Review buku 'ISIS'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'ISIS'
Disunting Oleh : Dr. Maszlee Malik


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Setelah sekian lama selesai membaca buku ISIS ni, baru berkesempatan nak buat review dek kerana acah2 busy (laa sangat ) Buku ni merupakan ringkasan himpunan daripada kertas2 kerja atau kajian oleh para sarjana mengenai ISIS. Ok, sejujurnya saya tak berapa nak faham sangat mengenai ISIS ni secara mendalam. Just tahu macam2 tu je. Tapi bila dah baca, baru nampak gambaran yang ISIS sebenarnya macam mana.

Baik, siapakah ISIS ni? Mungkin ramai yang tahu, dan mungkin jugak ramai yang tak tahu (macam saya  Ok mengaku sungguh ni) ISIS atau ISIL atau IS atau DA'ESH merupakan rentetan daripada gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri daripada 3 organisasi jihad yang berbeza : Ansar Al-Islam, Jamaah At-Tawhid wa Al-Jihad dan Al-Qaeda. Nak tahu lebih lanjut pasal sejarah 3 organisasi ni silalah baca buku ni ya  Tapi apa yang pasti, munculnya golongan ISIS ni sebabnya mereka nak menyelamatkan golongan Sunni di Iraq dari kumpulan militan Syiah dan kerajaan Maliki.

Ok, tu di Iraq. Kalau di Syria pulak, munculnya golongan ISIS ni disebabkan oleh krisis dan kekejaman rejim Bashar Al-Asad yang bersifat kuku besi dalam pemerintahannya. Maka ISIS muncul untuk turut serta dengan rakyat Syria menentang rejim Bashar Al-Asar tu. Dan sebab tu la ISIS merujuk kepada Islamic State of Iraq and Syria disebabkan mereka muncul di 2 tempat ni.

Ok, nampak macam baik je kan golongan ISIS ni sebab turut serta menentang kekejaman2 yang berlaku di Iraq dan Syria. Persoalannya, setelah ISIS mengisytiharkan Dawlah Islamiyah (oh lupa nak bagitau, DA'ESH tu akronim kepada Dawlah Islamiyah fi Al-Iraq wa As-Sham), kumpulan ni mula menunjukkan diri mereka yang sebenar.

First, mereka mengkafirkan Syiah dan golongan Sunni yang tidak sehaluan dengan mereka. Second, mereka memaksa semua rakyat supaya mengikut dan mengamalkan Islam versi mereka yang keras dan tidak menerima perbezaan. Third, mereka merobohkan kubur2 Nabi dan orang2 soleh, rumah2 ibadat agama yang lain serta monumen2 sejarah yang terdapat di kawasan yang mereka duduki. Forth, jihad mereka adalah berperang. Dan banyak lagi benda2 pelik yang mereka lakukan. Ok, tersangatlah tak logik kalau nak kata pembawaan Islam tu macam tu ~ Anda nilai la sendiri.

Ok then, rasanya setakat tu je kot untuk diceritakan secara ringkas. Nak tahu lebih lanjut lagi saya sangat mengalu-alukan untuk baca buku ni. Saya baru sentuh bab 1 je tau. Ada 14 lagi bab. Seriously buku ni walaupun ringkas (disebabkan ringkasan daripada kajian2 yang dilakukan), tapi tersangatlah padat dengan ilmu2 mengenai ISIS. Boleh hadam nanti.

Maka, secara kesimpulannya, ISIS bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Nak2 bila ia melibatkan akidah kita. Jangan cakap ISIS hanya berlaku di negara arab je, Malaysia pun ada yang terlibat sekali, lebih2 lagi daripada golongan pemuda yang mungkin agak lemah imannya. Semoga kita semua dijauhkan daripada terlibat dengan kumpulan ISIS ni. Dan terima kasih kerana sudi membaca review saya yang tersangatlah ringkas ni. Kalau nak tahu lebih mendalam, baca dan kajilah nanti. Semoga Allah menambahkan lagi kefahaman kita dalam agamaNya. Dan moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Konspirasi Dajal'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Konspirasi Dajal'
Oleh : Miftahul Asror Malik


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku berkaitan futuristik - mengenai Dajal + tragedi & bencana yang berlaku pada akhir zaman. Ya, umum pasti tahu mengenai kedatangan Dajal. Umum juga pasti tahu mengenai kedatangan kiamat. Persoalannya, sudah bersediakah kita untuk menghadapinya suatu hari nanti? Berapa banyak amalan yang kita akan bawa untuk menepis segala fitnah Dajal ni?  Tepuk dada tanyalah iman sendiri.

Saya tertarik untuk memetik semula satu part dalam pendahuluan buku ni : 'Pada dasarnya, Dajal bukan individu yang bergerak sendiri, namun ia menjadi simbol & sistem serta memiliki para pengikut & pembantu (a'wan) yang jumlahnya tidak terkira. Kesemua mereka mengikat diri menjadi satu bagi mewujudkan satu tujuan rahsia iaitu menyebarkan propaganda Dajal ke seluruh penjuru dunia.'

Baca dan fahamkan. Apa yang kalian rasa? Apakah kalian anggap fitnah Dajal yang begitu dahsyat ni akan sama dengan kemunculan Dajal pada akhir zaman? Tak ! Fitnah ni bukanlah kebetulan yang datang seketika tanpa PERANCANGAN terlebih dulu. Dajal tahu bahawa tak mungkin bila dia muncul, manusia akan terus percaya & tunduk padanya. Sebab tu lah Dajal menyusun pelbagai strategi & perancangan yang matang bersama para a'wannya, sama ada dalam kalangan manusia ataupun jin untuk menyebarkan pelbagai fitnah yang dapat mendukungnya ketika dia muncul nanti.

Ok, tak nak ulas panjang. Nak tahu lebih lanjut boleh baca buku ni. Ok baik, bermula dengan cerita mengenai asal usul Dajal melalui pendapat seorang ilmuwan bernama Muhammad Isa Dawud dalam kitabnya berjudul Al-Khuyuth Al-Khafiyah Baina Al-Masikh Ad-Dajal Wa Asraru Mutsallats Barmuda Wa Al-Athbaq Al-Tha'irah. Kitab yang bersandarkan kepada beberapa manuskrip & catatan kuno yang ditemui terkubur di dalam tanah kota Irbid di Jordan & berasal daripada kebudayaan masa silam. Boleh baca sendiri sejarah asal usul Dajal. Tapi apa yang pasti, iblis telah membuat ikatan persaudaraan dengan Dajal.

Then, buku Konspirasi Dajal ni juga turut menyentuh mengenai simbol konspirasi dunia & doktrin2 kepercayaan seperti Illuminati, The Assasians & Knight Templars. Turut disentuh mengenai 'sistem dunia Dajal' termasuklah kaitannya dengan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) & Bank Dunia. Juga ada menceritakan sedikit mengenai fenomena makhluk asing atau UFO yang pernah menjadi satu topik kontroversi suatu ketika dahulu. Nak tahu lebih lanjut? Bacalah sendiri nanti.

Selesai menyentuh perihal Dajal, buku ni juga turut menyentuh perihal tanda2 besar kiamat yang lain. Antaranya ialah keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa Bin Maryam, keluarnya Ya'juj & Ma'juj, terbitnya matahari dari arah barat, keluarnya Dabbah (sejenis binatang) & Dukhan (asap), keluarnya api yang menghantar manusia & kehancuran alam semesta. Dengan disertakan hadis2 futuristik berkaitan, fuhh, terasa dekatnya hari kiamat ni.

Then, sangat tertarik pada part terbitnya matahari dari arah barat. Persoalan yang bermain di minda sekarang, apakah benar akan terbitnya matahari tu dari arah barat? Atau seperti pendapat penulis dalam buku ni, itu hanyalah sekadar kiasan? Sebab kalau nak ikutkan logik akal dalam memikirkan petanda hari kiamat, mungkin kita lebih yakin bahawa perkara sedemikian takkan terjadi dengan mempertimbangkan pengaruh daya graviti & pelbagai hal yang berkaitan dengan ilmu alam  Tapi apa yang pasti, tak mustahil je kan kalau itu dah menjadi ketetapan Allah.

Maka, secara kesimpulannya, sedar tak kita yang kiamat semakin hampir? Kalau zaman baginda Rasulullah SAW pun dunia dah seperti orang tua yang bongkok, apatah lagi pada zaman kita  Apa je amalan2 yang kita dah buat? Cukup ke? Akan bertahankah kita bila diuji dengan kedatangan Dajal? Tak ada makanan semua. Bersabarkah kita nanti? Persoalan2 ni sepatutnya kena tanya pada diri setiap hari. Banyak2kanlah membaca Surah Al-Kahfi. Dan banyakkan melihat pada hadis2 futuristik. Dan, zaman ni bukan zaman untuk me'leka'kan diri lagi. Cukup2 lah tu. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Meniti Jalan Suci'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Meniti Jalan Suci'
Oleh : Wan Mohd Ruzlan Wan Omar


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang ringkas tetapi padat dengan ilmu pada setiap bab mengenai panorama kehidupan manusiawi yang pelbagai versi ragam. Buku ni mengajak kita menatap realiti kehidupan bersandarkan iman & taqwa. Sebagai hamba Allah, kita seharusnya meniti jalan suci, jalan yang benar & landasan yang tepat menuju Tuhan  Tanpa pedoman hidup berpaksikan tauhid, pastinya iman akan terpinggir & taqwa akan tersingkir.

Buku ni mengandungi 3 bahagian - Kehidupan Rohani, Kehidupan Sosial & Kehidupan Muamalat. Pembacaan buku ni sesuai untuk semua golongan tak kira lah sesiapun, asalkan dia adalah hamba Allah & khalifahNya di bumi  Buku ni juga turut menyentuh mengenai perkara2 asas yang berlaku dalam kehidupan kita & bagaimana cara untuk kita hadapi dengan berpandukan Al-Quran & Hadis. Satu perkara je yang saya nak kongsi menerusi buku ni - MEMBACA. Ok, mesti rasa dah muak kan sebab dah banyak kali sebut pasal membaca ni  Tapi nak tulis jugak.

Dalam wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jelas membuktikan bahawa membaca itu merupakan suatu ARAHAN ALLAH supaya umat Islam membangunkan diri & ummah ke arah kejayaan hidup di dunia & akhirat. Boleh tengok sejarah2 lalu macam mana ulama' pada zaman silam muncul sebagai sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi dengan pelbagai rekacipta & inovasi hebat disebabkan titik permulaan mereka daripada MEMBACA. Diorang faham akan perintah Allah dalam Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 ni.

Then, sangat #deep la bila penulis kata zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu. Zaman kita ni orang memang MALAS nak membaca, apalagi nak menulis & membuat kajian  Kita lebih ditumpukan kepada aspek hiburan sahaja. So, kalau nak mengembalikan kegemilangan tamadun ummah, kita perlu membudayakan semula amalan membaca & memperbanyakkan kajian. Buku harus kita jadikan sebagai rakan setia kita. Persoalannya, buku pun kita nak tak nak je pandang & pegang, membaca apatah lagi

Satu lagi fenomena sekarang ni - banyak buku2 bergenre penulisan bercorak picisan & berbaur cinta yang menjadi kegilaan remaja berbanding dengan buku2 bercorak ilmiah sama ada dalam aspek agama ataupun ilmu pengetahuan semasa. Apa gunanya amalan membaca semakin berkembang tetapi medium pembacaannya hanya tertumpu kepada genre hiburan sahaja? Tak ada perubahan positif la kalau macam tu  Sepatutnya para remaja perlu dipupuk dengan amalan membaca buku2 yang hebat & bermanfaat. Cuba tengok negara Jepun yang suka membaca, sebab tu diorang maju.

Ingat, ilmu dalam Islam ni memang penting & antara cara terbaik untuk memperoleh ilmu2 tu adalah melalui PEMBACAAN. Maka, budaya membaca ni kalau dalam kalangan orang beriman perlu dijadikan sebagai rutin harian kita. Tak mustahil je umat Islam sekarang mampu bangkit menjadi ummah terbilang & boleh mengulangi semula sejarah ketamadunan terdahulu, asalkan amalan membaca tu sebati dalam sanubari setiap orang yang beriman.

Dan banyak lagi perkara2 asas keimanan yang disentuh dalam buku ni. Tak tahu kenapa dalam banyak2 bab, bab pasal membaca ni la yang menarik perhatian. Deep sebenarnya sebab kita ni pun tergolong dalam kalangan orang yang malas membaca jugak. Maka, secara kesimpulannya, buku ni sangat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan terutamanya kepada mereka2 yang bergelar sebagai 'Abid' & 'Khalifah' Allah di atas muka bumi. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada penulis buku di atas penulisan yang ringkas tetapi padat & sarat dengan ilmu. Jom amalkan budaya membaca. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Tiket Haji Daripada Tuhan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Tiket Haji Daripada Tuhan'
Oleh : J. Rahmat 


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah. Selesai membaca buku berkisarkan catatan penulis mengenai pengalaman beliau ketika menunaikan haji di Mekah. Buku yang seakan travelog ni sememangnya takkan bosan dibaca (mungkin sebab ditulis dari hati, jadi feel tu pun sampai ke hati ) Selain tu, buku ni juga turut diselitkan dengan kisah2 sejarah Rasulullah SAW bersama para sahabat, Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Sempena Hari Raya Aidiladha ni, lepas dah habis je baca buku 'Kuasa Kepimpinan Ilahiah', terus ambik buku berkenaan haji  Walaupun sejujurnya memang jarang ada feel nak tunaikan haji tu (Astaghfirullah, hitamnya hati ) tapi bila dah baca buku ni, terus tanya mak, bila nak pergi haji huhu ~

Ok baik. Buku ni menceritakan tentang kisah penulis yang sudah bekerja selama 20 tahun sebagai pegawai di sebuah syarikat minyak & gas negara. Beliau mempunyai kehidupan yang cukup sederhana. Sejak mula bekerja, beliau menggunakan sebahagian besar gajinya bagi menguruskan anak2 yatim, anak2 miskin & orang2 yang tidak berkemampuan. Pada suatu hari, keajaiban telah berlaku apabila beliau mendapat bantuan daripada rakan2 beliau yang berusaha mengumpulkan wang untuk beliau ke Tanah Suci. See? Berkebajikan dengan orang lain, maka orang lain akan berkebajikan dengan kita  Maka dari sini, bermulalah kisah yang penuh suka & duka penulis ketika menunaikan haji.

Ok, actually tak rajin nak cerita panjang perjalanan yang penulis tempuhi sepanjang menunaikan haji ni  Then nanti, bacalah sndiri ya  Tapi rajin nak kongsikan beberapa perkara yang dikongsikan dalam buku ni. Antaranya ialah :

1) MASA HADAPAN. Ya, masa hadapan bukanlah masa tua kita. Mesti ramai yang berpendapat bahawa masa hadapan tu adalah bila kita dah mempunyai rumah besar, gaji besar, kenderaan besar & semua yang 'besar'. Walhal masa hadapan tu adalah AKHIRAT. Masa tua kita tak lama & akan luput dengan kematian. Selepas kematian, bermulalah masa hadapan kita yang sebenar. Persoalannya, dah bersediakah kita nak menghadapi masa hadapan kita ni?

2) SELAWAT. Membaca selawat adalah bukti cinta kita kepada Rasulullah SAW. Kita dianjurkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Selawat ni ibarat jambatan yang menghubungkan dua tempat - hati kita dengan Allah. Tanpa selawat (iaitu jambatan yang menghubungkan) susah sesuatu doa tu nak menyeberang  Maka, marilah kita banyakkan berselawat. Kalau nak berdoa, mulakan dengan zikir Asmaul Husna, kemudian berselawat & panjatkan doa kita, In Shaa Allah doa kita akan dimakbulkan

3) BACA & HAYATI SEJARAH. Ada je orang yang pergi haji, tapi langsung tak bagi kesan apa2 pada diri lepas balik dari haji tu. Tak ada rasa nak menangis pun waktu tengok Kaabah & tak ada rasa nak menangis pun waktu menziarahi makam Rasulullah SAW. Pada pendapat penulis, mungkin orang2 yang sebegini perlu meluangkan masa membaca kembali buku2 sejarah terutamanya sejarah baginda Rasulullah SAW & para sahabat, Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Hati yang kosong tanpa kisah sejarah boleh menyebabkan kita tak rasa apa2 pun ketika melawat Mekah & Madinah. Tanpa pengetahuan sejarah, kita mungkin tak dapat nak hayati & nak kaitkan catatan sejarah dengan tempat yang kita lawati.

Maka, secara kesimpulannya, buku ni bukanlah sekadar catatan pengalaman penulis menunaikan haji semata, bahkan turut diselitkan dengan fakta2 sejarah, ayat2 Al-Quran & Hadis yang semestinya akan menambahkan lagi ilmu kita  Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada penulis di atas penulisan buku yang sangat memberikan inspirasi. Akhir kata, Tuhan memilih tetamuNya & melayaninya dengan cara yang tidak disangka-sangka. Mungkin kita adalah salah seorang daripadanya? Amin, In Shaa Allah. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Kuasa Kepimpinan Ilahiah'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Kuasa Kepimpinan Ilahiah'
Oleh : Muhammad Hasan Al-Basri'


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca buku sejarah yang menyentuh mengenai beberapa orang Nabi & Rasul berserta dengan cara kepimpinan mereka yang bersifat kepada ketuhanan. Terdapat 4 bab semuanya dalam buku ni & apa yang pasti, setiap bab tersebut banyak dihuraikan isi2 penting oleh penulis. Selain berfokuskan kepada 5 orang Rasul Ulul 'Azmi, buku ni juga turut menyentuh atau menyelitkan beberapa kisah para Nabi & Rasul selain 5 orang Rasul Ulul 'Azmi tersebut

Antara perkara menarik yang saya dapat kongsikan menerusi buku ni ialah :

📝 Menurut Wawan Susetya dalam bukunya Cermin Hati, terdapat 3 peringkat inti kesabaran yang digali dalam Al-Quran iaitu :

a) Sabar dalam menghadapi musibah seperti sabarnya Nabi Ayub
b) Sabar dalam menolak maksiat seperti sabarnya Nabi Yusuf
c) Sabar dalam mentaati perintah Allah sebagaimana sabarnya Nabi Ismail

📝 Menurut Wawan Susetya dalam Kitab Ketenteraman Emha Ainun Nadjib, para utusan Allah terangkum dalam perspektif lima orang Ulul 'Azmi iaitu :

a) NABI NUH : SIMBOL ANAK KECIL. Baginda berkeperibadian seperti anak kecil yang suka mengadu kepada Tuhannya akan perihal kedegilan kaumnya.


b) NABI IBRAHIM : SIMBOL REMAJA. Baginda ibarat seorang remaja yang sentiasa mencari jati diri (dengan maksud mencari Tuhannya) & menemui hakikat hidup yang sejati.


c) NABI MUSA : SIMBOL PEMUDA PERKASA. Baginda mempunyai keberanian untuk melawan Firaun & bala tenteranya yang besar. Selain tu, sifat baginda yang perkasa ni juga boleh dibuktikan apabila beliau menumbuk seseorang lalu menyebabkan orang itu mati (ada sebabnya, bukan saja2 )


d) NABI ISA : SIMBOL ORANG DEWASA YANG MATANG. Dari segi keperibadian baginda, amalan sehari-harinya telah mencerminkan kasih sayang baginda yang mendalam terhadap kaumnya.


e) NABI MUHAMMAD SAW : PENYEMPURNA ULUL 'AZMI  Baginda menjadi penyempurna keperibadian secara menyeluruh daripada semua 'pengkhususan' watak para Rasul & Nabi Allah termasuklah 5 orang Ulul 'Azmi.

📝 Menurut Syeikh Ibn Atho'illah Asy-Syakandary dalam kitabnya Al-Hikam, terdapat 3 kehormatan atau kemuliaan hamba2Nya yang selalu berzikir iaitu:

a) Allah menjadikannya sentiasa berzikir kepadaNya
b) Allah menjadikannya terkenal dengan zikir2Nya
c) Allah menjadikannya terkenal di sisi Allah

Hanya dengan berzikir tu je Allah dah memuliakan kita. Persoalannya, beramalkah kita dengan perkara yang senang nak buat tapi payah nak laksanakan ni?  Tepuk dada tanyalah iman sendiri.

📝 Menurut Al-Qusyairi dalam Kitab Risalah Qusyairiyah, terdapat 3 kategori keadilan iaitu :

a) Berlaku adil antara diri sebagai hamba dengan TuhanNya iaitu mengutamakan hak Allah lebih daripada hak & kepentingannya.
b) Berlaku adil kepada diri sendiri iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan diri sendiri.
c) Berlaku adil sesama makhluk Tuhan iaitu memberi nasihat & tidak khianat dalam sesuatu perkara.

📝 Menurut Wawan Susetya dalam bukunya Cermin Hati, tiga dosa pertama yang dilakukan oleh makhluk ialah :

a) Dosa sombong atau takbur yang dilakukan oleh iblis ketika menolak perintah Allah supaya bersujud kepada Nabi Adam.
b) Dosa tamak Nabi Adam & isterinya yang telah mendekati pohon yang dilarang oleh Allah di Syurga.
c) Dosa iri hati & hasad dengki Qabil yang sanggup membunuh saudaranya sendiri iaitu Habil.

Dan pelbagai lagi perkara menarik yang terdapat dalam buku ni seperti kisah2 kebijaksanaan kepimpinan Nabi Sulaiman, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf & Nabi Yunus. Dan of course kisah2 daripada 4 orang Khulafa' Ar-Rasyidin & 4 orang wanita termulia yang dijanjikan syurga iaitu Saidatina Khadijah, Maryam, Asiah & Fatimah Az-Zahra. Nak tahu dengan lebih lanjut boleh la try baca nanti ya

Maka secara kesimpulannya, buku ni agak bagus untuk dibaca lebih2 lagi kepada para pemimpin. Seperti apa yang ditulis dibelakang buku : "Buku ini untuk para pemimpin, daripada contoh sebaik-baik pemimpin." Seriously, banyak sangat iktibar yang boleh kita ambil daripada huraian2 sejarah dalam buku ni terutamanya daripada sudut kepimpinan. Banyak benda yang boleh di'take note'kan dari apa yang terkandung dalam buku ni.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada penulis buku  Btw, buku ni actually buku terjemahan daripada bahasa Indonesia tau  Wallahu a'lam, moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa