بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Ketika Azazil Berputus Asa'
Oleh : Hadi Fayyadh
____________________________________________________________________________________
Alhamdulillah. Selesai membaca novel kedua yang ditulis oleh Ustaz Hadi Fayyadh selepas novel beliau yang pertama iaitu novel Semusim Di Barzakh. Novel Ketika Azazil Berputus Asa kali ni sangat2 memberi pengajaran & peringatan bahawa kiamat itu pasti terjadi. Dan sebelum terjadinya kiamat, pasti ada tanda2 besar yang akan muncul seperti Dajjal & turunnya Imam Mahdi & Nabi Isa. Dan itulah antara yang dipertengahkan dalam novel Islamik ini.
Ok, novel ni boleh dikira sebagai novel fiksyen yang direka ceritanya berpandukan kepada Al-Quran & As-Sunnah. Menceritakan tentang suasana akhir zaman yang sedang berlaku & sememangnya pasti akan berlaku pada suatu masa nanti Novel ni memang diakui ada banyak kaitan dengan buku2 yang pernah saya baca & cerita2 yang pernah saya dengar sebelum ni. Mungkin ini adalah salah satu cara Allah memberikan kefahaman kepada saya dalam agamaNya.
Ok. Novel ini menceritakan tentang perjalanan seorang saintis Atheis bernama Prof Fayyadh dalam mengharungi dunia akhir zaman. Bermula dengan kejadian yang telah beliau alami iaitu peristiwa kegagalan 11 bintang sejajar, di mana salah satu bintang bernama Sirius Star (bintang berkembar) telah menyimpang dari landasan orbit yang sepatutnya. Dan kalau diikutkan logik, perkara ini sangat menyimpang daripada fakta2 sains & astronomi.
Maka, disebabkan itu, beliau yang selama ini tidak percayakan kewujudan Tuhan, tiba2 berasa sangsi. Dan pada akhirnya, beliau menemui jawapan daripada seorang Sheikh di negeri Arab yang menjelaskan detail mengenai ayat2 Al-Quran berkaitan alam yang diciptakanNya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya Dr Fayyadh kembali kepada agama Islam. Boleh try baca hingga akhir novel untuk tahu lebih lanjut mengenai kekuasaan2 Allah yang dihuraikan melalui ayat2 Al-Quran & Hadis.
Cuma,ada beberapa perkara yang saya nak highlightkan iaitu :
1) Bintang Sirius Berkembar. Ya, nama bintang ni ada disebut di dalam Al-Quran. Boleh rujuk Surah An-Najm ayat 49 (nama bintang - Syi'ra) & ayat 9 (jarak antara kembar kedua bintang). Kalau mengikut fakta Sains, tempoh peredaran bintang Sirius ni adalah bersamaan 49,9 tahun mengikut kelajuan cahaya. Then, cuba gabungkan kedua ayat ni, akan membentuk angka 49,9 kan? Nampak tak kehebatan Al-Quran, bukan secara umum je Al-Quran menyampaikan sesuatu, bahkan secara detail lagi
2) Munafik. Ya, sama seperti review saya di novel Anding Ayangan. Memang terdapat golongan munafik pada zaman ini. Bahkan golongan ini adalah ber'title'kan ustaz. Kenapa malu untuk mengaku kalau tak tahu akan sesuatu? Kalau betul lah kita tak tahu sesuatu perkara tu, katakan je yang kita tak tahu instead of berpura-pura tahu & menyebarkan benda yang salah. Hati2 dengan golongan ini.
3) Raja Namrud. Haa, apa kaitan Raja Namrud dengan novel ni? Mesti pernah dengar kan yang Firaun mengaku dia Tuhan. Kalau nak diikutkan, Raja Namrud ni adalah merupakan manusia pertama yamg murtad & syirik serta mengaku sebagai Tuhan sebelum Firaun lagi. Pernah dengar New World Order? Ya, keinginan Raja Namrud untuk menguasai dunia di bawah satu pemerintannya itu lah yang disebut sebagai New World Order kini.
Dalam novel ni jugak ada diceritakan kisah lanjut mengenai Raja Namrud. Kalau nak tahu kena lah baca. Tapi yang pasti, keturunan Raja Namrud masih berterusan hingga sekarang. Patung Statue of Liberty di New York, Columbia Pictures, Iluminati, Rothschild & kartun2 Disney semuanya ada kaitan dengan Raja Namrud.
4) Kejatuhan meteor. Fuhh, yang ni memang teringat Ustaz Hashimi. Ustaz pernah cerita pasal ni dalam kelas kami. Bila meteor jatuh ke bumi, maka segala peralatan elektronik gagal berfungsi. Dunia akan bergelap tanpa sebarang cahaya Dan ini merupakan permulaan kepada akan berlakunya tanda2 kiamat besar.
5) Dajjal. Ya, dia pasti muncul. Fitnah paling besar di dunia. Fitnah - dalam makna katanya ialah tipu daya. Antara fitnah Dajjal yang paling hebat ialah : Menerbitkan matahari dari barat, peralihan hukum peredaran bumi & pelan persediaan unit2 tiruan oleh Dajjal. Ya, pelan persediaan ni sebenarnya ada kaitan dengan penyediaan Studio Gergasi di Hollywood. Kalau nak huraian lebih lanjut boleh baca nanti dalam novel ni.
6) Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa AS. Ya, bukan rekaan. Imam Mahdi akan dibaiahkan di hadapan Kaabah. Dan Nabi Isa AS akan membunuh Dajjal. Dan waktu ni, kemenangan Islam telah berada di puncak.
Dan beberapa lagi fakta yang diketengahkan dalam novel ni berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah. Secara kesimpulannya, kemunculan Dajjal pasti berlaku. Persoalannya, kuatkah iman kita untuk menghadapi semua fitnahnya? Semasa kemunculan Dajjal, kita akan diuji dengan kemarau yang sangat panjang sehingga 3 tahun lamanya. Dan waktu ni tak ada dah bekalan makanan kecuali zikir.
Jadi, adakah iman kita cukup kuat menghadapi ujian ni? Tepuk dada tanyalah iman masing2. Sebab tu kita disuruh untuk mengamalkan surah Al-Kahfi, at least 10 ayat awal pun jadi lah. In shaa Allah kita akan terhindar dari fitnah Dajjal. Dan banyakkanlah melihat kepada hadis2 futuralistik bermula dari sekarang.
Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hadi Fayyadh di atas penulisan novel kedua beliau yang sangatlah terbaik pada abad ni Banyak sangat pengajaran yang boleh kita dapati. Daripada kita baca novel cinta yang tah apa2, sekejap kahwin paksa la itu la ini la, lebih baik kita perbanyakkan membaca buku2 atau novel2 seperti ni. At least ada kesedaran untuk terus bersedia menghadapi dunia yang bakal berakhir tak lama lagi.
Moga Allah sentiasa memberikan kefahaman agamaNya. Next, novel Semusim Di Mahsyar. Moga Allah redha !
#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#