بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Meniti Jalan Suci'
Oleh : Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
____________________________________________________________________________________
#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#

Alhamdulillah. Selesai membaca buku yang ringkas tetapi padat dengan ilmu pada setiap bab mengenai panorama kehidupan manusiawi yang pelbagai versi ragam. Buku ni mengajak kita menatap realiti kehidupan bersandarkan iman & taqwa. Sebagai hamba Allah, kita seharusnya meniti jalan suci, jalan yang benar & landasan yang tepat menuju Tuhan Tanpa pedoman hidup berpaksikan tauhid, pastinya iman akan terpinggir & taqwa akan tersingkir.
Buku ni mengandungi 3 bahagian - Kehidupan Rohani, Kehidupan Sosial & Kehidupan Muamalat. Pembacaan buku ni sesuai untuk semua golongan tak kira lah sesiapun, asalkan dia adalah hamba Allah & khalifahNya di bumi Buku ni juga turut menyentuh mengenai perkara2 asas yang berlaku dalam kehidupan kita & bagaimana cara untuk kita hadapi dengan berpandukan Al-Quran & Hadis. Satu perkara je yang saya nak kongsi menerusi buku ni - MEMBACA. Ok, mesti rasa dah muak kan sebab dah banyak kali sebut pasal membaca ni Tapi nak tulis jugak.
Dalam wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jelas membuktikan bahawa membaca itu merupakan suatu ARAHAN ALLAH supaya umat Islam membangunkan diri & ummah ke arah kejayaan hidup di dunia & akhirat. Boleh tengok sejarah2 lalu macam mana ulama' pada zaman silam muncul sebagai sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi dengan pelbagai rekacipta & inovasi hebat disebabkan titik permulaan mereka daripada MEMBACA. Diorang faham akan perintah Allah dalam Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 ni.
Then, sangat #deep la bila penulis kata zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu. Zaman kita ni orang memang MALAS nak membaca, apalagi nak menulis & membuat kajian Kita lebih ditumpukan kepada aspek hiburan sahaja. So, kalau nak mengembalikan kegemilangan tamadun ummah, kita perlu membudayakan semula amalan membaca & memperbanyakkan kajian. Buku harus kita jadikan sebagai rakan setia kita. Persoalannya, buku pun kita nak tak nak je pandang & pegang, membaca apatah lagi
Satu lagi fenomena sekarang ni - banyak buku2 bergenre penulisan bercorak picisan & berbaur cinta yang menjadi kegilaan remaja berbanding dengan buku2 bercorak ilmiah sama ada dalam aspek agama ataupun ilmu pengetahuan semasa. Apa gunanya amalan membaca semakin berkembang tetapi medium pembacaannya hanya tertumpu kepada genre hiburan sahaja? Tak ada perubahan positif la kalau macam tu Sepatutnya para remaja perlu dipupuk dengan amalan membaca buku2 yang hebat & bermanfaat. Cuba tengok negara Jepun yang suka membaca, sebab tu diorang maju.
Ingat, ilmu dalam Islam ni memang penting & antara cara terbaik untuk memperoleh ilmu2 tu adalah melalui PEMBACAAN. Maka, budaya membaca ni kalau dalam kalangan orang beriman perlu dijadikan sebagai rutin harian kita. Tak mustahil je umat Islam sekarang mampu bangkit menjadi ummah terbilang & boleh mengulangi semula sejarah ketamadunan terdahulu, asalkan amalan membaca tu sebati dalam sanubari setiap orang yang beriman.
Dan banyak lagi perkara2 asas keimanan yang disentuh dalam buku ni. Tak tahu kenapa dalam banyak2 bab, bab pasal membaca ni la yang menarik perhatian. Deep sebenarnya sebab kita ni pun tergolong dalam kalangan orang yang malas membaca jugak. Maka, secara kesimpulannya, buku ni sangat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan terutamanya kepada mereka2 yang bergelar sebagai 'Abid' & 'Khalifah' Allah di atas muka bumi. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada penulis buku di atas penulisan yang ringkas tetapi padat & sarat dengan ilmu. Jom amalkan budaya membaca. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !