Review buku 'Hadiah Buat Sahabat : Dua Wajah Dua Minda'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Hadiah Buat Sahabat : Dua Wajah Dua Minda'
Oleh : Darma Mohamed & Muhd Kamil Ibrahim


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah buku berkenaan persoalan yang mendalam tentang erti kehidupan sebenar kita sebagai manusia. Tampak seperti bacaan ringan, walhal pada hakikatnya buku ni merupakan bacaan yang agak berat.

Hadiah Buat Sahabat : Dua Wajah Dua Minda, bermakna dua orang penulis dengan dua pemikiran masing2 apabila mengolah karya dalam buku ni di setiap bab. Dua2 penulis pada hakikatnya mereka bersatu minda dalam membina naskhah yang auranya memang luar biasa

Dalam buku ni, selain penulis banyak mengutarakan persoalan yang mendalam mengenai erti kehidupan sebenar kita sebagai manusia, penulis jugak banyak menyentuh mengenai usia kita terutamanya kisah silam & masa berbaki. Kita mungkin menyesali akan masa silam kita, tapi kita lupa, kita boleh memperbaikinya pada masa yang berbaki tersebut.

Selain tu, penulis juga banyak menyentuh mengenai ayat2 Al-Quran berkaitan seperti nikmat yang Allah berikan kepada kita, semata-mata untuk peringatan kepada diri kita sendiri. Ibarat seorang sahabat menasihati sahabatnya yang lain, macam tu lah niat kedua-dua penulis buku ni.

Sebab tu tajuk buku ni : Hadiah Buat Sahabat. Ibaratnya kedua-dua penulis menganggap semua pembaca seperti sahabat mereka. Dan disebabkan tu, mereka memperingatkan kepada pembaca mengenai tujuan hidup manusia & betapa hebatnya Allah dalam mengatur hidup kita semua.

Allahu. Banyak sangat ayat2 yang menyentap hati saya lebih2 lagi apabila diperingatkan mengenai kematian yang bila2 masa je akan tiba  Walaupun menggunakan bahasa sastera & kiasan yang agak tinggi, tetapi andai betul2 kita menggunakan mata hati ketika membacanya, kita akan mudah faham tentang maksud yang disampaikan oleh kedua-dua penulis.

HADIAH BUAT SAHABAT, saya nak hadiahkan satu ayat that I get through this motivational book :

"Kelemahan kita bukan daripada sebab kejahilan, tetapi kerana menutupi ilmu dengan kejahilan tersebut. Kita cukup benci andai kita salah dalam perkataan, tetapi kita tidak pernah peduli andai kita salah dalam perbuatan." (Imam Nawawi)

Ayuh sahabat2, kita renungkan kata2 Imam Nawawi ni. Sebelum mengakhiri, terima kasih di atas penulisan buku ini. Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Malaikat Dalam Al-Quran'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Malaikat Dalam Al-Quran'
Oleh : M. Quraish Shihab


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah lagi buku berkaitan dengan makhluk Allah yang tak pernah ingkar & sentiasa taat akan perintahNya. Buku yang sangat sesuai sebagai bacaan ringan kepada mereka2 yang mungkin baru ingin mengenali malaikat2Nya.

Memandangkan buku ni saya baca sekadar untuk nak me'revise' semula mengenai rukun Iman yang kedua, so ada beberapa point yang saya nak kongsikan sebagai revision jugak kepada kita semua. Bukankah manusia perlu diingatkan semula setiap yang berkaitan tentang agamaNya?

--------------------------------------------------------------------------------

1) CIRI2 & KEISTIMEWAAN MALAIKAT

 Menyerupai makhluk lain seperti manusia.
(Ad-Dzariyat : 27-28, Hud : 78-80, Maryam : 17)
 Tidak berjantina.
(As-Saffat : 149-156)
 Tidak makan & minum.
(Hud : 70)
 Tidak jemu & letih dalam beribadah.
(At-Tahrim : 6, Al-Mukmin : 7, Asy-Syura : 5, Al-Ahzab : 56, Al-Anbiya' : 28, As-Saffat : 165)
 Tidak melakukan maksiat.
(Ar-Ra'd : 13, An-Nahl : 50)
 Makhluk yang kuat & gagah.
(An-Najm : 6, Yusuf : 31, Abasa : 16, Al-Waqiah : 79)

2) PERANAN MALAIKAT

 Malaikat Jibril - menyampaikan wahyu.
(Asy-Syu'ara' : 193, An-Nahl : 102, Al-Baqarah : 97
 Malaikat Mikail - menurunkan hujan & memberi rezeki.
(An-Nur : 43)
 Malaikat Malik - menjaga pintu neraka.
(Az-Zukhruf : 77, Al-Mudassir : 30)
 Malaikat Harut & Marut.
(Al-Baqarah : 102)
 Malaikat Israfil - meniup angin sangkakala.
(Az-Zumar : 68)
 Malaikat Izrail - mencabut nyawa manusia.
(As-Sajdah : 11, Al-An'am : 61)
 Malaikat Raqib & Atid - mencatat segala amal perbuatan manusia.
(Al-Qaf : 18)

3) HUBUNGAN MALAIKAT DENGAN MANUSIA

 Pencatat amal manusia.
(Al-Qaf : 16-18)
Pemelihara manusia.
(Ar-Ra'd : 11, Al-An'am : 61)
 Pembawa wahyu Allah.
(Asy-Syura : 51, Al-Muzzammil : 5, Al-Hasyr : 21)
 Menguatkan manusia dalam kebaikan.
(Al-Anfal : 9-12, Al-Ahzab : 9)
 Beristighfar & mendoakan manusia.
(Al-Ahzab : 43 & 56, Asy-Syura : 5, Al-Mukmin : 7-9)
 Mencabut nyawa.
(As-Sajdah : ayat 11, Al-An'am : 61 & 93, An-Nazi'at : 1-2, Al-Anfal : 50, Muhammad : 27)
 Selepas kematian manusia.
(Al-Mukmin : 46 & 99-100, Yasin : 52)

4) MALAIKAT & AKTIVITI MANUSIA

 Malaikat & janin - malaikat disuruh oleh Allah untuk menulis 4 perkara memgenai hambaNya sewaktu berada di alam roh iaitu amalannya, rezekinya & adakah dia bahagia ataupun sengsara, lalu ditiupkan roh kepadanya.
 Malaikat & majlis ta'lim - malaikat akan berkumpul di jalan bagi menyaksikan & menghadiri pelbagai majlis ilmu & zikir.
 Malaikat & pembaca Al-Quran - malaikat turut hadir & mengerumuni orang2 yang membaca ayat2 Al-Quran.
 Malaikat pada hari Jumaat - malaikat mencatat nama orang yang hadir satu demi satu secara berturutan.
 Malaikat malam & siang - malaikat bersilih ganti menjaga orang2 yang menjaga solat.

--------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Boleh dah la take note semua isi2 penting atas ni. Dan memang tak dinafikan ada banyak je ilmu baru yang kita dapat menerusi pembacaan buku ni mengenai malaikat. Then, terima kasih di atas penulisan berilmiah ini. Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review novel 'Tab Tee Laa'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Tab Tee Laa'
Oleh : Dr. Farhan Hadi & Fatimah Syarha


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah lagi novel daripada team #SebarkanBahagia. Dapat dah gambaran tentang cara penulisan Ustazah Fatimah Syarha & suami beliau. Pasti akan diselitkan dengan elemen2 tazkirah dalam novel mereka.

Baiklah, novel Tab Tee Laa ni actually diambil daripada kisah inspirasi Nabi Yusuf AS di mana watak utama dalam novel ni mempunyai wajah yang agak lawa & disebabkan wajah beliau ni, beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan & fitnah terutamanya daripada perempuan2 yang berada di sekelilingnya.

Selain tu, novel ni juga turut menyelitkan mengenai kisah Aisyah RA, isteri baginda Rasulullah SAW yang telah difitnah & kaitannya dengan perasaan Rahmat (watak utama novel) yang turut difitnah jugak. Btw, novel ni adalah merupakan gabungan fiksyen + non-fiksyen, so siapa yang dah biasa baca novel yang fully fiction tu mungkin akan merasa agak sedikit terganggu la nak menghadap novel ni.

Tapi kalau saya, saya ok je sebab bagus jugak bila novel macam ni tak terus kepada penceritaan yang akan membuatkan pembaca berangan-angan, gitu. Dan saya juga suka dengan konsep Tab Tee Laa yang dibawakan dalam novel ni. Haa mesti semua tertanya-tanya kan apa la maksud Tab Tee Laa ni

Tab Tee Laa - bermaksud ibadah sepenuh hati. Berdasarkan Surah Muzammil ayat 8. First2 baca tajuk memang tertanya-tanya apa benda tah Tab Tee Laa tu. Lepastu dah bukak isi dalam baru tahu  Btw, daebak sangat konsep ni. Segala dugaan & cabaran yang dihadapi Rahmat diadun menuju Tab Tee Laa. So, dengan adanya Tab Tee Laa ni, semuanya akan jadi mudah walaupun pelbagai ujian melanda.

Then, dalam novel ni jugak, antaranya yang ditekankan adalah mengenai solat. Tak kira la solat wajib ke, malam ke.. Tapi nak katanya novel ni akan membawa pembaca merasakan perlunya 'ruang privasi' dengan Allah untuk setiap keputusan yang nak dibuat  In shaa Allah semuanya akan dipermudahkan olehNya.

So, sama2 lah kita berusaha menuju ke arah Tab Tee Laa. Moga setiap urusan kehidupan kita dapat dihayati dengan sebaiknya menerusi Tab Tee Laa iaitu ibadah sepenuh hati. Fastabiqul Khairat ! Btw terima kasih diucapakan kepada Ustazah Fatimah Syarha & suami atas novel yang banyak memberikan ibrah ni. Jemput baca semua  Moga Allah redha !


#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review novel 'Berlumba Dengan Ayam'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review novel 'Berlumba Dengan Ayam'
Oleh : Dr. Farhan Hadi & Fatimah Syarha


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai membaca sebuah novel Islamik & motivasi daripada team Sebarkan Bahagia. Ok, ni memang first time ni menghadap hasil2 karya penulisan dari team Ustazah Fatimah Syarha. Ok baik. Berlumba Dengan Ayam. First2 dengar tajuk, apa kaitan?

Ok, maksud berlumba dengan ayam dekat sini ialah, kita berlumba dengan ayam untuk bangun subuh. Ayam kan selalu berkokok waktu pagi & berzikir. Dan ayam selalu mendahului kita yang khalifah ni. So, kita selalu je kalah dengan ayam dalam bab2 berlumba bangun waktu subuh. Haa #deep sangat.

Baik. Actually novel ni menceritakan mengenai kisah seorang pemuda bernama Amru yang liat sangat nak bangun subuh. Jenuh la maknya dok kejutkan dia bangun tiap hari. Tapi tiap hari tu la subuhnya gajah  Bukan setakat subuh gajah je, subuh dinasour pun boleh. Lewat dia tu memang tak boleh nak dibawak bincang

Kadang tu sampai pukul 7 pagi lebih baru bangun solat. Sebab maknya tiap hari jemaah subuh dekat surau, so peluang nak kejutkan balik beliau ni setelah beliau ketiduran semula setelah dikejutkan sangatlah tipis. Jenuh maknya nasihatkan itu ini, but still beliau buat dek je ~

Ok baik, kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai cerita si Amru ni, boleh la baca nanti. Jalan cerita dia agak ok la. Sesuai je untuk semua lapisan pembaca. Cuma mungkin saya ni jenis yang minat dengan cerita2 thriller kot, so saya just enjoy part2 yang betul2 deep je huhu  Yang had lain tu biasa2 je. Tapi memang sesuai untuk bacaan ringan & santai.

Orait, so, melalui novel ni, ada beberapa point penting yang telah berjaya membuatkan saya terasa #deep nya tu sampai ke ulu hati. Nak2 saya ni bukan jenis yang morning person sangat pun. Night person tu ya  Then, saya nak sentuh satu isi je dalam buku ni. Yang lain boleh discover sendiri.

Baik, saya keluarkan satu hadis baginda SAW daripada buku ni mengenai solat orang2 munafik :

Para sahabat berpandukan hadis baginda SAW : "Solat paling berat bagi orang2 munafik adalah solat Isyak' & Subuh. Padahal seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua solat tersebut, tentu mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak." [Riwayat Ahmad]

Pada zaman baginda SAW dulu, ketika turunnya ayat2 munafik, para sahabat semua takut. Allah tak nyatakan dalam Al-Quran siapakah orangnya. Tapi Allah just nyatakan ciri2nya. Dan yang paling disyaki adalah mereka yang tak turut serta berjemaah dalam solat Isyak' dan Subuh.

Tak mungkin iman yang berpura-pura mampu membawa langkah kaki puak munafik ke masjid pada waktu pagi. Dan saat tu, pertarungan sengit antara iman & nafsu berlaku. Syaitan & malaikat semuanya saling mengajak. Hanya iman yang betul2 menancap dekat hati je mampu menepis godaan syaitan tu.

So, persoalannya, kita macam mana? Selamat tak daripada ciri2 munafik tu? Ada usaha tak untuk bangun awal pagi & solat subuh di masjid? Macam hadis tu kata, kalau la kita ni tahu akan besarnya pahala solat subuh berjemaah tu, mesti nak datang solat kat masjid walaupun dalam keadaan merangkak. Tepuk dada tanyalah iman masing2.

Btw, kita pun tak boleh la nak melabel sesiapa yang tak pergi ke masjid tu sebagai munafik sebab tu semua rahsia Allah. Mungkin dia ada halangan tersendiri. Tapi diri kita ni haa.. macam mana dah? Ada halangan yang betul2 menghalang kita ke dari menunaikan solat subuh pada waktunya?

So, sama2 lah kita muhasabah diri masing2 macam mana la solat subuh kita. Kalau rasa tak ok, masih sempat lagi nak di'ok'kan. Sama2 lah kita usaha ya lebih2 lagi solat subuh secara berjemaah di masjid. Tak semua orang mampu buat. Dan sangat beruntung orang yang buat. Jangan sampai Allah melabel kita sebagai orang2 munafik huhu

Btw, terima kasih di atas penulisan yang penuh motivasi ni. Alhamdulillah, sejujurnya memang ada perubahan pada diri saya dalam bab2 solat subuh lepas dah baca novel ni. Doakan saya istiqamah ya  Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Review buku 'Yahudi, Kristian, Hindu, Dan Buddha Berasal Daripada Islam?'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan review buku 'Yahudi, Kristian, Hindu, Dan Buddha Berasal Daripada Islam?'
 Oleh : Ahmad Iqram Mohamad Noor 


____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah. Selesai menghadam buku yang bergenre agak berat berkaitan agama2 yang ada di dunia ni. Saya mendapat makluman bahawa proses untuk menulis buku ni bukan hanya setahun, tetapi memakan masa lebih dari setahun & barangkali lebih dari 2 tahun kot. Semuanya demi memastikanfakta dan sumbernya autentik, tepat dan adil. Walaupun begitu, masih ada lagi kontroversi2 mengenai kebenaran fakta yang diungkapkan dalam buku ni. Biasalah, bila menulis berkaitan dengan perbandingan agama ni, mesti akan ada yang tak berpuas hati

Baiklah. Tak nak cerita panjang pasal tu. Saya nak bawak anda untuk sama2 reflect diri masing2. Kita semua jarang kan nak memikirkan dengan lebih mendalam mengenai soal agama secara kritikal. Kita just fikir yang bila kita dah berada dalam agama Islam, maka tak perlu lagi nak fikir macam mana agama2 lain boleh wujud. Then, timbullah perasaan tak berapa nak minat untuk tahu dengan lebih mendalam mengenai sejarah agama2 lain ni tak kira la macam mana ia muncul, bila muncul, kawasan mana mula2 muncul, apa sebab berlaku banyaknya agama & sebagainya. So, bila banyak berlakunya konflik & salah faham mengenai agama2 ni, takkan kita nak duduk diam saja kan?

Baiklah. Saya rumuskan terus buku ni (mungkin dengan beberapa persoalan lah. Saja nak bagi kalian kritis sekali ) Actually isi2 dalam setiap bab buku ni memang agak berat kalau nak review satu2. Jadi, boleh try baca nanti untuk dapatkan jawapan & supaya lebih mudah sampai  Ok, first, pernah terfikir tak macam mana Islam yang dibawa oleh para nabi & rasul pada zaman dulu telah menyebabkan pada zaman hari ini munculnya berpuluh-puluh agama yang baru? Yes, semuanya berpunca daripada penyelewangan ajaran tauhid yang disebabkan oleh tangan2 manusia. Pandai2 je nak tokok tambah termasuklah dalam perkara bida’ah & khurafat dalam agama.

Second, hanya satu je agama dari langit. Ok, kalau nak diikutkan, isu ni memang agak berat untuk diterima lebih2 lagi bagi mereka yang tak berapa nak mempunyai bacaan kritikal. Mungkin selama ni kita faham bahawa agama samawi tu ada 3 : Islam, Yahudi & Kristian. Hujahnya, dalam Al-Quran sendiri Allah telah gelarkan mereka sebagai Ahli Kitab. Tetapi menurut penulis, hanya satu je agama yang diturunkan dari langit iaitu Islam. Maka persoalan saya, benarkah apa yang dikatakan oleh penulis? Takkanlah pendapat penulis bercanggah dengan naratif yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran? Ok, yang ni kena baca & kaji banyak2

Third, bila agama Islam ni bermula? Ok, kebanyakannya ramai yang akan menjawab bahawa agama Islam ni bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW. Persoalannya, sure ke agama Islam bermula dari zaman baginda? Kalau macam tu, nabi2 & rasul2 yang lain sebelum baginda menganut agama apa? Bukan ke agama Islam teras utama pengajarannya adalah pengajaran Tauhid iaitu mengesakan Allah? Dan bukan ke memang pengajaran Tauhid menjadi teras utama pengajaran nabi2 & rasul2 sebelum diutusnya baginda Rasulullah SAW?

Next, adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya kita mengatakan bahawa Nabi Musa membawa agama Yahudi & Nabi Isa membawa agama Kristian seperti mana yang terdapat dalam buku2 sejarah & teologi yang lain. Jadi, hati2 ketika mengungkapkan hujah ni. Nabi Musa & Nabi Isa kedua-duanya membawa agama Islam. Ya, sebenarnya agama Islam ni berasal semenjak Nabi Adam lagi. Cuma nama 'Islam' tu masih lagi tak digunakan pada zaman nabi2 & rasul dahulu. Nama 'Islam' hanya diperkenalkan semasa zaman baginda Rasulullah SAW. Tapi walau apapun, ajaran yang dibawakan oleh setiap para utusan nabi & rasul adalah sama iaitu mengesakan Allah.

Dan banyak lagi persoalan2 yang menarik ditimbulkan oleh penulis dalam buku ni. Contohnya seperti kenapa penulis memulakan dengan agama Hindu? Siapa nabi atau rasul yang diutuskan pada zaman tu? Adakah setiap zaman diutuskan nabi & rasul? Ya, sememangnya memang banyak fakta2 baru bagi mereka yang belum terdedah kepada ilmu kajian agama atau perbandingan agama ni (macam saya, ok saya mengaku sungguh ni ) Dan tak terlalu keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa setiap zaman adanya diutuskan nabi & rasul tu dengan nama2 yang mungkin kedengaran tak berapa nak Islamik sangat seperti Socrates, Kung Fu Tze & Zharastustra. Tapi walau apapun, hakikat kebenaran bukan terletak pada nama

Maka, secara kesimpulannya, kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai agama2 yang ada dalam buku ni, silalah baca. Selain agama Yahudi, Kristian, Hindu, & Buddha, ada jugak agama2 lain yang dibahaskan dalam buku ni seperti agama Zoroaster, Sabean, Sikh, Baha'i, Shinto, Korea & lain2 lagi. Berusahalah untuk discover lagi supaya banyak ilmu yang kita dapat tahu mengenai agama2 yang ada di dunia ini.

Akhir kata, maaf salah silap dalam me'review'. Dan terima kasih diucapkan kepada penulis atas penulisan buku berilmiah ini. Yang baik kita ambil, yang sebaliknya kita buang jauh2 ok  Moga Allah redha !

#MisiMemartabatkanWahyuPertama

Disalin Daripada Album FB : RINGKASAN REVIEW BUKU

#LukisanPenulisan#
#SetitisDaripadaSelautan#
____________________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HiDuP tAk SeMuDaH dEnGaN kAtA-KaTa