Review buku 'Tiket Haji Daripada Tuhan'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Tiket Haji Daripada Tuhan'
Oleh : J. Rahmat 


____________________________________________________________________________________


Alhamdulillah. Selesai membaca buku berkisarkan catatan penulis mengenai pengalaman beliau ketika menunaikan haji di Mekah. Buku yang seakan travelog ni sememangnya takkan bosan dibaca (mungkin sebab ditulis dari hati, jadi feel tu pun sampai ke hati ) Selain tu, buku ni juga turut diselitkan dengan kisah2 sejarah Rasulullah SAW bersama para sahabat, Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Sempena Hari Raya Aidiladha ni, lepas dah habis je baca buku 'Kuasa Kepimpinan Ilahiah', terus ambik buku berkenaan haji  Walaupun sejujurnya memang jarang ada feel nak tunaikan haji tu (Astaghfirullah, hitamnya hati ) tapi bila dah baca buku ni, terus tanya mak, bila nak pergi haji huhu ~

Ok baik. Buku ni menceritakan tentang kisah penulis yang sudah bekerja selama 20 tahun sebagai pegawai di sebuah syarikat minyak & gas negara. Beliau mempunyai kehidupan yang cukup sederhana. Sejak mula bekerja, beliau menggunakan sebahagian besar gajinya bagi menguruskan anak2 yatim, anak2 miskin & orang2 yang tidak berkemampuan. Pada suatu hari, keajaiban telah berlaku apabila beliau mendapat bantuan daripada rakan2 beliau yang berusaha mengumpulkan wang untuk beliau ke Tanah Suci. See? Berkebajikan dengan orang lain, maka orang lain akan berkebajikan dengan kita  Maka dari sini, bermulalah kisah yang penuh suka & duka penulis ketika menunaikan haji.

Ok, actually tak rajin nak cerita panjang perjalanan yang penulis tempuhi sepanjang menunaikan haji ni  Then nanti, bacalah sndiri ya  Tapi rajin nak kongsikan beberapa perkara yang dikongsikan dalam buku ni. Antaranya ialah :

1) MASA HADAPAN. Ya, masa hadapan bukanlah masa tua kita. Mesti ramai yang berpendapat bahawa masa hadapan tu adalah bila kita dah mempunyai rumah besar, gaji besar, kenderaan besar & semua yang 'besar'. Walhal masa hadapan tu adalah AKHIRAT. Masa tua kita tak lama & akan luput dengan kematian. Selepas kematian, bermulalah masa hadapan kita yang sebenar. Persoalannya, dah bersediakah kita nak menghadapi masa hadapan kita ni?

2) SELAWAT. Membaca selawat adalah bukti cinta kita kepada Rasulullah SAW. Kita dianjurkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Selawat ni ibarat jambatan yang menghubungkan dua tempat - hati kita dengan Allah. Tanpa selawat (iaitu jambatan yang menghubungkan) susah sesuatu doa tu nak menyeberang  Maka, marilah kita banyakkan berselawat. Kalau nak berdoa, mulakan dengan zikir Asmaul Husna, kemudian berselawat & panjatkan doa kita, In Shaa Allah doa kita akan dimakbulkan

3) BACA & HAYATI SEJARAH. Ada je orang yang pergi haji, tapi langsung tak bagi kesan apa2 pada diri lepas balik dari haji tu. Tak ada rasa nak menangis pun waktu tengok Kaabah & tak ada rasa nak menangis pun waktu menziarahi makam Rasulullah SAW. Pada pendapat penulis, mungkin orang2 yang sebegini perlu meluangkan masa membaca kembali buku2 sejarah terutamanya sejarah baginda Rasulullah SAW & para sahabat, Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Hati yang kosong tanpa kisah sejarah boleh menyebabkan kita tak rasa apa2 pun ketika melawat Mekah & Madinah. Tanpa pengetahuan sejarah, kita mungkin tak dapat nak hayati & nak kaitkan catatan sejarah dengan tempat yang kita lawati.

Maka, secara kesimpulannya, buku ni bukanlah sekadar catatan pengalaman penulis menunaikan haji semata, bahkan turut diselitkan dengan fakta2 sejarah, ayat2 Al-Quran & Hadis yang semestinya akan menambahkan lagi ilmu kita  Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada penulis di atas penulisan buku yang sangat memberikan inspirasi. Akhir kata, Tuhan memilih tetamuNya & melayaninya dengan cara yang tidak disangka-sangka. Mungkin kita adalah salah seorang daripadanya? Amin, In Shaa Allah. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa