda Rasulullah SAW & kaum muslimin (dengan erti kata umat Islam baginda)

Padahal mereka tak sedar yang Allah telah mengubah status mereka daripada bangsa mulia menjadi bangsa terlaknat disebabkan sikap mereka yang sering kufur & menderhaka kepada Allah. Setiap kali Allah utuskan seorang Nabi kepada bangsa mereka, pasti mereka bunuh  Maka, disebabkan itulah Allah melaknat & menghancurkan mereka. Boleh bukak Surah Al-Maidah : ayat 70, tadabbur sebaiknya firman Allah yang benar ni.

Ok, faham dah kan sejarahnya macam mana. Next, apa antara dialog2 mereka dengan baginda Rasulullah SAW? Haa yang ni boleh try baca nanti  Panjang kalau nak terangkan setiap satu dialog dalam buku ni. Tapi yang pasti dialog2 ni diambil daripada Al-Quran, Hadis & kitab2 sejarah. Setiap daripada tu ada diselitkan penghujahan2 yang diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW dengan pendekatan yang sangat bijaksana & mampu membuka fikiran orang2 yang membacanya. In Shaa Allah.

Akhir kata, terima kasih di atas penulisan buku berilmiah + sejarah ini. Ingatlah, kecemburuan bangsa Yahudi terhadap umat Islam telah berlaku sejak zaman berzaman lagi. Jelas dalam Surah Al-Baqarah : ayat 120 yang mengatakan bahawa bangsa Yahudi tidak akan senang kepada kita sehingga kita mengikuti agama mereka. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa