بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Ringkasan review buku 'Konspirasi Dajal'
Oleh : Miftahul Asror Malik
____________________________________________________________________________________
Alhamdulillah. Selesai membaca buku berkaitan futuristik - mengenai Dajal + tragedi & bencana yang berlaku pada akhir zaman. Ya, umum pasti tahu mengenai kedatangan Dajal. Umum juga pasti tahu mengenai kedatangan kiamat. Persoalannya, sudah bersediakah kita untuk menghadapinya suatu hari nanti? Berapa banyak amalan yang kita akan bawa untuk menepis segala fitnah Dajal ni? Tepuk dada tanyalah iman sendiri.
Saya tertarik untuk memetik semula satu part dalam pendahuluan buku ni : 'Pada dasarnya, Dajal bukan individu yang bergerak sendiri, namun ia menjadi simbol & sistem serta memiliki para pengikut & pembantu (a'wan) yang jumlahnya tidak terkira. Kesemua mereka mengikat diri menjadi satu bagi mewujudkan satu tujuan rahsia iaitu menyebarkan propaganda Dajal ke seluruh penjuru dunia.'
Baca dan fahamkan. Apa yang kalian rasa? Apakah kalian anggap fitnah Dajal yang begitu dahsyat ni akan sama dengan kemunculan Dajal pada akhir zaman? Tak ! Fitnah ni bukanlah kebetulan yang datang seketika tanpa PERANCANGAN terlebih dulu. Dajal tahu bahawa tak mungkin bila dia muncul, manusia akan terus percaya & tunduk padanya. Sebab tu lah Dajal menyusun pelbagai strategi & perancangan yang matang bersama para a'wannya, sama ada dalam kalangan manusia ataupun jin untuk menyebarkan pelbagai fitnah yang dapat mendukungnya ketika dia muncul nanti.
Ok, tak nak ulas panjang. Nak tahu lebih lanjut boleh baca buku ni. Ok baik, bermula dengan cerita mengenai asal usul Dajal melalui pendapat seorang ilmuwan bernama Muhammad Isa Dawud dalam kitabnya berjudul Al-Khuyuth Al-Khafiyah Baina Al-Masikh Ad-Dajal Wa Asraru Mutsallats Barmuda Wa Al-Athbaq Al-Tha'irah. Kitab yang bersandarkan kepada beberapa manuskrip & catatan kuno yang ditemui terkubur di dalam tanah kota Irbid di Jordan & berasal daripada kebudayaan masa silam. Boleh baca sendiri sejarah asal usul Dajal. Tapi apa yang pasti, iblis telah membuat ikatan persaudaraan dengan Dajal.
Then, buku Konspirasi Dajal ni juga turut menyentuh mengenai simbol konspirasi dunia & doktrin2 kepercayaan seperti Illuminati, The Assasians & Knight Templars. Turut disentuh mengenai 'sistem dunia Dajal' termasuklah kaitannya dengan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) & Bank Dunia. Juga ada menceritakan sedikit mengenai fenomena makhluk asing atau UFO yang pernah menjadi satu topik kontroversi suatu ketika dahulu. Nak tahu lebih lanjut? Bacalah sendiri nanti.
Selesai menyentuh perihal Dajal, buku ni juga turut menyentuh perihal tanda2 besar kiamat yang lain. Antaranya ialah keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa Bin Maryam, keluarnya Ya'juj & Ma'juj, terbitnya matahari dari arah barat, keluarnya Dabbah (sejenis binatang) & Dukhan (asap), keluarnya api yang menghantar manusia & kehancuran alam semesta. Dengan disertakan hadis2 futuristik berkaitan, fuhh, terasa dekatnya hari kiamat ni.
Then, sangat tertarik pada part terbitnya matahari dari arah barat. Persoalan yang bermain di minda sekarang, apakah benar akan terbitnya matahari tu dari arah barat? Atau seperti pendapat penulis dalam buku ni, itu hanyalah sekadar kiasan? Sebab kalau nak ikutkan logik akal dalam memikirkan petanda hari kiamat, mungkin kita lebih yakin bahawa perkara sedemikian takkan terjadi dengan mempertimbangkan pengaruh daya graviti & pelbagai hal yang berkaitan dengan ilmu alam Tapi apa yang pasti, tak mustahil je kan kalau itu dah menjadi ketetapan Allah.
Maka, secara kesimpulannya, sedar tak kita yang kiamat semakin hampir? Kalau zaman baginda Rasulullah SAW pun dunia dah seperti orang tua yang bongkok, apatah lagi pada zaman kita Apa je amalan2 yang kita dah buat? Cukup ke? Akan bertahankah kita bila diuji dengan kedatangan Dajal? Tak ada makanan semua. Bersabarkah kita nanti? Persoalan2 ni sepatutnya kena tanya pada diri setiap hari. Banyak2kanlah membaca Surah Al-Kahfi. Dan banyakkan melihat pada hadis2 futuristik. Dan, zaman ni bukan zaman untuk me'leka'kan diri lagi. Cukup2 lah tu. Wallahu a'lam. Moga Allah redha !
#MisiMemartabatkanWahyuPertama
Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU
#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#